kereta abah
Tak sempat nak diabadikan dalam Canon G5 kesayangan saya hahaha.
Bila Purp tanya samada kereta tu ada lagi, saya tiba-tiba terkenang, kereta inilah yang buat saya terkenal macam superstar di kalangan pak-pak guard di tempat kerja lama dulu. Almaklumlah, parking di tempat kerja lama tu 22 tingkat dan ramp sempit. Untuk rakyat-rakyat marhain yang tugasnya keluar masuk macam kami ni, mana ada reserved parking. Jadi kalau nak parking kenalah naik ke tingkat 14 ke atas siapa cepat dia dapat. Jadi, hampir dua tahun, kadang-kadang saya guna kereta ayahanda saya keluar assignment.
Datsun Wagon 120Y grey metallic. Ayahanda beli sekitar 1979. Harga tak ingat tapi saya ingat, ayahanda beli cash. Itu pun selepas ayahanda lulus ujian memandu. Seronok tak terhingga. Tak lagilah kami balik kampung naik bas atau keretapi (huu.. rindu keretapi tanah malaya) atau naik beca masuk jalan kampung. Sekarang kami balik kampung naik kereta.
Zaman belum ada highway, perjalanan dari KL ke Pontian ambil masa 6 jam. Selalunya kami balik waktu malam supaya sampai ke kampung awal pagi. Ayahanda dan bonda biasanya akan berhenti untuk solat subuh di mana-mana. Yang paling best, bonda akan bekalkan mangkuk tingkat dan kami akan berkelah malam-malam untuk temankan ayahanda supaya jangan mengantuk. Tak lama. Semua mesti lentok lepas kenyang. Celah-celah barang di boot, adalah tempat tidur saya hahaha (kakak saya nak baring kat seat belakang).
Kereta itulah kereta pertama saya guna untuk belajar memandu. Ayahanda yang ajar. Saya guna untuk tolong hantar barang-barang belian pelanggan ayahanda. Saya guna untuk hantar makanan jamuan sekolah. Saya guna untuk pergi duduki periksa SPM. Cukup umur, ayahanda bayar RM400 untuk saya pergi belajar memandu secara formal. 16 jam memandu. Datsun 120 juga. Kereta jenis yang sama saya guna untuk ambil periksa di JPJ Petaling Jaya. Lulus dengan sekali ujian.
Saya lulus ujian pada hari Jumaat dan esoknya saya dan ayahanda ke PJ sekali lagi. Kali ini untuk buat lesen memandu. Hah! Bangga tak terkata. Saya sudah independent. Boleh bawa kereta ke mana yang saya mahu. Dengan izin.
Sekarang, kereta ini ada lagi. Ayahanda tak mahu jual. Badannya yang kemek-kemek (hasil perbuatan saya) sudah dibetulkan. Sudah diberi cat baru. Dua tempat duduk hadapan sudah ditukar. Talipinggang keledar juga *baru* (beli di kedai potong). Ada cina nak beli kereta ayahanda tapi dia tak mahu jual. Enjin bagus, katanya. Memang pun, ayahanda memang jaga enjin kereta. Body kemek tak apa, asalkan enjinnya tak bising atau bergegar.
Saya selalu usik, kalau kereta tu ada lagi bila saya balik nanti, saya akan tukar cat kelabu kepada kuning metallic terang. Letak sport rim berkilat-kilat. Tukar upholstery supaya lebih bagus. Letak sound-system supaya berdentum-dentam bila anak buah pasang CD Linkin' Park kegemarannya. Tapi yang penting, saya pasang aircond, sebab kereta ayahanda cuma ada heater.
16 comments:
kete lama memang bagus... la ni kengkawan aku sibuk dok carik kete lama neh.. buat drift... jimat sikit kalau kemek-kemek pun tak yah pikir nak riper...
dulu, tuan rumah sewa aku, kete datsen sekolah memandu, (sini deme panggel woh ulu), beterinya punya la kong, sampai tokey kedai tak percaya kete tu buleh idup ngan beteri tu sampai berbulan-bulan.. tapi takat satu tiga, satu mpat, buleh lagi kete tu..
hoh! kereta ni sentimentel value
nostalgik betul. he he he.
nanti dah balik malaya. kalau kereta tu ada lagi. saya nak tumpang tau :D
errrr .. ngapa aku tak pernah merasa naik keta antik tu?
apa2 pun aku rindu MAE. nampak je si comel berwarna hijau .. beria-ia menengok .. mana la tau kan. hehhehehe .. banyak jasa MAE tu kat ko dan aku juga. naik bukit sekolah kat shah alam nengok siling jatuh, keliling dengkil ... nostalgia sungguh ...
oitt .. tadi aku belikan kueteow goreng mutiara bangsar untuk zurd. abislaaa diet dia hari ni. hahahaha
Banyak jasanya keta antik tu. Tapi bak kata izinni, jasa MAE lagi banyak especially utk aku yang gunakan MAE setiap kali aku lepas dari kurungan. hehhehhehe.
wei.. takleh tahan ooooo dgn kueteow goreng tu. MABELESSSSS.
perghhh!!! jom kita jenjalan naik keta tuh nanti;)
heheh..
teringat keta arwah ayah wan :)
Tengah bayangkan macam mana kereta tu dicat dengan kuning metallic..
Haa... dengan sport rim lagi!!
:)
izinni
orang2 terpilih aje yang pernah naik kereta tu. Pernah sekali aku dengan angela rao pi bukit bintang, parking kat lot10 kot tapi nak naik atas pusing macam skru. Dua2 menjerit hahahaha.
Apapun MAE memang tetap dihati hahaha. Paling best memang time kita pi Dengkil hahaha
zurd
hahaha.. ko memang. Lepas ko balik, aku mesti kena adjust seat MAE hahahaha
kuew teow goreng kicap tu ke.. yummm.. masuk dalam list.
may
hang ajak aku dating ka? set!
sood,
kereta lama memang banyak kenangan kan..
indera
huhu.. jadi kereta hip hop. Boleh hantar kat MTV pimp my ride. letak speaker, letak lCD besar hahaha
aisey
akira san tertinggal hahaha
Jom kita naik kereta rendezvous.Akira san bawak kudap-kudap hahaha
he he mabeles!! Nak naik gak keta tu nanti, buleh? he he he .. Akira San bawak kudap-kudap hahaha ..
aku ingat keta tu...paling x boleh lupa keta tu mati kat depan victoria station jln ampang...masa tu kita sama2 form 6,dlm keta tu penuh sarat ngan geng2 kita 6-8 org..kalau polis tahan satu geng masuk lokap...hahahha...ellemilano
elle,
kereta tu memang banyak bawak kenangan untuk kita kan? hahahaha
Hmm... pernah tak aku bawak kereta tu pi dating dulu? tak ingat laa.
Wah! memang antik kereta itu!
Tahniah!
Ok kereta ni, saya un ada gak , arwah abah bagi kat saya.... lat WT 3552
Post a Comment