Sainsbury lancarkan hari tanpa beg plastik (carrier bag) hari Khamis lepas. Mungkin lepas ni kita tak nampak lagi pokok-pokok berdaun plastik jenama Sainsbury di Glasgow?
Posted by khairyn at Saturday, April 28, 2007
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
12 comments:
kalau lalu malam-malam, orang mungkin ingat tu langsuir...
tu kalau kat Malaya la pakcik. pasti diingat langsuir. hahak. pontianak harum sundal malam ada di glasglow? :p
bleh bagitau uncle tukang tipu tu kot :) hehe
Nguahahhaha, pokok berdaun plastik.. Dia tumbuh dari dahan kerrrr?
pokok berdaun plastik mungkin cantik, tp dari segi ekosistem mcm ada yg tak kene, pokok berdaub hijau menjalankan proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen,,dan daun plastik...
pakchik : ha ha ha. jangan pandang belakang!
hehe unik2..tak pernah dengar
salam
pa'chik,
hehehe langsuyor terbang2 ditiup angin. Kat sini banshee kot. Ngilai memalam buta hehehe
akira
Tak jumpa lagi la plak. Teringat siri tv Most Haunted. Bodoh je citer tu. Hantunya tak nampak, jerit-jerit jer yang lebih.
bayu
boleh le kot
Enchek Azhar
Kalau pokok botak lagi la nampak. Tu dah ilang jenama dah tu. Plastik yg plg byk, TESCO ler. Tak environmental friendly langsung.
Encik Kemat
Ye err ye.. betul tu. Tak de proses fotosintesis dan juga sangat merbahaya kepada eco-system kita. ye ye
King
Ni kira jangan pandang atas kot
iman
unik yang menunjukkan orang tempatan kat sini kurang kesedaran sivik. alahai.
pesal banyak sangat plasti 2...ade orang letak kot...?add me k.
Kesian pokok itu...
Selamat segala selamat untuk khairyn.. saja tinggalkan pesanan di sini, menemani perjuangan khairyn :)
bayu utuskan doa mengiringi khairyn dan teman semua dari bumi anbiya'..
kalau buat solat hajat tu, jangan la lupa untuk bayu sama.. boleh?!!
dah beli pokok plastik?!
hehhe...mcm mcm..:))
Post a Comment