Friday, April 20, 2007

Stress and therapy

Dah berhari-hari stress aje kerjanya. Hari ni dah baik sikit sebab semalam sudah buat therapy jalan-jalan menjamu mata kat Sauchiehall Street. Sebenarnya pi Boots cari Rosemary Oil untuk kuatkan daya tumpuan.

Sedang jalan-jalan tu nampak 4 huruf besar. Mencarut.

SALE.

Cis!!

Kaki pun melangkah masuk. Tak pe, bukan kedai kain atau kedai kasut atau kedai beg. Nama kedai tu The Works. Kedai buku. Kecik aje kedainya. Mulalah nampak 'sign' 'half-price' £2.99 hingga £4.99. Buku-bukunya cantik-cantik belaka. Ada untuk kanak-kanak. Seronok macam nak borong untuk anak-anak saudara. Hish. Hampir satu jam 'ngelinter' kat situ. Ambil buku letak balik. Tapi rasa, tak perlulah beli apa-apa. Mula nak keluar kedai. Tiba-tiba....

nampak ada tangga ke bawah. Hmm.... hati berbelah bagi. Nak turun ke tak. Jenguk-jenguk dari tangga atas, nampak pula 'sign' ni. 'Books for 10p'. Mak ai! Buku 70 sen je. Laju la turun tangga tu. Rasa macam nak menjerit jerit suka ria tengok harga buku 10p. Mulalah tarik dari satu buku ke satu buku. Ambil letak balik, ambil lagi.

Akhirnya saya pulang dengan ini.

1. Viatnamese Cooking - (Masakan dari negara Vietnam untuk mee, sayuran, makanan laut, ayam, daging dan babi) Harga - £0.10

2. Essential World Atlas - (Saya suka atlas dan peta) Harga £3.99

3. Footpath of Britain - Scotland (cita-cita nak berjalan-jalan di sekitar Scotland). Harga £1.99

4. The Rough Guide to Andalucia - (Dulu saya ada Lonely Planet Andalucia tapi ditinggal di rumah. Suka tengok gambar bangunan-bangunan senibina Islam Moorish). Harga £3.00

5. The Koran (Saya tertarik dengan pra-kata penulisnya dan introduction). Harga 2.99

6. Last but not the least - Learn the basic with 60 minute audio CD & 64-page phrase book - GERMAN (hahaha... persediaan nih!) Harga £2.99

Saya keluar dengan menjinjing beg plastik yang berat sambil senyum lebar.

Rasa macam nak pergi lagi.

22 comments:

Miss Aini said...

hahah, rezeki2....

akirasuri said...

Wah!

beshnya dia. ni jeles ni :D

terapi saya buat masa ni makan jajan. ha ha ha.

moga kak khai diberi ketenangan hati dan jiwa ;)

BaYu SenJa said...

nak try masakan vietnam pulak ka? wah, ada hobi memasak kot :)

13may said...

stress dan terapi....

kita sedia maklum....
stress merupakan satu tekanan mental....
dimana ia memberi kesan ke atas emosi...
dan juga kepada physical kita....

stress datang dari pelbagai sumber...
keja, hutang, kawan2, family, pulis trafik, income tax, along dan tak lupa jugak dari awek atau boyfriend kita....

tetapi punca sebenarnya stress ialah datangnya dari masalah....

kiranya kita menghadapi masalah....
kita akan sedaya upaya untuk menyelesaikannya....
berhari hari dok pikir....
namun kita buntu....
akhirnya kita stressed....

stress begitu bahaya....
di mana ia dapat membuat kita lupa fikiran....
malah kadang kadang lupa daratan....

bila kita berada dalam situasi stress yg kronik....
kita buleh bertukar sifat...
dari riang kepada amat riang...
dari amat riang kepada riang satu mcam....
dan dari riang satu macam kepada OTAK TAK BETOI....

Otak tak betoi...
atau bahasa mudahnya adalah GILA....

Gila ada bermcm2 jenis....
ada yg buat buat gila....
ada yg membuat gila....
ada juga memang dah sah gila....

okeh....
berbalik kepada isu stress tadi....

stress berpunca dari masalah yg menimpa diri kita...
kengkadang berpunca dari emosi kita...
ada jugak berpunca dari perasaan kita....
dan juga dari persekitaran kita....

so, apabila stress...
kita kena kenal pasti sebab stress itu...
kemudian kita cari punca stress itu....

sebab dan punca adalah 2 benda yg berbeza...

Contoh:
Problem: kita stress sebab marka merajuk...

Sebab:
Marka merajuk sebab kita tipu dia...

Punca:
Kita tipu sebab memang kita seorang penipu...

Summary:
Kita stress sebab marka merajuk dan marka merajuk dgn kita kerana kita menipu dia. Kita menipu kerana memang kita seorang penipu.

err....di atas cuma contoh sahaja...
tiada kena mengena dgn 13may yea....
harap maklum....

berbalik kepada isu kita....

kita dah kenal pasti sebab dan punca stress kita...

skrg masa untuk kita amik corrective action....
kena setel la masalah itu...
bila masalah setel....
stress pun hilang....

Tetapi....andai kata stress tetap tak hilang...
even kita dah kenal pasti masalah itu....
even kita dah setel masalah itu....
kita kena buat terapi....

terapi ni buleh dibuat bergantung kepada individu...
tak terbatas....janji stress hilang...

contoh terapi yg paling bnyk digunakan oleh manusia apabila stress adalah makan dan tido....

ahhhh...nikmat betoi...makan tido makan tido...
dan juga sentiasa senyum....

andai kata anda stress sebab mempunyai masalah seperti contoh di atas....

saya ingin rekomen satu terapi yg terbukti berkesan....

Caranya: Cari ajer yg lain....pujuk tak makan, serba serbi tak makan...huh!

errr....
diingatkan lagi sekali...
ini juga adalah contoh...
tiada kena mengena dgn 13may yea....

Conclusion:
Adakah saya stressed????

I'm confused!

Pa'chik said...

jerman saja..

Iman Mawaddah said...

Siap beli buku jerman tu. Kenapa tak beli buku masakan jerman sekali hehe

p/S: Stress tengok komen May hehe.

Azhar Ahmad said...

Nak tanya, mananya Rosemary oil?

Kemat said...

kat Mesia nie, 27hb April sampai 5hb Mei ada pesta buku, meh la balik cni, shopping buku kat mEsia plak

khairyn said...

Salam

eye_knee (?) hehehe
Yep, betul2 rezeki nih.

akira,
Baru habiskan coklat satu bar kecil. Tensi balik nih hahahaha. InsyaAllah akan reda.

bayu,
hehehe sebab dia cuma sekupang duit sini.

May,
awat? La ni hang yang stress ka cek yang stress ni. Kompius.

Pa'chik
Jeles ke? hihihi

Iman,
Satu satu dulu. Dah boleh cakap baru belajar masakannya.

Azhar
laaa botolnya tak leh bukak. Kena pulang balik ganti yang baru hari ni. Ahhhhh! Tensi lagi!!! hahaha

Kemat
oh! saya suka pesta buku Malaysia. Hm... tarikhnya dah ok dah tu. Paper akhir on 22hb. Hmmm dah ok dah tu. Tapi ka... errr ongkosnya nggak ada!!!! Tensi lagi nih hehehe

izinni said...

adehlaaa ahmay berkongsi rasa tensi. hehehhee ...cari lain je la wei, tapi kali ni jangan buat perangai sama la.

khairyn,
nak pinjam buku buleh? hehehhehe .. buku aku semua dah abih baca. nak beli selalu ongkosnya kurang. hehhehe

kingbinjai said...

minggu depan ada pestra buku di pwtc :D

banggugar said...

salam,
kat Syria tiap2 tahun ada jgk penjualan buku murah2.. bln 8 selalunya (",)

BaYu SenJa said...

may apa kena ? tiba2 kot...

turut kompius :)

Pa'chik said...

cheh jeles.. aku tak suka jerman... mereka main jahat...

so'od said...

pinjam buku2 tu bole? nak bawak pi vacation..
argh tensi!

AKMA said...

Salam dari bumi Malaya.

AKMA masih terkejut dengan tugasan baru. Besarnya amanahmu Tuhan. Berikan aku kekuatan...demi agama, bangsa dan tanah air tercinta ku.

Sang Perba said...

bila la aku ak ke sana yer??

INDERA KENCANA said...

Wahhh... seronoknya dapat buku-buku dengan harga yang murah. Dulu ada banyak jualan buku yang murah di Ampang Park. Rindu dengan suasana berebut-rebut buku seperti itu...

Bila Khairyn akan duduk exam..??

Mimiamilia said...

haa..sila la memasak ek...dah ada buku resepi baru kan...hihihi

khairyn said...

okeh

salam

izinni,
mau buku? Naik keta dalam 100+ km ke negeri yang bernama Melaka. Haaa... kat situ ada satu lemari penuh dengan buku. Nak fiksyen non fiksyen, berat ringan trash books semua ada. Yang kitab-kitab tu kena mintak ijin dari tuan aji ye.

King
Alahai, miss betul dengan Pesta Buku Malaysia. Selalu kalau ke sana, dari pagi sampai la lewat zohor. Kadang2 sambung balik hahaha.

bang,
bulan 8 hmmm... coti sekolah tu hmmm... tak jauh dar Syria tu hmmm.. ongkosnya? waaaaaa!

bayu
May stress. Orang stress, dia lebih stress. hehehe

pa'chik
main jahat tak pe, jangan jahat tak nampak. Tau tau je negara dah kena jual hahahaha

so'od
Buleh, nak yang mana satu?? nanti saya bacakan ye, suara saya lemak merdu ooohhhhh.. hihihi. Sorry me tensi too.

khairyn said...

Akma,

apa khabar sekarang? Puas bergelumang dengan buku sekarang terpaksa masuk alam kerja kembali pula ye? Tangungjawab kita memang besar. Semoga Akma tenang menjalankan amanah. Seronok dapat menghirup udara debu dengan panahan matahari pijar di tanah air? hehehehe... sini nyaman.... lalalala

indera
Yep! Punyalah tamak. Ambik banyak2 sampai sakit2 tangan sebab tak nak orang lain ambik. Lepas tu buat mental calculation, duit cukup untuk tu je hehehe

cik Mimi
Hmm... nak menu mana hari ni? Mee? Vegetables? Ayam? daging lembu? Atau babi? hahaha

apa kata kita makan makanan berasaskan roti? Tuna, sardin, jem, butter atau cheese? hahaha revision week weh! Makan je la mana yang sempat buat naaaa.

khairyn said...

Ops Encik Jerangkung

Tunggu tambang murah yang tak tau bila tu kan.

Buleh, buleh. Silakan datang. Rumah untuk muslimah dan yang belum akil baligh tu adalah hahaha.. tang bukan mahram ni... cari sendiri la ye hehehe