Saturday, April 28, 2007

Pokok berdaun plastik



Sainsbury lancarkan hari tanpa beg plastik (carrier bag) hari Khamis lepas. Mungkin lepas ni kita tak nampak lagi pokok-pokok berdaun plastik jenama Sainsbury di Glasgow?

Monday, April 23, 2007

Saya yang bermasaalah.

Saya tertarik dengan tulisan Akira tentang minta kita cabar minda kita dengan barisan tiga gambar. Ini pula gambar-gambar yang dihantar ke dalam kotak inbox saya.






Apa perasaan anda?

Marah? Sakit hati? Nak menjerit tak puas hati? Nak cekik-cekit diaorang? Nak kerat 18? Nak tembak? Nak join jihad? Nak lakukan fissabilillah? Dan yang terakhir... ada perasaan bersalah tak?

Ada??

Bagus!

Sekarang, buatlah sesuatu untuk hilangkan perasaan bersalah tu. Tak tau nak buat macamana? Lihat sekeliling kita. Adakah kita nampak mana-mana penindasan? Hatta seekor burung yang kakinya terjerut tali dan terdengkot-dengkot jalannya. Adakah kita nampak orang miskin? Anak terbiar? Ada tak kita nampak orang yang wajahnya kusam, bermasalah? Kalau ada jawapan 'ya' untuk salah satunya, cuba tegur. Cuba senyum pada mereka. Hulurkanlah seringgit dua. Walaupun dia sebenarnya tidaklah papa kedana cuma daif saja. Yang penting bukan untuk dia tapi untuk keseimbangan rohaniah kita saja. Buatlah amal bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Dah. Penat. Tensi. Baca buku balik lepas ni. Periksa tinggal dua minggu saja.

Cerita sekejap pasal wartawan/jurugambar. Nak komen pasal pekerjaan ni.

Pandangan umum - Wartawan itu penipu.

Realiti - Betul!

Wartawan itu kerjanya menipu orang saja. Hanya berita yang muluk-muluk, cantik-cantik, pro kerajaan saja yang disiarkan. Mana berita tentang kezaliman kerajaan? Mana berita tentang isu sensitif? Tentang orang Islam dikafirkan, tentang Melayu + Cina + India dan bangsa-bangsa lain dok gaduh-gaduh sampai berdarah-darah sampai mati-matian. Berita ni dok censor je!

Subconcious reality.
Kita semua ada self-censorism. Kita tapis apa yang kita lihat. Kita baca apa yang kita nak. Kita dengar berita yang kita nak dengar. Dan kita proses berdasarkan kepercayaan, kehendak dan ideologi kita sendiri. Wartawan tugasnya bukan saja menyampai berita, tapi menyampaikan berita yang apa umum mahukan. Jangan lupa, syarikat media menjual servis untuk membayar gaji pada wartawan/pemberita/jurugambar semua. Kalau kita hidangkan berita yang tak mampu menarik pembaca, siapa nak beli servis kita?

Tugas seorang pemberita menerima laporan dan jadi non-partisan. Maknanya wartawan yang paling bagus sekali adalah wartawan yang menulis berita tanpa pendapat. Secara ringkas orang yang langsung tak de opinion, dia lah wartawan terbaik. Sebab dia berjaya menulis satu artikel yang tak bias. Tak berat sebelah. Tapi.. ye ada tapinya. Ia tetap bergantung pada syarikat media itu pula. Berat ke mana? Kiri? Kanan? Atau non-partisan juga. Bloggers tu non-partisan ke? Bacalah bloggers yang suka menulis pasal politik, tapi.. ye ada lagi tapinya. Selidik dulu siapa dia sebenarnya DULU. Apa latarbelakangnya. Kamu, awak, kau, korang, you akan tertarik dan terasa lawak pula membaca blog mereka. hahahaha.. saya juga tertawa.

Kat Tanah Malaya ni, mana ada kebebasan media? Semua media kena cover parti politik. Suratkhabar atau berita tv, kamu semua sudah tahu sokong mana. Habis tu TV. Pas, Harakah tu bukan sokong parti juga ke? Paper mat salleh yang terlaris di Malaya tu bukan ke terpaksa menyokong satu parti tu juga? Boleh ke Harakah kritik partinya? Boleh ke NST kritik kerajaan yang memerintah? Nah! ini cuma dari satu sudut saja.

Bila sudah hari-hari disogok dengan ketidakadilan, seseorang itu akan jadi keras hati, tak de perasaan dan tak sedih lagi tengok orang menangis kematian anak, tengok mayat reput, tengok rumah setinggan kena roboh, tengok bayi ditinggalkan hingga mati digonggong anjing. Yep! Dah tak de rasa apa-apa pun. Sekadar pergi assignment, balik dan tulis story. Malah, cerita-cerita yang macam ni yang buatkan seorang wartawan tu lebih berminat dengan kerjanya. Yang dengan tersengih-sengih berdiri depan bos, beritahu kita ada story besar. Kadang-kadang pula sampai seolah-olah berdoa cepatlah mati, cepatlah roboh, cepatlah kena tangkap sebab nanti aku ada story lebih besar. Mungkin boleh dapat frontpage. Macam tu lah bekunya hati orang yang dah selalu disogok dengan pemandangan yang penuh dengan ketidakadilan.

Tapi, dalam keras-kerasnya hati seorang manusia, pasti ada satu insiden yang akan ketuk pintu hatinya, yang akan buatkan perasaan kasihan membuak-buak. Tiba-tiba terfikir yang kita sebenarnya tak 'jaded' lagi. Rupanya, ada lagi perasaan belas sesama insan. Yang membuatkan seseorang itu melangkah lebih jauh dari batas tugasnya sebagai wartawan/jurufoto. Ada yang sanggup keluarkan duit dari poket sendiri kerana belas walaupun dirinya sendiri tak cukup wang akibat hutang keliling pinggang (besarnya pinggang dia!). Kalau bukan wang, kudrat pun jadi. Kalau wang tak cukup, kudrat pun lemah, bagi pula buah fikiran untuk bantu manusia tu tadi. Siap guna contact-contact sedia ada untuk membantu.

Wartawan, pemberita dan jurufoto bukanlah golongan elit terpelajar. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang hanya lulus SPM, STPM (macam saya dulu). Ada pula yang ijazah dari kewartawanan, tapi ada juga bekas peguam, biologist, businessman, perkomputeran dan macam-macam lagi. Pekerjaan ini menjadikan golongan wartawan sebagai pra-menteri, adun, arkitek, engineer, penulis novel, chef, secretary, boss, CEO, pilot, town planner, environmentalists, nurses dan doktor. Tapi mereka tak de lesen untuk menyelamatkan nyawa orang.

Kalau ada masa, pergilah ke site ni. Hampir setiap bulan jumlah wartawan, pemberita dan jurufoto yang meninggal dunia meningkat.


Kalau kau, awak, kamu, you terasa hati, marah dan rasa tahapa-hapalah penulis blog ni. Saya nak mengucapkan tahniah kepada kau, awak, kamu dan you.

Hati kamu tak beku lagi.

Friday, April 20, 2007

Stress and therapy

Dah berhari-hari stress aje kerjanya. Hari ni dah baik sikit sebab semalam sudah buat therapy jalan-jalan menjamu mata kat Sauchiehall Street. Sebenarnya pi Boots cari Rosemary Oil untuk kuatkan daya tumpuan.

Sedang jalan-jalan tu nampak 4 huruf besar. Mencarut.

SALE.

Cis!!

Kaki pun melangkah masuk. Tak pe, bukan kedai kain atau kedai kasut atau kedai beg. Nama kedai tu The Works. Kedai buku. Kecik aje kedainya. Mulalah nampak 'sign' 'half-price' £2.99 hingga £4.99. Buku-bukunya cantik-cantik belaka. Ada untuk kanak-kanak. Seronok macam nak borong untuk anak-anak saudara. Hish. Hampir satu jam 'ngelinter' kat situ. Ambil buku letak balik. Tapi rasa, tak perlulah beli apa-apa. Mula nak keluar kedai. Tiba-tiba....

nampak ada tangga ke bawah. Hmm.... hati berbelah bagi. Nak turun ke tak. Jenguk-jenguk dari tangga atas, nampak pula 'sign' ni. 'Books for 10p'. Mak ai! Buku 70 sen je. Laju la turun tangga tu. Rasa macam nak menjerit jerit suka ria tengok harga buku 10p. Mulalah tarik dari satu buku ke satu buku. Ambil letak balik, ambil lagi.

Akhirnya saya pulang dengan ini.

1. Viatnamese Cooking - (Masakan dari negara Vietnam untuk mee, sayuran, makanan laut, ayam, daging dan babi) Harga - £0.10

2. Essential World Atlas - (Saya suka atlas dan peta) Harga £3.99

3. Footpath of Britain - Scotland (cita-cita nak berjalan-jalan di sekitar Scotland). Harga £1.99

4. The Rough Guide to Andalucia - (Dulu saya ada Lonely Planet Andalucia tapi ditinggal di rumah. Suka tengok gambar bangunan-bangunan senibina Islam Moorish). Harga £3.00

5. The Koran (Saya tertarik dengan pra-kata penulisnya dan introduction). Harga 2.99

6. Last but not the least - Learn the basic with 60 minute audio CD & 64-page phrase book - GERMAN (hahaha... persediaan nih!) Harga £2.99

Saya keluar dengan menjinjing beg plastik yang berat sambil senyum lebar.

Rasa macam nak pergi lagi.

Assalamualaikum

Just to inform.

For those who frequent The New Straits Times and The Malay Mail would be familiar with the name Azman Ahmad, a popular and experienced entertainment reporter. I received a text this morning 6.58am (Glasgow time) saying that he had passed away around 11am (Malaysian time) due to pneumonia (radang paru-paru) at Kulim Hospital in Kedah. Arwah's just in his 40s.

I remember arwah as a flamboyant guy who loved to colour his hair blonde. Sometimes I called him 'corn head'. He was a cheery person with a sharp tongue and bitchy, but he was not bitter. The words that came out from his mouth could make you cringe but then you learned to 'smash' back and then we ended up laughing. No hard feelings.

Izinni, if you still remember the Dance and Dinner thingy we had a looooooong time ago? Azman was there and he was wearing this very tight leather pants. Both of us asked the same question. We were rude, but he did answered our question.

We turned away and bellowed a loud 'Eeeeuuuuwwwwwww!!!!!!'

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.



Friday, April 13, 2007

Spring ke?


Daffodils, bunga jenis bebawang macam tulips, akan tumbuh dulu menandakan kita berada di ambang musim bunga. Warna kuning terang atau putih mulus menjadi hamparan berwarna yang meliuk lintuk mengikut rentak angin di sepanjang jalan ataupun di padang-padang rumput. Lebih kurang dua minggu selepas berkembang, Daffodils akan layu dan digantikan pula dengan bunga-bunga lain yang mula berkembang. pokok-pokok cherry blossom dan apple blossom yang dulunya hanya ranting-ranting halus kini sudah mula berbunga putih dan merah jambu.

Tadi, ketika berjalan balik dari kerja, hamparan rumput di depan bangunan flat juga dipercik warna-warna putih Daisy dan kuning Dandelion yang tumbuh meliar. Sayang, saya tidak membawa kamera hari ini. Nantilah, akan saya rakamkan juga gambar-gambar bunga di sini.

Maaf, jiwa dan minda sedang dilanda perang yang sangat hebat dan batalion saya sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk menang. Doakan batalion saya berjaya ye. Harap-harap haruman bunga-bunga yang berkembang musim ini dapat membantu menaikkan kembali semangat saya. InsyaAllah.

p/s :
Zurd, kamu hendak datang honeymoon tu cepat-cepat la sikit, takut nanti aku dah balik baru kamu nak datang. Macamana tu? Tapi kan, rumah aku tak seswai untuk orang berhoneymoon ni hahahaha... Tinggi dan sayup (seswai untuk jin-jin [sepertiku] melepak - refer to pB's entry on Jin) hahaha dan nampak juga city cemetery dari bilikku. Amacam? Sanggup?? hehehehe

Wednesday, April 11, 2007

Cerita kawan

Hmm... ingatkan nak bercerita panjang lebar tentang sahabat-sahabat yang datang bertandang, tapi perasan yang saya tidak ada gambar untuk dilampirkan sekali dengan cerita panjang ini. Terpaksalah bercerita tanpa gambar.

Selepas melalui drama tiga babak di Ireland, akhirnya saya selamat tiba ke tanah Glasgow tepat jam 9.50pm. Oh tahu apa cerita drama saya? Ia bermula seawal 6am di mana teksi yang sepatutnya membawa saya ke tengah-tengah bandar Dublin tidak mengambil saya di lokasi sepatutnya lalu menyebabkan saya ketinggalan pesawat pagi. Babak ke dua menyaksikan saya bersenang-lenang berjalan sana sini di Belfast dan babak seterusnya saya ketinggalan pesawat petang dan akhirnya terpaksa membeli tiket LAGI untuk pesawat berlepas jam 9.05pm. Marah? Sakit hati? Ah! Salah siapa kalau bukan salah pakcik teksi awal pagi tu hahahahaha!

Jadinya saya tiba di Glasgow serentak dengan rakan-rakan yang tiba dari Manchester menaiki Megabus yang mempunyai kerusi tegak tapi menawarkan tambang paling murah. Saya tiba di Buchanan Bus Station untuk menjemput mereka sambil membawa beg berat dari Ireland. Malam yang kian larut belum lagi menutup tirai drama saya. Kami menunggu teksi hampir sejam lamanya tapi tak ada satu pun yang kosong. Akhirnya terpaksalah memunggah beg-beg besar ke dalam bas. Terima kasih kepada pemandu yang sabar dengan kerenah kami.

Oleh kerana semua orang kelaparan dan kepenatan, menu makan malam kami cuma meehoon goreng oleh chef yang cuma mencampakkan segala ramuan ke dalam periuk untuk menggoreng. (Rumah kami tak ada kuali jadi acara goreng menggoreng dilakukan di dalam periuk besar).

Hari Pertama.
Masing-masing kepenatan jadi lepas usai Subuh semua terbungkang kembali dan bangun sekali waktu matahari sudah memancar-mancar sekitar jam 9am. Menu sarapan sekali lagi meehoon goreng sebab itu aje yang paling senang dibuat. Saya berlagak seperti matron hospital. Semuanya saya halau keluar rumah secepat yang boleh kerana acara hari ini adalah jalan-jalan di bandar sambil mengambil gambar. Kami tidak naik bas kerana untuk mengambil gambar, lebih mudah berjalan kaki saja jadi kita boleh berhenti bila-bila masa yang kita suka. Kami bersiar-siar di Buchanan Street melihat kedai-kedai £1 shop. Membeli cenderahati dan masuk kedai-kedai wajib seperti Marks and Spencer (Elly kata Marks and Spender, aku kata kedai Yahudi hehehe). Bila sudah lewat petang, kami makan pula di satu-satunya kedai halal yang saya tahu di bandar ini - Best Kebab. Tetamu-tetamu saya ingin merasa Fish and Chips tapi saya senang dengan mixed kebab. Akhirnya ikan masing-masing cuma dicuit sikit saja tapi mengendeng kebab saya. Dah kata dah, kebab ni je yang sedap. Balik masing-masing sibuk memasukkan barang dalam beg yang sudah mula sendat.

Hari ke Dua
Di sebabkan hari ini Good Friday, saya berkeputusan membawa mereka jalan-jalan ke Botanic Garden dan Kelvingrove Park. Satu hari suntuk di habiskan di sana dengan mengambil gambar bunga-bunga yang berkembang. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat di ke dua-dua taman ini, cuma bunga-bunga daffodils yang berkembang menjadikan hamparan kuning putih di rumput yang menghijau. Pokok-pokok seperti cherry blossoms and apple blossoms juga belum berbunga sepenuhnya.

Hari ke Tiga
Kali ini kami keluar dari kota Glasgow dan menaiki keretapi ke Edinburgh. Untuk perjalanan selama hampir sejam, kami hanya membayar £4.95 seorang untuk tiket pergi dan balik. Harga biasa adalah £9.30 untuk tiket pergi balik tapi kerana kami berempat, maka kami dianggap sebagai satu kumpulan dan layak menerima diskaun.

Kami ke sana dengan beg sarat dengan bekal makanan. Malam sebelumnya kami sudah menanak nasi dan pagi-pagi lagi saya dan salah seorang tetamu saya bertungkus lumus menggoreng nasi dan meehoon sebagai bekal makanan piknik di Edinburgh. (Wah! Rasanya saya sudah bertukar menjadi seperti bonda saya suka membekal makanan. "Daripada beli buang duit lebih baik bawak bekal," pesannya. Arghhhhh!!!!)

Maka, berkelahlah kami makan nasi goreng berlaukkan ayam goreng (feveret!!) di atas salah sebuah kerusi kayu yang bersusun di Princes Street mengadap Edinburgh Castle. Bila perut masing-masing sudah penuh, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit ke kawasan istana. Sudah pasti berhenti seketika untuk mengambil foto-foto menarik di sepanjang perjalanan. Macam biasa, saya tidak masuk ke dalam istana. Mana mampu. Harga tiket masuk sahaja £11 dan barisan manusia yang membeli tiket juga seperti ular dipalu. Ramai!

Selesai mengambil gambar dan mengisi perut (lagi) dengan kon aiskrim seorang, kami menuruni bukit di jalan high street yang dikenali sebagai Royal Mile. Keluar masuk kedai mencari cenderahati yang sesuai untuk dibawa pulang dan diberikan kepada orang-orang tersayang di tanah air.

Sebelum pulang kami mencari kedai HRC di George Street kerana ada sahabat yang kepingin t-shirt Kafe Batu Keras ini. Penat berjalan-jalan mencuci mata dan menabur wang, kami singgah kembali ke Princes Street untuk acara makan seterusnya. Tetamu-tetamu saya begitu berselera makan meehoon goreng sedangkan bagi saya kesedapannya sudah berkurangan sungguh kerana sudah meehoonnya sudah sejuk.

Hari ke Empat
Masing-masing sudah terlalu kepenatan akibat dikerjakan oleh saya hahaha.. Maaf ye. Hanya seorang saja yang larat untuk meneruskan perjalanan dan kali ini destinasi kami adalah ke Blochairn market untuk carboot di pagi Ahad.

Menghabiskan masa dua jam di carboot, tapi oleh kerana kami ke sana seawal jam 7am, barang-barang yang dijual agak mahal. Dalam £4-£8 untuk benda-benda kecil terpakai. Bagi saya sungguh tidak berbaloi sekiranya dibeli sedangkan kalau lewat sedikit dalam 10am ke atas, barang-barang yang dijual biasanya akan turun harga sehingga 25p saja.

Pulang dari carboot, semuanya sudah bersiap-siap untuk keluar. Mereka meneruskan percutian di Paris pula. Sekali lagi saya seperti matron hospital yang suruh mereka cepat-cepat siap, menempah teksi untuk membawa mereka ke stesyen bas seterusnya ke Lapangan Terbang Prestwick untuk mereka ke Paris. Dan saya pula bersiap-siap untuk pergi menjalankan tugas tetap saya di Gartnavel Hospital.

Petang itu saya kepenatan sehingga terpaksa tidur di dalam tandas. Hep! Tandas bersih dan berbau harum ye...


oh oh... sebelum saya terlupa, saya harus membayar hutang tag bayu.

kesihatan
- Baik alhamdulillah. Semoga terus dalam keadaan sihat walafiat untuk terus bekerja dan mencari duit membayar yuran sekolah. Setiap pagi telan satu biji multi-vitamin From A to Zinc atau Coenzyme Q10 untuk tenaga.

Fizikal
- Oh Allah kurniakan saya cukup sifat. Dua biji mata yang boleh melihat tanpa bantuan kanta, dua lubang hidung yang boleh menghidu, dua lubang telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata-kata, lidah yang lembut dan senyuman yang manis (achewah!!). Cukup anggota badan dan jari kaki dan tangan. Masih boleh berjalan tanpa bantuan. Syukur sungguh-sungguh syukur alhamdulillah!

Gaya hidup
- Wah saya seorang yang tidak tahu bergaya. Buat masa ini baju saya tidak ada yang koyak rabak, sempit sendat atau pendek sependek-pendeknya. Rasanya bersederhana saja kot. Almaklumlah, wang pun sederhana kurang hehehehe

Pemakanan
- Tidak cerewet tapi WAJIB halal hahahaha. Asalkan pedas dan berempah. Maknanya masak sendirilah. Sudah masak, sendiri makan. Sedap tak sedap belakang kira. Tapi yang paling syok kalau dapat makan meehoon goreng dan ayam goreng (bukankah dia binatang kegemaran saya??)

Sikap
- Blur. Tapi, extremist. hahahaha. Bahaya kan?

Kesalahan yang paling besar.
- Tiap kali 'bantah' arahan ayahanda dan bonda, tapi kan... selalu dapat balasan COD dari Allah. Adeh! Saya bukanlah anak yang baik seperti malaikat. hehehehe

Bayu, saya dah bayar hutang ye.

Sunday, April 08, 2007

Jalan-jalan di Dublin

Isnin lepas, saya mengendeng ikut 'housemate' pergi ke menyeberang laut ke pulau Ireland, atau lebih tepat ke Dublin. Percutian antarabangsa saya yang pertama semenjak bermastautin di sini. Di Dublin kami menumpang rumah seorang sahabat internet di UCD (university college Dublin) agak-agak setengah jam jauhnya menaiki bas dari kota Dublin.

Saya letak fotonya dulu ye, saya berehat dulu. Tengahari tadi tetamu-tetamu saya baru saja meneruskan percutian mereka ke Paris pula. Saya mahu membalas dendam. Tidur dulu.

updated.

Dublin
Pemergian ke lapangan terbang untuk ke Ireland adalah atas belas ihsan sahabat housemate yang telah menawarkan diri untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang Prestwick. Saya rasa lepas ini pasti dia akan berhati-hati untuk menawarkan diri kerana saya orangnya sangat lurus. Bila ditanya adakah kami mahukan pertolongan, dengan pantas saya mengatakan 'Ya!' Terpaksalah beliau bangun seawal jam 7 semata-mata untuk menjemput dan menghantar kami. Terima kasih John!

Kota Dublin adalah yang ke-tiga paling popular di Eropah. Susah nak sangkal sebab kota ni memang menarik dan bersih. Sebab keadaan geografi yang strategic, cuaca di Dublin pun selesa. Tak sejuk sangat tak panas sangat. Angin pun tak berapa kuat. Memang selesa kalau berjalan-jalan di Dublin dalam musim bunga ni. Yang seronok juga, kota Dublin ni bersih. Tak macam glasgow yang pokoknya pun boleh berdaun plastik. Lebat. Siap ada jenama lagi. Tesco.

Sebabkan 'host' kami bersekolah, jadi keputusan yang dibuat, letak bag di stesen dan jalan-jalan di kota Dublin sambil ambil gambar. Seronok juga jalan bertiga-tiga ni. Walaupun dulu waktu 'backpacking' keliling Europe, saya dikenali sebagai 'Transport Minister', saya sebenarnya suka 'menyesatkan' diri sendiri. Walaupun ada peta di tangan, saya suka berjalan ikut rentak kaki sebab kadang-kadang kita akan jumpa sesuatu yang menarik yang tak ada dalam peta untuk pelancong.

Tapi, kota Dublin tak adalah susah sangat. Cuma dipisahkan dengan River Liffey saja. Kotanya padat. Henry Street tu memang terkenal dengan barang-barang high street. Berjenama dan mahal. Elok untuk cuci-cuci mata ajelah. Yang menarik sistem pengangkutan di Dublin begitu efisyen. Ada bas, sistem tram moden yang dikenali sebagai LUAS dan rel ringan yang dinamakan DART. Saya rasa sekiranya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru mahu memperkenalkan cukai masuk bandar, mereka harus menyediakan sistem pengangkutan seperti ini. Tapi, satu minus factor di Dublin ini, sara hidup di sini sangat tinggi.

Taman St. Stephen
Misi kami di Dublin untuk melawat tempat-tempat menarik saja. Bukan bershopping kerana seperti yang tuan-tuan dan cik-cik puan-puan sedia maklum, kami ini hanya pelajar-pelajar miskin yang tak sedar diri mahu berjalan-jalan di negara orang. Kami hanya berjalan-jalan berpandukan peta untuk pelancong yang kurang lengkap. Entah macamana kami termasuk kawasan larangan - The Ministry of Science. Dan saya dengan senang hati melangkah masuk ke tamannya kerana ada satu arca yang sungguh menarik. Arca pergelangan tangan yang menadah. Saya selalu lihat gambar-gambar kreatif yang pernah diambil oleh pelajar-pelajar yang berkelana seperti di Leaning Tower of Pisa. Saya juga ingin jadi kreatif seperti mereka. Saya mahu gunakan housemate sebagai model. Elok saja kami masuk, kami dipanggil oleh pak cik 'guard'. Oh rupanya tak boleh masuk semberono saja. Bila kami beritahu mahu mengambil gambar saja, dia mengingatkan 'Jangan berkeliaran lebih dari kawasan arca ya!' Baik sungguh pak cik 'guard' tersebut.

Seterusnya kami lihat ada satu tiang tinggi di tengah-tengah jalan. Itulah millenium spire atau 'The Spike' yang tingginya lebih kurang 120meter. Saya terfikir, rasanya kalau dipasang di Glasgow pasti 'spire' itu akan patah tiga atau empat kerana di sini, gales nya sangat kuat.

Perjalanan diteruskan ke St Stephen's park. Ah wanita! Pasti tidak dapat dipisahkan dengan bunga-bungaan apatah lagi kala ini bunga-bunganya berwarna terang dan berkembang.



Budak-budak French menunggang dahan pokok di Upper Lake

Kerana sudah membeli tiket 'day trip' ke Wicklow (Contae Chill Mhantáin). Ingin keluar dari kota Dublin yang sesak dan moden. Seperti biasa, kami pasti berlari-larian kerana terlewat keluar dari rumah. Alhamdulillah, bas dan pakcik pemandu-cum-tour guide masih menanda nama mereka yang akan mengikuti rombongan ini. Perjalanan ke pergunungan mengambil masa kira-kira sejam lebih. Kami diperkenalkan dengan Sally Gap, tempat indah di pergunungan yang pernah menjadi latar belakang cerita sejarah terkenal Sir William Wallace the Braveheart. (Ya, cerita tersebut tidak difilemkan di Scotland tapi di Ireland). Kemudian perjalanan diteruskan ke Glencree untuk berehat seketika.

Setelah berehat setengah jam, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit sambil menikmati pemandangan indah di kawasan pergunungan. Destinasi seterusnya ke Glendalough. Di sana kami ke 'Monastic City' cerita tentang sejarah kristianiti di sana. Melihat rumah-rumah ibadat yang dibuat dari batu bersusun tanpa simen yang sudah runtuh juga membaca batu-batu nesan yang berusia ratusan tahun. (Ya, saya gemar membaca tulisan di batu-batu nesan). Di tengah-tengah kawasan lama tersebut, berdiri megah menara batu yang tingginya lebih kurang 30 meter yang pernah digunakan sebagai menara peninjau untuk mempertahankan kawasan monestry dari digempur oleh musuh.



Jalan ke Upper Lake
Glendalough juga terkenal dengan kawasan tasik yang cantik. Dari monestry, kita boleh berjalan kaki saja sambil menikmati suasana kehijauan dalam hutan simpan. Mulanya saya malas hendak berjalan kaki, ingin saja duduk dalam bas dan dipandu oleh pakcik ke Upper Lake. Bukan apa, saya pernah mengalami tertinggal bas pelancong di Jerman dulu kerana ralit mengambil gambar, jadi saya tidak mahu mengulangi peristiwa tersebut, apatah lagi kami bukan ditengah-tengah bandar tapi ditengah-tengah kawasan pergunungan.




Upper lake
Alhamdulillah, berjalan kaki juga saya akhirnya, dan tidak ditinggalkan oleh pakcik pemandu yang baik hati tu. Upper Lake tersebut memang indah. Malangnya kami hanya ada beberapa minit saja untuk menikmati keindahan tempat tersebut. Mungkin kalau datang ke sini berkereta, kita boleh bebas melakukan aktiviti yang kita mahu. Ada yang datang berpiknik sambil membakar daging burger. Hmmm.... sedapnya bau!


Selamat Datang ke Belfast

Hari ke tiga sepatutnya saya sudah pulang ke Glasgow. Tapi kerana ada masalah komunikasi dengan pemandu teksi yang ditempah. Saya ketinggalan kapal terbang. Waaaaa! Akhirnya kami berkeputusan ke Belfast. Dari khabar-khabar angin yang kami dengar, perjalanan ke sana mungkin mengambil masa sejam lebih saja. Ah! Kami tertipu, dari sejam, perjalanan dari Dublin ke Belfast mengambil masa tiga jam!

Tapi tetap gembira kerana dapat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Belfast. Walaupun kadang-kadang saya mengalami 'blackout' tapi apabila 'lampu menyala kembali' saya tetap dihidangkan dengan pemandangan kampung yang menarik hati.

Kerana tidak mempunyai tujuan yang khusus (selain dari balik ke Glasgow melalui Belfast), kami membeli 'city day tour' tiket dan menaiki bas merah. Syukur, sebagai pelajar, kami dapat diskaun. Yeay!! Pertama kali meronda, kami tak dapat duduk di bahagian bumbung yang terbuka, terpaksalah duduk di bawah. Eh! Tak seronok rupanya tidak dapat duduk di bumbung. Pemandu pelancong kami juga errr... kurang menarik.


A doll in ball gown
Percubaan ke dua.
Kami tiba di tempat terakhir dan tidak turun. Sebaliknya naik terus ke bumbung untuk meronda kota buat kali ke dua. Sedang enak duduk dan mengambil gambar tiba-tiba .. splat! Burung camar telah melemparkan isi perutnya, nyaris terkena housemate. hehehe. Ah! Petanda apakah itu? Yaaaaa.... ada petandanya.

Rondaan kali ini hanya untuk mengambil gambar saja. Bukan untuk menikmati keseronokan meronda. Kami bosan dengan pemandu pelancong dengan lawak jadi tak jadinya.


Read and Write or Reid and Wright?

Saya suka papan iklan di syarikat printing ini. Kena sungguh. Ah... errr.... ehem... juga mamat yang nampak mukanya dari sisi. Hahahaha... halwa mata saja. Saya sedikit 'kompius' kerana dia kelihatan seperti latino tapi duduk bersama-sama wanita Inggeris yang jauuuh lebih tua darinya. Oh! Bersangka baik sajalah kita ye.

p/s : petanda isi perut burung yang jatuh mengikut graviti adalah - saya ketinggalan kapal terbang lagi disebabkan jalanraya yang TERLALU sesak di Belfast. Kali ini saya terpaksa mengambil 'flight' jam 9.05pm. Tiba di Glasgow 9.50pm. Kawan-kawan dari Malaysia yang bercuti pula baru tiba di Buchanan Bus Station. Argh!!!

Akan bersambung. Tentang cerita kawan-kawan yang datang bercuti.

Saturday, April 07, 2007

Dublin and friends

Ireland



Kawan-kawan.
Maaf, terpaksa 'bercuti' lagi.....

Ada kawan-kawan datang 'merayap' huhuhu

Monday, April 02, 2007

Kuatkan imanmu
tabahkan hatimu
Belajar untuk redha
Perlahan-lahan
bukakan minda
ikhlaskan hati
Jangan sesali nasib
Dia yang maha mengetahui
Setiap kurniaan yang dilimpahi
Setiap kesakitan
setiap musibah
pasti disusuli dengan hikmah.


Semoga kau tabah. Semoga Allah hapuskan dosa-dosa kau. Semoga apa yang berlaku menambahkan lagi imanmu padaNya. Dan semoga kau terus menjadi wanita cekal.
This is my pray for you. Always..