Tuesday, July 31, 2007

Kepenatan.


http://www.kittypsycho.com/gallery/albums/cats/spistmus.jpg

too exhausted to feel tired.

Wednesday, July 25, 2007

jalan pulang

Hari 5

Saya jumpa dia, berdiri di luar. Hendak masuk rumah. Saya ngurat dia, dia balas. Dia ngurat saya pula. Walaupun berbeza bahasa, kami bahagia. Sementara. Dia benarkan saya pegang tubuhnya. Dia kucup tangan saya. Sungguh romantis sekali. Walaupun itu pertemuan pertama kami. Saya jatuh cinta pandang pertama. Saya pasti kembali. Tunggu ya! hu hu hu


Dah dah sudah... aku nak masuk rumah heh heh heh



Oh awas! Ada kucing garang dalam rumah ni!

Hari ni kami bercadang ke Brussels pula. Pagi-pagi lagi sudah keluar rumah. Kononnya hendak kejar keretapi pukul 7.45am tapi seperti biasa mesti tertinggal tren punyalah. Tunggu sejam lagi untuk ambil tren ke Den Haag HS dan terus international train ke Brussel. Sambil menunggu tu sempat juga datang idea untuk project terbaru. Puas jugalah brain-storming dengan rakan seperjalanan. Ha ha ha. Seronok. Memang rasa macam heroin hindustan dok melepak kat stesyen keretapi.



Akhirnya keretapi yang ditunggu-tunggu pun tiba. Puas jugalah melepak ke sana ke sini dalam stesyen ni. Ingatkan international tren ni gahlah macam TGV kat Paris tu ke. Rupanya ala-ala Renfe di Sepanyol. Sedey tengok keretapinya. Nampak begitu kurang moden sekali. Cantik lagi keretapi ke Alkmaar.

Tapi macam biasalah, bila tiba musim panas ni, ramailah mat-mat dan minah-minah salleh berduyun-duyun pergi back-packing ke Eropah. Masing-masing bawak beg besar. Sebab keretapi ni sempit sikit, semua beg-beg besar yang boleh dipikul sampaikan stroller baby pun letak kat tempat letak beg atas kepala. Jadi, bergantung-gantunglah tali beg sepanjang overhead compartment dalam keretapi ni.



Begs galore!

Tiba di Brussel, cuaca agak panas. Nak pergi mana ek? Kat depan stesyen keretapi ni ramai tour bus operators yang dok bagi flyers nak ajak pelancong-pelancong naik bas dia jalan-jalan keliling Brussels. Tapi kitaorang rasa macam tak best pulak nak naik bas pelancong tak de atap ni. Bukan apa, kat negara sendiri (wah! Glasgow dah jadi tanah air nampaknya) pun kami tak naik tour bus ni. Cuma kat Dublin saja saya pernah merasa naik bas merah double decker tak de bumbung tuh. Akhirnya saya nampak ada satu kumpulan mat salleh, ketuanya orang tua beruban. Nampak macam confident aje seberang jalan. Terus saran kat rakan seperjuangan, apa kata kita ikut diorang, untung-untung jumpa tempat yang menarik.


Stesyen keretapi ni tengah dalam proses pengubahsuaian. Jadi keadaan kat dalamnya agak kelam kabut.



Sungguh pun. Ikut jer kumpulan tadi, kami tiba di sini. Entah apa namanya tak ingat. Tapi ok gaklah sebab kami sampai ke Grand'Place di Grote Markt. Macam biasalah, snap sana snap sini. Masa tu kat depan Gran'Place ni ada orang main bola. Op! Bukan bola sepak. Ni bola baling pakai tangan. Ha toksah lah nak tanya bola baling ke bola apa sebab memang tak tau apa jenis permainan yang dorang main masa tu.




Brussels ni memang terkenal dengan coklat. Aiskrim coklat, waffle coklat dan satu lagi handmade lace made in Brussels memang terkenal kat sini. Ingat nak beli gak la buat souvenir tapi kenang-kenang kalau bagi bonda, nanti orang kata ni lace buatan China ke? Alahai.. bohsan sungguh. Jadi walaupun harganya agak berpatutan (yang kitaorang berkenan tu harganya cuma €7.50 jer, tak jadi gak lah nak beli).


Macam-macam jenis manusia ada

Dari situ, kitaorang menyusur ke jalan batu-batuan mengikut rentak kaki. Bila dah agak-agak sesat barulah kitaorang masuk satu kedai souvenir orang India beli peta. Dia tanya kitaorang ni orang Malaysia ke? Jawab ya lah. Dia tanya lagi, tak nak beli souvenir ke? Dia boleh bagi good price untuk orang Malaysia. Heh heh heh.. dia tak tau ke ni orang Malaysia yang suka jalan je, tak suka bershopping. Sorrylah ane, kami nak beli map je.


Adeh! Ramai sungguh pelancong.

Dalam setiap kedai souvenir yang kitaorang jumpa, mesti dioarang ada jual poskad ke apa benda sekali pun yang bergambar budak lelaki hitam tengah 'memancut'. Huduh sunguh! Dah la huduh! Tak senonoh pula tu. Jadi lepas dok jalan-jalan ambik gambar, kami ni buat misi sendiri, meh cari budak lelaki hitam huduh tengah kencing berdiri. Nama tempat budak kencing ni, Manneken Pis. Manneken tu mungkin mannequin, pis tu biasala kot... kencing. Jadi nya di alih bahasa - Patung kencing. Begitulah adanya.



Tu lah... budak kencing. Overrated betul lah. Pi sana snap-snap dah. Jadi orang tau ler kami ni di Brussel. Nak tau lebih lanjut, pi sini.

Oh oh... sebelum pi ke Manneken Pis tu, saya jumpa makcik ni. Nak mintak duit sikitla. Dia ni baik hati. Dalam purse dia memang ada duit tapi asyik tak lepas-lepas je nak keluarkan duit tu dari purse dia nih ish!

Makcik, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? kan?

Penat sungguh jalan-jalan. Dah satu kon dengan 2 scoop aiskrim habis, sebotol air pun dah abis dah ni. Apasal la letih sangat. Tak tahan sungguh. Jalan sekejap duduk, jalan lagi terus cari tempat berteduh. Akhirnya perut pun dah nyanyi-nyanyi buat duet, trio and quartet. Tak boleh jadi ni. Kena pi cari makan.

Tengah duduk tunggu makanan datang, terpandanglah tanda ni kat luar...


Oooooh! Dah pukul 3pm, patutlah perut dah buat koir. Cuma di isi dengan aiskrim dengan air jer dari tadi.

Lepas tu pulak, electronic board ni bertukar tulisan...



Perkh! Patutlah berpeluh-peluh. 31C. Boleh kena heatwave macam ni!!! Kat tanah air angkat, tak pernah pun lepas 20C musim panas ni. Aduh! Panasnya. Terbakar kulit weh!! Bertambah tan ler kulit.

Memang pun, cuaca yang sangat panas ni betul-betul hilangkan mood nak jalan-jalan lagi. Tak larat dah ni. Ingat kitaorang cuma nak jalan sikit jer lagi lepas tu terus balik naik tren. Tak sangguplah nak berlama-lama di Brussels dalam cuaca panas ni. Dalam lambat-lambat tu, kami akhirnya tiba juga ke stesyen keretapi, tapi sayang sepatutnya kami boleh naik keretapi pukul 5.30pm tapi, kali ni keretapi pula delayed. Terpaksa tunggu hampir satu jam untuk keretapi seterusnya tiba.


Hari 6

Tata Leiden. Tata Holland. Memang best kat sini. Host pun baik, tempat pun cantik. Kira saya memang enjoy cuti di sini. Kira-kira duit pun tak berapa banyak habis. Kami cuma belanja untuk makan dan keretapi je. Itupun ada dua kali host belanja makan. Moga dia murah rejeki.

Kami terus ke Eindhoven untuk penerbangan balik ke London. Tengah-tengah queue untuk check-in, kami ditegur oleh satu pakcik ni.

"Kedinginan ya?"

Heh? Cuaca kat luar boleh sangat kalau mat salleh dan minah salleh bertelanjang. "Eh tak, saja je sebab malam nanti nak tidur di airport." (Ya Elly, tempat tidur faveret aku memanglah di airport. cheh!)

"Dari mana?"

"Malaysia, tapi belajar di Glasgow, Scotland"

"Oh, adik ipar saya dan suaminya mahu ke sana juga"

Borak dan terus borak. Pakcik @ Om suka Malaysia, pernah ke Kuala Lumpur. Kata, KL tersusun dan teratur. Tak seperti di Jakarta yang saya jawab 'macet' sungguh. Om sudah 40lebih tahun tinggal di Belanda tapi tanter sudah 58 tahun merantau. (Ya, tanter bila berbahasa Melayu ada sedikit pelat). Om cerita dia terpaksa melangkah-langkah manusia yang padat waktu hendak ke bilik air untuk berwuduk solat subuh di Jakarta, tanternya... hmmm....

"Oh di Malaysia toilettennya enggak disebut begitu ya.. Apa sebutannya? Iya.. tan...?"

"Tandas, Om!"

"Iya, lain sekali ya. Tandas!" Ketawa.

"Om tak ikut ke Scotland"

"Tidak, itu adik ipar saya, (mat salleh dari US) sukanya melihat rumah lama-lama (castle), penuh setan itu."

"Jangan kesetanan sudahlah ye Om!"

"Iya, iya!" Ketawa berdekah-dekah.

Adik ipar Om dan adik tanter sudah check in. Om dan tanter pun beransur, berjalan beriringan dengan keluarga mereka. Giliran saya pula dengan rakan seperjuangan. Selesai urusan, kami terus masuk ke balai berlepas. Lepak tunggu pintu imigresen dibuka untuk paspot dicop keluar dan seterusnya tunggu kapalterbang Easyjet tiba.

Macam biasa, apabila pintu dibuka, semua orang beratur macam nak pecah pintu kaca. Saya tak tolak orang, tapi orang tolak saya. Geramnya. Saya tolak balik orang tu. Apa ingat saya orang Asia tak reti beratur ke??

Dah macam kambing keluar kandang, semua berpusu-pusu berlarian ke kapal terbang. Saya pun tak nak lah mengalah. Dah la rakan seperjuangan pun ala-ala biarkan saya terlepas sendirian. Oh tak pe. Yang penting mesti dapat tempat duduk punya!

Macam biasa, naik saja kenderaan, mata saya terus tutup. Tak sedar bila kapal terbang bergerak dan bila bukak mata saja kapal terbang dah nak mendarat. Huish! Sedapnya tidur! Sekarang ni ada masalah pula. Macamana nak habiskan masa di London. Sudahlah kami tiba jam 7pm, penerbangan ke Glasgow cuma bertolak esok pagi jam 8am. Kami ada lebih 12 jam menunggu.

Bincang punya bincang, akhirnya sepakat untuk ke ibukota London. Terus hubungi kawan di London tanya samada boleh menumpang semalam untuk solat dan merehatkan badan. Terus beli tiket bas ke London. £14 pergi balik. Tak apalah. Daripada duduk mati kutu di airport, dan tersengguk-sengguk menahan ngantuk, lebih baik ke London walaupun sekejap. Tunggu punya tunggu... inilah rupanya bas kami.


Macam kancil di tengah-tengah sekandang kuda.

Terima kasihlah sebab benarkan kami tinggal sebentar di London. Dapatlah lepak sambil berborak, sambil makan Baklava yang dibeli di Leiden.

Jam 4am, kami sudah siap-siap nak keluar. Akan naik bas yang sama ke Stansted Airport. Perjalanan mengambil masa 1jam setengah. Seperti biasa, naik aje kenderaan, saya sudah patah balik ke London. Buka mata je, dah nampak bangunan airport.

Jam 6.20am, kami sudah beratur untuk check-in penerbangan ke Glasgow. Selesai check-in kami duduk-duduk dulu sebelum masuk ke balai berlepas. Rasanya keadaan di Stansted seperti di Heathrow. Security sangat ketat. Beg yang tidak dicheck-in tidak boleh lebih dari 7kg. Saiz tidak boleh terlalu besar. Liquid atau krim yang dibawa tidak boleh lebih dari 100ml setiap botol dan mesti dimasukkan ke dalam bekas plastik. Selepas melepasi x-ray untuk beg, kita kena melepasi metal detactor (standard procedure). Kalau nasib tak baik, beg yang dah di x-ray tu akan di check sekali lagi secara manual pula. Jalan ke depan lagi, kasut pula dibuka dan di x-ray. Fuh! Sapa-sapa yang tunggu di sini akan dihidangkan dengan pelbagai aroma kaki.

Jalan-jalan dalam airport ni.. tetiba nampak pula tulisan mencarut lagi. Buat sakit hati je. Mana-mana pergi mesti banyak yang mencarut. Apa ingat kitaorang ni jahat sangat ke? Suka-suka hati jer nak mencarut. Alaaa.. yang guna 4 huruf tu. Yang start dengan huruf 'S' tu. Jahat kan diorang?! Mat salleh memang dengki, tengok 2 orang wanita pakai tudung.




Tapi, kantoi gak. 2 orang wanita pakai tudung ni termakan juga dengan kata-kata carutan mat salleh ni.
Boleh lah beli ni sebab ada S.A.L.E. (40% !babe - saya punya yang warna pink tu!!)

Tiba di Glasgow, terus ambik bas pi city centre. Hujan lebat pulak tu hahaha Welcome to Glasgow! Home Sweet Home. Sampai rumah mandi, relax, tengok tv. Pukul 2pm pengsan sampai 5pm. Bangun solat zohor tunggu asar, pengsan lagi. Kira bangun untuk solat jer lah.

TAMAT

Friday, July 20, 2007

Jalan lagi


Festival Rembrant.

Hari 4

Kali ni kami ke Maastricht. Macam biasa, lambat lagi ke destinasi. Bukan sebab bangun lambat atau keluar lambat, kali ni sebab dalam perjalanan ke stesyen keretapi, kami singgah dulu di pasar pagi hahaha. Seronok tengok orang berjualan. Macam-macam. Baju, jam tangan, peralatan basikal, bunga-bunga segar, buah-buahan segar (yummmy ada cherries!), kain ela.

Kebetulan pula hari Sabtu dan Ahad tu diaorang ada buat festival Rembrant. Err... kenal dia? Pelukis terkenal tu? Alaaaa... lebih terkenal dalam siri tv Alias hahaha.

Err... entah macamana kami tersangkut pula dekat kedai kain satu pakcik ni. Akhirnya belek punya belek punya belek tersangkut jugalah bermeter-meter kain kodi yang kami beli hahaha. Satu meter harganya €5 dan disebabkan kami beli banyak meter, pakcik bagi 10% diskaun. Tambah pula 4meter kain yang harganya €2 semeter, percuma. Hahaha. Mahal? Err... Alhamdulillah kami sekarang bergaji dalam £, jadi harga semeter kain tu dalam £3.5. Err... mahal lagi ke? Alhamdulillah, kain tu untuk bonda. Pakai Hari Raya. Sequin sequin, lip lap lip lap, warna biru. Tak pe kan??

Lepas letak kain di tempat meletak barang di Leiden Centraal (ya lah, takkan la nak mengangkut kain kodi pergi jalan-jalan kan?), kami pun cari keretapi ke Maastricht ni. Jam waktu tu dah dekat pukul 2pm. Hahaha... Pukul brapalah nak sampai ke Maastricht yang letaknya beratus kilometer dari Leiden ni. Yang menarik Maastricht ni, letaknya di selatan Belanda dan berkongsi sempadan dengan JERMAN dan Belgium. Jadi, orang di sini kebanyakannya boleh bercakap bahasa Belanda, JERMAN dan Belgium. Apa lagi yang menarik pasal Maastricht ni ek? Haa... di sinilah perjanjian EU ditandatangani pada Feb 7, 1992.

Oh! Kena belajar bahasa Belanda.
Orang Belanda sangat memandang tinggi bahasa sendiri, tapi ini tak bermakna mereka abaikan bahasa antarabangsa yang fofular - Bahasa Inggeris. Hampir semua penduduk yang muda-muda di sini boleh berbahasa Inggeris tapi setiap pengumuman, tulisan atau iklan adalah dibuat dalam bahasa Belanda.

Akibatnya...


Ada pengumuman dibuat di Stesyen keretapi Utrecht, tapi kami tak faham. Yang kami tahu Spoor (platfom) tapi tak tahu di mana. Akhirnya kami terlajak ke Harlaam dan terpaksa patah balik ke Maastricht menaiki stoptrein. Ish! Tapi pemandangan kampung memang cantik.



Protestan Church of St John. Katanya menara ni diwarna merah menggunakan darah lembu (ox blood).



Jalan yang sunyi di Maastricht (ye laa... dah petang pun)



Apa mamat ni buat dengan kudanya di hadapan Onze-Lieve-Vrouwe Basilica?
  1. Periksa kudanya jantan atau betina heh heh heh
  2. Cium bontot kudanya
  3. Cari taik kudanya
  4. Saja suka-suka.


The Pater Vink Tower - Helpoort. Katanya diorang potong kepala kat sini. Katanya lah... tak tau la plak betul ke tidak.



OK, tak sah kalau tak de bunga. Nah!
err.. sebab dia lain dari yang lain. Err.. sebab dia ungu. Err.. saja je, test skill.


Pemandangan jambatan Saint Servatius, jambatan tertua di Belanda.



Jambatan moden sebelah jambatan tua.

Sebenarnya dah letih sangat-sangat.. sampai nak jalan pun macam dah tak larat lagi dah. Panas. Tak sangka pula panas macam ni. Yalah dari negara yang summer pun ala-ala autumn dan winter kan. Terperanjat kulit. Kepanasan. Tunggang air sampai 3 botol satu hari. Sesuatu yang kurang dilakukan tatkala saya dalam pengembaraan. Bukan apa, malas nak masuk public toiletten.

Thursday, July 19, 2007

Teruskan perjalanan

Hari 3.

Saya jumpa dia. Dan dia sangat comel. Saya berjaya menggomol dia! hahahahahaha (gelak syaitan aminul rasyid)



Lupa.. Hari ke Hague, kami ke International Court of Justice, Peace Palace. Err.. kes Pulau Sipadan, Batu Puteh? Ingatkan bangunan mahkamah ni moden, rupanya tidak. Macam gereja pula. Sampaikan pelancong mat salleh yang kami jumpa depan bangunan tu tanya mana international court. Laaa... diaorang pun ingat bangunan mahkamah tu modern. Oh dari sana kami ke Scheveningen. Tepian pantai yang fofular di sini. Err.. gambar pantai jer. Lepas tu pulak angin kuat. Sejuk weh!


Api yang tak pernah padam. Monumen terletak di sebelah pintu pagar ke mahkamah. (ada gambar hantu hitam kat dalam api tu oooooooooh takutnya!)


International Court of Justice, Peace Palace, 2517 KJ The Hague, The Netherlands.


Kami ke Alkmaar. Konon-kononnya nak tengok traditional cheese selling tapi almaklumlah, kepenatan. Dengan host sekali terlajak tidur. Keluar pun dah lewat. Macam biasa, perjalanan ke Alkmaar lebih senang menaiki keretapi. Hish! Rasa macam ala-ala heroin hindustan plak turun naik turun naik keretapi ni.

Pasar keju di Alkmaar ni dibuka pada hari Jumaat saja, jadi hari ni memang orang ramailah ke Alkmaar nak tengok dan beli keju. Tapi sebab dah terlewat. Nampak ni jer la... orang usung papan kosong.



Tapi, penjual-penjual cheese memang banyak kat sini. Pelbagai jenis, pelbagai saiz dan pelbagai rasa. Si penjualnya pulak berbaju tradisi orang Belanda. Memang menarik. Err... kami tak beli keju sebab tak jumpa keju vegetarian hahaha.

Tengah sibuk ambil-ambil gambar dan nak beli Dutch pancake, berborak pulak dengan seorang pakcik ni.Dia tanya kami dari mana, jadi kami jawab student Malaysia dari Glasgow. Tanya pula dia dari mana, dia kata dia orang Belanda. 75 tahun di Belanda tapi ini kali pertama ke Alkmaar. Hahahha... jadi kami tak bersalah la ye kalau dah berpuluh-puluh tahun duduk di Malaysia errr... Gua Musang tak sampai lagi hahahaha.


Nak beli ke tak nak?


Errr.... macam lapar.Tapi tak leh makan ler.



Lupa apa nama bangunan ni tapi langit cantik.



Nak pergi arah mana?



Sebenarnya dari Alkmaar, kami ke Amsterdam. Tapi macam biasalah, kota besar. Tak ada apa yang menarik kecuali yiehah! Red Light District. Tapi kan... kat sini tak leh ambik gambar err wanita dalam akuarium sebab nanti kita pulak kena terjun masuk terusan hahaha. Tapi, kami masuk museum Van Gogh. Memandangkan kami bukan peminat lukisan yang distorted bentuknya, maka kuranglah menikmati lukisan-lukisan orang psycho yang bernama Van Gogh ni (errr... dia kan bunuh diri. Tembak diri sendiri, dua hari menderita baru mati, ish!)

Lepas jalan-jalan di Amsterdam, kami pun balik. Masak lauk AYAM untuk makan malam. Sambil-sambil masak berborak pula dengan hall-mates host dari Milan dan UK. hahaha.

Wednesday, July 18, 2007

Catatan Perjalanan

Hari 1;

Kami tiba di Eindhoven, lima minit awal dari yang dijadualkan. Dari lapangan terbang, kami terus ke stesen keretapi Eindhoven untuk meneruskan perjalanan ke Leiden. Sistem pengangkutan di sini sangatlah mengutamakan masa. Terlewat 30 saat pun pasti akan ketinggalan bas atau keretapi. Terpaksalah menunggu tren atau bas seterusnya. Ini kali ke dua saya ke Belanda, jadi dah memang jangkakan keadaan keretapi dua tingkat yang tak traveller-friendly ni. Walaupun keretapi dua tingkat, tempat untuk menyimpan barang tidak disediakan. Terpaksalah letak beg di celah-celah tempat duduk. Yang seronoknya, orang-orang di sini pula traveller-friendly. Walaupun sempit, mereka tidak merungut. (eh, kalau merungut bahasa Dutch pun bukan saya faham kan?)

Untuk ke Leiden Centraal, kami harus menukar keretapi di Utrecht Centraal pula. Perjalanan dari Eindhoven ke Utrecht mengambil masa kira-kira 40 minit dan perjalanan ke Leiden pula dalam 30 minit. Tiba di Leiden Centraal, kami menunggu pula tuan rumah. Kasihan agaknya melihat kami yang kepenatan, destinasi pertama di Leiden adalah Kedai Ayam hahaha... halal. Chicken Cottage versi Belanda. Sedap!

Hari pertama di Leiden, kami tak berpeluang melawat tempat-tempat menarik kerana terlalu letih. Masa dihabiskan dengan makan, membersihkan badan, merehatkan badan dan menqada' tidur sebab satu malam tidak tidur waktu menunggu kapalterbang dari Stanstead ke Eindhoven.


Hari 2
Destinasi - Madurodam,
The Hague.

Madurodam - bandar miniature di Belanda.

Cuaca agak baik. Pengunjung ramai di Madurodam.


Bandar miniature dibuat dengan begitu teliti. Ada terusan (canal) dan rumah-rumah yang dibuat mengikut skala tertentu.


The invasion of the giants on wheels hahaha



C&A Department Store ni memang terkenal di Eropah, antaranya di Belgium, Belanda, Perancis, JERMAN dan Hungary. C&A bermaksud Clemens and August yang meninggalkan negara mereka lalu berhijrah ke Netherlands untuk meniaga. C&A juga di dubbed as Cheap and Awful heh heh heh. Oh oh, saya suka uga bunga warna kuning terang ni.


Wokeh! Mari tengok bunga!










P/S : teman yang pergi ke Seoul untuk bertemu nenek Mariam berkirim salam dengan awak, kau, anda, kamu, you, mu, hang, ekau, semua. Err.. saya pula mohon kita doakan nenek Maryam, semoga "perjalanan kembali" beliau dipermudahkan Allah. Bukankah Allah itu maha pengampun?

pp/s : terasa sangat sedih membaca khabaran dari teman.

Balik dah.

Dah selesai melawat kawasan. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik-baik adanya. Kawasan tanah takluk dan jajahan berada di dalam keadaan aman dan damai. Penduduknya juga tenang dan gembira.


Bak kata pendek, semuanya berjalan dengan lancar walaupun err.... beberapa kali juga kena tinggal keretapi heh heh heh.

Penat tak hilang lagi.. Apa kata.. kita minum dulu!



Tuesday, July 10, 2007

Tata

Ish! Aktiviti tuan rumah dari kosong nampaknya dah mula nak padat.

Hmmm nak kena buat research sikit. Nak cari nama jalan, nak kena pergi melawat tempat. Nak kena ambil maklumat mungkin juga terpaksa menemuramah orang. Almaklumlah ADUN Glasgow la katakan hahaha. Makanya tuan tangan ni mungkin tak mengetik-ngetik abjad-abjad atas papan kekunci hmmm... mungkin untuk seminggu agaknya.

Jadi tuan punya tinggalkan awak, kau, you, kamu, anda, mu, hang dengan dua gambar ni. Hah! Cantik kan? Untuk halwa mata saja.


http://www.cityofholland.com/cihollandmius/images/windmill.jpg


http://www.digitalplayboy.co.uk/Photos/large/tulips.jpg

Checklist;
  1. sleeping bag
  2. inflated pillow
  3. baju bersih
  4. peralatan melawakan muka
  5. peralatan membersihkan badan
  6. kad library
  7. kamera
  8. memory card err..
  9. paspot

Sunday, July 08, 2007

kereta abah


Gambar hiasan jer tu.
Tak sempat nak diabadikan dalam Canon G5 kesayangan saya hahaha.

Bila Purp tanya samada kereta tu ada lagi, saya tiba-tiba terkenang, kereta inilah yang buat saya terkenal macam superstar di kalangan pak-pak guard di tempat kerja lama dulu. Almaklumlah, parking di tempat kerja lama tu 22 tingkat dan ramp sempit. Untuk rakyat-rakyat marhain yang tugasnya keluar masuk macam kami ni, mana ada reserved parking. Jadi kalau nak parking kenalah naik ke tingkat 14 ke atas siapa cepat dia dapat. Jadi, hampir dua tahun, kadang-kadang saya guna kereta ayahanda saya keluar assignment.

Datsun Wagon 120Y grey metallic. Ayahanda beli sekitar 1979. Harga tak ingat tapi saya ingat, ayahanda beli cash. Itu pun selepas ayahanda lulus ujian memandu. Seronok tak terhingga. Tak lagilah kami balik kampung naik bas atau keretapi (huu.. rindu keretapi tanah malaya) atau naik beca masuk jalan kampung. Sekarang kami balik kampung naik kereta.

Zaman belum ada highway, perjalanan dari KL ke Pontian ambil masa 6 jam. Selalunya kami balik waktu malam supaya sampai ke kampung awal pagi. Ayahanda dan bonda biasanya akan berhenti untuk solat subuh di mana-mana. Yang paling best, bonda akan bekalkan mangkuk tingkat dan kami akan berkelah malam-malam untuk temankan ayahanda supaya jangan mengantuk. Tak lama. Semua mesti lentok lepas kenyang. Celah-celah barang di boot, adalah tempat tidur saya hahaha (kakak saya nak baring kat seat belakang).

Kereta itulah kereta pertama saya guna untuk belajar memandu. Ayahanda yang ajar. Saya guna untuk tolong hantar barang-barang belian pelanggan ayahanda. Saya guna untuk hantar makanan jamuan sekolah. Saya guna untuk pergi duduki periksa SPM. Cukup umur, ayahanda bayar RM400 untuk saya pergi belajar memandu secara formal. 16 jam memandu. Datsun 120 juga. Kereta jenis yang sama saya guna untuk ambil periksa di JPJ Petaling Jaya. Lulus dengan sekali ujian.

Saya lulus ujian pada hari Jumaat dan esoknya saya dan ayahanda ke PJ sekali lagi. Kali ini untuk buat lesen memandu. Hah! Bangga tak terkata. Saya sudah independent. Boleh bawa kereta ke mana yang saya mahu. Dengan izin.

Sekarang, kereta ini ada lagi. Ayahanda tak mahu jual. Badannya yang kemek-kemek (hasil perbuatan saya) sudah dibetulkan. Sudah diberi cat baru. Dua tempat duduk hadapan sudah ditukar. Talipinggang keledar juga *baru* (beli di kedai potong). Ada cina nak beli kereta ayahanda tapi dia tak mahu jual. Enjin bagus, katanya. Memang pun, ayahanda memang jaga enjin kereta. Body kemek tak apa, asalkan enjinnya tak bising atau bergegar.

Saya selalu usik, kalau kereta tu ada lagi bila saya balik nanti, saya akan tukar cat kelabu kepada kuning metallic terang. Letak sport rim berkilat-kilat. Tukar upholstery supaya lebih bagus. Letak sound-system supaya berdentum-dentam bila anak buah pasang CD Linkin' Park kegemarannya. Tapi yang penting, saya pasang aircond, sebab kereta ayahanda cuma ada heater.

Friday, July 06, 2007

Lepak tengok TV

Oh oh! Tengok talk show kat Channel 4

cerita pasal bom, cerita pasal Al-Qaeda. Satu panel kata 'kita kena usul yang agama anutan kita tidak perlu ditayang pada semua orang. Cukuplah sekadar ikon/tanda kecil untuk beritahu apa agama kita.'

Tafsiran saya :
Kalau orang Kristian, tanda agama mereka adalah rantai salib yang mereka pakai dileher. Baginya itu sudah memadai. Tidak seperti orang Islam yang suka 'menunjuk-nunjuk' agama dengan pakaian yang mereka pakai. Hah! Seperti Muslimah, pakaiannya menutup aurat. Malah ada yang lebih 'ekstrim', mata sahaja yang nampak. (Sila baca dengan intonasi sarkastik). Mungkin itu maksud tersirat dia.

Kata saya :
Oh kalau begitu, paderi-paderi, biara-biarawati pun harus tanggalkan pakaian rasmi mereka. Jangan pakai cassoks, collar atau suit hitam untuk memberitahu orang bahawa kamu paderi, minister ataupun clergy. Pakailah t-shirt pagoda dengan seluar bermuda. Yang penting kamu ada rantai salib saja.

Jerit saya :
Bodoh punya panel! Kalau kamu mengeji orang Yahudi, kamu akan dipanggil Anti-semitism, kamu tak percaya pada Kristian maka kamu dicap anti-Christ dan kalau kamu memuji orang Islam pula, kamu akan dipanggil terrorist? Huh!

Tuesday, July 03, 2007

27 tag

  1. A person is only as good as how he treats others
  2. Friendship is always about give and take.
  3. To love is to accept wholly who and what you are.
  4. Money makes me happy if I have loads of it and frown if I have less.
  5. I miss my family and you.
  6. My way of saying I care is by being there with you.
  7. I try to spread love and by giving love and happiness to you.
  8. Pick the flowers only when mom tells so.
  9. To love someone is to be able to accept him/her unconditionally.
  10. Beauty is subjective (yang ini memang sangat setuju dengan izinni).
  11. When I was thirteen, what I remember the most was being sent to 1P13 (kelas Perdagangan no 13 tu diaaaa).
  12. When I was twenty one, I remember being made famous by dad’s 1979 Datsun 120Y wagon.
  13. I am most happy when mom is happy, dad is happy, cat is happy.
  14. Nothing makes me happier than torturing a cat.
  15. If I can change one thing, I will change the time and undo all the injustices against Muslims.
  16. If smiles were money then I would be zillionaire by now.
  17. Wouldn’t it be nice if we could sit down and enjoy each other’s company without prejudice.
  18. If you want to be hateful then you have to do it by yourself.
  19. Money is not everything err… who says? Again?
  20. The most touching moments I have experienced is when I saw her cried and finally realised, hey! She loves me.
  21. I smile when err practically anytime – happy, angry, annoyed or when I have happy thoughts.
  22. When I am happy, you would really want to be with me. Really!
  23. If only I don't have to work then I would be bored to death.
  24. The best thing I did yesterday was spending my time on the net, makan and watching tv. Ooooohhhh… heaven!
  25. If I ever write a book, I will give it this title, ‘Buy one get one – buy two get two – buy three get three etc etc’
  26. One thing I must do before I die is to do the repentance of Nussooh (taubat nasuha)
  27. Doing this meme, I feel like strangling myself! Yet I know that I've done something for a good cause.

Okay hutang dah langsai. Yeay! Nak juruskan pada sapa ek? Eleh.. sapa lagi kalu tak itu;
housemate
diva
ainee

aisey tertinggal - jangan lupa tinggalkan jejak kat sini lepas habis buat tag ni untuk dijadikan sebahagian dari statistik.

bosan tahap 2

Sorry Iz, aku belum ada mood nak buat tanda harga.

Hari Sabtu balik kerja tengok berita - dua orang naik jeep serang Lapangan Terbang Antarabangsa Glasgow. Bakar diri, lari keluar, jerit Allah Allah

Ahad balik kerja tengok berita - dua orang suspects dah kena tahan. Seorang doktor. Asia.

Petang tengok berita - Spekulasi kes di Glasgow ada kaitan dengan 2 kes car bombs di London. Oh! Baghdad dah tiba di London dan Glasgow.

Malam tengok berita - err.. haus sat. Nak pergi ambik air kat dapur.

WAAAAAAAAAAAAAAAAAH! Dapur banjir. Defrost peti ais lupa nak salin bekas. Melimpah ruah. Karpet lencun. Hempas pulas keringkan guna mop.


Isnin balik kerja... errr... oh! Saya tak kerja. Cuti. Sebulan. Lima minggu.

Bosan.