Friday, July 20, 2007

Jalan lagi


Festival Rembrant.

Hari 4

Kali ni kami ke Maastricht. Macam biasa, lambat lagi ke destinasi. Bukan sebab bangun lambat atau keluar lambat, kali ni sebab dalam perjalanan ke stesyen keretapi, kami singgah dulu di pasar pagi hahaha. Seronok tengok orang berjualan. Macam-macam. Baju, jam tangan, peralatan basikal, bunga-bunga segar, buah-buahan segar (yummmy ada cherries!), kain ela.

Kebetulan pula hari Sabtu dan Ahad tu diaorang ada buat festival Rembrant. Err... kenal dia? Pelukis terkenal tu? Alaaaa... lebih terkenal dalam siri tv Alias hahaha.

Err... entah macamana kami tersangkut pula dekat kedai kain satu pakcik ni. Akhirnya belek punya belek punya belek tersangkut jugalah bermeter-meter kain kodi yang kami beli hahaha. Satu meter harganya €5 dan disebabkan kami beli banyak meter, pakcik bagi 10% diskaun. Tambah pula 4meter kain yang harganya €2 semeter, percuma. Hahaha. Mahal? Err... Alhamdulillah kami sekarang bergaji dalam £, jadi harga semeter kain tu dalam £3.5. Err... mahal lagi ke? Alhamdulillah, kain tu untuk bonda. Pakai Hari Raya. Sequin sequin, lip lap lip lap, warna biru. Tak pe kan??

Lepas letak kain di tempat meletak barang di Leiden Centraal (ya lah, takkan la nak mengangkut kain kodi pergi jalan-jalan kan?), kami pun cari keretapi ke Maastricht ni. Jam waktu tu dah dekat pukul 2pm. Hahaha... Pukul brapalah nak sampai ke Maastricht yang letaknya beratus kilometer dari Leiden ni. Yang menarik Maastricht ni, letaknya di selatan Belanda dan berkongsi sempadan dengan JERMAN dan Belgium. Jadi, orang di sini kebanyakannya boleh bercakap bahasa Belanda, JERMAN dan Belgium. Apa lagi yang menarik pasal Maastricht ni ek? Haa... di sinilah perjanjian EU ditandatangani pada Feb 7, 1992.

Oh! Kena belajar bahasa Belanda.
Orang Belanda sangat memandang tinggi bahasa sendiri, tapi ini tak bermakna mereka abaikan bahasa antarabangsa yang fofular - Bahasa Inggeris. Hampir semua penduduk yang muda-muda di sini boleh berbahasa Inggeris tapi setiap pengumuman, tulisan atau iklan adalah dibuat dalam bahasa Belanda.

Akibatnya...


Ada pengumuman dibuat di Stesyen keretapi Utrecht, tapi kami tak faham. Yang kami tahu Spoor (platfom) tapi tak tahu di mana. Akhirnya kami terlajak ke Harlaam dan terpaksa patah balik ke Maastricht menaiki stoptrein. Ish! Tapi pemandangan kampung memang cantik.



Protestan Church of St John. Katanya menara ni diwarna merah menggunakan darah lembu (ox blood).



Jalan yang sunyi di Maastricht (ye laa... dah petang pun)



Apa mamat ni buat dengan kudanya di hadapan Onze-Lieve-Vrouwe Basilica?
  1. Periksa kudanya jantan atau betina heh heh heh
  2. Cium bontot kudanya
  3. Cari taik kudanya
  4. Saja suka-suka.


The Pater Vink Tower - Helpoort. Katanya diorang potong kepala kat sini. Katanya lah... tak tau la plak betul ke tidak.



OK, tak sah kalau tak de bunga. Nah!
err.. sebab dia lain dari yang lain. Err.. sebab dia ungu. Err.. saja je, test skill.


Pemandangan jambatan Saint Servatius, jambatan tertua di Belanda.



Jambatan moden sebelah jambatan tua.

Sebenarnya dah letih sangat-sangat.. sampai nak jalan pun macam dah tak larat lagi dah. Panas. Tak sangka pula panas macam ni. Yalah dari negara yang summer pun ala-ala autumn dan winter kan. Terperanjat kulit. Kepanasan. Tunggang air sampai 3 botol satu hari. Sesuatu yang kurang dilakukan tatkala saya dalam pengembaraan. Bukan apa, malas nak masuk public toiletten.

15 comments:

pa'chik said...

ko cakap ngan derang tu..
macam belanda mintak tanah...

BaYu SenJa said...

oh oh... gambar manusia bersama kuda.. sungguh di luar tabie....

hehe :)

sini pun ceri dah banyak.. semakin murah.. !!

So'od said...

wah jalan dan jalan lagi.. dan lagi..
heheh..
best2!

blackpurple said...

Lawa-lawa. memang lawa!

Itu bunga ke stigma? Ungu? :D

akirasuri said...

makin terre amek gambar kak khairyn :D
hu hu hu.
oh gambar bunga tu. ha ha ha. maju sudah :D

bang_gugar said...

salam,

rasanya.. lelaki tu sedang periksa pampers kudanya..

basah ke tak..

hehehe
(",)

ELLEMILANO7 said...

mamat tu tengah tocang ekor kuda...berapa byk darah lembu diaorg tuang kat protestan church of st john tu...mmm tak busuk ke?...takde duit beli cat ke?

Anonymous said...

bestnyer gi jalan2. canteknyer temoat orang. lain kali aku datang sudi ker kau menemaniku ke tempat2 ini??? ridruz

13may said...

uiii...1st photo...byknya beskal :D

Azhar Ahmad said...

Ayat akhir tu tatahan....

Yalah dari negara yang summer pun ala-ala autumn dan winter kan. Terperanjat kulit. Kepanasan.

Dush-dush (ketuk kepala Betty). Hey... Malaysia tak dak winter taw..... Huhuhuhu

AKMA said...

aduh!!!

bikin hati teringat bumi nan satu itu!!!!

zalim..zalim

izinni said...

oitt .. tak banjir ke? hehhehe

Cik Kema said...

salam :)

lompat2 blog neh.

best jalan2 kan.

khairyn said...

Pa'chik,

ya ya....
tak cukup je ek? hahaha

bayu
hah! memang luar tabiee la bayu. Ada ke dia kena collect tahi kudanya hahahaha
sedapnya ceri!

so'od
selamat bervacation ek?
Saya pun tolong orang vacation setiap minggu.

purp
Warna-warna terang memang saya suka. Itu bunga bukan stigma hehehehe

akira
Memang suka ambik gambar buat syok sendiri jer hahhaha.. Entah la sejak bila suka bunga nih!

bang
ya betul! pampers kudanya cuma plastik merah hahahah

khairyn said...

elle,
tu la depa ni tak pandai. orang arab pandai buat cat tak guna darah pun. Dorang ni memang suka membazir.

ridruz,
kalau ko datang, kena dengan timenya. Buleh aje kita backpacking. Tapi sanggupkah kau tidur bersamaku di airport? hahahaha

may
seronokla tengok dorang mengayuh beskal. Kat sini kalau naik beskal mau semput weh! Berbukit2.

azhar
eh eh malaysia tak de winter ek? hahahaha. woit! jangan la ketuk kepala. baru baik benjol hahahaha

akma
hahahaha... akan ku terus zalim dengan mu. Belanda memang cantik kan? Saya dah jatuh cinta. Host kata boleh buat masters di sini sebab dalam bahasa Inggeris. Huh! Tak sabarnyer!

izinni,
Banjir kat Selatan weh! Kalau banjir kat sini pun aku selamat. Rumah tinggi menjulang hahaha

cik kema
silalah lompat selalu..
jalan2 memang best. itu azam saya sejak sekolah tadika dan first time nampak globe dalam bilik guru hahahaha