Thursday, August 06, 2009

Dating

Tadi aku dan Effa pergi ngedet dengan si Natalie kat Starbucks di Sauchiehall Street. Dulu, dia sama-sama kerja jadi pencuci di Beatson Oncology Centre dengan kami tapi akhirt ahun lepas dia berhenti.

Sejak tu kami memang tak pernah berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan urusan universiti. Kali terakhir berpeluk-peluk, badan dia masih lagi kurus tapi sekarang ni dia dah 7 1/2 bulan hamil. Macam tak percaya aje aku bila lebih dua bulan lepas dia text bagitau dia dah habis degree sekarang ni tengah pregnant. Dia kata dia due dalam 22 September tapi rasa macam tak sabar, nak suruh baby dia keluar cepat hahahaha.

"It's like I have been pregnant forever," omel dia sambil ketawa.

Natalie ni memang seorang yang gembira dan punya bubbly personality. Senang nak rapat dan kawan dengan dia. Kami, aku dia, Mark dan Pasqual selalulah makan sama-sama kat kantin. Masa tu makanan kat kantin taklah mahal sangat. Bila dia dah berhenti, aku pun malas nak makan kat kantin dengan si Mark dan Pasqual tu. Paham-paham ajelah boys.

Walaupun si Nat ni nampak happy saja, rupa-rupanya unplanned pregnancy dia ni banyak cabarannya juga. Bapa pada bayi dia tiba-tiba buat hal. Nat kata mungkin partner dia terkejut bila dapat tahu yang dia hamil dan berkeputusan nak lahirkan anak tu. Nat kata nampak gaya lelaki tu memang immature. Nat lah yang ke hulu ke hilir uruskan semua. Dia sendiri yang beritahu mak bapa lelaki tu yang dia sedang hamil.

Dia kata dia tak kisah kalau mereka pisah tempat duduk asalkan bapa pada bayinya bertanggung jawab dan ambil tahu pasal perkembangan bayi mereka. Pernah satu hari lelaki tu text dia dan marah-marah sebab Nat tak update pasal baby. Nat kata, kalau dia nak tahu, dia kenalah telefon Nat, not the other way around!

Nat kata pakwe dia akan marah-marah untuk perkara yang kecil-kecil pun. Dia tak datang untuk scan kat hospital yang pertama sebab masa tu mak Nat ada sama. Alasan, dia takut dengan mak Nat. Tapi scan yang ke dua pun dia tak ada. Natlah yang kena bawa gambar scan tu tunjuk kat parents pakwe dia. Nat kata sejak dia pregnant ni pun, kawan-kawan dia ramai yang jauhkan diri saat dia perlukan support diorang.

"I just can't believe that a person could change that drastically. I've known him since we were in primary," katanya.

Tapi Nat ni bagus, dia redha. Dia kata dia tak boleh paksa orang berubah cuma dia harap yang pakwe dia tu sedar dan lebih bertanggungjawab. Dia harap bila bayi dia lahir, sikap pakwe dia tu akan berubah.

Nat pun rancang nak sambung buat post graduate dan mengajar lepas bayi dia lahir dan besar sikit. Sekurang-kurangnya kalau dia jadi cikgu atau pensyarah, dia dapatlah luangkan lebih masa dengan anak dia. Sekarang ni Nat duduk dengan ibu dan kakak dia. Nat kata dia tak mahu tahu jantina bayi dia. (pix: Effa dengan Nat)

"Whether it's a boy or a girl, I will still love it the same."

10 comments:

Dura said...

mmmm ..lumrah alam manusia ni memang dijadikan bermacam macam jenis. Yg pasti kita kena selalu tabah. Masa pregnant duu aku pun tak kisah..lelaki ke pompuan ke..semuanya rezeki yg Allah beri kat kita..terima aje lah dengan rasa syukur :)

Mimiamilia said...

besar nyer nat..lain giler mukanya

arapink said...

salam perkenalan kak :-)

izinni said...

ala ala ala ... comeynyaaa minah salleh kawan ko ni. berseri muka bakal mak.

QUDS REALCLOCKWISE said...

layan gak cerita lu,
jap lagi jadi novel lu la ni!!

akirasuri said...

Hehe! Comel jek.. :D

faridmw said...

salam... orang asyik merah tu atas kesilapan dia menunjukkan dia lemah.. tpi orang banyk sabar menunjukkan dia bijak... hehehe

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kesian lak aku dgn Nat nih...aku dah ler sedia maklum mmg pantang dgr citer2 camni kan!Lagi lak yg ada jadi kat depan mata aku skang!

Tp boyfriend Nat tu mmg ler hampeh, tau celup sana sini jek tp x tau bertanggungjawab pun! Kalau aku jadi Nat pun baik ler jaga je anak tu baik2 sbb anak tu xde salah apa2 & she deserves someone better!

khairyn said...

Salam

Dura
Betul tu, rejeki Allah bagi, terima saja. Aku harap yang terbaik saja buat Nat. :)

Mi
Muka dia lebar sikit la tapi ok jer. Kalau tengok dari belakang tak tau dia pregnant hehehehe

Arapink
Salam perkenalan kembali :)

Izinni
Dia memang comel dan baik. Dulu, mak dia akan jemput dia balik kerja dengan anjing Dalmatian dia yang sangat tinggi hehehe. Comel. Dan dia pun ada kucing. Yay!

khairyn said...

Cucumatlela
huhu... boleh ke jadi novel ni?
Tak yah la kot :)

akira
hehehe.. ha ah dia memang cute and best kawan dengan dia.

farid
Harap dia tabah dan happy selalu. Tapi dia memang bijak pun :)

Elly
Ya, aku pun terfikir benda yang sama sebenarnya. Bila dia dapat tau dia pregnant dia terus buat keputusan nak keep the baby. Tak sangka pula boipren dia tu tak ready lagi. Memang laaa tak mature sungguh. Nasib baik la family dia supportive. Kalau kat Malaysia mau Nat kena buang keluarga :(