Friday, November 19, 2010
Monday, November 01, 2010
Trivial quest
Like so many superstition and celebrations this one has its origins in pagan times when people worshipped trees - especially oak trees - and touch them for luck (or knocked them to drive out evil spirits).
Later after the life and death of Jesus Christ, people would touch wood for luck because Jesus's cross was made of wood.
Nowadays, many of us - whether we are Christians or not - touch wood routinely when we are hoping for something to happen or not to happen.
Posted by khairyn at Monday, November 01, 2010 2 comments
Tuesday, July 13, 2010
Wednesday, July 07, 2010
saya ada jiran...
Kami gelarkan dia Grumpy Granny.
Kalau jalan kat rumah pastikan tumit tak menghentak ye. Kalau pasang tv malam-malam, pastikan suaranya tidak kuat.
Silap sikit, mulalah dia hentam siling rumah. Risau pula kalau banyak kali menghentam siling rumah tu, berlubang pula lantai rumah kami. Macamana pula tu? Boleh main cak ku cak dengan dia?
Bukan kami takut dibuli Grumpy Granny tapi malas nak berpanjang-panjang masalah. Kalau dilawan nanti dia akan panggil concierge dan concierge akan telefon rumah. Belumlah pernah terjadi pada kami, tapi pada orang sebelum kami dah berapa kali ditelefon concierge sebab katanya bising. Bising tahap mana tu tak tahulah kan. Kadang-kadang anak orang atas rumah kami yang berlari pun dia yang kat bawah kami boleh dengar. Magic tak?
Ya Allah semoga Kau jauhi kami dari sifat pemarah dan tidak sabar dari kami muda hingga kami tua. Jadikanlah kami seorang yang sentiasa mencintaiMu, menambah iman di hati dan seorang yang happening lagi happy, sporting dan disukai ramai... ahaks! #
Semoga kami tidak bertukar menjadi tua yang bengkeng macam Grumpy Granny yang ASBO
Posted by khairyn at Wednesday, July 07, 2010 7 comments
Saturday, June 26, 2010
Pulang...
Bukan pulang ke tanah air. Pulang ke tempat mula-mula tinggal di Glasgow huhuhu.
Maaf lama tak update blog ni. Sekarang sedang cuba habiskan buat terjemahan sekuel untuk Terowong (Tunnel). Tajuk buku yang ini Deeper. Ada lebih 600 mukasurat dalam buku ini dan Puan Editor hendak pada 15hb depan. Jadi tengah berhempas pulas siapkan yang ini sebelum habiskan projek seterusnya. InsyaAllah.
Rumah masih lagi tunggang langgang. Kami berpindah balik ke flat PPRT huhuhuhu. Dari poskod G31 kami ke G21 pula. Kenapa? Sebab akhirnya Cik Mimi dapat masukkan nama sebagai salah seorang warga "rakyat termiskin" hahahaha dan layak tinggal menyewa di PPRT. Dapatlah jimat dalam £100 seorang untuk duit sewa. Rumah yang ini ditingkat 11, rendah enam tingkat dari tingkat yang dulu. Tapi, masih lagi dapat pemandangan yang menarik. Apatah lagi Tesco bertambah dekat. Boleh membeli belah bila-bila masa. Kalau ikut pengalaman dulu, kami membeli belah biasanya jam 6.30-7am pagi. Tesco besar 24 jam.
Dah nak masuk tiga minggu tak hujan di Glasgow. Musim panas yang kering. Jarang berlaku sampai mungkin jabatan air akan ambil tindakan 'kemarau' kalau paras air di empangan tak naik-naik lagi. Mendung hari-hari tapi hujan tak turun. Sekarang cuba berjimat cermat dengan air.
Alhamdulillah, dah dapat keputusan peperiksaan. Lulus. Akan convo pada 12 Julai. Insya-Allah. Tamat sudah kembara ilmu sekular di sini. Empat tahun. Satu jangkamasa yang panjang. Perasaan? Ada pasang dan surut. Jadi rahsia antara aku dengan Allah. Dia saja yang faham.
Emak dah beli tiket untuk ke sini. Lepas ni boleh jalan-jalan sekitar Glasgow, ke London kemudian ke Paris mungkin boleh juga singgah jenguk Imran dan new addition si Iman. Terus ke Amsterdam dan bertolak ke Malaysia. Aku? Dari Amsterdam akan pulang ke Glasgow. Sendiri.
Semoga Allah beri lebih rezeki dan mudahkan laluan emak ke sini dan perjalanan kami. InsyaAllah.
Posted by khairyn at Saturday, June 26, 2010 12 comments
Tuesday, June 01, 2010
Protes
Isnin 31 May 2010 - Bank Holiday
Jam 5pm
Protest on Israel Massacres Internationals taking Aid to Gaza
Tiba ke George Square lewat 5 minit dan orang pun sudah ramai memenuhi ruang berdekatan dengan cenotaph ataupun tugu memperingati warga Glasgow yang mati pada perang dunia pertama. Para wartawan yang datang membuat liputan pun sudah sibuk dengan kamera masing-masing. Lebih 100 orang hadir pada demonstrasi hari ini. Kira kehadiran memang memberangsangkan memandangkan protes ini dirancang dan diadakan tidak sampai pun setengah hari. Pemberitahuan pun hanya melalui lisan dan rangkaian media sosial seperti Facebook dan grup email.
Bangga betul dengan grup Stop the War Strathclyde University. Tiap kali ada protes atau demonstrasi, tak pernahnya tak ada. Banner ni lah yang dibawa ke hulu ke hilir jadi pembakar semangat pelajar-pelajar universiti Strathclyde. Bangga jadi pelajar dan sekarang bekas pelajar University of Strathclyde, Glasgow Scotland!
Bangun menentang penindasan! Scottish nasionalis sangat tidak suka dengan kerajaan British yang meyokong tindakan Israel menahan bantuan masuk ke Gaza. Mereka menyeru rakyat supaya menyokong Hakim UN Judge Goldstone untuk menyeret Israel ke Mahkamah Kriminal Antarabangsa atas errr... in English ye "for its crime againsts humanity and strip Israel of all its nuclear weapons. They also urged Scottish councils, universities and other institution to boycott all Israeli produce (the rape of all Palestinian lands) and institutions linked to the Israeli state.
Edinburgh- at the Foot of the Mound, Princes Street
Dundee- City Square
Aberdeen- St Nicholas Square
Moffat- 2 Holm Street
Inverness - the Townhouse
Banff - at Low Street, Council Buildings
Posted by khairyn at Tuesday, June 01, 2010 5 comments
Monday, May 31, 2010
Jihad
Jihad setiap orang itu berbeza.
Semoga Allah menerima amal dan niat mereke yang gugur di atas kapal yang membawa bantuan kemanusian Flotilla.
Jam 5pm nanti akan diadakan demonstrasi membantah tindakan Israel di George Square, Glasgow. Bukan saja di Glasgow tetapi hampir di setiap bandar di Scotland akan diadakan bantahan pada waktu yang sama. Bantahan besar mengutuk Israel sedang diadakan di London.
Untuk update sila ke laman ini; Presstv ni.
Posted by khairyn at Monday, May 31, 2010 1 comments
Friday, May 28, 2010
Alhamdulillah... alhamdulillah
Syukur.. pada Allah aku berterima kasih. Pada emak yang sentiasa mendu'akan anakanda, pada kawan-kawan yang membantu dan yang sentiasa tak putus-putus beri semangat. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian semua. Aku du'akan kegembiraan dunia dan akhirat.
Bila dikenang-kenang, selesai juga empat tahun menghadap buku-buku ilmiah. Menerima pendidikan sekular dan mencari pelajaran akhirat. Banyak juga ujian yang Allah beri pada aku, ada yang manis dan ada yang pahit dan sakit hingga aku hampir-hampir hilang semangat. Aku harap segala pengalaman-pengalaman ini menjadi panduan untuk aku berusaha ke arah kebaikan. InsyaAllah. Hidup itu satu perjuangan, kan?
Sampai sini dulu, tak tahu nak tulis apa lagi. Otak tiba-tiba jadi blank. Mungkin sebab lepas ini aku terkapai-kapai tak tahu nak buat apa lagi. Hidup aku tak lagi bergelumang dengan buku-buku ilmiah. Tapi, tak semestinya aku tak sibuk. Dua kerja aku kena selesaikan sebelum musim panas berakhir.
Ada translation yang perlu diselesaikan sebelum 15 Julai.
Ada manuskrip yang ditagih secepat mungkin. Editor sedang menunggu dengan sabar. Take your time, tapi kalau boleh kami nak secepat mungkin. Err... macamana tu?
Posted by khairyn at Friday, May 28, 2010 10 comments
Tuesday, May 04, 2010
How?
How many butterflies can you fit into your stomach?
How can you stop them from fluttering their wings?
How can that be possible?
Oh! Exam month is looming and I imagine thousands of beautiful butterflies fluttering their wings like twirling dandelion seeds blown in the wind.
And how I wish I could lay under big cherry blossom trees surrounded by wilted yellow and white daffodils thinking about nothing.
06 - May = Media and Society
18 May = Cultural Geography
27 May = Journalism and Politics
Begging your du'as dear friends and family.
p/s - how is it possible for butterflies to flutter their wings in the stomach?
p-p/s - I don't like insect
pp-p/s - please pardon me whose mind/brain is now "conged".
Posted by khairyn at Tuesday, May 04, 2010 12 comments
Monday, April 26, 2010
Kuasa
Posted by khairyn at Monday, April 26, 2010 11 comments
Thursday, April 22, 2010
Soalan & Menjawab
Do you know about da'wah? Why are you wearing hijab?
Heh? Apa sebenarnya soalan tesis dia? Berputar-putar dia memberi soalan. Apa itu da'wah? Apa maksud hijab pada aku? Kenapa aku pakai hijab? Mak pak aku paksa aku pakai hijab ke tidak? Aku rasa terkurung ke kalau pakai hijab? Dan tak semena-mena masuk pula bab nikah kawen. Laki aku boleh ke tengok aku tanpa hijab? Aku setuju ke dengan perkahwinan aturan keluarga? Boleh ke aku kawen dengan orang lelaki bukan Islam?
Aku jawab sebaik mungkin. Terangkan kat dia ada dua persoalan di sini yang dia kena faham. Garis panduan sebagai seorang wanita muslim yang Allah dah beri melalui Al-Quran dan juga pilihan peribadi seseorang itu. Dan kalau kau faham aturan Allah, secara otomatis kau akan memilih untuk mengikut aturan itu. Jadi tak ada kontradiksi antara aturan/undang-undang dengan pilihan peribadi. Kalau kau memilih untuk tidak ikut aturan ini, maka terpaksalah kau hadapi consequences nya. Ayat terakhir ini memang ayat pancing aku. Sebab aku rasa macam aku tahu apa persoalan pokok yang dia nak tanya tapi SEGAN atau TAKUT nak tanya aku.
Sungguh umpan mengena. Soalan seterusnya dia bertanyakan akibat yang akan diterima sekiranya aku tak bertudung. Aku terangkan konsep after-life dan good deeds and bad deeds. Ini personal yang kau akan dapat terus dari Tuhan. Keluarga pula? Tanya dia. Komuniti? Apa yang mereka akan buat? (Yep, kita sudah sampai pada mukadimah persoalan pokok). Aku ingatkan yang aku datang dari Asia Tenggara dan bukan dari India atau Pakistan dan punya adat tradisi dan pendidikan yang berbeza. Jawapan aku adalah secara peribadi dan aku hanya boleh beri contoh berdasarkan pengalaman dan pendidikan sendiri. Bagi aku, fungsi keluarga adalah menyampaikan/mendidik anak-anak untuk patuh pada ajaran. Sekiranya ada anak-anak yang tidak patuh, maka anak tersebut harus dinasihatkan, dinasihatkan dan dinasihatkan supaya patuh. Dan sekiranya anak tersebut memilih untuk tidak patuh, maka dia terpaksalah menanggung akibatnya sendiri. Tapi proses nasihat itu tetap akan berterusan. Menasihati pun salah satu proses da'wah.
Dari situ dia berpusing-pusing bagi soalan lain. Berulang-ulang sampai aku terpaksa minta dia tanya aku secara direct saja. Kau nak tanya pasal apakah Islam itu agresif? Tanya aku. barulah dia senyum. Betul ke Islam tu agresif? Tak boleh toleransi? Aku pun ikut senyum. Aduh! Barulah aku teringat doa Nabi Musa. Tadi aku tak baca doa sebelum menjawab soalan, patutlah dia pun asyik berpusing-pusing bertanya soalan. Mungkin jawapan yang aku bagi kurang jelas. Ingat, jangan keliru antara budaya dan tuntutan agama. Agama menggariskan hukum tapi bagaimana ia direalisasikan, berbeza mengikut budaya. Bagi negara yang sangat berpegang pada adat dan budaya, mungkin pengaturannya juga ketat, bagi yang agak liberal, mungkin longgar. Keadaan bentuk muka bumi dan iklim juga memainkan peranan penting. Bagi negara yang panas terik, mungkin niqab penuh dapat membantu mengurangkan terik cahaya pada mata. Sunglasses came later than niqab or burqa. Bagi negara lain pula, material hijab itu turut berlainan. Yang penting, bahagian-bahagian yang perlu ditutup, terlindung sepenuhnya.
Soal kahwin pula? Bagaimana kalau aku menolak permintaan keluarga, tidak mahu berkahwin dengan pilihan mereka? Bagaimana pula kalau aku mahu berkahwin dengan orang lain err.. seperti Scottish? Apakah mereka akan marah dan buang aku atau ambil tindakan keras atas aku?
Rasanya macam dah keluar tajuk, tapi aku jawab jugalah. Sekali lagi aku ingatkan dia kena faham latar belakang aku dan dari mana aku datang. Arranged marriage memang ada di mana-mana tidak kira latar belakang agama atau budaya. Itu normal bagi keluarga yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka terutama anak perempuan. Perkahwinan campur pun dah biasa berlaku di tempat aku. Kahwin dengan sesiapa saja, tak ada masalah asalkan dia seorang Muslim. Kalau aku memilih untuk berkahwin dengan non-muslim sudah tentu keluarga aku akan marah sebab bagi kami agama mengatasi segala-galanya. Paling kronik, aku mungkin dibuang keluarga sebab memilih untuk membelakangkan agama.
Bagaimana kalau aku adamant dan memilih non-muslim sebagai pasangan hidup, soal dia lagi Suami aku mesti jadi muslim dan InsyaAllah, aku tak akan membelakangkan agama dan keluarga aku.
Lama juga dia bertanya pasal perkahwinan dengan aku. Akhirnya aku tanya apa sebenarnya tajuk tesis dia? Dia kata soalan tesis dia berdasarkan teori Michael Foucault tentang perhubungan kuasa dan seorang lagi theorist yang aku tak ingat siapa tapi lebih ke arah woman's lib. Dia mahu kaitkan dengan Islam dan hijab. Aku senyum lagi. Huh! kalau aku tentu seronok kalau aku dapat tajuk ni. Senang aku nak hujah against theorists ni. Dan aku teringat hujah-hujah ahli da'wah yang lain terus aku beritahu dia tentang hijab bagi seorang perempuan Muslim. Secara TEORI, hijab menghindar inequality bukan setakat antara lelaki perempuan tetapi sesama perempuan. Hijab menggalakkan kesamarataan kerana kami dinilai melalui keupayaan dan kepandaian bukan segi kecantikan. Bagi aku, tak ada masalah bad hair day cuma sarung tudung dan keluar. Hijab itu identiti dan sebahagian dari kostum aku. Macam kau, dari jauh lagi kau dah nampak aku dan tahu aku seorang Muslim.
Tempat wanita dalam Islam itu pun sebenarnya tinggi. Aisyah r.a menjadi sumber rujukan para sahabat setelah nabi kami Muhammad s.a.w meninggal dunia. Kalau martabat wanita itu rendah, Aisyah r.a terus akan dilupakan dan hanya diingat sebagai balu nabi kami. Wanita mesti dilindungi dalam pelbagai aspek. Tapi, wanita juga boleh memilih hendak menjadi ketua sekiranya dia mahu. Tidak ada kekangan langsung untuk wanita progresif. Cuma wanita tidak dibenarkan menjadi ketua ibadat, itu saja. Dalam Al-Quran sendiri ada surah-surah khas untuk wanita.
Kuasa yang dimaksudkan oleh Foucault lebih menjurus ke arah perbezaan budaya (bagi aku). Paternalism atau patriarchy wujud kerana kaum lelaki mahu mendominasi wanita sehingga kadang-kadang menafikan hak wanita itu sendiri. Tidak semua negara Islam mengamalkan sistem patriarchy. Gender unequlity ada dimana-mana, bukan setakat antara lelaki dan perempuan tetapi juga perempuan sesama perempuan. Kenapa ini berlaku? Sebab 1) lelaki memang mahu mendominasi 2) sebab antara wanita itu juga tidak ada kesamarataan taraf. Hijab memansuhkan perbezaan taraf ini. Sekiranya semua wanita itu berhijab, keupayaan kerja menjadi kayu pengukur seseorang itu dan ini memudahkan setiap wanita bersaing dengan lelaki. Dan lelaki, sekiranya mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka, mereka tidak akan mahu bersaing dengan wanita yang sangat-sangat teliti dan pandai dalam multi-tasking.
Lelaki juga, sekiranya sangat-sangat faham dengan peranan mereka, pasti akan menghormati dan menghargai setiap wanita.
Aku harap, kau faham sedikit sebanyak tentang hijab dan wanita Islam. Bagi kami, Islam itu sempurna mencakupi semua aspek dalam kehidupan samada secara peribadi dan hubungan dalam komuniti. Jangan salah faham antara hukum dan perlaksanaan yang banyak dipengaruhi unsur-unsur budaya. Alhamdulillah, dia kata banyak informasi yang aku beri padanya dan harap dia dapat selesaikan tesisnya secepat mungkin. Aku cuma harap aku beri jawapan yang boleh dicerna akal dia dan tak terlalu menyimpang jauh dari yang sepatutnya.
Aku kembali menghadap skrin. Walaupun kantuk sudah hilang. Tiga baris ayat belum mampu beranak menjadi enam atau sepuluh. Huh! Baca pasal black think tank konservatif di US. Poning den!
Syukur, beberapa hari yang lepas aku baru jer baca tentang da'wah. Sesiapa yang nak tips untuk belajar atau macam kes aku ni, tiba-tiba berada dalam situasi kena berda'wah boleh dapatkan nasihat di sini.
Posted by khairyn at Thursday, April 22, 2010 2 comments
Friday, April 16, 2010
Undangan Tetamu Allah - Akhir
Di Madinah
"Janganlah kalian mengatakan terhadap orang yang terbunuh di
jalan Allah itu mati, tetapi orang itu tetap hidup, tetapi kamu tidak dapat
merasakannya /memahaminya"
Beringat-ingatlah juga apabila berada di Tanah Haram Madinah. Di Masjid Nabawi terutama. Malam terakhir selepas mengucapak au-revoir pada Rasulullah s.a.w, aku dan akuatik terus berjalan pulang. Sambil berjalan di perkarangan masjid Akuatik bercerita yang dia lebih sukakan wangian di Hajarul Aswad berbanding di Raudhah. Sebelum tu aku memang ada bertanya dari mana datangnya wangian Hajarul Aswad sebab Allah dah beritahu, takkan tercapai akal kita untuk membayangkan syurga sedangkan batu itu dikatakan batu syurga. Kalau bayangan pun tak tercapai dek akal, apatah lagi bau. Kemudian aku bertanya juga dari mana datangnya wangian Raudhah? Dari makam ke? Huhuhu.. belum terima jawapan.
Posted by khairyn at Friday, April 16, 2010 17 comments
Thursday, April 15, 2010
Undangan Tetamu Allah IV
Ke Shopping Complex.
Posted by khairyn at Thursday, April 15, 2010 10 comments
Wednesday, April 14, 2010
Undangan Tetamu Allah III
Bonus
Mata mendongak memerhatikan Kaabah. Kali ini kami pergi bertiga. Aku, Akuatik dan seorang lagi rakan sebilik. Sebaik saja tiba, kami meletakkan kasut di tepi tong sampah berdekatan dinding di kawasan bukit Marwah. Hari ini, kami hanya mengikuti rakan sebilik saja. Dia ingin membawa kami bersolat sunat di Hijri Ismail. Sungguh, aku tak pernah bercita-cita hendak bersolat dalam Hijri Ismail. Dapat undangan ke Makkah ini pun merupakan kejayaan besar bagi aku. Dapat bersolat di hadapan Kaabah pun sudah memberi kepuasan yang tidak terhingga. Aku memang banyak-banyak bersyukur diberi peluang ke sini. Tiba di dataran Kaaabah, kami terus berniat dan membuat tawaf sunat. Orang tidak berapa ramai waktu tengahari yang panas terik. Sebenarnya, lantai mar-mar tidaklah terasa panas, hanya cahaya matahari yang terik saja menyukarkan kami membuka mata. Istighfar banyak-banyak saja, mohon diberi kemudahan melakukan tawaf.
Kami ikut arus mengelilingi Kaabah bertawaf. Aku teringat pesan ustaz, banyak-banyak memohon pertolongan dari Allah. Tiap kali kami berada di bawah pancur emas, aku mohon pada Allah diberikan rezeki. Tiada pengkhususan rezeki yang aku minta, hanya mohon pada Allah diberikan rezeki. Begitulah setiap kali kami tiba di bawah pancur emas, doa itulah yang aku pohon dari Allah. Maha Besar Allah yang maha Pemurah. Kami menginjak sedikit demi sedikit ke bahagian dalam sehingga cukup 7 pusingan. Selesai tawaf, tiba-tiba saja Akuatik tarik lengan aku. Kami berdiri betul-betul di hadapan Maqam Ibrahim. Subhanallah, sempatlah menjenguk ke dalam maqam melihat yang dikatakan tanda tapak kaki Nabi Allah Ibrahim ketika membangunkan Kaabah. Masing-masing tersenyum puas. Berjalan lagi ke dalam dan kali ini kami betul-betul berada di pintu masuk Hijri Ismail. Alhamdulillah terus saja ditolak masuk ke dalam. Subhanallah, subhanallah, Allahu Akbar! Tidak pernah terminta oleh aku untuk diberi peluang bersolat 2 rakaat di dalam Hijri Ismail, tapi Allah Maha Pengasih, diberi juga peluang kepada kami.
Keadaan agak padat di dalam Hijri Ismail, dan kami melangkah berhati-hati di bahagian belakang. Ruang terlalu sempit untuk aku bersolat waktu itu. Akuatik bernasib baik kerana dia mendapat ruang untuk bersolat sedangkan aku hanya ada ruang kosong untuk berdiri saja. Dalam hati aku hanya berdoa dan bersyukur pada Allah kerana dapat masuk ke ruang ini. Tak dapat solat pun tak apa, aku masih sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Itu saja yang mampu aku tasbihkan dalam hati. Tapi, lagi sekali Allah menunjukkan kasih sayangNya pada aku. Tak sampai dua minit berdiri, muslimah di hadapan aku berdiri setelah selesai bersolat, memberikan ruangnya kepada aku. Subhanallah! Aku dapat ruang yang sangat luas dan selesa. Jantung aku berdegup dengan kencang waktu itu. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Aku melangkah keluar dari Hijri Ismail dengan senyuman puas. Waktu itu aku dengan akuatik saja sebab rakan sebilik yang seorang belum selesai solatnya. Tak apalah, kalau terpisah, kami mesti akan bertemu di tempat letak kasut nanti. Aku dan akuatik berjalan lambat-lambat. Peluang yang diterima kami guna sebaik mungkin. Orang pegang kiswah, kami pun pegang kiswah. Orang masukkan kepala bawah kiswah, kami err... taklah masukkan kepala bawah kiswah, sekadar melihat apa yang ada dibawah dan pegang batu kaabah saja. Inilah perbuatan-perbuatan yang memang aku tak pernah mimpi akan lakukan di sini. Bagi aku, Allah layangkan undanganNya pada aku sebagai tetamuNya itu sudah memadai. Bersyukur sangat-sangat. Tapi dapat solat di Hijri Ismail, dapat menyentuh kiswah dan memegang batu Kaabah merupakan bonus pada aku. Tapi, rupanya bukan setakat itu saja yang Allah nak bagi pada aku. Ada satu lagi hadiah yang sangat besar menanti tidak jauh dari situ.
Di hadapan kami, orang beratur dengan sangat panjang. Aku dan Akuatik saling berbalas pandang. Senyum. Nak cuba? Apa salahnya!
Yep, kami hendak cuba mencium batu syurga Hajarul Aswad. Perlahan-lahan kami bergerak menuju ke tempat muslimah tapi dalam keadaan yang bertolak-tolakkan tu, sudah tidak tahu yang mana tempat lelaki dan mana tempat wanita. Aku tarik Akuatik supaya dia berada di hadapan aku dan lindung belakang dia dari wanita-wanita Arab yang besar-besar dan kuat tubuh mereka. Mungkin instinct aku untuk melindungi akuatik kerana aku rasa tenaga aku lebih kuat dari dia. Dan dia rendah dari aku ahaks! Aku biarkan diri aku ditolak dari belakang dan sedikit demi sedikit kami tertolak ke hadapan macam ombak. Kaum lelaki memang tak bagi peluang untuk kaum wanita mencium Hajarul Aswad dan polis yang menjaga terpaksa menolak kepala lelaki yang seperti tidak mahu keluar dari ruang batu tersebut. Sesi tolak menolak terus berlaku. Dalam susah payah tu, akuatik berjaya mencium batu syurga. Masalah kedua pula, bagaimana nak keluar dari ombak manusia yang saling tolak menolak. Akuatik buat sesi diving. Aku yang lihat, menjerit panggil dia. Bimbang dipijak lelaki-lelaki besar dan gagah tetapi tak ada 'peri kemanusiaan' itu.
Aku tak ada pilihan lain. Terus ditolak oleh manusia-manusia yang rakus mahu mencium batu syurga. Dengan susah payah aku berada di hadapan batu hitam. Alhamdulillah. Dengan nama Allah, aku mencium batu syurga, dapat sipi dipipi kerana kepalaku ditarik oleh tangan-tangan kasar. Dalam keadaan yang huru hara itu, aku tersepit di antara dinding Kaabah dengan lautan manusia. Dalam keadaan tolak menolak, aku terduduk di tebing dinding Kaabah. Dongak ke atas, apa yang aku nampak hanyalah tubuh-tubuh manusia dengan tangan dan kaki masing-masing saling tolak menolak. Waktu itu aku tiba-tiba teringat tragedi Terowong Muassim. Sempat lagi aku tanya pada Allah apakah ajal aku di sini? Hati tiba-tiba terasa seronok sekiranya dapat mati di sini, disolatkan oleh jemaah dari pelbagai negara, dan tak sabar-sabar untuk diusung ke perkuburan. Tapi tiba-tiba pula aku teringatkan hutang-hutang aku, terus aku batalkan niat. Oh tidak! Aku tak mahu mati dengan hutang yang belum terjelas. Entah dari mana datang semangat, terus aku kumpul tenaga dan cuba berdiri. Kaki aku tolak tebing dan aku takbir sekuat hati lalu tolak manusia-manusia yang menolak aku. Aku rasa hari tu aku jadi Incredible Hulk versi perempuan.
Aku keluar dengan keadaan tudung yang senget benget tapi bibir tersenyum puas sampai ada hajah tegur aku. Hajarul Aswad? Soalnya. Aku hanya mengangguk sambil tersengih. Dalam keadaan terhuyung-hayang aku berjalan ke kawasan multazam dan cari tempat untuk bersolat. Dalam sengih-sengih aku terus buat sujud syukur. Syukur diberi nyawa untuk hidup beberapa hari lagi di muka bumi ini dan syukur diberi peluang mengucup batu syurga yang tak pernah termimpi oleh aku untuk melakukannya. Kemudian, aku bangun dan terus buat solat sunat tawaf.
Pernah tak korang rasa macam dalam mimpi? Itulah yang aku rasa sepanjang hari lepas tu. Berjalan naik ke bahagian atas sebab tak lama lagi akan azan Zohor. Aku memang berjalan terhuyung hayang macam orang mabuk cinta. Terenyih sana terenyih sini dengan tudung yang masih senget. Suka hati ini Allah saja yang tahu. Akuatik pun kata aku jalan macam orang mabuk. Tak kisahlah. Yang penting aku dapat peluang emas ini.
Al-Jinn
Selesai bersolat zohor, aku dan akuatik kembali ke Marwah menunggu sahabat yang seorang lagi. Kami memang hendak balik ke hotel untuk makan tengahari. Lapar tak terkata waktu itu. Hendak ditinggalkan tak sampai hati sebab kami datang bertiga, biarlah pulang pun bertiga. Dalam hati waktu itu aku berdoa semoga Allah gerakkan hatinya untuk mencari kami di Marwah. Alhamdulillah tak lama selepas itu, dia muncul.
Sahabat yang seorang ini 'tak berapa sihat'. Ada orang menghantar sihir kepadanya. Jadi, walaupun malamnya sudah berubat, dia masih lagi keletihan. Bagi aku apa yang jadi padanya merupakan peringatan Allah pada aku. Faham-faham sajalah aku memang tidak sabar dengan benda-benda mistik ini. Sahabat itu tiba-tiba saja pengsan dan meracau-racau di Marwah. Bayangkanlah, kami berdua ini bukanlah ada pengalaman dengan perkara-perkara ghaib ini. Sudahlah masing-masing tak bawa handphone, Akuatiklah terpalsa berlari balik ke hotel untuk menelefon ustaz dan sheikh yang mengubati sahabat tadi. Dipendekkan cerita, tiba-tiba kami jadi 'glamer' di Marwah dan rezeki sahabat tadi, didoakan, diazan dan dibaca ayat-ayat suci oleh jemaah dari pelbagai negara. Haish! Salah satu pengalaman yang unik bagi kami berdua.
Makan-makan
Kebetulan Akuatik punya ramai saudara mara di Makkah. Malamnya kami dijemput untuk makan malam di rumah salah seorang saudara akuatik di sini. Memang kami lapar betul sebab kejadian tengahari tadi buatkan kami terlepas makan tengahari. Hendak tak hendak kami makan saja kurma dan air zam-zam buat pengalas perut. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, makan malam itu, kami makan dengan bersungguh-sungguh.
Kekenyangan sampai nak bangun awal pun malas hahahaha... errr itu akulah bukan Akuatik dan Cik Mimi.
Posted by khairyn at Wednesday, April 14, 2010 8 comments
Undangan Tetamu Allah II
Mata tak henti memandang kaabah tapi perasaan sayu tetap tidak terbit dalam hati. Aku masih lagi rasa kagum dan tidak percaya. Aku? Aku jadi tetamu Allah? Memang rasa tak percaya. Macamana aku ni boleh ada kat sini? Tiba-tiba aku rasa sangat-sangat happy. Tak tahu macamana nak describe perasaan gembira aku. Bukan gembira nak ketawa kuat-kuat, bukan gembira yang aku dah berjaya datang ke Makkah, tapi lebih kepada rasa gembira dan yakin sangat-sangat yang Allah sayang aku! Masa tu aku rasakan personal connection aku dengan Allah sangat-sangat kuat. Bukan sebelum ini aku tak yakin yang Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim tapi kali ini rasa itu terlalu peribadi.
Hari 3
Masih lagi duduk merenung kaabah dari tingkat atas. Nampak gaya tempat solat di sini jadi tempat feveret aku. Tak ramai yang berada di sini. Mungkin ramai yang ingin duduk di multazam tapi di atas ini aku rasa tenang dan damai. Setiap kali datang ke masjid, inilah tempat pertama yang kami tuju. Aku tak berapa suka berasak-asak untuk bersolat. Di mana-mana pun sama saja. Bukankah kami sedang berada di masjid mengelilingi kaabah?
Hari ini barulah hati aku rasa sayu berada di sini. Pagi tadi selesai solat Subuh dan taubat, aku panjatkan doa panjang untuk arwah abah. Rasanya air mata memang sangat-sangat murah di sini. Menitik tanpa henti. Teringatkan mak, teringatkan dosa-dosa sendiri. Tapi, memang lebih teringatkan pada arwah abah. Terasa sangat-sangat rindu pada arwah. Apatah lagi sebelum ke Makkah, aku pernah meminta pada Allah moga ditemukan aku dengan abah di Makkah. Ya Allah! Maha besarMu, permintaan aku dikabulkan. Subhanallah, sejak awal pagi tadi, bukan satu tapi lebih 10 'abah' aku temui. Dari abah waktu muda hinggalah abah yang aku ingat waktu di KLIA menghantar aku buat kali terakhir, empat tahun yang lalu. 'Abah' dari Indo, dari Tanah Arab dan lebih ramai dari Turkey. Susuk tubuh, gaya mereka mengenakan ketayap, seluar dan cara berjalan memang macam arwah abah. Sepanjang-panjang jalan ke masjidil haram dan pulang, aku cuma mampu tersenyum dan bertasbih dalam hati. Puas!
Hari 4
Ustaz bawa kami berziarah dan juga bermiqaat di Masjid Sayyidatina Aisyah di Tanaim. Ziarah bermula awal pagi, jadi sebaik saja selesai solat Subuh, kami terus bergegas pulang untuk cari makanan sarapan pagi. Cik Mimi bawa kami ke sebuah restoran India dan beli roti naan dengan kari ayam dan chickpeas. Tinggi rupanya kos hidup di sini. Satu tub kari dengan seketul ayam dan dua roti naan harganya sudah SR6. Entah, mungkin sebab kami dari UK, melepasi unit 2 itu sudah dikira mahal. Tapi yalah, kalau tak convert, makan pagi itu yang dikongsi 3 orang, cuma mungkin dalam £1.20 aje.
Destinasi ziarah kami yang pertama adalah Jabal Tsur. Oh! Yang pasti kami tidak mendaki. Setakat berhenti di bawah dan mengambil gambar dari situ saja. Ustaz kata kalau mendaki, mungkin mengambil masa 2-3 jam. Itupun sekiranya mendaki laju. Kalau lambat, hurrmmm... sampai maghrib tak tentu turun lagi. Ia dikenali sebagai Tsur sebab bentuk bukit tersebut seperti belakang lembu jantan. Dari Jabal Tsur, kami menghala ke Arafah. Ustaz beri penerangan tentang pembesaran Masjid Namirah terkeluar dari Arafah. Jadi berhati-hati selepas solat Zuhr dan Asar di situ. Jemaah Haji harus memastikan mereka berada di Arafah waktu wukuf. Kalau tak Haji mereka tidak sah.
Perjalanan di teruskan ke Jabal Rahmah. Kami diberi masa 20 minit di situ. Mak memang pesan untuk aku naik ke Jabal Rahmah dan berdoa di atas, tapi menurut Ustaz, lebih baik berdoa di depan Kaabah. Yang afdhal berdoa di Jabal Rahmah hanyalah pada 9 Zulhijjah. Tapi kalau nak naik dan tengok panorama saja, tidak mengapa. Hurmm... 20 minit boleh ke panjat dan turun? Lagipun matahari memang memancar-mancar, nak ambil gambar sambil buka mata pun payah. Akhirnya kami berpusing-pusing di atas dataran dan cuba ambil gambar huhuhu...
Perjalanan di teruskan lagi ke Muzdalifah dan seterusnya ke Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira'. Memandang ke jabal Nur, hati terdetik. Bersungguh-sungguh Rasulullah s.a.w memanjat bukit tinggi ini semata-mata hendak melarikan diri dari keadaan huru-hara di Makkah, mencari ketenangan dan berkhalwat di dalam gua. Terkenang juga kegigihan Sayidatina Khadijah, isteri kesayangan baginda yang memanjat bukit tinggi ini demi menghantar makanan untuk suami tercinta. MasyaAllah, indahnya hubungan cinta antara Rasulullah s.a.w dan Khadijah. Bukti kasih dan cinta seorang isteri kepada suaminya dan bukti cinta sejati Rasulullah s.a.w kepada Allah s.w.t Hati sendiri tertanya-tanya, kalau aku di tempat Khadijah, mampukah aku jadi seperti dia? Subhanallah!
Sebelum pulang ke Makkah, kami ke Tanaim dulu untuk Miqaat umrah ke 2. Bas berhenti di Masjid Sayyidatina Aisyah. Keadaan agak sibuk sewaktu kami tiba. Ada beberapa buah bas yang membawa jemaah umrah yang lain turut berhenti di masjid ini untuk bermiqaat. Kebanyakan jemaah yang kami temui di sini datang dari Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah dapatlah menunaikan solat sunat dan seterusnya bermiqaat dan kembali ke Makkah untuk bersolat zohor dan seterusnya menunaikan ibadah umrah kali ke 2.
****
Kami dapat merasa makan kibas mandy buat kali pertama kerana ada jemaah dalam kumpulan kami membayar nazar. Baru hari pertama berada di Makkah, anak seorang jemaah tiba-tiba 'terhilang'. Rupa-rupanya dia mengikut 'abang-abang' bersolat dan beribadah di Masjidil Haram tanpa memberitahu ibu bapanya. Kasihan ibunya, menangis kerana disangka anak lelakinya sudah hilang. Itu yang bernazar untuk menjamu kami sekiranya anaknya ditemui. Untung kami kerana dapat merasa kibas mandy.
Yang lawak, sejak hari itu tiap kali kami akan meninggalkan Makkah, nama anak itu akan dipanggil dahulu untuk memastikan dia ada di dalam bas bersama-sama kami.
Posted by khairyn at Wednesday, April 14, 2010 7 comments
Monday, April 12, 2010
Undangan tetamu Allah
Kepala masih lagi berdenyut-denyut sebab malam sebelumnya memang aku tak cukup tidur. Menghabiskan esei Sosiologi yang perlu di hantar awal. Empat hari awal dari tarikh deadline. Nasib baik semua baju-baju banyak yang sudah siap digosok, tinggal nak dimasukkan ke dalam beg saja. Keletihan memang sangat terasa sebab pagi tu aku masih lagi bekerja. Jadi pagi tu, aku heret sekali beg besar ke tempat kerja. Selesai kerja jam 9, aku lari ke universiti dan masukkan esei dalam kotak. Lari balik ke kolej, ambil beg, heret ke Buchanan Bus Station untuk ke Glasgow Airport. Aku dengan Akuatik saja yang naik kapalterbang ke London sebab Mimi ambil tren ke sana awal pagi.
Dalam banyak-banyak perjalanan, ini merupakan pengembaraan yang sangat penting bagi kami bertiga. Akhirnya setelah menunggu tiga tahun lebih, Allah berkenan melayangkan kad undanganNya pada kami untuk ke rumahNya. Bayangkanlah tiga tahun menunggu, akhirnya diberinya peluang. Rasa macam tak percaya pun ada. Rasa macam sangat-sangat istimewa pun ada juga. Sepanjang perjalanan, aku tidur saja. Mata memang tak boleh bukak, badan memang sangat letih. Sebaik saja, aku pakai talipinggang keledar, aku dah lentok. Bukak mata bila kapal terbang mendarat di Heathrow Terminal 1. Dari airport, kami meneruskan perjalanan ke Kota London untuk penginapan satu malam di Malaysian Hall. Rehat sebentar, malam tu terus pergi untuk penerangan umrah. Penerangan selesai pukul 9.30pm, terus berlari kembali ke Malaysian Hall untuk berehat. Pagi esoknya berkumpul di Heathrow untuk penerbangan terus London - Jeddah.
Hari 2 - Ke Jeddah
Pukul 9.30am kami berkumpul di Heathrow Terminal 1 untuk proses check in. Dugaan Allah yang pertama. Sistem komputer rosak jadi semua kerja-kerja harus dilakukan secara manual. Bayangkan dari pukul 10am beratur hingga pukul 12, masih tak selesai lagi urusan di kaunter. Selesai aje urusan check-in, kami terus ke atas untuk sekuriti, dan kejar penerbangan yang sudah menunggu. Haish! Orang Arab memang buat kerja tak berapa nak senonoh. Tapi, redha ajelah. Lagi sekali, lepas solat Zohor dan jama' Asar, sepanjang jalan tu aku tdur aje. Bangun masa makan dan miqaat saja.
Tiba di Jeddah. Dugaan Allah nombor dua. Hampir sejam menunggu mahram di kaunter passport control. Orang lain dah lepas, kami tak lepas-lepas lagi sebab mahram sengaja melewat-lewatkan masa. Dalam hati rasa macam nak marah aje tapi itulah.. kena bersabar. Setelah selesai urusan paspot, berkumpul lagi untuk menaiki bas terus ke Makkah. Bisanya jemaah umrah dari Malaysia akan terus ke Madinah sebelum ke Makkah, tapi jemaah kami terus ke Makkah kemudian baru ke Madinah. Rasanya lebih untung buat macam ni sebab selesaikan semua ibadah umrah dulu baru berhorray-horray di Madinah. Lagi seronok macam tu apatah lagi kami ni students jadi by the time kami di Madinah, otak kami pun dah tenang-tenang aje.
Bas bertolak sekitar jam 11pm dan sepanjang-panjang perjalanan kami tak henti-henti bertalbiah. Labaikallah humala baik. Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu. Kami tiba di Hotel Johrat Mona sekitar tengah malam. Selesai urusan bilik, makan malam dan mendengar taklimat, kami terus dibawa untuk melaksanakan umrah. Ustaz dari Indonesia yang bimbing kami. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram kami melalui jalan pasar dan Masjid Kucing. Itu kira landmark kami. Ustaz kata kalau sesat, check direction kat situ. Dari situ kami terus ke pintu Babussalam. Pelan-pelan melangkah ke masjidil haram. Hati mula rasa berdebar-debar. Bertanya dalam hati, apakah Allah akan tahan pandangan aku? Akan nampakkah Kaabah yang aku lihat gambarnya setiap kali bersolat 5 waktu? Masa tu memang berdoa semoga nampaklah Kaabah tu. Dan bila terlihat aje... Subhanallah, inilah rupanya Kaabah.
Bila dah nampak kaabah tu, segala perasaan hilang. Aku tak ada rasa sedih, sayu atau takut tapi lebih kepada rasa kagum. Macam woaaah! Inilah Kaabah yang sebenar-benarnya. Besar sungguh!Bila melangkah turun dari tangga menuju ke dataran untuk bertawaf pun rasa kagum tu tak hilang lagi. Jam waktu itu dah melewati 2 pagi tapi, orang masih lagi ramai yang bertawaf. Melangkah mendekati baris Hajarul Aswad, berniat dan melambaikan tangan lalu memulakan tawaf umrah - Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar! Sepanjang-panjang tawaf aku memandang objek empat segi besar yang bernama Kaabah. Hati masih lagi tak percaya aku dah berada di dataran dan bertawaf mengelilingi Kaabah. Mulut kumat kamit mengikut bacaan ustaz. Buku panduan aku jeling sekali sekala. Tiba di Maqam Ibrahim dan seterusnya ke Hijri Ismail kemudian aku mendongak ke atas memandang pancur emas. Berjalan lagi hingga ke Rukun Yamani dan seterusnya ke Hajarul Aswad sekali lagi. Tamat satu pusingan. Seterusnya begitulah sehingga cukup 7 pusingan. Aku rasa kalau ustaz tak bawa malam tu entah berapa kali agaknya aku pusing bertawaf mengelilingi Kaabah. Aku mudah hilang tumpuan kerana asyik memerhatikan persekitaran Kaabah.
Selesai bertawaf dan melakukan solat sunat di hadapan multazam, kami terus ke kawasan Saie. Ah! Yang ini memang mencabar kekuatan mental dan fizikal. Badan mula terasa sangat-sangat letih apatah lagi aku memang tidak cukup tidur sejak dari Glasgow lagi. Tapi, aku gagahi juga. Apalah penatnya aku berbanding Siti Hajar yang berlari antara Safa dan Marwah mencari air untuk anaknya Ismail a.s? Aku cepat-cepat beristighfar. Aku bersaie di waktu malam, berbumbung dan berlantai mar-mar. Kipas berpusing dengan laju dan ada paip air zam-zam di sepanjang perjalanan sedangkan Siti Hajar berlari dibawah matahari terik, di kawasan bukit yang tajam menggigit dan mampu melukakan tapak kaki. Dugaan aku tak sehebat dugaan Siti Hajar. Tiap kali aku mula hendak mengaduh mengeluh, aku ingatkan diri sendiri tentang Siti Hajar. Setiap kali kaki terasa sakit berjalan di lantai mar-mar bersegi empat, aku terbayangkan kaki Siti Hajar. Ya Allah! Ujian aku tidak sehebat ibu nabi Ismail a.s. Siapalah aku untuk mengeluh?
Selesai ibadah Saie, aku rasa lega ya amat-amat. Alunan azan yang pertama mula berkumandang mengingatkan umat supaya bersedia untuk menunaikan solat Subuh. Ah! Sudah hari baru di Makkah al Mukarramah. Kami mula bergerak meninggalkan kawasan Saie dan mencari tempat untuk bersolat. Inginnya bersolat di hadapan Multazam tapi kawasan itu dah penuh. Aku berkeputusan untuk naik ke tingkat atas dengan harapan dapat mencari tempat yang selesa, berada di hadapan dan memandang Kaabah ketika bersolat. Alhamdulillah, Allah tunaikan hajat aku, kami dapat ruang yang luas dalam keadaan yang nyaman.
Buat pertama kalinya, aku bersolat fardhu berjemaah di dalam masjidil haram, tanpa perlu menundukkan kepala memandang tempat sujud. Kaabah dan aku saling menghadap.
Posted by khairyn at Monday, April 12, 2010 10 comments