Friday, April 13, 2007

Spring ke?


Daffodils, bunga jenis bebawang macam tulips, akan tumbuh dulu menandakan kita berada di ambang musim bunga. Warna kuning terang atau putih mulus menjadi hamparan berwarna yang meliuk lintuk mengikut rentak angin di sepanjang jalan ataupun di padang-padang rumput. Lebih kurang dua minggu selepas berkembang, Daffodils akan layu dan digantikan pula dengan bunga-bunga lain yang mula berkembang. pokok-pokok cherry blossom dan apple blossom yang dulunya hanya ranting-ranting halus kini sudah mula berbunga putih dan merah jambu.

Tadi, ketika berjalan balik dari kerja, hamparan rumput di depan bangunan flat juga dipercik warna-warna putih Daisy dan kuning Dandelion yang tumbuh meliar. Sayang, saya tidak membawa kamera hari ini. Nantilah, akan saya rakamkan juga gambar-gambar bunga di sini.

Maaf, jiwa dan minda sedang dilanda perang yang sangat hebat dan batalion saya sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk menang. Doakan batalion saya berjaya ye. Harap-harap haruman bunga-bunga yang berkembang musim ini dapat membantu menaikkan kembali semangat saya. InsyaAllah.

p/s :
Zurd, kamu hendak datang honeymoon tu cepat-cepat la sikit, takut nanti aku dah balik baru kamu nak datang. Macamana tu? Tapi kan, rumah aku tak seswai untuk orang berhoneymoon ni hahahaha... Tinggi dan sayup (seswai untuk jin-jin [sepertiku] melepak - refer to pB's entry on Jin) hahaha dan nampak juga city cemetery dari bilikku. Amacam? Sanggup?? hehehehe

22 comments:

Pa'chik said...

aku alah dengan bunga matahari...

khairyn said...

kuaci makan tak?

izinni said...

alahaiiii ... aku alah dengan segala jenis species bunga bebawang dan lily. NAKKKKKKK!!!!

batalion antibodi aku tengah bekerja keras ni .. dah lebih seminggu down. 3 hari tak makan nasik. last week 2 hari tak keje, this week pun sama.

NAK DAFFODILS!!!

BaYu SenJa said...

bunga...
tak pandai nak buat penilaian..
kalau mak bayu cekap :)
nanti la nak tanya dia !!!

so'od said...

selalu teringat adik kat Dublin kalau masuk page ni.. dia kata dia suka makan aiskrim sambil jalan2 di St Stephen's Park sambil menikmati bayu spring yg berbau spt bunga.. macam best je..

Iman Mawaddah said...

cantiknyaaa..saya suka musim bunga

CikguAndey said...

di sini musim hujan. Dan juga musim lalang. Bilalah aku dapat jalan-jalan di negara orang

Pa'chik said...

kalau ada makan la...

khairyn said...

salam

pa'chik,
hehehe... alhamdulillah.

izinni,
Tulips cantik. Camner nak ngantor daffodils kat ko la.

bayu,
hehehe saya pun tak cekap pasal bunga. Bertanya kat orang je, bunga apa tu, bunga apa plak ni.

dr so'od
makan aiskrim, hidu bunga jamu mata lalalala

iman
Memang cantik tapi kan.. yang tak bestnya kan... waktu panjaaang... sekarang isya' masuk 10.40pm subuh 3.40am... errr... alahai.

cikgu PK,
laaa... lallang pun ok pe? Jalan je la cikgu.. lama-lama sampai gak ke negara orang hehehe

kingbinjai said...

nak itut!

khairyn said...

heh! itot pi mana?

Adib je boleh itot. Bapaknya tinggal rumah, boleh? hehehehe.. Rasa nak kidnap Adib plak hahahaha

Pa'chik said...

weh.. lagu spring pun aku tak suka jugak...

13may said...

wah! rumah tu bunyik mcm gothic gila....hahha:D

khairyn said...

salam

pa'chik,
tak suka lagu spring ke? hahaha... nanti ku carik dan ku tampal di blogku. hahaha

May,
sebab penuh jin berserakan? hahaha... kamu patut lihat minggu lepas, saya ada tiga jin datang bertandang. Boleh buat conference terus hahaha

Anonymous said...

tampal je, bukan aku dengo pun.. haha..

sprong buleh.. tau bendanya?

zwitterion said...

pa'chik ni sprong..sprong ..apa benda ntah..

blackpurple @ jowopinter said...

Owh...ingatkan koleksi gambar sendiri. Tapi walauapapun memang cantik walaupun saya tidak begitu menggemari bunga-bunga sebegitu... :)

banggugar said...

salam,
bunga matahari.. saya hnya menyedari kuaci adalah dari bunga tu..
(",)

Azhar Ahmad said...

Hahhahaha... city cemetery sayup2. Saya depan rumah jer.... Nguahahhaha

Anonymous said...

bapak: bunga.
bapak: bunga.
bapak: bunga.
anak: bukanlah. orkidlah.

moga menang dalam perang ;)

INDERA KENCANA said...

Wahhh sekarang sudah masuk spring ke..??

Selamat menikmati aroma dan pemandangan indah.... (Alahai teringinnya.. Huhuhuhuhu)

Sya said...

kak sya suka pd tulip.. ntah bila ada rezeki melihat tulip di sana..

Semoga Khairyn menang di dalam peperangan jiwa