Cerita kawan
Selepas melalui drama tiga babak di Ireland, akhirnya saya selamat tiba ke tanah Glasgow tepat jam 9.50pm. Oh tahu apa cerita drama saya? Ia bermula seawal 6am di mana teksi yang sepatutnya membawa saya ke tengah-tengah bandar Dublin tidak mengambil saya di lokasi sepatutnya lalu menyebabkan saya ketinggalan pesawat pagi. Babak ke dua menyaksikan saya bersenang-lenang berjalan sana sini di Belfast dan babak seterusnya saya ketinggalan pesawat petang dan akhirnya terpaksa membeli tiket LAGI untuk pesawat berlepas jam 9.05pm. Marah? Sakit hati? Ah! Salah siapa kalau bukan salah pakcik teksi awal pagi tu hahahahaha!
Jadinya saya tiba di Glasgow serentak dengan rakan-rakan yang tiba dari Manchester menaiki Megabus yang mempunyai kerusi tegak tapi menawarkan tambang paling murah. Saya tiba di Buchanan Bus Station untuk menjemput mereka sambil membawa beg berat dari Ireland. Malam yang kian larut belum lagi menutup tirai drama saya. Kami menunggu teksi hampir sejam lamanya tapi tak ada satu pun yang kosong. Akhirnya terpaksalah memunggah beg-beg besar ke dalam bas. Terima kasih kepada pemandu yang sabar dengan kerenah kami.
Oleh kerana semua orang kelaparan dan kepenatan, menu makan malam kami cuma meehoon goreng oleh chef yang cuma mencampakkan segala ramuan ke dalam periuk untuk menggoreng. (Rumah kami tak ada kuali jadi acara goreng menggoreng dilakukan di dalam periuk besar).
Hari Pertama.
Masing-masing kepenatan jadi lepas usai Subuh semua terbungkang kembali dan bangun sekali waktu matahari sudah memancar-mancar sekitar jam 9am. Menu sarapan sekali lagi meehoon goreng sebab itu aje yang paling senang dibuat. Saya berlagak seperti matron hospital. Semuanya saya halau keluar rumah secepat yang boleh kerana acara hari ini adalah jalan-jalan di bandar sambil mengambil gambar. Kami tidak naik bas kerana untuk mengambil gambar, lebih mudah berjalan kaki saja jadi kita boleh berhenti bila-bila masa yang kita suka. Kami bersiar-siar di Buchanan Street melihat kedai-kedai £1 shop. Membeli cenderahati dan masuk kedai-kedai wajib seperti Marks and Spencer (Elly kata Marks and Spender, aku kata kedai Yahudi hehehe). Bila sudah lewat petang, kami makan pula di satu-satunya kedai halal yang saya tahu di bandar ini - Best Kebab. Tetamu-tetamu saya ingin merasa Fish and Chips tapi saya senang dengan mixed kebab. Akhirnya ikan masing-masing cuma dicuit sikit saja tapi mengendeng kebab saya. Dah kata dah, kebab ni je yang sedap. Balik masing-masing sibuk memasukkan barang dalam beg yang sudah mula sendat.
Hari ke Dua
Di sebabkan hari ini Good Friday, saya berkeputusan membawa mereka jalan-jalan ke Botanic Garden dan Kelvingrove Park. Satu hari suntuk di habiskan di sana dengan mengambil gambar bunga-bunga yang berkembang. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat di ke dua-dua taman ini, cuma bunga-bunga daffodils yang berkembang menjadikan hamparan kuning putih di rumput yang menghijau. Pokok-pokok seperti cherry blossoms and apple blossoms juga belum berbunga sepenuhnya.
Hari ke Tiga
Kali ini kami keluar dari kota Glasgow dan menaiki keretapi ke Edinburgh. Untuk perjalanan selama hampir sejam, kami hanya membayar £4.95 seorang untuk tiket pergi dan balik. Harga biasa adalah £9.30 untuk tiket pergi balik tapi kerana kami berempat, maka kami dianggap sebagai satu kumpulan dan layak menerima diskaun.
Kami ke sana dengan beg sarat dengan bekal makanan. Malam sebelumnya kami sudah menanak nasi dan pagi-pagi lagi saya dan salah seorang tetamu saya bertungkus lumus menggoreng nasi dan meehoon sebagai bekal makanan piknik di Edinburgh. (Wah! Rasanya saya sudah bertukar menjadi seperti bonda saya suka membekal makanan. "Daripada beli buang duit lebih baik bawak bekal," pesannya. Arghhhhh!!!!)
Maka, berkelahlah kami makan nasi goreng berlaukkan ayam goreng (feveret!!) di atas salah sebuah kerusi kayu yang bersusun di Princes Street mengadap Edinburgh Castle. Bila perut masing-masing sudah penuh, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit ke kawasan istana. Sudah pasti berhenti seketika untuk mengambil foto-foto menarik di sepanjang perjalanan. Macam biasa, saya tidak masuk ke dalam istana. Mana mampu. Harga tiket masuk sahaja £11 dan barisan manusia yang membeli tiket juga seperti ular dipalu. Ramai!
Selesai mengambil gambar dan mengisi perut (lagi) dengan kon aiskrim seorang, kami menuruni bukit di jalan high street yang dikenali sebagai Royal Mile. Keluar masuk kedai mencari cenderahati yang sesuai untuk dibawa pulang dan diberikan kepada orang-orang tersayang di tanah air.
Sebelum pulang kami mencari kedai HRC di George Street kerana ada sahabat yang kepingin t-shirt Kafe Batu Keras ini. Penat berjalan-jalan mencuci mata dan menabur wang, kami singgah kembali ke Princes Street untuk acara makan seterusnya. Tetamu-tetamu saya begitu berselera makan meehoon goreng sedangkan bagi saya kesedapannya sudah berkurangan sungguh kerana sudah meehoonnya sudah sejuk.
Hari ke Empat
Masing-masing sudah terlalu kepenatan akibat dikerjakan oleh saya hahaha.. Maaf ye. Hanya seorang saja yang larat untuk meneruskan perjalanan dan kali ini destinasi kami adalah ke Blochairn market untuk carboot di pagi Ahad.
Menghabiskan masa dua jam di carboot, tapi oleh kerana kami ke sana seawal jam 7am, barang-barang yang dijual agak mahal. Dalam £4-£8 untuk benda-benda kecil terpakai. Bagi saya sungguh tidak berbaloi sekiranya dibeli sedangkan kalau lewat sedikit dalam 10am ke atas, barang-barang yang dijual biasanya akan turun harga sehingga 25p saja.
Pulang dari carboot, semuanya sudah bersiap-siap untuk keluar. Mereka meneruskan percutian di Paris pula. Sekali lagi saya seperti matron hospital yang suruh mereka cepat-cepat siap, menempah teksi untuk membawa mereka ke stesyen bas seterusnya ke Lapangan Terbang Prestwick untuk mereka ke Paris. Dan saya pula bersiap-siap untuk pergi menjalankan tugas tetap saya di Gartnavel Hospital.
Petang itu saya kepenatan sehingga terpaksa tidur di dalam tandas. Hep! Tandas bersih dan berbau harum ye...
oh oh... sebelum saya terlupa, saya harus membayar hutang tag bayu.
kesihatan
- Baik alhamdulillah. Semoga terus dalam keadaan sihat walafiat untuk terus bekerja dan mencari duit membayar yuran sekolah. Setiap pagi telan satu biji multi-vitamin From A to Zinc atau Coenzyme Q10 untuk tenaga.
Fizikal
- Oh Allah kurniakan saya cukup sifat. Dua biji mata yang boleh melihat tanpa bantuan kanta, dua lubang hidung yang boleh menghidu, dua lubang telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata-kata, lidah yang lembut dan senyuman yang manis (achewah!!). Cukup anggota badan dan jari kaki dan tangan. Masih boleh berjalan tanpa bantuan. Syukur sungguh-sungguh syukur alhamdulillah!
Gaya hidup
- Wah saya seorang yang tidak tahu bergaya. Buat masa ini baju saya tidak ada yang koyak rabak, sempit sendat atau pendek sependek-pendeknya. Rasanya bersederhana saja kot. Almaklumlah, wang pun sederhana kurang hehehehe
Pemakanan
- Tidak cerewet tapi WAJIB halal hahahaha. Asalkan pedas dan berempah. Maknanya masak sendirilah. Sudah masak, sendiri makan. Sedap tak sedap belakang kira. Tapi yang paling syok kalau dapat makan meehoon goreng dan ayam goreng (bukankah dia binatang kegemaran saya??)
Sikap
- Blur. Tapi, extremist. hahahaha. Bahaya kan?
Kesalahan yang paling besar.
- Tiap kali 'bantah' arahan ayahanda dan bonda, tapi kan... selalu dapat balasan COD dari Allah. Adeh! Saya bukanlah anak yang baik seperti malaikat. hehehehe
Bayu, saya dah bayar hutang ye.
15 comments:
Cafe Batu Keras? Hahahahaha...
aik??? gambar takde ker???
hahha...
Salam.
kak khairyn! jajan untuk saya mana :D ha ha ha..jelesnya dia pergi meronggeng-ronggeng. waaaa nak meronggeng gak :p
Bestnya..jalan2 ..alamak tag bayu..saya sendiri tak menjawabnya lagi hehe.
kat mana dah depa tu ek? another week before they heads home huh.
ooppsss .. tag bayu. lupa plak .. hehehhe
kan...
semua buat-buat terlupa noo?!!
mujur khairyn entrikan juga, kalau tak pakat lupa habis :)
tapi tak paksa tau...
khairyn kata senang nak masak bihun?
nak masak bihun, jenuh bergaduh tolak hang aku sapa nak pi rendam bihun :)
panjangnyaa
oit,bien menang lagi.. haha...
seronok sungguh..
oh takde kaitan...
kejap,
mm...
pemakanan, tidak cerewet, asalkan pedas, dan berempah...ermm... cerewet la tu...
salam,
haha..
itu pilihan dia la pa'chik, dia mna cerewet.. btul tak khairyn..
(ampu nak sruh dia msak utk msakan pedas2..)
(",)
Lama kak sya tak masuk sini.. take care Khairyn
senang je la pemakanan dia pa'chik oi. ayam-ayaman tu marinate dengan cili sikit, rempah apa yang ada .. pastu goreng ... ko tengokla si khairyn makan .. hahahahhaha
memang senang buat, tapi... kalau tak cerewet, apa-apa pun buleh.. takde nak pedas-pedas, masin-masin, rempah-rempah ke hapa..
haha..
kalau tak pedas, tak berempah.. kurang nak makan..
salam
indera,
Alahai.. tu ada yang 'mengidam' jadi terpaksalah dibelikan.
May,
Erk! Sorry, kamera kong. Nanti saya minta kawan2 upload dan hantar kat saya.. Jangan marah ek.
akira,
jajanmu entek. Wes tak pangan. hahaha jangan nangis. Nanti kita beli lain ek. Kita balik, kita pos tangan ek... ehehehe entah bila la tu.
iman
tu jalan-jalan dekat je. Nak pi jauh, tak mampu waaaaaaa....
izinni
tak tau la kau ingat ke tak. Imran adik kak Raihana sekarang kat Paris so they all tumpang rumah dia. Today, as in Friday, depa semua akan pulang ke tanah air. Aku ingin pulang juga :(
bayu,
hahaha,senang je masak meehoon untuk orang yang memang hantu meehoon. Sendiri rendam, sendiri goreng, sendiri ngap. Makan selalu tak jemu hehehe
king,
panjang ek? OK lain kali akan cuba buat entri pendek-pendek. Tapi kan, rasanya susah nak berjaya lah.
Pa'chik
Bien menang? Hmmm... pengundi hantu diangkut lagi ke? Tapi tu tak surprise. Kawasan tu pun banyak 'hantu' kan hahahaha
bang,
kamu ampu saya sebab mau meehoon ek? nema problema. Sedap tak sedap belakang kira kan? hehehehe
salam kak sya,
thanks. I don't know why. Komen kak sya walau sebaris ayat tu tiba-tiba buatkan saya sebak.
thanks.
I guess, I need to hear that now. Even though it's from a 'stranger'.
thanks a million kak sya.
adeh
izinni and pa'chik
Tak kisahlah saya makan apa. Asal apa yang kamu berdua masakkan untuk saya itu ikhlas walaupun ia sepinggan mee kuning goreng dan segelas air sirap.
kurang pedas saya tambah cili sendiri, kurang rempah saya tabur lada hitam sendiri. Tak payah suruh tukang masak tambah, semua saya boleh buat sendiri. Kan tak kisah namanya tu.
izinni,
I think I need a hug..... am now at the threshold of depressing mood. Arghhh!!!!!!!!
Post a Comment