Monday, April 12, 2010

Undangan tetamu Allah

Hari 1 - Ke London


Kepala masih lagi berdenyut-denyut sebab malam sebelumnya memang aku tak cukup tidur. Menghabiskan esei Sosiologi yang perlu di hantar awal. Empat hari awal dari tarikh deadline. Nasib baik semua baju-baju banyak yang sudah siap digosok, tinggal nak dimasukkan ke dalam beg saja. Keletihan memang sangat terasa sebab pagi tu aku masih lagi bekerja. Jadi pagi tu, aku heret sekali beg besar ke tempat kerja. Selesai kerja jam 9, aku lari ke universiti dan masukkan esei dalam kotak. Lari balik ke kolej, ambil beg, heret ke Buchanan Bus Station untuk ke Glasgow Airport. Aku dengan Akuatik saja yang naik kapalterbang ke London sebab Mimi ambil tren ke sana awal pagi.

Dalam banyak-banyak perjalanan, ini merupakan pengembaraan yang sangat penting bagi kami bertiga. Akhirnya setelah menunggu tiga tahun lebih, Allah berkenan melayangkan kad undanganNya pada kami untuk ke rumahNya. Bayangkanlah tiga tahun menunggu, akhirnya diberinya peluang. Rasa macam tak percaya pun ada. Rasa macam sangat-sangat istimewa pun ada juga. Sepanjang perjalanan, aku tidur saja. Mata memang tak boleh bukak, badan memang sangat letih. Sebaik saja, aku pakai talipinggang keledar, aku dah lentok. Bukak mata bila kapal terbang mendarat di Heathrow Terminal 1. Dari airport, kami meneruskan perjalanan ke Kota London untuk penginapan satu malam di Malaysian Hall. Rehat sebentar, malam tu terus pergi untuk penerangan umrah. Penerangan selesai pukul 9.30pm, terus berlari kembali ke Malaysian Hall untuk berehat. Pagi esoknya berkumpul di Heathrow untuk penerbangan terus London - Jeddah.

Hari 2 - Ke Jeddah

Pukul 9.30am kami berkumpul di Heathrow Terminal 1 untuk proses check in. Dugaan Allah yang pertama. Sistem komputer rosak jadi semua kerja-kerja harus dilakukan secara manual. Bayangkan dari pukul 10am beratur hingga pukul 12, masih tak selesai lagi urusan di kaunter. Selesai aje urusan check-in, kami terus ke atas untuk sekuriti, dan kejar penerbangan yang sudah menunggu. Haish! Orang Arab memang buat kerja tak berapa nak senonoh. Tapi, redha ajelah. Lagi sekali, lepas solat Zohor dan jama' Asar, sepanjang jalan tu aku tdur aje. Bangun masa makan dan miqaat saja.

Tiba di Jeddah. Dugaan Allah nombor dua. Hampir sejam menunggu mahram di kaunter passport control. Orang lain dah lepas, kami tak lepas-lepas lagi sebab mahram sengaja melewat-lewatkan masa. Dalam hati rasa macam nak marah aje tapi itulah.. kena bersabar. Setelah selesai urusan paspot, berkumpul lagi untuk menaiki bas terus ke Makkah. Bisanya jemaah umrah dari Malaysia akan terus ke Madinah sebelum ke Makkah, tapi jemaah kami terus ke Makkah kemudian baru ke Madinah. Rasanya lebih untung buat macam ni sebab selesaikan semua ibadah umrah dulu baru berhorray-horray di Madinah. Lagi seronok macam tu apatah lagi kami ni students jadi by the time kami di Madinah, otak kami pun dah tenang-tenang aje.

Bas bertolak sekitar jam 11pm dan sepanjang-panjang perjalanan kami tak henti-henti bertalbiah. Labaikallah humala baik. Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu. Kami tiba di Hotel Johrat Mona sekitar tengah malam. Selesai urusan bilik, makan malam dan mendengar taklimat, kami terus dibawa untuk melaksanakan umrah. Ustaz dari Indonesia yang bimbing kami. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram kami melalui jalan pasar dan Masjid Kucing. Itu kira landmark kami. Ustaz kata kalau sesat, check direction kat situ. Dari situ kami terus ke pintu Babussalam. Pelan-pelan melangkah ke masjidil haram. Hati mula rasa berdebar-debar. Bertanya dalam hati, apakah Allah akan tahan pandangan aku? Akan nampakkah Kaabah yang aku lihat gambarnya setiap kali bersolat 5 waktu? Masa tu memang berdoa semoga nampaklah Kaabah tu. Dan bila terlihat aje... Subhanallah, inilah rupanya Kaabah.

Bila dah nampak kaabah tu, segala perasaan hilang. Aku tak ada rasa sedih, sayu atau takut tapi lebih kepada rasa kagum. Macam woaaah! Inilah Kaabah yang sebenar-benarnya. Besar sungguh!Bila melangkah turun dari tangga menuju ke dataran untuk bertawaf pun rasa kagum tu tak hilang lagi. Jam waktu itu dah melewati 2 pagi tapi, orang masih lagi ramai yang bertawaf. Melangkah mendekati baris Hajarul Aswad, berniat dan melambaikan tangan lalu memulakan tawaf umrah - Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar! Sepanjang-panjang tawaf aku memandang objek empat segi besar yang bernama Kaabah. Hati masih lagi tak percaya aku dah berada di dataran dan bertawaf mengelilingi Kaabah. Mulut kumat kamit mengikut bacaan ustaz. Buku panduan aku jeling sekali sekala. Tiba di Maqam Ibrahim dan seterusnya ke Hijri Ismail kemudian aku mendongak ke atas memandang pancur emas. Berjalan lagi hingga ke Rukun Yamani dan seterusnya ke Hajarul Aswad sekali lagi. Tamat satu pusingan. Seterusnya begitulah sehingga cukup 7 pusingan. Aku rasa kalau ustaz tak bawa malam tu entah berapa kali agaknya aku pusing bertawaf mengelilingi Kaabah. Aku mudah hilang tumpuan kerana asyik memerhatikan persekitaran Kaabah.

Selesai bertawaf dan melakukan solat sunat di hadapan multazam, kami terus ke kawasan Saie. Ah! Yang ini memang mencabar kekuatan mental dan fizikal. Badan mula terasa sangat-sangat letih apatah lagi aku memang tidak cukup tidur sejak dari Glasgow lagi. Tapi, aku gagahi juga. Apalah penatnya aku berbanding Siti Hajar yang berlari antara Safa dan Marwah mencari air untuk anaknya Ismail a.s? Aku cepat-cepat beristighfar. Aku bersaie di waktu malam, berbumbung dan berlantai mar-mar. Kipas berpusing dengan laju dan ada paip air zam-zam di sepanjang perjalanan sedangkan Siti Hajar berlari dibawah matahari terik, di kawasan bukit yang tajam menggigit dan mampu melukakan tapak kaki. Dugaan aku tak sehebat dugaan Siti Hajar. Tiap kali aku mula hendak mengaduh mengeluh, aku ingatkan diri sendiri tentang Siti Hajar. Setiap kali kaki terasa sakit berjalan di lantai mar-mar bersegi empat, aku terbayangkan kaki Siti Hajar. Ya Allah! Ujian aku tidak sehebat ibu nabi Ismail a.s. Siapalah aku untuk mengeluh?

Selesai ibadah Saie, aku rasa lega ya amat-amat. Alunan azan yang pertama mula berkumandang mengingatkan umat supaya bersedia untuk menunaikan solat Subuh. Ah! Sudah hari baru di Makkah al Mukarramah. Kami mula bergerak meninggalkan kawasan Saie dan mencari tempat untuk bersolat. Inginnya bersolat di hadapan Multazam tapi kawasan itu dah penuh. Aku berkeputusan untuk naik ke tingkat atas dengan harapan dapat mencari tempat yang selesa, berada di hadapan dan memandang Kaabah ketika bersolat. Alhamdulillah, Allah tunaikan hajat aku, kami dapat ruang yang luas dalam keadaan yang nyaman.

Buat pertama kalinya, aku bersolat fardhu berjemaah di dalam masjidil haram, tanpa perlu menundukkan kepala memandang tempat sujud. Kaabah dan aku saling menghadap.

Monday, April 05, 2010

Umroh

Selamat tiba ke Baitullah 4 hari lepas. Alhamdulillah. Tiada internet tapi dapat talian terus dengan Allah. Subhanallah.



update: 09/04/10
Di Madinah Al-Munawwarah. Alhamdulillah dapat melawat makam Rasulullah s.a.w dan bersolat sunat di Raudhah beberapa kali. Cinta.

Friday, March 19, 2010

Hilang

Aduh! Sedihnya hari ni. Beg duit hilang. Cari-cari tak jumpa. Dalam beg sandang tak ada, kat rumah pun tak ada. Yang lebih sedih, baru hari ni perasan beg duit tu hilang. Tadi, masa nak membeli barang baru perasan beg duit tak ada dalam beg sandang tu.
Sedih tu bukan pasal duit tu sangat.. Yalah memang ada £40 note English kat dalam beg tu, sebab nak pi buat pas bas hari Sabtu ni, tapi lebih sedih sebab kad pengenalan, lesen memandu Malaysia, kad library semua ada kat dalam beg duit tu. Kad bank dengan kredit kad tu tak berapa kisah sangat sebab kad-kad tu semua ada pin dan aku tak simpan pin-pin tu semua dalam beg duit. Hailah pencuri! Kalau nak mencuri pun, ambil sajalah duit dan tinggalkan barang-barang lain yang tak berharga bagi kamu tapi sangat berharga bagi mangsa weh! Nak buat kad library kena bayar £10. Tu, lesen Malaysia dengan kad pengenalan... dah hilang nak buat baru.. tapi kena balik Malaysialah nak membuatnya. Sedih sangat ni.
Aku suspect, ada pencuri yang telah ambil beg duit tu masa aku kat SUMSA solat zohor dengan Asar. Mungkinlah kot, sebabnya aku sengsorang aje kat bahagian muslimah dalam masjid semalam. Silap aku juga sebab tinggalkan beg sandang aku kat dapur bahagian Muslimah. Tapi, aku memang tak terfikir langsung. Cuma, lepas tu baru hati aku terdetik, bahaya gak tinggalkan beg aku kat situ sebab tak ada orang kat dapur masa tu. Tapi, idaklah aku check samada beg duit aku masih ada lagi dalam beg sandang tu atau tidak. Haish!
Ini bukan kali pertama jadi kejadian mencuri dalam masjid SUMSA cuma ia taklah berapa kerap. Si Akuatik pun dah kena. Dalam £30 juga hilang. Kes macam aku gak, tinggal beg kat dapur. Tapi tulah, kalau nak jadi tu memang nak jadi juga. Hari tu aku boleh lupa pi letak beg kat dapur. Kisahnya aku pun tengah makan jadi beg tu aku letak kat sebelah. Lupa nak letak kat tempat solat sebab biasanya memang aku akan letak kat tempat solat tu.
Jadi, tadi pi lah tengok CCTV kat bilik imam. Tak perasanlah pula kalau ada orang lain yang lalu lalang dan masuk ke tempat muslimah. Brother bagi tahu mungkin untuk elak kejadian ini berlaku lagi, depa kena letak CCTV kat tempat muslimah pula. Sebab asal dorang tak letak CCTV kat situ adalah aurat dan privasi. Aku usulkan letak aje 2 CCTV kat situ. Satu kat dapur dan satu lagi kat ruang solat tapi access untuk menonton footage hanya boleh dibuat oleh ketua muslimah dan dilindung dengan password sekiranya berlaku kecurian lagi.
Aku tak buat laporan polis lagi. Kalau buat laporan pun mungkin setakat Lost and Found ajelah kot. Kang buat laporan stolen, polis akan datang dan siasat dan footage CCTV tadi tak adalah pula dapat menentukan adanya 'pencuri' yang telah masuk ke bahagian Muslimah. Esoklah kot aku buat laporan Lost and Found kat balai polis.
Sedih sesangat... aku doa semoga aku dapat balik semua kad-kad yang tak menguntungkan pencuri tu. Yang penting kad library, dan pengenalan diri Malaysia. Duit tu kalau tak dapat balik pun tak apa, aku redha dan halalkan duit tu.
Inilah kifarah Tuhan pada hambaNya. Untuk tiap solat yang tidak terjaga, untuk tiap hati yang terluka, untuk amalan yang hilang istiqamahnya. Kifarah Tuhan untuk insan lemah dan leka seperti aku. Untuk hamba yang mungkir taubatnya. Ya, aku terima. Aku redha.

pemikir fakir

Sunday, March 14, 2010

Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas merupakan minggu pengenalan Islam anjuran SUMSA atau Islam Awareness Week. Memang ini merupakan acara tahunan persatuan pelajar Islam di Strathclyde University. Sepanjang-panjang minggu ada aktiviti-aktiviti untuk mengenalkan pelajar-pelajar bukan Islam kepada Islam dan juga beri peluang kepada pelajar-pelajar Islam untuk mendalami ilmu. Memandangkan aku pun sibuk dengan esei sana sini, aku cuma dapat hadir untuk dua aktiviti saja - perbincangan tengan wanita dalam Islam dan juga perbincangan antara agama; Islam dan Kristianiti. Kedua-dua isu ini memang agak menarik, apatah lagi ia juga melibatakan budaya yang berbeza. Bak kata Samuel P Huntington - The Clash between Western and Islamic Civilizations. Isu hijab menjadi hangat - Islam memandang hijab sebagai liberating women but the Western sees hijab as opressing the women.

Hari Jumaat dewan Chambers agak penuh sedikit memandangkan ada interfaith dialogue antara Islam dan Krisitianiti. Islam diwakitli oleh Sheikh Riduan dan Kristianity oleh Rev. Duncan Peters. Aku sangat suka dengan approach Sheikh Riduan yang menerangkan tentang Islam, lembut dan tenang. Penyampaian Rev. Duncan pun menarik juga, cuma ada banyak persoalan yang dia sendiri tak dapat jawab. Misalnya konsep monotheism yang disatukan dalam trinity dan mengapa Bible ditulis beratus tahun selepas kematian Isa. A.S. Menarik bila tengok seorang reverend yang bingung hendak menerangkan konsep ketuhanan kepada pendengar Muslims.
Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku. Dan Mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka mengerti perkataanku. (QS Taha: 25-28)

Sebenarnya aku nak bercerita tentang buku tulisan Reverend Duncan. Lebih kurang mukadimah tentang kitab Bible kepada seorang Islam. Tajuknya 'In The Beginning: A Month of Daily Meditations from Al-Taurat'. Harga buku £4.50 tapi untuk promosi pada kami dia jual £2.50. Aku beli huhuhu... siap mintak otograp lagii kekekeke. Bagi aku buku ini biasa-biasa saja tapi sebab penerbitannya itu sangat-sangat menarik. Duncan tak guna nama Duncan Peters sebagai penulis buku ini sebaliknya dia menggunakan nama Ya'qub Duncan. Nama penerbit tak diberitahu tapi ia sebenarnya projek freechurch.org. di bawah program Literature for Life. Aku ambil quote mengapa buku ini diterbitkan.

One of the WFM literature projects for 2007/2008 is to publish a short book for Asian Outreach. Entitled In the Beginning – a Month of Daily Meditations from al-Taurat, the book is based on Genesis 1-3 and is written for a Muslim readership. It aims to introduce Muslims to the Bible, not as the holy book of another religion, but as a Muslim book, because the Taurat (Torah, or books of Moses) is the first of the four Divinely-revealed books in Islam (the other three are the Psalms, the Gospel and the Qur’an). In practice, however, few ever read the Taurat, and many have been led to believe that the Taurat, Psalms and Gospel have been corrupted by Jews and Christians, and we thus no longer have access to the original message of these books. An introduction aims to refute this view using the Qur’an, which speaks only in the highest terms of the Taurat. The main body of the book consists of 30 readings and meditations, working through Genesis 1-3. Each day takes up a double page spread. On the left-hand page is the Scripture portion for that day in the original Hebrew and in an English translation. The Hebrew is used because Muslims have particular respect for the original language of Scriptures, and it helps show that the original text of the Taurat is still available to us. This page is attractively bordered to demarcate Divine words from human words, following Muslim convention. On the right-hand page there is a refl ection on the passage for that day and then a suggested prayer of response. The book aims to be user-friendly, offering “bite-size” chunks for each day. An epilogue develops the concept of Messiah, introduced in Genesis 3:15.
Kagum aku sat. Kekaguman aku bukanlah pasal apa yang ditulis itu adalah benar belaka tapi aku kagum yang mereka masih lagi belajar translation Quran secara selektif. Dan aku pun kagum aku boleh habiskan membaca dalam bas pergi dan balik kerja tadi. Buku tentang 30 Hari meditasi ini menceritakan tentang kejadian bumi, matahari dan bulan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manusia pertama Adam dan Hawa dan bagaimana mereka 'dihalau' ke bumi. Menurut buku Duncan yang memetik ayat-ayat yang dikatakan dari Al-Taurat atau Genesis ini, sebab kesalahan Hawa yang berdosa, Tuhan hukum dia dan SETIAP wanita merasa sakit bersalin.

Ada lagi petikan-petikan dalam buku Duncan (yang dikatakan dipetik dari Al-Taurat ni) yang sangat kontradiksi. Antaranya, Allah dan manusia itu adalah satu. Hukuman dosa yang lebih berat ke atas wanita disebabkan kesalahan Hawa. Dan hari yang ke 28 bercerita pasal sebabkan dosa Adam dan Hawa inilah banyak masalah yang berlaku di bumi contoh; hubungan antara manusia, manusia dengan haiwan dan dengan persekitaran. Hari ke 29 ni bercerita pasal Allah beri kulit haiwan untuk menjadi pakaian kepada Adam dan Hawa. Inilah detik permulaan korban - korban untuk membersihkan dosa. Memanglah tafsir Israiliyyat huhuhu

Adeh! Bagi aku argument dia sangat lemah. Memang dia petik beberapa ayat Quraan tapi konteksnya sedikit lari. Ala-ala ambik nak memenuhi ruang bibliografi macam aku buat untuk esei aku jer huhuhuhu.

Kita umat Islam memang percaya dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada Musa A.S, (AL-Taurat) Daud. A.S (Zabur) Isa A.S (Injil) dan Rasulullah S.A.W (Al-Quran). Dalam Bahasa Inggeris Al-Taurat - Torah, Zabur - Genesis, Injil -Bible, Quran - Quran. Benar setiap kitab yang diturunkan sebelum kedatangan Rasulullah dan Al-Quran membawa ajaran basic tentang agama suci dan Allah sebagai Tuhan Semesta Alam. Tentang ciptaanNya, tentang ajaran yang harus diikuti oleh hambaNya, tapi kitab-kitab ini diturunkan specifically untuk komuniti pada waktu itu dengan keadaan dan keperluan pada masa itu. Contohnya komuniti Yahudi dan Kristian. Aku petik Ahmad Vonn Denffer dalam tulisannya Ulum Al Quran, An Introduction to the Science of the Qur'an;
The revelation before the Qur'an and hence scriptures before it, were in many of their details situation-oriented in nature and therefore confined to their particular framework. This also explains the continuity of revelation. With changing circumstance and in different situations new guidance from Allah was required. As long as the revelation and scripters were not completely universal in nature, revelation would not reach its finality.
Finality atau kesempurnaan tercapai apabila Al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui wahyu Allah dan Jibrail.

Okay, jadi apa yang aku belajar tentang pembacaan buku ini;
  1. Hujah 30 Hari Meditasi ini masih lemah. Sumber Kitab Zabur, Taurat dan Injil masih lagi diragui. Tiada versi original. Yang ini diambil dari The Holy Bible Today's New International Version Hodder and Stoughton.
  2. Banyak kontradiksi. Apakah Allah itu lemah sehingga tidak tahu tentang perbuatan Adam dan Hawa?
  3. Apakah manusia itu berdosa hanya kerana dosa yang turun temurun dari Hawa?
  4. Kejam sungguh Allah punish setiap wanita dengan kesakitan melahirkan zuriat hanya kerana dosa Hawa. Hujah dalam 'Torah" dalam buku Duncan berlawanan dengan sifat Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan yang paling penting
  5. Buka mata dan minda tentang ajaran agama lain dan belajarlah agama Islam untuk meningkatkan pengetahuan dan iman.

Wallahuaklam

Wednesday, March 10, 2010

Pemberat ghaib

Aku : Nak tanya sikit
Dia : Ok
Aku : Apa rasanya kena tindih?
Dia : Tak boleh nafas, tak boleh gerak, tak boleh cakap walaupun mata terbukak.
Aku : Macamana tu? I mean rasa macam ular masuk dalam badan atau rasa macam ada a sack of patatoes kat atas badan kita.
Dia : A sack of potatoes. Kenapa?
Aku: Huhuhuhu

Sejak zaman sekolah dan duduk hostel aku tak pernah rasa macamana kena tindih. Cuma sekali aje aku rasa macam ada makhluk atau entiti kata cik Atikah yang mengular masuk dalam badan. Masuk dari jari hantu tangan kanan, terus tekan pergelangan tangan dan naik hingga ke siku. Masa tu aku mampu tarik tangan aku dan pusing mengiring. Dek kerana terlalu mengantuk, aku buat tak layan aje.

Malam tadi jadi lagi sekali.

Aku tidur mengiring belah kanan. Kali ini aku terjaga sebab aku macam nampak cahaya bersinar-sinar di balik kelopak mata (yo lah aku tidur tutup mata bukan bukak mata huhuhu). Kendian aku rasa macam badan aku ditolak ke bawah. Rasa macam tilam tu depress sebab kena tolak. Bukan rasa ada tangan yang menolak tapi macam satu benda berat yang diletakkan atas badan aku huhu. Pelan-pelan tekan gitu. Mulanya aku malas nak layan tapi makin lama makin dalam 'dia' tekan. Dalam mengantuk tu tak fikir apa lagi dah, yang terlintas cuma surah Al-Fatihah jer huhuhu.. Aku rasa macam aku bukak mulut membaca tapi bacaan tu macam herot berot jer. Macam orang mabuk tengah bercakap. Namun tetap kugagahi jua! Ya, semangat kena kuat ye adik-adik. Tiba jer ayat ke 5

- إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Aku rasa badan aku ringan balik. Terus sambung baca sampai habis dan cahaya terang tu masih berpusing-pusing tapi lama-lama hilang sebab aku dah lena balik huhuhu.

Tu yang aku tanya dia tu macamana rasanya kena tindih. Sebab aku tak pernah kena lagi yang kaw-kaw punya. Dia ni pulak memang dah selalu sangat kena.

Aku : Ai rasa jinn you dah cross over masuk my room lah
Dia : huhuhu... sebab malam-malam surah al-Baqarah berkumandang kat sebelah telinga (dia pasang surah al-Baqarah kuat-kuat dari lapitop)
Aku : Kot sebab ai selalu sangat baca surah Al-Rahman. (tu 'dia' nak ngetest tu kot)
Dia : hahahahaha
Aku : Nampak gaya lepas ni ai kena pasang gak lah surah Al-Baqarah berkumandang dalam bilik. Bagi panas sama dia.
Dia : Huhuhuhu

Hari tu, lampu kat bilik aku terpadam sebab electric trip kat rumah. Memang bergelaplah separuh dari rumah tu. Dah tu malas nak tipon tuan rumah jadi terus bermalap (sebab ada lampu study dengan lampu tidur) sampai sebulan lebih. Minggu lepas, tuan rumah datang sebab nak tengok bilik air dengan dapur, jadi dia betulkan sekali switch yang rosak tu. Rumah dah kembali terang. Bukan takat tu jer, cik Mimi jarang ada kat rumah jadi bilik dia pun selalu kosong. Huwaaa... aku sering ditinggalkan. Chewah!
Atau....

Mungkin juga aku selalu baca cerita seram yang tak boleh nak percaya dari ilahkhatibrani hihihihi...

Oh by the way, aku belum lagi nampak hantu Scottish ni jadi tak boleh di pastikan samada dia memakai kilt atau tidak.

sekian, terima kasih.

Monday, March 01, 2010

teh o limau dan sesi memujuk

Teh O Limau

Aku rasa sejak balik dari Malaysia bulan 10 tahun lepas, aku tak ada ambik cuti Sabtu Ahad. Jadi sempena ada orang nak belanja makan sempena hari ulang tahun, weekends lepas aku pun ambil cuti. Seronoknya tiba-tiba tak kerja hujung minggu. Tidur memang aktiviti yang sangat menyeronokkan sampailah kepala aku sakit sebab terlebih jam tidur huhuhu.

Margaret kawan Polska aku ajak keluar dinner hari Jumaat lepas. Sempena hari jadi yang dah lepas gittew. Lagipun dia nak kenalkan aku dengan kawan dia yang suka sangat pi Asia. Minggu lepas pulak tu asyik hujan aje. Kami janji nak jumpa jam 7pm kat stesen keretapi Central. Ada orang nak mengendeng, jadi terpaksalah bawak kan? Hehehehe... aku kena bawak si akuatik sebab nak kenal gak dengan kawan si Margaret ni.

Huhuhu... yo lah... kawan si Margaret ni kaum Adam. hahahaha... Namanya pun Adam gak. Tapi tulah, dah suka sangat dengan Asia kan? Sampai perangai pun terikut2 orang Asia. Janji dalam kul 7pm, alih-alih jam 9pm baru ler tiba. Sejuk beku kami tiga orang menunggu dia. Margaret tu dah 80 kali agaknya nak 'membunuh' si Adam ni.

Mulanya Margaret bagi aku 'kuasa' nak pilih makan apa, aku kata kita try Italian. Dah dia tak suka italian la plak. Akhirnya kena tanya dia, nak makan apa. Dia nak makan Asian food. Huhu.. terpaksalah kami bawak dia makan di Rumour, kopitiam Malaysia kat sini. Aku tak berapa selesa sebenarnya makan kat situ tapi tak apalah sebabkan Margaret, kami ikut ajelah. Aku dengan akuatik order teh tarik. Tapi sayang... tariknya tak hebat. Tak de buih. Ceh! Bila Margaret nampak kami minum teh susu dia kata kalau datang Poland, jangan mintak teh susu nanti orang kat situ kata kita mengandung d'ohHuk aloh! Jadi nak minum apa? Margaret kata kat sana minum teh dengan lemon. Cuma orang mengandung aje yang minum teh dengan susu. Tapi kalau minum kopi ngan susu tak pe. Orait!

Satu lagi yang aku belajar pasal Polish ni. Pasal nama manja. Kalau benda yang comel-comel tu otomatik dia akan tukar ejaan yang belakang jadi SH. Contoh. Margaret, nama manja dia Gosha. Dan Adam pulak nama manja dia ADASH. Tu pun sebab aku tanya pasai pa Margaret tipon ADAS (S tapi bunyinya SH) bukan ADAM. Dia kata Adas(h) tu nama manja untuk ADAM. Ni panggilan kalau kita dah rapat dengan orang tu. love struck... (Kan Ly? Kan Ita? Kan Dura? Kan Ika? huhuhuhuhu)

Adash ni suka pi IndoChina. Dia tengah ambil kursus dalam pelancongan dan bulan 4 ni nak pi sana bawak pelancong-pelancong dari Poland. Tapi biasalah kan orang Polska ni, Vodka tu asalnya dari tempat dorang. Si Adash ni pun suka melawak. Tanya kami nak minum apa.. vodka? rum? whisky? Bila si Margaret kata kami tak minum.. dia sambunglah "I don't drink too... much." Perkh! Kagum gak lah aku tengok, dia minum segelas jah. Bukan ke Polish minum arak macam minum air oren ja? hahahaha

sesi memujuk

Macam biasa hari Ahad aku telefon mak. Kalau hujung minggu aku boleh dapat panggilan percuma, tapi masih kena bayar lah untuk sambungan panggilan antarabangsa. Harga tak mahal, cuma 1p seminit. Boleh cakap laaamaaa-laaamaaa hehehe. Banyak benda jugalah bercerita dengan mak sebab mak nak buat umrah cuti sekolah bulan ni. Seronok mak, tak sabar-sabar dah nak pergi buat umrahnya. Siap pesan kat aku suh anak-anak angkat dia (a.k.a kawan-kawan aku) pi epot sekali untuk pesanan last minute. Tu dia... prihatin sungguh nak mendoakan untuk mereka.

Dah tu opkoslah masuk cerita plan dia nak mai sini. Aku cadang datang bulan 7, cukup sesuai sebab masa tu musim panas, tak daklah kesejukan ke apa ke. Bla bla bla.... dia tanya aku nak balik bulan berapa? Errr....

Bab ni memang aku lemah sikit. Aku tanya boleh tak aku dok luar lagi. Maksudnya tidak menjejak tanah Malaya? Mak pulak bukak cerita sedih. "Mak tak ada kawanlah." "Tak ada sapa nak hantar mak pergi ambil barang bla bla bla." Hadoi! Tapi yang ni memang buat aku tak tahan. "Nanti kalau mak mati pun tak sempat nak tengok."

Mak ni! Memang sukalah ugut aku dengan ayat-ayat mati ni. Bukan aku hati kering tapi pikir sat, kalau aku mati kat sini pun mak tak dapat tengok gak? miahahahahaha... Ajal maut di tangan Allah, tak kira tua tak kira muda, tak kira sakit tak kira sihat. Siapa-siapa saja kalau janji dah tiba, kenalah menghadap Dia. crying

Bukan aku tak nak balik, tapi hutang aku berlambak nak kena langsai. Bukanlah hutang dengan bank tapi hutang duit yang aku guna nak ke sini dulu. Aku nak ler kena ganti kan? Takkanlah balik dengan tangan kosong. Dah lah ada cita-cita tak nak kerja dengan kampeni kat Malaysia, ada hati nak dok goyang kaki. Lagipun hidup kat Malaysia ni kos tinggi. Nak tak nak aku kena ada kereta untuk memudahkan pergerakan. Dahlah Miss Wira sudah dijual dan yang tinggal MAE yang dah semput-semput tu. Sian MAE, takkanlah nak lanyak sampai lunyai. Memanglah aku boleh buat freelancing ke apa ke? Tapi ... err aku ... aku .... macam teringin nak cuba nasib kat negara lain pulak. Manalah tahu rezeki banyak pula kat tempat tu. confused

Aku pujuk mak, kalau aku dapat kerja kat negara idaman aku tu, aku nak ajak dia dok dengan aku. Lagipun negara tu dah dekat juga dengan Tanah Malaya.. Alah... dalam 6, 7 jam penerbangan jer ahaks! Lagipun agak dekat juga dengan Saudi. Senang jer mak nak buat umrah kalau mahu. Mak taknak la pulak. Bukanlah aku ni tak berhati perut, tak sayang mak. Huhuhu.. sayang mak sangat-sangat cuma aku akan tahu kalau aku dok Malaysia memang hidup aku akan sedentary dan mundane. Aku bercerita pasal diri aku bukan orang lain yang penuh dengan aktiviti.

Alaaa... mak. Nak kena pujuk lagi lah ni cool

Friday, February 12, 2010

Hati penuh cinta

Semalam pergi dengar ceramah Shaikh Ahsan Hanif di Glasgow Caledonian University dengan cik Mimi. Menarik tajuk kuliahnya, Boys and Girls Falling in Love or Falling in Lust. Ceramah khas ini bersempena dengan Feb 14. Apa maksud Valentine pada seorang muslim. Memang penuh dewan kuliah dengan adik-adik dari sub-continent. Bab-bab munakahat ni memang popular. Tapi rasanya walaupun kuliah ini targetnya anak-anak muda yang sedang bercinta, tapi manfaatnya pun pada mereka yang sudah berumah tangga.

Kuliah agak lewat dari yang dijadualkan sebab shaikh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Glasgow tapi sebaik saja beliau memulakan kuliahnya, rasa masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Shaikh terangkan tentang permulaan sambutan Valentine iyang dikenali sebagai Lupercalia yang bermula pada zaman Rome dulu. Kemudian cerita yang ramai orang tahu pasal St Valentine. Dan kenapa kita tak boleh sama-sama meraikan sambutan Valentine ini. Aku rasa ramai dah tahukan sebab apa. Hendak menunjukkan rasa kasih dan sayang itu tidak salah tapi bukan pada hari Valentine.

Muslims don't know their religion. Either do anything or do nothing. They become two polar extreme, yet the best is to take the middle path.
Shaikh Ahsan Hanif

Kuliah diteruskan dengan peringatan tiada istilah pre-marriage relationship, boyfriend atau girlfriend dalam Islam. Tiada hubungan fizikal sebelum nikah. Perhubungan yang sebenar bermula selepas nikah. Cinta kepada isteri atau suami bukan setakat cinta tetapi mercy. Mercy dalam ertikata mengasihi isteri atau suami dengan hati yang tulus. Banyak contoh Rasulullah s.a.w yang kita patut ikut untuk mengekalkan hubungan kasih dan cinta dengan pasangan masing-masing. Perkahwinan itu adalah ikrar kita kepada Allah, jadi ia satu ikrar yang tak boleh diambil enteng.

Marriage should not be based on superficial/love relationship. Follow the Rasulullah s.a.w advise. We look for partner to Jannah. It is a sacred union.
Mungkin sesetengah orang fikir, tak perlulah ambil tahu hal-hal yang remeh temeh tapi itulah yang penting dalam perhubungan halal suami isteri. Perkara-perkara yang 'remeh' inilah yang jadi amalan Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah masuk ke rumah tanpa senyuman manis. Baginda akan bertanya, apa yang isi rumah mahu dia lakukan, kemudian baginda akan terus melakukan kerja-kerja rumah.

Itu Rasulullah s.a.w, lelaki terpilih yang dibahunya terpikul beban yang sangat besar. Tanggungjawabnya pada seluruh umat dan nyawa baginda sendiri sentiasa terancam. Shaikh ingatkan kenapa kita yang tanggungjawab kita tidak sebesar Rasulullah s.a.w, tak boleh lakukan apa yang baginda lakukan? Bukankah itu juga satu sunnah?

Shaikh bercerita hubungan baginda Rasulullah s.a.w dengan isteri-isterinya. Jangan sesekali malu hendak memuji isteri/suami atau membela mereka. Aishah R.A, isteri kesayangan baginda juga turut cemburu dengan Khadijah kerana baginda sering menyebut nama Khadijah. Tapi, baginda tetap menyintai dan sabar dengan Aisyah R.A.

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah insan yang paling baginda sayang, baginda menjawab Aisyah R.A. Lelaki itu membalas, maksudnya, siapakah lelaki yang baginda paling sayang. Rasulullah s.a.w menjawab ayahanda Aisyah R.A.
Shaikh terus bercerita tentang kesabaran baginda melayan isteri-isterinya terutama Aisyah R.A. Kesabaran Aisyah mendengar bebelan ayahandanya yang marah Aisyah R.A memaksa mereka berkhemah di tengah-tengah padang pasir hanya kerana anaknya kehilangan rantai kepunyaannya sedangkan waktu itu Rasulullah s.a.w sedang lena tidur berbantalkan peha Aisyah R.A. Rasulullah s.a.w yang mendengar nasihat Ummu Salamah sebaik saja selesai menandatangani perjanjian Hudaibiyah.

Sedang Shaikh berceramah di hadapan, bercerita tentang kisah Rasulullah, aku dengar keluhan adik-adik di sebelah dan belakang "aww.. so sweet". Sifat-sifat terpuji inilah yang orang moden katakan 'romantis' tapi romantik sekarang ini dah terkeluar dari landasan syariat yang sebenar. Romantis bukan berpeluk-peluk di khalayak ramai atau memberi jambangan bunga dan coklat pada 14 Feb. Bukan juga tengking-tengking atau tangan-tangankan semata-mata nak tunjukkan kasih sayang. Bukankah Rasulullah s.a.w sebaik-baik contoh?

Sedar tak sedar sudah sejam masa berlalu. Seperti biasa habis kuliah mesti ada sesi soal jawab tapi kami tak tunggu. Bagi aku kuliah ini memang sangat bertepatan masanya kerana aku perlu menaikkan paras 'cinta' dalam jiwa. Alhamdulillah akhirnya aku melangkah keluar dari dewan kuliah dengan rasa cinta yang melimpah ruah.

Wednesday, February 10, 2010

Berkenalan dengan si murtad

Memang sedia maklum, di musim sejuk ni, siangnya lebih pendek dari malam. Dan kalau aku bekerja seharian suntuk, bersolat itu di mana-mana saja asal tempatnya bersih dan terlindung. Sudah jadi rutin, bila bekerja di hospital, bilik menyimpan barang2 adalah tempat yang paling sesuai untuk bersolat. Apatah lagi, rakan sekerja aku balik jam 1pm. Selama sejam, bilik itu kosong tanpa gangguan dan memudahkan aku untuk bersolat. Selalunya aku terpaksa memilih untuk bersolat zohor pada akhir-akhir waktu dan asar pada awal waktu kerana jam 2pm, akan ada seorang yang masuk untuk shift petang.
Minggu lepas Adi, pekerja sambilan datang awal sedikit dari biasa. Dia shift petang dan hari tu dia masuk ke bilik waktu aku baru nak bentang 'sejadah'. Bila dia tengok make-shift sejadah aku (gulungan plastik sampah hitam), dia nak keluar balik. Aku ajak dia duduk kat dalam sebab bukan lama pun hendak bersolat. Dalam 5 minit aku akan selesai. Dia terima pelawaan aku. Sambil aku bersolat, dia buatlah apa-apa yang patut. Adi ni perempuan Afrika, datang sini belajar. Jadi, aku tak de lah kalut-kalut nak solat depan dia.
Lepas solat tu kami bersembang macam biasa. Dia kata kenapa lambat aku solat jadi aku terangkan kat dia itu solat asar, sebab aku dah solat zuhur tadi. Dia terus sebut, Subuh, Zuhr, Asr, Maghreeb, Isya'. Aku angguk aje. Dia tak puas hati kenapa aku tak tanya dia macamana dia tahu semua solat 5 waktu. Aku kata kat dia, aku tak hairan pun. Ramai orang tahu pasal solat 5 waktu. Dan dia dari Afrika, mungkin dia berada dalam komuniti Muslim kat sana.
Jawab Adi, dia dulu seorang Muslim tapi sekarang sudah bertukar agama pada Kristianiti. Dia belajar mengaji pada umur 5 tahun dan khatam Quraan pada usia 10 tahun. Dia belajar di sekolah yang diuruskan oleh gereja tapi dia kuat pegangan agama waktu itu. Dia selalu tegang urat dengan paderi-paderi kat situ yang misinya hendak mengkristiankan pelajar-pelajar. Dia masih pegang kuat dengan ajaran Islam.
Aku tanya kalau dia dah tahu banyak perkara dalam Islam kenapa dia tetap bertukar agama? Adi jawab sebab hatinya percaya, Tuhan itu adalah satu. Penganut agama Kristian sembah tuhan yang sama dengan tuhan orang Islam. Aku tanya, bukankah agama tu dah terbatal selepas kedatangan Islam? Mana ada sama? Dia kata, ia tetap satu. Hmmm... aku ubah topik, jadi macamana dia terfikir macam tu. Adi cerita, satu hari tengah dia bersantai-santai, dia terfikir agama mana yang patut dia ikut. Dia bagi tiga pilihan pada hatinya. Dan yang ketiga itulah yang dia akan pilih. Satu - Masjid, dua - masjid, tiga- gereja. Dia pilih gereja.
Dia cerita lagi, mak dia dulu Kristian tapi bila kahwin dengan bapak dia, dia terus jadi muslim yang sangat taat. Pendapat Adi, seorang wanita yang berkahwin, dia sudah tidak ada agamanya sendiri. Dia terpaksa ikut agama suami. Mak dia pun pernah pi haji ngan umrah. Adi tak percaya orang yang pergi haji atau umrah ni sebab dia kata kalau dah pi sana mestilah kena berubah. Buat apa pi ulang alik tapi masih lagi buat perkara-perkara yang dilarang. Masih tak berubah.
Itu kisah dia 9 tahun yang lepas dan sejak hari tu ayah dia dah tak bayar duit belanja sekolah lagi. Dia terpaksa cari duit poket sendiri. Sekarang ni dia nak kahwin dengan pemuda pilihan hati dia. Seorang Nigerian yang beragama Kristian. Yang mencintai dia sepenuh hati dan tak pernah marah-marah dengan dia. Jadi, dia akan balik ke negara dia (aku dah lupa kat mana) dan bernikah (secara Islam) dan kemudian balik ke sini dan teruskan hidup dia sebagai seorang Kristian.
Aku tertarik dengan cerita Adi tapi pada masa yang sama aku takat angkat kening ajelah mendengar. Masih lagi sceptical tentang pasal apa dia berubah agama. Aku ingat pasal lelaki, tapi dia kata dia kenal dengan boifren dia selepas dia jadi Kristian. Okey! Aku rasa dia tak sincere bercerita dengan aku. Samada dia sekadar bercerita atau pun pada masa yang sama dia nak 'berdakwah' dengan aku. Dia bertegas dia kata apa yang tak baik berlaku di dunia ini bukan sebab agama. Dia masih lagi pertahankan agama Islam kalau ada orang kutuk, sama juga dengan agama Kristian. Aku takat senyum ajelah. Masih lagi sceptical sebenarnya.
Apapun kisah Adi ni antara beribu kisah sama yang pernah aku tahu. Seorang yang taat pada agama tapi senang-senang tukar agama dengan sebab yang paling tidak munasabah. Hati kata pi tukar agama. Hati tu kan senang jer kena kontrol dengan setan. Tak pun sebab lelaki. Tukar agama sebab nak kawen dengan lelaki beragama lain.
Bersyukur juga dapat berkenalan dengan Adi sebab ia bagi peluang untuk aku muhasabah diri. Ada ilmu tapi tidak dipraktiskan atau rasa sombong dengan ilmu yang ada, memudahkan setan 'rasuk' dalam diri. Jadi pengajarannya, jangan sombong dengan kelebihan ilmu yang kita ada sebab Allah boleh tarik ilmu tu bila-bila masa aje. Senang aje Dia nak humban kita dalam kekufuran. Mohon pada Allah supaya ditambahkan iman dan dijauhkan dari kukufuran, apatah lagi menjadi murtad yang berilmu tapi tak berakal (or vice versa) [peringatan pada diri sendiri]
Satu lagi sama-sama kita fikir gak kenapa ramai sangat wanita Muslim suka sangat kahwin dengan lelaki asing terutama yang berlainan agama. Apa yang kurangnya dengan lelaki Muslim ni? Jadi apa lagi? Inilah cabaran untuk semua!

Friday, February 05, 2010

Panas

Aku ada banyak cita-cita dan salah satu daripadanya adalah untuk menyejukkan rumah aku tanpa aircond. Tak ada pilihan lain untuk bina rumah tak menghadap matahari sebab rumah tu rumah teres yang memang sudah sedia terbina semasa membelinya. Kedudukan cul-de-sac menyebabkan rumah tu terlindung dari angin sikit. Penambahan beberapa bahagian rumah menyebabkan laluan angin sedia ada terganggu. Akibatnya rumah aku berbahang siang dan malam. Panas!

Alternatif
  • Ganti light bulb conventional ke energy saving.
  • Cat rumah dengan warna yang menyejukkan.
  • Tanam pokok banyak-banyak. Okey, kat rumah dah ada pokok mangga dan sekarang ni jadi rumah angkrang (kerengga). Lain-lain pokok bunga ditanam dalam pasu... tak mesra alam sungguh, ohkey!
  • Pasang ventilator. Tapi berapa biji nak pasang kat bumbung tu?
Aku sebenarnya tertarik dengan solar panel photovoltaic dan kalau tengok kat ebay, adalah dijual dalam £600 (Schuco Model) 175w. Tu baru satu panel, berapa panel aku kena pasang kat bumbung rumah? Kalau kat Malaysia memang banyak banglo dah pasang dengan PV solar panels ni kan? Tu yang menarik tu. Cuma rumah aku tak banglo. Rumah teres jer, berbaloi baloi tak kalau pasang solar panel? Berapa harga pasaran dan pemasangan?

Aku tak naklah takat heater untuk ayor aje. Kalau boleh nak menggunakan terus solar power ni. Kalau dapat buat rumah aku jenis self-sufficient lagi bagus, tapi setahu aku kalau pasang solar panel ni kena masuk err lebih kurang skim MBIPV kan? Or maybe aku yang tak berapa nak faham. Watt dia berapa ek? 3kW minimum? Dah tu nak kena bid plak kan?

Kalau dah dapat bid BIPV ni, boleh pasang solar panel kat rumah pas tu bolehlah kalau nak jual energy balik pada TNB. Tapi aku tak naklah buat bisnes sebenarnya. Takat nak pakai sendiri aje. Ada tak skim yang tak melibatkan BIPV ni? Woah pening kapla. Kalau ada sesapa yang faham dengan skim ni silalah terangkan pada aku. Tujuan aku bukanlah untuk mendapatkan duit kalau pasang solar panel ni. Aku cuma nak simpan duit aje hahaha sebab bil api kat rumah aku tu dalam RM50-RM60 sebulan. Gila batak tinggi, padahal yang kat rumah cuma mak dan dua orang separa budak. Aku yang kat sini pun bil sebulan £30, hah! Dalam musim sejuk plak tu. Punyalah berjimat!

Jadi kalau ada idea yang bernas untuk aku pasang solar panels kat rumah teres setingkat di Melaka ni, silalah bagi ye. Jangan segan silu. I'm open to any suggestion.

Friday, January 22, 2010

Rabun Sejarah (Awas! Entry panjang)

Sejak zaman sekolah lagi memang aku tidak berminat dengan subjek sejarah. Bukan setakat aku terpaksa menghafal tarikh dan peristiwa, aku rasa sejarah Malaysia yang aku dipaksa baca, macam tak lengkap. Aku tak ada kepuasan belajar subjek Sejarah. Waktu tu manalah aku tahu yang sejarah itu ditulis oleh orang yang menang atau dalam konteks Sejarah Malaysia, ia ditulis oleh nasionalis ataupun orang yang takut tak dapat tender dari kerajaan (huhuhu). Disebabkan ketidakpuasan hati pada sejarah, aku tak ambil juga subjek Sejarah Islam. Ustaz memang bengang dengan aku sebab tak nak ambil subjek tu, tapi nak buat macamana, 'sejarah' masa lampau aku dengan subjek tu memang tidak memberangsangkan. Cinta pada sejarah memang sudah ada sebenarnya tapi sebabkan teknik pengajaran/pendidikan sekolah untuk subjek ini meloyakan, maka aku berazam tidak mahu ambil lagi subjek sejarah dalam peperiksaan - (dasar budak suka melawan, memang macam ni). Gambar cilok dari http://www.hazaldn.com/?page_id=1495
Keterangan gambar : Mayat Tok Janggut digantung oleh British. - beginilah penghinaan terhadap pejuang negara? (Hubb al watan min al-iman)

Tapi sejak lepas sekolah, baru aku minat pada sejarah datang kembali. Aku cari buku-buku sejarah yang aku tak pernah tahu wujud sebelum ini. Dari sejarah Melayu, sejarah Malaysia dan Sejarah Islam aku cuba baca. Dan ia sangat-sangat mengujakan dan membuatkan aku bertambah-tambah ingin tahu. Walaupun pembelajaran sejarah ini bukan secara formal, tetapi ilmu yang dikutip, sangat manis. Kalau zaman sekolah kita dimomokkan dengan komunism, Parti Komunis Malaya, bintang tiga, AWAS, MPAJA antara yang aku ingat, tapi lama kelamaan aku belajar siapa sebenarnya yang 'komunis'. Sedih rasanya bila nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Chin Peng diajar di sekolah-sekolah sebagai pengkhianat bangsa, sedangkan mereka inilah pejuang bangsa dan negara yang sebenarnya. Sanggup angkat senjata, masuk hutan, hidup susah semata-mata nak membebaskan Malaya dari penjajahan (Jepun dan British). Kalau tak ada parti komunis ni, aku rasa sampai sekarang Malaya masih lagi dijajah dan kalaulah British tak kacau kesultanan Melayu, Tuanku Abdul Rahman mungkin tak 'bangkit' menentang penjajahan. Katanya kemerdekaan di meja rundingan. Maruah kita banyak yang terkorban demi kemerdekaan meja rundingan ini. Sayang!

p/s - aku dah baca buku Shamsiah Fakeh. Memang rasa kagum dengan semangat pejuang wanita ini. Al-Fatihah untuk beliau dan suaminya.

Two sides of coin

Hari Khamis adalah hari yang sangat sibuk. Ada tiga acara yang berlaku secara serentak.
  1. Ceramah motivasi kehidupan oleh Professor Dr Muhd Kamil Ibrahim di SECC sempena Malaysia-Glasgow Doctoral Colloquium.
  2. Kelas Fiqh dan Al-Quran di Sumsa
  3. Ceramah dari bekas tahanan yahudi di kem Auschwitz, Dr Hajo de Meyer di Glasgow University
Aku pilih yang ketiga. Ada sebab mengapa.

Dapat hadiri sekejap acara no 2, tapi tak dapat pergi langsung ke ceramah no 1 sebab masalah logistik. Tak ada bas yang lalu depan SECC dan kalau naik teksi, tambangnya dari pusat bandar tu £6.20. Tapi alhamdulillah, aku masih boleh dengar ceramah Prof Kamil di sini. Lagi satu sebab, ceramah Dr Hajo juga berkait dengan sejarah.
Systematic discrimination and dehumanization are necessary to prepare a population of a country with a minimum of civilization and culture for things to come.
Dr Hajo de Meyer.
Dr Meyer ni dari IJAN - International Jewish Anti-Zionist Network dan ceramah minggu ni beliau yang berasal dari Germany memang sibuk bagi ceramah di serata UK dan Dublin. Ceramah ni anjur bersama dengan Scottish Palestine Solidarity Campaign.
Nobody has ever suffered or will suffer like the Jews. Therefore whatever we do to Palestine is less than what we suffered.
Dr Hajo de Meyer

Ini antara kata-kata Dr de Meyer yang aku suka. Justifikasi kenapa Zionist perangi Palestine. Mereka tak mahu lagi tertindas tapi pada masa yang sama doktrin Zionism adalah menindas rakyat Palestine. Jadi apa beza mereka dengan Nazi? Sedangkan hampir kesemua pegawai Nazi sudah dihadapkan ke mahkamah dunia dan menerima balasan mereka, Zionist Israel dibiarkan lepas bebas menyiksa rakyat Palestine, mengambil tanah mereka secara paksa dan menghalang pendidikan kepada anak-anak Palestine. Seboleh-b0lehnya mereka hendak meminimumkan pendidikan dan ketamaddunan Palestine, membodohkan mereka dan menyiksa.

Semua sedia maklum tindakan Zionist ke atas Palestine. Antaranya;
  • Mengambil tanah secara paksa
  • Menghalang dan meyusahkan anak-anak untuk belajar
  • Menangkap sesiapa tanpa soal
  • Diskriminasi dan mewujudkan kaum superior dan inferior
Bila dilihat dengan teliti, tindakan kita juga hampir sama dengan Zionist...
  • Mengambil tanah orang asli tanpa fikir kebajikan mereka
  • Tidak menggalakkan atau menyediakan insentif pendidikan percuma untuk semua, (apa salahnya kan?)
  • Menangkap sesiapa tanpa soal (ISA,OSA, Sedition Act)
  • Ketuanan Melayu. (Tiap-tiap tahun topik yang sama. Dah ada 1Malaysia ni pun tetap ada ketuanan Melayu. Apa kes?)
Okey kalau sesiapa yang nak tengok ceramah Prof Kamil, click aje kat link yang diberikan. Buat beberapa minit pertama memang tak ada suara, masalah teknikal, tapi seterusnya tak ada masalah. Secara ringkasnya, beliau menceritakan kembali pengalaman beliau menunaikan haji, seperti yang beliau ceritakan dalam buku best seller Travelog Haji beliau. Dan yang menarik sudah pasti setiap pengalaman itu adalah nasihat-nasihat pada kita terutama tentang konsep menggunakan masa, berdoa dan meminta.

Bagi aku nasihat-nasihat beliau sebenarnya sangat ringkas tapi sangat efektif.
  • Gunakan masa sebaiknya. Sekurang-kurangnya baca Al-Quran atau tafsir satu muka satu hari, jadi kita dapat faham kandungan Al-Quran itu. Kalau tak lancar baca Al-Quran (macam aku huhuhu...) praktis selalu. Mulakan dari belakang (Juz Amma). Mulakan dari surah yang paling ringkas.
  • Berdoa pada masa setiap masa dan berdoa ni tak boleh putus asa. Allah suka hambaNya sentiasa berdoa kepadanya. Berdoa untuk semua orang. Diri sendiri, orang yang kita sayang dan juga muslimin dan muslimat. (Peringatan lagi).
  • Berdoa itu juga meminta. Meminta pada masa yang paling afdhal. Iaitu rajin bangun solat malam. Masa itu biasanya Allah akan perkenankan permintaan kita. Tapi bila Dia akan perkenankan itu adalah rahsia Dia. Yang penting berdoa dan meminta. Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih Penyayang dan Tidak Kedekut. Kadang-kadang kita malu nak minta dengan Allah sebab kita rasa kita tak layak, insan yang berdosa. Takkan Allah nak perkenankan permintaan kita? Tapi, sebenarnya itu salah. Minta dan berusaha untuk jadi hamba yang baik sebab Allah tidak bakhil.
Yang lepas biar jadi sejarah dan kita berusaha menjadi yang terbaik. InsyaAllah. Amiin.



Saturday, January 16, 2010

Aiseh

Aku rasa blog ni boleh jadi blog review apa yang aku tonton jer. Yep, banyak tengok dokumentari sekarang ni. Kalau dah kurangkan tengok TV pi pulak tengok dokumentari kat internet ahaks!

Channel 4 dan BBC 4 memang banyak dokumentari yang best. Biasanya kalau terlepas kat TV bolehlah nonton online kat web dia. Tapi aku rasa ini cuma untuk penduduk UK aje, luar kalu tada boleh access la kot. Minggu lepas aku tengok Defamation: True Stories. Kali ni pasal antisemitism. Memang best la kalau sesapa nak crash course pasal propaganda ni. Israelis memang paranoid gila pasal bangsa diorang ni. Mereka kata satu dunia benci kat depa. Propaganda Holocaust memang dihidupkan untuk generasi akan datang. Motto depa Never Forget, Never Forgive. Jadi budak-budak sekolah di bawak ke Poland melawat kem Auschwitz. Sebelum pi depa dah dibagi taklimat pasal holocaust, apa Nazi buat kat depa, kejam tak kejamnya Nazi kat orang2 Yahudi ni.. err... orang-orang lain yang mati kat kem tu adalah tak penting okay! Bila kat sana budak2 sekolah ni dalam teenagers 15-17 tahun ni tak dibenarkan bercampur gaul ngan orang2 tempatan sebab orang2 tempatan ni memang bencikan dorang. Untuk keselamatan jangan cakap dengan sesapa pun.

Pas tu plak ada SB yang ikut depa dan sepanjang perjalanan tu propaganda habis-habisan. Budak teenagers la kan, tak berapa nak cerdik ni ikutlah cakap SB tu yang kata Polish memang bencikan Israelis. Tahu dek Margaret kawan aku si Polish tu, mau mengamuk dia huhuhu. Masa melawat kem tu adalah yang nangis-nangis sedih sangat. Bila dah keluar, si Yoaz Shamir ni (wartawan yahudi gak) tanyalah sorang budak perempuan ni apa dia dapat dari lawatan tu. Budak tu kata dia sedih sebab Nazi siksa kaum dia. Memang dari dulu mereka asyik kena tindas aje. Kalau boleh budak ni nak balas perbuatan Nazi tu. Yoaz kata Nazi tu pun dah mati, nak buat macamana? Budak perempuan tu kata.. dorang tu kan ada waris... huhuhu.. Tak dapat orang yang siksa tu, dapat anak cucu keturunan pun tak apa. Tu lah kan.. tak berapa nak cerdik.

Ada satu interview lagi, kali ni kat US. Orang Yahudi kat situ kata depa ni soft target. Kalau satu Yahudi jalan dengan satu orang hitam, yahudi akan jadi target orang jahat nak rompak. Bila Yoaz tanya orang hitam kat situ plak, orang hitam jawab buat apa nak merompak orang Yahudi, kadang2 mereka ni tak bawak apa2 pun. Lagipun lebih baik rompak kaum sendiri sebab kalau rompak kaum lain, mereka kena lagi teruk sebab akan dilabel racists. Lagipun orang Yahudi kat US ni macam ada hak istimewa huhuhuhu.

Tak heranlah Yahudi memang pegang hampir semua media. Bab-bab propaganda ni memang mereka terer sangatlah. Anti semantic ni dipolitikkan habis-habisan oleh Zionist. Yoaz tanya apa beza denga Palestine sekarang, bukanke dorang ni pun kena siksa diskriminasi macam puak Yahudi dulu, tak salah ke Israel ambik tanah dan rumah dorang? Jawapan budak perempuan sorang lagi, tak pe.. dorang tu banyak rumah. Huhuhu... boleh?

Tu lah dia kerja aku... tak tengok tv, aku nonto docu kat internet plak. Haish! Camno?
Bila tengok workstation aku dengan dissertation yang tak habis-habis ni tahu plak takutlah, nak paniklah.. tapi tak de usaha nak habiskan cepat. Ayoyo!

Padahal jadual dah siap lama dah huhuhuhu... aku ada lagi seminggu aje sebelum kelas start 25hb ni. Adoi!





Thursday, January 14, 2010

Monday, January 11, 2010

suhu naik

Hari ni suhu sudah 3 darjah di atas paras beku. Macam tagline satu stesen radio 'Lebih Hangat dari Biasa' hehehe. Salji kat jalan pun dah mula mencair, jadi kasut bertambah kotor ler jawabnya sebab grit atau pasir-pasir halus melekat kat tapak. Semalam bekerja keras sungguh aku kat spital nak bersihkan lantai dari grit ni. Vakuum cleaner (Kat sini panggil hoover) pun susah nak sedut. Akhirnya terpaksalah guna sweeper.
HOLA! (apakah hola ini asal olé yang dijerit oleh penonton bull fight di Sepanyol berasal juga dari perkataan Arab Allah?)
Panas juga hati dengan isu penggunaan kalimat Allah kat Tanah Malaya. Agenda untuk menyesatkan tu memang terang dan nyata sebab nak guna kalimat Allah hanya pada buku tulisan Melayu depa, tapi hati aku lebih panas bila aku baca komen-komen orang Islam yang bermula dengan 'Malas nak fikir....", "Dah bodoh ke dok bakar gereja bla.. bla.. bla..." dan "Kita tengok aje nanti." Masalahnya kalau kita sendiri malas nak fikir, tak mahu ambil tindakan, macamana nak dapatkan keputusan yang membolehkan kita 'tengok aje nanti'?
Dont let your mind go idle
Penceramah terkenal Hamzah Yusuf pesan, Allah tak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Ia dijadikan untuk manusia (khalifah di muka bumi ini) untuk belajar dan ambil iktibar dari alam. Binatang, mindanya tidak pernah idle. Sentiasa berfikir dan sesungguhnya sentiasa berzikir. Dia pesan kita tengok ayam tu (oh oh.. binatang kegemaranku!) sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Matanya lirik-lirik selalu.. rupanya manis-manis ayu... huhuhuhu bukan.. bukan nyanyi. Maksudnya dia sentiasa memerhatikan persekitarannya kot-kot ada musuh.
Itu ayam, binatang yang Allah jadikan dengan akal yang terhad, yang pengakhirannya biasanya dikarikan dalam periuk. Kita manusia yang punya akal yang sangat sophisticated, pun malas nak guna. Padahal otak yang sophisticated ni kita guna kurang-kurang pun 10% jer . Itupun dah surrender? Janganlah malas. Sebab tengok AF ke JL ke, Sehati Berdansa ke (ahaks!) kita masih kena fikir gak. Fikir siapa kita nak undi untuk menang, kan?
Mula-mula aku fikir elok gak ler depa bakar sana bakar sini, tapi mimi ingatkan aku Rasulullah s.a.w tak bagi kita kejam pada mereka yang lain agama dari kita. Huhuhu... ikut aku memang go for it la kan. Lepas tu pulak ada kumpulan NGO Islam buat rounds nak pastikan gereja-gereja tak dibakar atau dirosakkan. Baiknya orang Islam kan? Depa rounds surau-surau, masjid-masjid sekali tak? Kot la ada pulak kumpulan NGO Bukan Islam yang nak buat rounds macam ni.. err.. barulah balance kan? Kat UK ada buat macam ni gak tak? Huhuhu... aku pun tak tau lalalala.
Ikutkan sejarah pun, khalifah Islam dalam empayar mereka pun tak ada (kot?) menzalimi kaum bukan Islam. Dan ikut sejarah pula, kaum bukan Islam aje yang menzalimi orang Islam. Paksa, halau, bunuh, rogol sebab takut orang Islam bangkit balik. Bila dah ada deklarasi hak untuk hidup (Universal Declaration of Human Right) pun umat Islam tertindas juga. Bosnia, Chechya, Afghanistan, Iraq dan of course Palestine.
TV/Afrika/Window 10/40
Aku kan suka tengok tv kan? kan? kan? Habit yang aku susah nak buang. Jadi bila aku buat jadual harian, aku kena masukkan slot menonton televisyen jugak. Kalau tak, gue boleh jadi gila! Untuk Sabtu dan Ahad, slot tengok TV memang aku panjangkan sampai hampir waktu tidur huhuhu... jadi semalam aku aplikasikan apa yang aku jadualkan. Aku nonton sampai kul 11pm.
Ustaz Hasrizal dalam kuliah beliau (sila pi baca sendiri kat blog dia ya) pesan pasal 'sifir hidup'. Kata beliau - siapa kamu, menentukan apa yang kamu lihat dan cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat. Malam tadi aku menonton dan aku dapat ilmu (yiehah!). Tema malam tadi, African Night. Mula-mula aku tengok dokumentari pasal Nubia. Err... ada sedikit pasal Egypt, Firaun yang aku tak berapa nak minat. Tapi, dokumentari lepas tu 'The Lost Libraries of Timbuktu' sangat-sangat menarik bagi aku.
Timbuktu, satu penempatan di pedalaman Mali. Selalunya omputeh akan associatekan Timbuktu ni sebagai satu tempat pedalaman yang jauh dan tidak bertamaddun. Aku dulu pun tercari-cari kat manalah Timbuktu ni. Jauh sangat ke tempatnya? Tak bertamaddun sangatkah orangnya? Depa ni makan orang ka? Dok pakai cawat ja ka?
The Lost Libraries of Timbuktu adalah dokumentari tentang zaman kegemilangan tempat itu. Kawasan yang dimomokkan sebagai tidak bertamaddun oleh omputeh jahat ini sebenarnya pusat peradaban Islam di Afrika. Ada banyak madrasah, tak silap satu universiti, tiga masjid yang sekarang berusia lebih 500 tahun dan salah satunya direka oleh seorang arkitek dari Andalus. Satu masjid dibina oleh seorang muslimah terkenal (aku tak ingat namanya). Luas bandar Timbuktu zaman itu, adalah 4 x besar London. Ada lebih 300,000 manuskrip sejak kurun ke 13. Manuskrip semua ditulis dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang contohnya fatwa, sains, kemasyarakatan dan lain-lain. Tapi ada juga manuskrip ditulis dengan tulisan Arab berbahasa tempatan, macam kita ada tulisan Jawi.
Apabila Timbuktu ni dijajah (yang terakhir oleh Perancis), penduduk kat situ sembunyikan manuskrip-manuskrip ni semua sebab depa tak mahu buku-buku ni diambil oleh penjajah. Kebanyakan famili yang terkenal kat situ memang sembunyikan buku-buku lama ini samada di dinding, bawah lantai atau dalam tanah. Jadi, bila sekarang ni mereka sudah merdeka, barulah keluarga ni keluarkan balik buku-buku turun temurun mereka dan ada yang buat bibliotheque (perpustakaan) sendiri dan buka pada orang ramai. Kerajaan pun ada ambil inisiatif untuk preserve buku-buku ni.
Jahat tak depa ni? Yang kebanyakannya datang ke Afrika dengan dua misi. Menjajah dan menjarah hasil bumi dan juga menyebarkan agama mereka ke sana. Satu lagi dokumentari yang aku minat Himalaya/Africa with Michael Palin. Dalam satu episode, Michael Palin menghala ke Timbuktu. Dalam perjalanan dia berjumpa dengan satu nun dari Perancis yang dah 15 tahun kat situ. Palin tanya sudah berapa ramai orang Afrika yang dah dia kristiankan, minah tu tak jawab. Palin tanya dan tanya lagi, sampai minah tu kata Palin ni rude. Dia kata kalau dapat kristiankan seorang pun, itu sudah memadai. Tapi, dalam satu dokumentari yang lain pula, dalam masa 50 tahun (mungkin 20, tak ingat) sudah hampir 50% penduduk Afrika yang sudah Kristian. Di India/Burma (yang ni memang betul-betul pedalaman juga) 99% orang Naga beragama Kristian.
Strategi mereka memang sama sejak zaman berzaman. Sebarkan agama melalui budaya dan bahasa masyarakat tempatan. Konsep yang sama yang mereka terapkan untuk misi Window 10/40 (gugel la ye). Misi ini dikhususkan untuk negara-negara di garisan khatulistiwa, yang miskin (huhuhu... termasuk negara kita nih). Kali ini bukan saja pendidikan yang ditawarkan. Mereka tawarkan juga, paip air bersih dan khidmat kesihatan sambil-sambil cucuk propaganda agama mereka.
Window bermaksud;
  • Witnessing
  • Indigenous church planting
  • Networking partnerships
  • Discipling leaders
  • Orphanage and medical ministry
  • Waterwell projects
Saja nak mengingatkan balik huhuhu

Tuesday, January 05, 2010

me, insan lemah huhuhu

Sedang menyusun jadual hidup dan pelajar untuk tahun 2010. Mak aih! Padat tak terhingga rupa-rupanya huhuhuhu. Kalau dapat ikut jadual yang disusun ni, memang terer gila la aku... tapi biasalah kan, aku ni jarang ikut arahan jadual, asyik nak memberontak aje kerjanya huhuhuhu.
Kena belajar mendahulukan mana-mana yang patut didahulukan... adeh!
Aku pun ada buat jadual 'Amanat' i.e amanat diri sendiri, mak dan keluarga, kerja aku dan kawan-kawan yang memberi amanat dan janji dan amanat aku pada kawan-kawan, supaya aku tak lupa. Penting ni!
Yang utama dalam amanat pada diri sendiri; belajar untuk tidak mengkhianati ruh dan tubuh badan huhuhuhu.... kena rajin bangun solat malam untuk santapan ruh dan jangan makan lepas pukul 6pm nanti Margaret marah huhuhu. Margaret kawan Polish yang bagi arahan suruh aku berhenti makan lepas pukul 6 petang. Tak boleh makan langsung, buah-buahan pun tak boleh, susu pun tak boleh. Minum air kosong aje... huhuhu. Baik! Kena buat ni, nanti Margaret marah aku hahahaha.
"Eat any-things yuu wan during the day, but don't eat any-things after sixxth at nite," katanya dengan penuh semangat kat aku minggu lepas.
"Anything, Margaret?"

"Any-things. Asz long asz before sixxth pee am."

"Okay." Aku makan nasi dengan ayam. Menu biasa tengahari sabado y domingo aku kat spital.

Nampak gaya lepas ni aku kena minum petang teh dengan makan biskut sekalilah kat hospital sebelum balik sebab pukul enam jer dah tak boleh makan huhuhu... iyo lah tu.

Jika seorang pelajar ingin meraih kesempurnaan ilmu, hendaklah ia menjauhi kemaksiatan dan senantiasa menundukkan pandangannya dari hal-hal yang haram untuk dipandang karena yang demikian itu akan membukakan beberapa pintu ilmu, sehingga cahayanya akan menyinari hatinya. Jika hati telah bercahaya maka akan jelas baginya kebenaran. Sebaliknya, barangsiapa mengumbar pandangannya, maka akan keruhlah hatinya dan selanjutnya akan gelap dan tertutup baginya pintu ilmu.(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah).

Camner ni? Aku suka tengok tv aku suka tengok wayang.. huhuhu... kena kurangkanlah aktiviti yang melekakan ni. Pulaknya aku dah dapat kad tengok wayang free dari seorang kawan yang balik Malaysia. Alahai... tak guna lagi pun. Ingat nak guna pi tengok Sherlock Holmes tapi la ni tengah buat kerja lain pulak.. Adeh! Pick and Choose!

Selalu kalau makan malam aku akan duduk tengok TV, tapi itulah... kadang-kadang berpanjangan sampai masa nak tidur dok lagi depan TV tu hahahaha.... Banyak dokumentari yang aku suka tengok, itulah masalahnya.

Malam tadi kantoi lagi... lepas makan (err... pukul enam baru dapat makan hahahaha) aku tertengok.. TER okay! Huhuhu... tengok cerita err... Narnia. By the time cerita habis, aku baru nak mandi dan jengah buku-buku sekolah. Cukup 3 jam tu aku pun masuk duvet...

INSHA ALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x2
Insya Allah you'll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can't repent and that its way too late
You're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x2
Insya Allah youll find your way
Insha Allah x2
Insya Allah youll find your way
Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one tho showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x2
Insya Allah well find the way

Friday, January 01, 2010

Masa untuk jujur

Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian. Kecuali oran-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Quraan: 103 Al-Asr: 1-3)
365 hari dalam tahun 2009 banyak ingatkan aku tentang masa. Masa yang seiring dengan usia. Masa yang seiring dengan nafas yang kita tarik dan hembus keluar. Hidup mengejar masa dan masa yang tiba untuk kita tinggalkan dunia.

Masa yang aku gunakan dan masa yang aku sia-siakan.

Kawan aku kata sekarang ini masa terlalu singkat. Mungkin sebab kami dalam musim sejuk apabila matahari cuma ada tujuh jam saja untuk menerangi bumi di sebelah sini. Hendak buat apa-apa pun tak sempat (atau kita terlalu malas... hmm). Padahal Allah sudah anugerah 24 jam satu hari, tapi kenapa masih rasa terlalu singkat?
Daripada Anas bin Malik r.a berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." (H.R Termizi)
Pembukaan 2009, Allah uji kesabaran dan keimanan aku. Dugaan yang paling hebat apabila orang yang paling kita sayang sudah tiba masanya dijemput Ilahi. Sampai bila-bila aku tidak akan lupa saat itu. Mungkin itu bahagian aku. Abah pergi pada hari aku menghadapi peperiksaan penting. Alhamdulillah aku lulus baik kertas tu. Bulan itu juga kali pertama aku pulang selepas 2 tahun 4 bulan di UK. Masih terbayang wajah abah waktu menghantar aku ke lapangan terbang lewat bulan Ogos 2006. Masih terasa hangat pelukan dia waktu itu dan terngiang-ngiang kata-kata semangat di telinga. Al-Fatihah untuk arwah abah. Sabtu depan (23 Muharram 1431) tepat setahun abah pergi.

Tahun lepas juga aku tiba-tiba jadi seorang aktivis ikut berkempen dan memprotes penggunaan air syarikat Israel di universiti. Bukan takut untuk berpiket tetapi tidur semalam di universiti ada risikonya terutama untuk pelajar asing yang mendapat biasiswa tahun akhir dari pihak universiti.Bulan 3 kami bergaduh lagi.. kali ini kelas sosologi bergabung tenaga memprotes kehadiran wakil BNP menyebar risalah di Sauchiehall Street.

Tahun lepas juga kami dapat neighbour from hell. Pasang lagu sekuat hati, menari dan mabuk-mabuk sampai polis terpaksa dipanggil. Hasilnya aku tak kerja hari tu sebab kepala sangat pening sebab tak cukup tidur.

Sepanjang tahun emosi aku tunggang langgang. Mana nak kejar belajar, mana nak cari duit. Waktu itu aku sedar kenapa masa aku begitu singkat sekali. sedangkan sebelum ini aku rasa aku pandai membahagikan masa untuk belajar, bekerja dan menulis tapi kenapa kemudiannya aku rasa seperti aku tak mampu nak buat semua itu? Aku rasa seperti aku jauhkan diri dari Tuhan. Aku jadi resah sendiri. Banyak masa aku habiskan mencari jalan keluar dari emosi aku sendiri.

Aku layan perasaan sendirian. Aku lupa solat malam. Aku tak bangun tahajjud. Aku tak buat istikharah. Aku tak buka Al-Quran. Aku sesat dalam jiwa aku yang berkarat. Benang aku dengan Allah hampir terputus. Semua ini aku rasa sendirian. Aku malu hendak beritahu siapa-siapa. Ini masalah dalaman aku jadi aku rasa aku perlu diamkan diri.

Tapi Allah sentiasa sayangkan hambaNya. Ini bukan cara untuk aku atasi masalah aku. Segala-galanya sudah Dia sediakan, tinggal aku saja yang perlu berusaha.Hidayah datang dalam pelbagai cara, cuma tunggu aku saja hendak hulurkan tangan dan ambil hidayah itu. Melimpah ruah hidayah yang Dia turunkan tapi aku yang masih takut-takut hendak menghulur tangan.

Buat aku hidayah tidak datang satu malam. Tidak datang dari kilat yang memancar di langit. Tidak datang ketika aku terkapai-kapai berenang dilaut. 'Hidayah' aku datang berkaki dua. Datang dengan senyuman memekar di wajah. Perlahan-lahan dia tarik aku secara sengaja atau tidak sengaja. Pelbagai cara dia guna untuk ketuk roboh ego dan malu yang tebal dalam hati aku dan perlahan-lahan aku kata, dia telah berjaya.

Mimi, thank you. Thank you so much.

Tadi mimi tanya aku apa azam aku tapi aku kata rahsia sebab aku tak mahu kecoh-kecoh takut tak jadi sebab ini azam yang paling besar yang pernah aku tanamkan dalam hati tapi mimi kata azam kena kongsi bersama sebab nanti kita boleh saling ingat mengingati.

so housemate, inilah azam saya. And I hope you will not give up on me.

p/s - masih harap diberikan kekuatan untuk membahagikan masa.

Tuesday, December 29, 2009

Jujur


sumber : http://i1.trekearth.com/photos/21533/sco_112.jpg

Aku ada satu azam utama untuk tahun baru... Untuk dua-dua tahun baru Islam (1431) dan juga tahun Gregorian 2010. Semoga hati ini tidak dibolak-balikkan.

Bukankah perubahan untuk sesuatu yang baik itu sangat penting?

Doakan aku ye.

Monday, December 21, 2009

... dan salji pun turun ....

Selamat berada di tahun baru Hijriah 1431.

Rata-rata blog dari UK mesti bercerita pasal cuaca. Yep! Sekarang ni UK sedang dilanda salji, termasuklah di Glasgow. Ini yang buat ramai Melayu kat sini teruja sebab Glasgow jarang sangat salji lebat, apatah lagi dekat-dekat nak Krismas ni. Selalunya kami akan terima salji bila dah dekat-dekat nak masuk musim bunga. Aku selalu andaikan salji kat tempat ni macam kahak keras (hahahahaha). Selalu batuk, tapi tak keluar kahak. Dan selagi tak keluar 'kahak' ni selagi itulah batuk. Selagi tak turun salji walaupun sikit, selagi itulah cuaca sangat sejuk. Begitulah kiranya!

Tahun ni, ramai juga kaki judi betting kami akan terima salji pada Hari Natal atau tidak. Berkemungkinan akan terima, berkemungkinan juga tak. Kita tengok ajelah nanti. Kalau lebat, dan tebal, nanti berbondong-bondonglah yang turun ke padang main sledge. Seronok tu. Aku suka tengok orang main salji ni tapi aku tak berapa nak minat nak bermain sama sebab dog lovers kat sini tak senonoh. Anjing depa dibiarkan melepaskan kumbuhan di merata-rata tempat dan tuan tak de pun nak scoop their dog poo dan buang di tempat sepatutnya. Eeeek.. geli. Najis mughalazah huhuhu.



Sabtu - Itik-itik masih lagi gembira berenang-renang kat kolam Binghan ni.


Sabtu - Kesian depa, tak dapat berenang-renang sebab air kolam dah beku


Sabtu - Ingatkan dia ni dah stuck, tapi sebenarnya tengah chillax!


Ahad - Tinggal tempat kecil ni aje yang masih tak beku. Thanks to the swan who chipped the ice with her/his beak.


Kalau salji turun lagi dan cuaca di bawah paras beku, kolam ni boleh jadi tempat ice skating kot. Tapi, la ni penuh dengan burung-burung ajelah huhuhu


Ahad - Kolam yang sudah beku.


SALE
Kedai buku Borders kat UK ni dah nak tutup jadi sejak beberapa minggu lepas depa dah buat jualan murah. Potongan harga sampai 60%. Naik juling biji-biji mataku. Untuk beberapa hari ni memang aku ulang alik ke Borders ajelah. Esok hari terakhir depa buat jualan murah. Sejak dari hari Sabtu hari tu semua buku dah turun sampai 80% hahahaha... Seronok tak terkata. Macam biasalah aku akan cari buku-buku mahal yang dulu aku tak mampu nak beli. Paling mahal aku beli buku dengan harga £29.99. Bayar? hihihihi tak sampai £6. Seronok? Sangat-sangat seronok.


Buku-buku yang dibeli sepanjang SALE

list -
  1. American Idol After IRaq: Competing for Hearts and Minds in the Global Media Age. Nathan Gardels and Mike Medavoy. Wiley-Blackwell, UK (2009)
  2. The Quest for Radovan Karadzic. Nick Hawton. Hutchinson, London (2009)
  3. More Dangerous Ground: The Inside Story of Britain's Best Known Investigative Journalist. Roger Cook. HarperCollins, UK (2007)
  4. The Historical Atlas of World Railways - 400 Maps and photographs chart. The networks dan span the world. John Westwood. Cartographica Press Book, London (2009)
  5. Government: Policy and Management in Local Authorities 3rd Edition. Howard Elcock.Routledge, London (1994)
  6. Shooting the Messenger: The Political Impact of War Reporting. Paul L. Moorcraft and Philip M Taylor. Potomac Books, Virginia U.S (2008)
  7. Islam's War Against The Crusaders. W.B Bartlett. The History Press, UK (2008)
  8. The Secret Life of War: Journeys Through Modern Conflict. Peter Beaumont Harvill Secker (2009)
  9. Reflections on the Revolution in Europe: Can Europe Be The Same With Different People In It? Immigration, Islam and the West. Christopher Caldwell. Allen Lane, UK (2009)
  10. Soldiers of Salamis. Javier Cercas (translated from the Spanish by Anne McLean). Bloomsbury Publishing, UK (2003)
  11. Atomic Bazaar: Dispatches From The Underground World Of Nuclear Trafficking. William Langewiesche. Panguin Books, UK (2007)
Yang tak de dalam gambar:
The Peoiple on the Street: A writer's view of Israel. Linda Grant. Virago Press, UK (2006)




KAHWIN
Akhirnya kawan baik aku sejak dari sekolah tingkatan 2 dah selamat menikah. Selamat Pengantin Baru Zurd dan Leman. Semoga jodoh kalian kekal hingga akhir hayat. Semoga tenang dan gembira hidup berumah-tangga. Aku doakan yang baik-baik untuk dia.


Mummy with her daughter love struck
Gambar - ikhsan Izinni

Sedih juga tak ada bersama meraikan hari bahagia dia. Tak dapat nak peluk-peluk dia. Nak gosip on her last day of being single. Tapi, aku tetap gembira. My mummy dah tolong pelukkan and kiss kiss anak angkat dia batting eyelashes

Friday, December 11, 2009

What did I learn this past year?


A lot.
Perubahan kepada untuk menjadi lebih baik. Proses yang perlahan tetapi tetap positif. InsyaAllah.

Tak sampai beberapa minggu lagi kita dah nak masuk tahun baru. Bulan depan. Ulangtahun (boleh ke dikatakan ulangtahun?) setahun ayahanda pulang ke rahmatullah. Rasa sekejap sangat dah nak masuk setahun. Rindu? Sangat!

Tahun depan juga aku masuk semester 2 untuk tahun penghabisan. Sekejap aje dah nak dekat empat tahun aku belajar. Tak sangka. Masuk semester 2, hidup aku akan lebih tunggang langgang tapi harapnya tetap selesa. Jangan lupa untuk selalu muhasabah diri.

Jadi apa yang aku belajar sepanjang tahun ni?
  • Aku sudah kurang prejudis tapi aku masih lagi sinikal.
  • Masa depan aku masih kabur tapi aku enjoy hidup dalam keadaan sekarang.
  • Agama terjaga apabila aku berada di kalangan kelompok orang yang tidak beragama.
  • Aku sangat bangga dengan diri sendiri tapi aku tak boleh riak atau takkabur.
  • Aku rasa rendah diri sangat-sangat tapi aku tak boleh diinjak kepala.
  • Minum air kosong dengan banyaknya (baik untuk kesihatan diri)
  • Minum susu segar tiap hari (baik untuk otak)
  • Minum air oren - separa segar (baik untuk tambahan VitaminC)
  • Berjalan kaki (baik untuk kesihatan dan baik untuk alam sekitar)

Dan pelajaran yang paling penting

Kurang komplen.
Suhu sejuk baik untuk mengurangkan emosi marah aku hahaha!

Rezeki itu kurniaan Allah yang melimpah ruah. Aku kena berusaha. Setakat mana usaha aku, setakat itulah rezeki yang aku dapat. Bila dah dapat rezeki tu, jangan lupa pula berterimakasih padaNya. (Peringatan untuk diri sendiri)

Aku selalu bayangkan, menikmati rezeki Allah itu ibarat menimba air di laut. Kalau gayung kita besar, banyaklah air yang kita tampung, kalau kecil gayungnya, sikitlah kita dapat. Itu belum lagi kalau gayung kita tak kira besar atau kecil tiba-tiba aje banyak lubangnya.. hah! Sendiri mau ingatlah kan.

Perubahan?
Aku rasa memang banyak perubahan yang positif yang aku lalui sekarang walaupun prosesnya agak perlahan. Lebih tenang, lebih gembira rasanya. Apa taknya dalam ciput-ciput duit yang ada, err... masih lagi boleh tersenyum makan ayam hahaha

Katakanlah (Muhammad) 'Jika kau mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah maha pengampun, Maha Penyayang. (Surah Al-Imran: 31)

Aku mungkin bukan orang yang tinggi ilmu agama dan aku tergolong dalam orang yang sangat malas pergi usrah (dari zaman sekolah menengah sampailah sekarang). Semalam pun dah ponteng kelas Fiqh huhuhu. Aku pelajar pendidikan sekular hahaha.. Jadi aku mencari kebesaran Allah melalui Sains. Aku suka siri David Attenborough - Life.
Hanya Allah yang tahu, bukan?

Wednesday, December 02, 2009

Perihal nama

Kawan aku si Frenchie tak jadi dok buat teka nama anak kat blog dia. Anak lelaki dia lahir pada 10 Zulhijjah bersamaan dengan Hari Raya Eidul Adha. Alhamdulillah ibu dan anak sihat-sihat aje. Memandangkan lahir pada hari kebesaran ni, aku teka anak dia nama Aidil Adha tak pun Qurbani. Nampak gaya tekaan aku tak mengena. Sesiapa yang nak teka nama anak dia, silalah ke blog dia ye.

Citer pasal nama ni, tadi ada sesi suai kenal dengan 'orang-orang' baru dan lama di Sumsa. Saja jer majlis untuk sisters kat sini. Sambil-sambil mengeratkan silaturrahim dan memperkenalkan Sumsa dan aktiviti-aktiviti untuk muslimah. Biasalah mesti ada sesi suai kenal err... taaruf gitu hahahaha.

Aku bab-bab nak mengenalkan nama dengan geng-geng Arab ni memang lemah sungguh. Bukan apa, tiap kali kita perkenalkan diri mesti depa akan fikir apa maksud nama kita. Kalau nama orang tu Nur.. oh depa akan kata light, cahaya la tu. Fatimah, wah nama isteri Rasulullah s.a.w Aisyah pun nama isteri Rasulullah s.a.w.. kira semua tu nama yang baik baik kan? Terpegun aku.

Tapi, bila tiba masa aku pulak kenalkan diri, masing-masing mesti tercengang.

What does it mean?

It doesn't mean anything.

Nothing?

Not even in Malay language?


Nothing.

There must be something interesting that made your parents gave you that name.


As far as I know, it carries no meaning.


Sedih...

Yep, nama aku tak de maksud apa-apa dalam Bahasa Arab mahupun dalam bahasa Melayu. Udahlah ejaan pun bukan ejaan bahasa Melayu baku, tapi itulah nama aku. Lima abjad je. Kalau buat name tag tu memang rugi ajelah. Ciput, dok kat tengah-tengah. Tapi lebih satu abjad la dari nama kawan aku sorang ni. Nama dia JURA huhuhu. Tapi, biasalah kan, orang Melayu. Dalam dah pendek-pendek tu, tetap dipendekkan lagi. Dari dua suku kata, panggilan aku jadi satu suku kata jer. Tapi, tak pe. Satu suku kata tu reserve untuk kawan-kawan rapat aku kan kan kan?

Tapi err... siapa kata nama aku tak de maksud. Tak de sejarahnya. Yang paling best aku jumpa takat ni, nama aku ada kaitan dengan pokok yang tumbuh melata kat tempat /lokasi Hanuman atas perintah Dewa Rama mengalahkan hantu (demon) jahat. Pokok-pokok yang tumbuh melata tu namanya Arni (yang berkemungkinan menjadi asal usul nama tempat Harni di Gujarat). Dan sekarang ni ada sebuah kuil yang terkenal kat situ. Cayalah!


Jadi kira nama aku bersempena pokok Arni ni lah. Perkh! Merimbun you!

Well, apa pun Allah knows every language he creates and Your name is the first gift your parents ever gave to you. So cherish it!

P/s - oh tadi pi tengok wayang Paranormal Activity. Best gak.