Wednesday, July 18, 2007

Catatan Perjalanan

Hari 1;

Kami tiba di Eindhoven, lima minit awal dari yang dijadualkan. Dari lapangan terbang, kami terus ke stesen keretapi Eindhoven untuk meneruskan perjalanan ke Leiden. Sistem pengangkutan di sini sangatlah mengutamakan masa. Terlewat 30 saat pun pasti akan ketinggalan bas atau keretapi. Terpaksalah menunggu tren atau bas seterusnya. Ini kali ke dua saya ke Belanda, jadi dah memang jangkakan keadaan keretapi dua tingkat yang tak traveller-friendly ni. Walaupun keretapi dua tingkat, tempat untuk menyimpan barang tidak disediakan. Terpaksalah letak beg di celah-celah tempat duduk. Yang seronoknya, orang-orang di sini pula traveller-friendly. Walaupun sempit, mereka tidak merungut. (eh, kalau merungut bahasa Dutch pun bukan saya faham kan?)

Untuk ke Leiden Centraal, kami harus menukar keretapi di Utrecht Centraal pula. Perjalanan dari Eindhoven ke Utrecht mengambil masa kira-kira 40 minit dan perjalanan ke Leiden pula dalam 30 minit. Tiba di Leiden Centraal, kami menunggu pula tuan rumah. Kasihan agaknya melihat kami yang kepenatan, destinasi pertama di Leiden adalah Kedai Ayam hahaha... halal. Chicken Cottage versi Belanda. Sedap!

Hari pertama di Leiden, kami tak berpeluang melawat tempat-tempat menarik kerana terlalu letih. Masa dihabiskan dengan makan, membersihkan badan, merehatkan badan dan menqada' tidur sebab satu malam tidak tidur waktu menunggu kapalterbang dari Stanstead ke Eindhoven.


Hari 2
Destinasi - Madurodam,
The Hague.

Madurodam - bandar miniature di Belanda.

Cuaca agak baik. Pengunjung ramai di Madurodam.


Bandar miniature dibuat dengan begitu teliti. Ada terusan (canal) dan rumah-rumah yang dibuat mengikut skala tertentu.


The invasion of the giants on wheels hahaha



C&A Department Store ni memang terkenal di Eropah, antaranya di Belgium, Belanda, Perancis, JERMAN dan Hungary. C&A bermaksud Clemens and August yang meninggalkan negara mereka lalu berhijrah ke Netherlands untuk meniaga. C&A juga di dubbed as Cheap and Awful heh heh heh. Oh oh, saya suka uga bunga warna kuning terang ni.


Wokeh! Mari tengok bunga!










P/S : teman yang pergi ke Seoul untuk bertemu nenek Mariam berkirim salam dengan awak, kau, anda, kamu, you, mu, hang, ekau, semua. Err.. saya pula mohon kita doakan nenek Maryam, semoga "perjalanan kembali" beliau dipermudahkan Allah. Bukankah Allah itu maha pengampun?

pp/s : terasa sangat sedih membaca khabaran dari teman.

11 comments:

Kemat said...

wow..bestnyer jalan2.. bila nak balik mEsia..cuti sempena tahun melawat malaysia nie..

Anonymous said...

cheh... ayam juga yang dicari...
ko kena baik-baik ngan kema.. dia tokey ayam.

izinni said...

dah minah bunga dahhh kawan aku ni. hahahahhaa

ayam? cerrr describe kesedapan ayam tu. huhuhuhuhu

lama aku tak dengor berita sibaiyah ... rindu plak nak dengor chot chet dia. :)

Pa'chik said...

dulu ada sorang budak yang suka makan ayam goreng yang aku kenal...

bila kami tanya pasal apa suka makan ayam neh?

"pasal sedap... bukan pasal khasiat ke, banyak bitamin, zat galian, mineral... pasal sedap"

ko mungkin buleh bukak kelab peminat ayam ngan dia...

banggugar said...

salam,

sakan berjalan ye..

buah tangan utk saya mana?..

(",)

akirasuri said...

woah.
bunga.
erk~ dah jadi minah bunga macam mamat bunga tu ke. ha ha ha.

Azhar Ahmad said...

Bilalah nak sampai ke sana....

DeeN said...

owh! owh! owh! Buk! Terus jatuh. Koma. Ambulan datang. Masuk spital. petang dah buleh kuar spital. ... er .. er..indah nian, indah nian bunga-bunga itu!

nenek tua itu tak mahu pulang ke 'pangkuan' kan .. :(

kingbinjai said...

dah macam main monopoly plak

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Tahniahlah dah sampai sana...

Seperti biasa bila ke tempat orang atau melihat gambar-gambar tempat orang, mata akan tertumpu pada senibina dan rekabentuk bangunan dan landskapnya. Menarik!

khairyn said...

Kemat,
bos nak sponsor tiket ke bos??? hahahaha

bos kema eheh?
hahaha.. saya la mak ayam lalalalala

izinni,
ayam? binatang yang seksih dan menggiurkan tu? kesedapannya sehingga ke tulang2. Tak boleh nak describe. Seperti 7th heaven lalala..
oh Baiyah ke Seoul menginterview nenek mariam. Dia kepenatan huh!

pa'chik
heh, aku ngan izinni dan sorang lagi penyokong bola real madrid adalah peminat ayam tegar. Kami dah ada kelab ayam sendiri hahaha

bang
salam. buah tangan ada ada... err poskad buleh hahaha

akira
oh! saya wanita minat bunga tak apa, dia lelaki minat bunga hahaha.. err pelik kot hahaha

azhar
satu masa nanti. InsyaAllah.

nur
bangun bangun.. jangan pengsan lelama. Oh! org tak suka bunga boleh suka bila tengok bunga2 macam ni.. cantik
nenek itu... kita doakan saja ye.

king
ye ye siap dengan orang2 kecik lagi dan semuanya children friendly. Kalau bawak adib mesti dia tak nak balik. Sungguh!

Purp.
Memang cantik. Kami ke eropah sering mencari gereja lama. Nak tengok samada ia bekas masjid lama dengan senibina Islam atau tidak.