Sunday, April 08, 2007

Jalan-jalan di Dublin

Isnin lepas, saya mengendeng ikut 'housemate' pergi ke menyeberang laut ke pulau Ireland, atau lebih tepat ke Dublin. Percutian antarabangsa saya yang pertama semenjak bermastautin di sini. Di Dublin kami menumpang rumah seorang sahabat internet di UCD (university college Dublin) agak-agak setengah jam jauhnya menaiki bas dari kota Dublin.

Saya letak fotonya dulu ye, saya berehat dulu. Tengahari tadi tetamu-tetamu saya baru saja meneruskan percutian mereka ke Paris pula. Saya mahu membalas dendam. Tidur dulu.

updated.

Dublin
Pemergian ke lapangan terbang untuk ke Ireland adalah atas belas ihsan sahabat housemate yang telah menawarkan diri untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang Prestwick. Saya rasa lepas ini pasti dia akan berhati-hati untuk menawarkan diri kerana saya orangnya sangat lurus. Bila ditanya adakah kami mahukan pertolongan, dengan pantas saya mengatakan 'Ya!' Terpaksalah beliau bangun seawal jam 7 semata-mata untuk menjemput dan menghantar kami. Terima kasih John!

Kota Dublin adalah yang ke-tiga paling popular di Eropah. Susah nak sangkal sebab kota ni memang menarik dan bersih. Sebab keadaan geografi yang strategic, cuaca di Dublin pun selesa. Tak sejuk sangat tak panas sangat. Angin pun tak berapa kuat. Memang selesa kalau berjalan-jalan di Dublin dalam musim bunga ni. Yang seronok juga, kota Dublin ni bersih. Tak macam glasgow yang pokoknya pun boleh berdaun plastik. Lebat. Siap ada jenama lagi. Tesco.

Sebabkan 'host' kami bersekolah, jadi keputusan yang dibuat, letak bag di stesen dan jalan-jalan di kota Dublin sambil ambil gambar. Seronok juga jalan bertiga-tiga ni. Walaupun dulu waktu 'backpacking' keliling Europe, saya dikenali sebagai 'Transport Minister', saya sebenarnya suka 'menyesatkan' diri sendiri. Walaupun ada peta di tangan, saya suka berjalan ikut rentak kaki sebab kadang-kadang kita akan jumpa sesuatu yang menarik yang tak ada dalam peta untuk pelancong.

Tapi, kota Dublin tak adalah susah sangat. Cuma dipisahkan dengan River Liffey saja. Kotanya padat. Henry Street tu memang terkenal dengan barang-barang high street. Berjenama dan mahal. Elok untuk cuci-cuci mata ajelah. Yang menarik sistem pengangkutan di Dublin begitu efisyen. Ada bas, sistem tram moden yang dikenali sebagai LUAS dan rel ringan yang dinamakan DART. Saya rasa sekiranya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru mahu memperkenalkan cukai masuk bandar, mereka harus menyediakan sistem pengangkutan seperti ini. Tapi, satu minus factor di Dublin ini, sara hidup di sini sangat tinggi.

Taman St. Stephen
Misi kami di Dublin untuk melawat tempat-tempat menarik saja. Bukan bershopping kerana seperti yang tuan-tuan dan cik-cik puan-puan sedia maklum, kami ini hanya pelajar-pelajar miskin yang tak sedar diri mahu berjalan-jalan di negara orang. Kami hanya berjalan-jalan berpandukan peta untuk pelancong yang kurang lengkap. Entah macamana kami termasuk kawasan larangan - The Ministry of Science. Dan saya dengan senang hati melangkah masuk ke tamannya kerana ada satu arca yang sungguh menarik. Arca pergelangan tangan yang menadah. Saya selalu lihat gambar-gambar kreatif yang pernah diambil oleh pelajar-pelajar yang berkelana seperti di Leaning Tower of Pisa. Saya juga ingin jadi kreatif seperti mereka. Saya mahu gunakan housemate sebagai model. Elok saja kami masuk, kami dipanggil oleh pak cik 'guard'. Oh rupanya tak boleh masuk semberono saja. Bila kami beritahu mahu mengambil gambar saja, dia mengingatkan 'Jangan berkeliaran lebih dari kawasan arca ya!' Baik sungguh pak cik 'guard' tersebut.

Seterusnya kami lihat ada satu tiang tinggi di tengah-tengah jalan. Itulah millenium spire atau 'The Spike' yang tingginya lebih kurang 120meter. Saya terfikir, rasanya kalau dipasang di Glasgow pasti 'spire' itu akan patah tiga atau empat kerana di sini, gales nya sangat kuat.

Perjalanan diteruskan ke St Stephen's park. Ah wanita! Pasti tidak dapat dipisahkan dengan bunga-bungaan apatah lagi kala ini bunga-bunganya berwarna terang dan berkembang.



Budak-budak French menunggang dahan pokok di Upper Lake

Kerana sudah membeli tiket 'day trip' ke Wicklow (Contae Chill Mhantáin). Ingin keluar dari kota Dublin yang sesak dan moden. Seperti biasa, kami pasti berlari-larian kerana terlewat keluar dari rumah. Alhamdulillah, bas dan pakcik pemandu-cum-tour guide masih menanda nama mereka yang akan mengikuti rombongan ini. Perjalanan ke pergunungan mengambil masa kira-kira sejam lebih. Kami diperkenalkan dengan Sally Gap, tempat indah di pergunungan yang pernah menjadi latar belakang cerita sejarah terkenal Sir William Wallace the Braveheart. (Ya, cerita tersebut tidak difilemkan di Scotland tapi di Ireland). Kemudian perjalanan diteruskan ke Glencree untuk berehat seketika.

Setelah berehat setengah jam, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit sambil menikmati pemandangan indah di kawasan pergunungan. Destinasi seterusnya ke Glendalough. Di sana kami ke 'Monastic City' cerita tentang sejarah kristianiti di sana. Melihat rumah-rumah ibadat yang dibuat dari batu bersusun tanpa simen yang sudah runtuh juga membaca batu-batu nesan yang berusia ratusan tahun. (Ya, saya gemar membaca tulisan di batu-batu nesan). Di tengah-tengah kawasan lama tersebut, berdiri megah menara batu yang tingginya lebih kurang 30 meter yang pernah digunakan sebagai menara peninjau untuk mempertahankan kawasan monestry dari digempur oleh musuh.



Jalan ke Upper Lake
Glendalough juga terkenal dengan kawasan tasik yang cantik. Dari monestry, kita boleh berjalan kaki saja sambil menikmati suasana kehijauan dalam hutan simpan. Mulanya saya malas hendak berjalan kaki, ingin saja duduk dalam bas dan dipandu oleh pakcik ke Upper Lake. Bukan apa, saya pernah mengalami tertinggal bas pelancong di Jerman dulu kerana ralit mengambil gambar, jadi saya tidak mahu mengulangi peristiwa tersebut, apatah lagi kami bukan ditengah-tengah bandar tapi ditengah-tengah kawasan pergunungan.




Upper lake
Alhamdulillah, berjalan kaki juga saya akhirnya, dan tidak ditinggalkan oleh pakcik pemandu yang baik hati tu. Upper Lake tersebut memang indah. Malangnya kami hanya ada beberapa minit saja untuk menikmati keindahan tempat tersebut. Mungkin kalau datang ke sini berkereta, kita boleh bebas melakukan aktiviti yang kita mahu. Ada yang datang berpiknik sambil membakar daging burger. Hmmm.... sedapnya bau!


Selamat Datang ke Belfast

Hari ke tiga sepatutnya saya sudah pulang ke Glasgow. Tapi kerana ada masalah komunikasi dengan pemandu teksi yang ditempah. Saya ketinggalan kapal terbang. Waaaaa! Akhirnya kami berkeputusan ke Belfast. Dari khabar-khabar angin yang kami dengar, perjalanan ke sana mungkin mengambil masa sejam lebih saja. Ah! Kami tertipu, dari sejam, perjalanan dari Dublin ke Belfast mengambil masa tiga jam!

Tapi tetap gembira kerana dapat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Belfast. Walaupun kadang-kadang saya mengalami 'blackout' tapi apabila 'lampu menyala kembali' saya tetap dihidangkan dengan pemandangan kampung yang menarik hati.

Kerana tidak mempunyai tujuan yang khusus (selain dari balik ke Glasgow melalui Belfast), kami membeli 'city day tour' tiket dan menaiki bas merah. Syukur, sebagai pelajar, kami dapat diskaun. Yeay!! Pertama kali meronda, kami tak dapat duduk di bahagian bumbung yang terbuka, terpaksalah duduk di bawah. Eh! Tak seronok rupanya tidak dapat duduk di bumbung. Pemandu pelancong kami juga errr... kurang menarik.


A doll in ball gown
Percubaan ke dua.
Kami tiba di tempat terakhir dan tidak turun. Sebaliknya naik terus ke bumbung untuk meronda kota buat kali ke dua. Sedang enak duduk dan mengambil gambar tiba-tiba .. splat! Burung camar telah melemparkan isi perutnya, nyaris terkena housemate. hehehe. Ah! Petanda apakah itu? Yaaaaa.... ada petandanya.

Rondaan kali ini hanya untuk mengambil gambar saja. Bukan untuk menikmati keseronokan meronda. Kami bosan dengan pemandu pelancong dengan lawak jadi tak jadinya.


Read and Write or Reid and Wright?

Saya suka papan iklan di syarikat printing ini. Kena sungguh. Ah... errr.... ehem... juga mamat yang nampak mukanya dari sisi. Hahahaha... halwa mata saja. Saya sedikit 'kompius' kerana dia kelihatan seperti latino tapi duduk bersama-sama wanita Inggeris yang jauuuh lebih tua darinya. Oh! Bersangka baik sajalah kita ye.

p/s : petanda isi perut burung yang jatuh mengikut graviti adalah - saya ketinggalan kapal terbang lagi disebabkan jalanraya yang TERLALU sesak di Belfast. Kali ini saya terpaksa mengambil 'flight' jam 9.05pm. Tiba di Glasgow 9.50pm. Kawan-kawan dari Malaysia yang bercuti pula baru tiba di Buchanan Bus Station. Argh!!!

Akan bersambung. Tentang cerita kawan-kawan yang datang bercuti.

16 comments:

Pa'chik said...

mm... woit.. bangun! bangun! haha..

banggugar said...

salam bertamu,
mau lihat gmbar2, cantik..
tidor plk dia..

(",)

blackpurple @ jowopinter said...

Bila la nak sampai ke Dublin nih... :)

zwitterion said...

wah..pi jalan2..

Iman Mawaddah said...

Bestnya..jeles aarr

akirasuri said...

Salam.
dah balas dendam tidur belum :D

khairyn said...

salam

pa'chik.
huhuhu bestnya tido.

bang,
hehehe... nanti update lagi.

purp,
kalau ada wang lebih pergilah.. seswai kalau mahu ber honeymoon hihihi ;)

zwit,
hehehe.. jalan2 orang miskin. duduk menumpang bilik orang je.

iman,
jom!

akira,
hahaha... balas dendam sampai sakit kepala sakit pinggang. hehehe

BaYu SenJa said...

wah...
kalau bayu berpeluang ke sana, apakah dapat layanan semacam ini?!

nak jugak !!!!

khairyn said...

salam bayu,

hehehehe.... kamu akan saya serahkan kepada budi bicara pihak lelaki di sini hahahaha

akirasuri said...

Salam.
saya pun nak macam bayu! apakah saya akan dilayan sebegitu juga :D

Anonymous said...

Salam....
uwaaaa bestnyer depa p berjalan..
Takper, mungkin satu hari aku akan tetap sampai ke sana... honeymoon maybe *wink*

INDERA KENCANA said...

Ooo... cuma 45 minit penerbangan antara Belfast dan juga Glasgow? Rupanya tak jauh jarak antara keduanya...

Pa'chik said...

kau dah sampai ke st stephen park tu, elok ke rumah tuan tanah saja... dekat sangat dah tu..

izinni said...

your conscious said you lurrveeee german-muslim-caucasion. but really la fren .. your sub-conscious actually lurrveeee the tall and dark and handsome species. hahahahah ...

khairyn said...

pa'chik

Hish! Takkanlah saya nak menjerit panggil nama tuan tanah dari St Stephen's park tu. Tak silap, dia pun pergi bercuti kan. Cantik gambar2 dia ambil.

izinni,
my conscience is precise. I still lurrvvvveee Muslim German Caucasian hahahaha. Am just appreciating God's creation. Tak salah kan?

But if you really want to know the truth, I LOVE MEN. Wherever they come from. Itu indication aku straight dan tidak melanggar norma-norma hukum alam hahahahaha.

izinni said...

hahahahahha ... ALHAMDULILLAH!