Monday, April 23, 2007

Saya yang bermasaalah.

Saya tertarik dengan tulisan Akira tentang minta kita cabar minda kita dengan barisan tiga gambar. Ini pula gambar-gambar yang dihantar ke dalam kotak inbox saya.






Apa perasaan anda?

Marah? Sakit hati? Nak menjerit tak puas hati? Nak cekik-cekit diaorang? Nak kerat 18? Nak tembak? Nak join jihad? Nak lakukan fissabilillah? Dan yang terakhir... ada perasaan bersalah tak?

Ada??

Bagus!

Sekarang, buatlah sesuatu untuk hilangkan perasaan bersalah tu. Tak tau nak buat macamana? Lihat sekeliling kita. Adakah kita nampak mana-mana penindasan? Hatta seekor burung yang kakinya terjerut tali dan terdengkot-dengkot jalannya. Adakah kita nampak orang miskin? Anak terbiar? Ada tak kita nampak orang yang wajahnya kusam, bermasalah? Kalau ada jawapan 'ya' untuk salah satunya, cuba tegur. Cuba senyum pada mereka. Hulurkanlah seringgit dua. Walaupun dia sebenarnya tidaklah papa kedana cuma daif saja. Yang penting bukan untuk dia tapi untuk keseimbangan rohaniah kita saja. Buatlah amal bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Dah. Penat. Tensi. Baca buku balik lepas ni. Periksa tinggal dua minggu saja.

Cerita sekejap pasal wartawan/jurugambar. Nak komen pasal pekerjaan ni.

Pandangan umum - Wartawan itu penipu.

Realiti - Betul!

Wartawan itu kerjanya menipu orang saja. Hanya berita yang muluk-muluk, cantik-cantik, pro kerajaan saja yang disiarkan. Mana berita tentang kezaliman kerajaan? Mana berita tentang isu sensitif? Tentang orang Islam dikafirkan, tentang Melayu + Cina + India dan bangsa-bangsa lain dok gaduh-gaduh sampai berdarah-darah sampai mati-matian. Berita ni dok censor je!

Subconcious reality.
Kita semua ada self-censorism. Kita tapis apa yang kita lihat. Kita baca apa yang kita nak. Kita dengar berita yang kita nak dengar. Dan kita proses berdasarkan kepercayaan, kehendak dan ideologi kita sendiri. Wartawan tugasnya bukan saja menyampai berita, tapi menyampaikan berita yang apa umum mahukan. Jangan lupa, syarikat media menjual servis untuk membayar gaji pada wartawan/pemberita/jurugambar semua. Kalau kita hidangkan berita yang tak mampu menarik pembaca, siapa nak beli servis kita?

Tugas seorang pemberita menerima laporan dan jadi non-partisan. Maknanya wartawan yang paling bagus sekali adalah wartawan yang menulis berita tanpa pendapat. Secara ringkas orang yang langsung tak de opinion, dia lah wartawan terbaik. Sebab dia berjaya menulis satu artikel yang tak bias. Tak berat sebelah. Tapi.. ye ada tapinya. Ia tetap bergantung pada syarikat media itu pula. Berat ke mana? Kiri? Kanan? Atau non-partisan juga. Bloggers tu non-partisan ke? Bacalah bloggers yang suka menulis pasal politik, tapi.. ye ada lagi tapinya. Selidik dulu siapa dia sebenarnya DULU. Apa latarbelakangnya. Kamu, awak, kau, korang, you akan tertarik dan terasa lawak pula membaca blog mereka. hahahaha.. saya juga tertawa.

Kat Tanah Malaya ni, mana ada kebebasan media? Semua media kena cover parti politik. Suratkhabar atau berita tv, kamu semua sudah tahu sokong mana. Habis tu TV. Pas, Harakah tu bukan sokong parti juga ke? Paper mat salleh yang terlaris di Malaya tu bukan ke terpaksa menyokong satu parti tu juga? Boleh ke Harakah kritik partinya? Boleh ke NST kritik kerajaan yang memerintah? Nah! ini cuma dari satu sudut saja.

Bila sudah hari-hari disogok dengan ketidakadilan, seseorang itu akan jadi keras hati, tak de perasaan dan tak sedih lagi tengok orang menangis kematian anak, tengok mayat reput, tengok rumah setinggan kena roboh, tengok bayi ditinggalkan hingga mati digonggong anjing. Yep! Dah tak de rasa apa-apa pun. Sekadar pergi assignment, balik dan tulis story. Malah, cerita-cerita yang macam ni yang buatkan seorang wartawan tu lebih berminat dengan kerjanya. Yang dengan tersengih-sengih berdiri depan bos, beritahu kita ada story besar. Kadang-kadang pula sampai seolah-olah berdoa cepatlah mati, cepatlah roboh, cepatlah kena tangkap sebab nanti aku ada story lebih besar. Mungkin boleh dapat frontpage. Macam tu lah bekunya hati orang yang dah selalu disogok dengan pemandangan yang penuh dengan ketidakadilan.

Tapi, dalam keras-kerasnya hati seorang manusia, pasti ada satu insiden yang akan ketuk pintu hatinya, yang akan buatkan perasaan kasihan membuak-buak. Tiba-tiba terfikir yang kita sebenarnya tak 'jaded' lagi. Rupanya, ada lagi perasaan belas sesama insan. Yang membuatkan seseorang itu melangkah lebih jauh dari batas tugasnya sebagai wartawan/jurufoto. Ada yang sanggup keluarkan duit dari poket sendiri kerana belas walaupun dirinya sendiri tak cukup wang akibat hutang keliling pinggang (besarnya pinggang dia!). Kalau bukan wang, kudrat pun jadi. Kalau wang tak cukup, kudrat pun lemah, bagi pula buah fikiran untuk bantu manusia tu tadi. Siap guna contact-contact sedia ada untuk membantu.

Wartawan, pemberita dan jurufoto bukanlah golongan elit terpelajar. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang hanya lulus SPM, STPM (macam saya dulu). Ada pula yang ijazah dari kewartawanan, tapi ada juga bekas peguam, biologist, businessman, perkomputeran dan macam-macam lagi. Pekerjaan ini menjadikan golongan wartawan sebagai pra-menteri, adun, arkitek, engineer, penulis novel, chef, secretary, boss, CEO, pilot, town planner, environmentalists, nurses dan doktor. Tapi mereka tak de lesen untuk menyelamatkan nyawa orang.

Kalau ada masa, pergilah ke site ni. Hampir setiap bulan jumlah wartawan, pemberita dan jurufoto yang meninggal dunia meningkat.


Kalau kau, awak, kamu, you terasa hati, marah dan rasa tahapa-hapalah penulis blog ni. Saya nak mengucapkan tahniah kepada kau, awak, kamu dan you.

Hati kamu tak beku lagi.

12 comments:

Anonymous said...

terima kaseh cet reporter. kerjaya yang mulia. :)

*saya nak jadi wartawan jugalah. kalau mati ketika dapatkan berita-berita di Iraq dan palestina, agaknya dikira mati syahid tak ek. he he he :)

pssstt: saya suka tengok mr karam punya tangan kalau keluar tivi3. :)

khairyn said...

hahaha.

ada gak wartawan yang tak de etika. Kita semua manusia.

Hmm... pernah gak terfikir samada kalau saya bekerja di Iraq atau Palastine dan ditakdir saya meninggal, adakah saya juga dikira syahid? Best la kalau dapat syahid nih.

Jap, kat Glasgow ni kat mana agaknya perkuburan Islam.. hmmmm...

Pa'chik said...

haha.. ada juga yang jadik penulis upahan...

mm.. satu ye, pasal harakah tu kan, mereka memang lidah rasmi pas (perlu tulis "untuk ahli sahaja"), tidak seperti nestum, yang sepatutnya sebuah syarikat yang bebas dari kekangan politik.

kadang aku kesian juga, mereka kadang tu bukan berniat nak laporkan berita yang mungkin tidak benar (separuh benar, tetap tidak benar), tapi kerana desakan mungkin pihak atasan mereka buat juga.

Tapi, jika memang ada penipuan, mereka berdosa dengan orang-orang yang baca/dengar berita tu... ramai jugak orang tu. Itu yang buat aku kesian dengan mereka. Tambah lagi, pendapatan yang mereka terima, adakah ia dikira sebagai halal, atau haram? Kalau haram, tidakkah kesian pula kepada keluarga mereka itu.

CikguAndey said...

Gambar-gambar itu. Aku baca blog Akira pada hari Isnin. Baca tanpa tinggalkan komen. Bukan sebab bz Sebab aku tiada perasaan apa-apa. Malu sendiri baca komen orang lain.

Hari ini. Sama juga. Aku tiada perasaan apa-apa. Tak macam selalu. Aku mudah simpati.

ada gak wartawan yang tak de etika. Kita semua manusia.

Aku suka yang ini. Kita semua manusia. Hanya manusia.

khairyn said...

Pa'chik,

Itulah maksud saya. Tak ada independent paper. Harakah memang lidah PAS, NST dan grupnya secara tak langsung lidah kerajaan pula. Selalu kita baca paper/tengok berita, kita lihat dari sudut politik sedangkan ada sudut kemanusiaan yang kita sering lepas pandang.

mula-mula saya masuk kerja, ayahanda saya pesan, jangan buat kerja-kerja yang boleh mengharamkan pandapatan contohnya; berita yang menganiaya orang, gossip dan tipu. Saya pegang pesan dia walaupun kadang2 tergelungsur jugak. Antara halal dan haram, saya terpaksa ambil face value. Saya buat kerja seikhlas mungkin tapi kalau akhir produknya berat sebelah, itu bukan urusan saya kerana ia telah melalui banyak proses editing untuk lepas gate-keeper.
Wallahua'lam

cikgu PK,
Bila kita tidak berada di tempat mereka, kita tidak akan faham perasaan mereka. Kita terlalu selesa dan taksub dengan keselesaan kita saja.

Jangan ambil hati ye.

Saya doakan kamu ada perasaan empathy tu.

david santos said...

O dia 25 de Abril de 1974 foi o dia do derrube da ditadura fascista em Portugal, a chamada REVOLUÇÃO DOS CRAVOS, e a queda do (poder) dos inimigos do povo. 25 de Abril, sempre.

Day 25 of April of 1974 was the day of it knocks down of the dictatorship fascist in Portugal, the call REVOLUTION OF the flowers, and the fall of the power of the enemies of the people. 25 of April, forever!
يوم 25 نيسان 1974 كان يوم تقرع عليها من الديكتاتوريه الفاشيه في البرتغال والدعوة للثورة الزهور ، وسقوط سلطة أعداء الشعب. 25 نيسان ، الى الابد!


День 25 апреля 1974 года, в день он постучит в воздухе фашистской диктатуры в Португалии слово О РЕВОЛЮЦИИ цветы, и падение власти враги народа. 25 апреля, навсегда!
Le jour 25 d'avril de 1974 était le jour de lui frappe vers le bas du fasciste de dictature au Portugal, de la RÉVOLUTION d'appel des fleurs, et de la chute de la puissance des ennemis du peuple. 25 d'avril, pour toujours !
Tag 25 von April von 1974 war der Tag von ihm klopft unten vom Diktaturfaschisten in Portugal, von der Anruf REVOLUTION der Blumen und vom Fall der Energie der Feinde von den Leuten. 25 von April, für immer
25天41974年的一天,它拍下來的法西斯獨裁政權,葡萄牙 號召革命的鮮花,秋天的權力得到人民的敵人. 25日,永不停息

CikguAndey said...

Tak. Aku tak ambil hati. Aku pun harap aku ada perasaan simpati kembali. Ada sesuatu yang berlaku di sini. Menyebabkan aku hilang simpati.

13may said...

jom kita pegi makan laksa;)

blackpurple @ jowopinter said...

Pokok pangkalnya datang dari diri sendiri. Jangan harap dapat mengubah persepsi orang lain kalau kita tak betulkan diri kita sendiri. Contoh gambar-gambar itu, kita akan rasa terbakar melihatnya, tapi cuba pandang semula diri kita sendiri. Cukup muslim/muslimahkah kita ?

Membaca entri ini teringat pula intipati novel Hujan Pagi, SN A Samad Said. Dunia realiti dan halusinasi seorang wartawan. Sepatutnya ya, wartawan itu bebas bersuara, tapi kadang-kadang dalam situasi yang terkongkong, mungkin ramai yang lebih mengutamakan perut sendiri dan perut-perut yang di rumah.:)

Di mana-mana pun tiada kebebasan yang hakiki. Fredom of expression
sudah hampir tiada. Hanya retorik semata-mata.

BaYu SenJa said...

ntah la... dah tak tau nak mengomen banyak....
rasanya diri ini yang paling mencelakai umat sendiri !!!

semoga batu bata kemegahan islam itu terdiri dari kita, yang masih ada perasaan :)

Azhar Ahmad said...

Buk saya teringat karya saya yang dahululah... Mengenai wartawan juga.... Dan ini ada ceritanya.... Dah termasuk dalam catatn sejarah jurnalis

http://azharahmad.com/blog/2007/01/28/saat-kematian-yang-dibekukan/

khairyn said...

hmm

tepuk dada tanya selera

;)