Thursday, December 18, 2008

Sakit laa


Salam untuk semua.


Kesihatan agak kurang memberangsangkan dua tiga hari kebelakangan ini. Tiba-tiba saja dilanda demam panas, selsema dan sakit badan. Sampai beli Tribod kat Woolie untuk mengurut tapi hmm... sengal badan masih tak hilang juga. Harap lampu jer biru tapi kurang umph bab-bab ngurut ni hahahaha.. Tapi bolehlah dari tak de langsung kan? Nak harapkan orang mengurut kang aku aje yang terlebih gelak. Geli!

Lagi satu, tulang coccyx aku yang tercedera dulu buat hal balik. So nak duduk lama pun jadi tak selesa. Tengah berkira-kira nak beli kerusi belajar yang agak selesa sikit dengan lumber support. Nak beli kerusi pun kena tengok harga. Yang elok sikit semuanya dalam £40 ke atas. Yang lumber support boleh dapat dalam kurang dari £10 aje. Tak tahulah sakit belakang ni disebabkan tulang coccyx saja ataupun bahu sebab hari-hari bawak beg berat. Kawasan kat tulang yang bertentangan dengan tulang buku lali pulak bengkak tiba-tiba. Sebabkan sakit kat bahagian Calcaneus dengan Cuboid. Jenuh juga sapu minyak panas. Perkh! Satu badan break down bulan ni. Dah tua jadi semua sekali suffer of wear and tear.

Hari Krismas ni aku cadang nak tengok tv aje lah. Dah tinggal berdua dengan CikSue ni, tak adalah banyak plan nak buat. Cuma nanti Hari Mengotak, kami tak naklah ikut beramai-ramai memeriahkan kedai jual barang-barang, tapi nak memeriahkan dewan menonton wayang pula hahaha. Tak tahulah ada tiket ke tidak nanti tu.

Oh! Sempena Hari Natal juga, kami beli ayam. Sekor. Tergolek. Ingat nak bakar. Buat ala-ala ayam Belanda. Tapi sebab ayam belanda tu mahal berdentum, kita bakar ayam biasa ajelah ye. Tengoklah nanti hasilnya, menjadi ke tidak.

Sebelum tu, aku tau aku dah terlewat tapi tetap aku nak ucapkan juga.

Selamat Hari Lahir CikEllyMilano. Kawan yang selalu berjaya buat aku ketawa dengan mudah sangat. Yang tolong marahkan kalau aku tak lalu nak marah. Tolong bagi idea kalau aku sudah ketandusan akal. Terutama dalam bab-bab 'mengenakan orang yang suka menipu nih!' Yang berani tegur aku kalau aku buat silap. Dan juga seorang peminat tegar MU... kelab bola England yang paling aku menyampah sekali hahahaha. Erk! Jangan suruh aku beli barang MU ek. Jijik tau, jijik!! hahaha.

Oh.. dan dari tadi aku asyik menjejaki Santa Claus kat sini.

4 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Selamat bercuti dan moga cepat sembuh.

:)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kenapa aku membaca seperti sedang belajar matapelajaran kesihatan nih...hahahaha...boleh ler sambung medic kat Dublin lak pas nih...kwangkwangkwang...

Takkan ucap selamat je kan...takde manis2 ke? macam t-shirt Ronaldo ke atau hang nak dapatkan Ronaldo kat aku tu pun boleh gak...hahaha...oooh walaupun hang tak suka MU tapi hang suka aku makanya sama je ler tu... :p

Ala...kenakan orang tu dah trademark aku dari azali...lagi best kalau yg penipu besar,mari ler try tipu aku baru ler kena buku ngan ruas...erk!

moral of the story jangan percaya orang tu 100%,sayangi diri anda sebelum anda terjerat dek penipuan babun2 nih...tp akitiviti kita masih on cam biasa...hahaha

DeeN said...

Jaga diri, kak. Moga cepat sembuh. Er..tp sempat gak ek bakar ayam. Heheee.. pakar sungguh. Yummy~

Pa'chik said...

beli barang asnel libepu chesi leh ke?
ekekek...