Saturday, December 08, 2007

Steroid dan hospital

Tadi aku kerja macam athlete baru dapat dos steroid. Laju dan (hampir) tanpa henti. Macam orang kena adrenaline rush. Banyak tenaga. Kenapa?

Sebab... pagi-pagi tadi, supervisor aku panggil kata dia terima official complaint pasal aku. Heh? Kerja aku tak bagus ke? Aku tak buat kerja ke? Seingat aku.. kerja aku memang tip top. Koridor aku tu kira kilat-kilat lip lap mengalahkan hiasan kat pokok krismas.

Rupa-rupanya komplen bukan sebab kerja aku tak siap atau pun aku tak buat kerja tapi sebab aku duduk study kat Day Room pada masa rehat aku. Heh? Masa rehat aku pun, aku kena dictate apa yang aku kena buat ke? Bukan ke masa rehat aku tu untuk aku buat apa yang aku suka? Aku nak makan ke, aku nak baring ke, aku nak tidur ke.. bukan ke semua tu aku punya pasal lah! Masa rehat aku kan? Sukahati la aku nak buat apa.. asal bukan hisap dadah, candu atau minum arak. Asalkan aku kerja balik pada masa yang ditetapkan tu dah kira baguslah kan?... Kan?

Oh rupanya tak.. Sister kat wad aku tak puas hati sebab aku duduk membaca sambil makan kat Day Room tu. Padahal dulu aku pernah tanya misi sama ada aku boleh duduk situ atau tidak, misi kata duduklah. Dorang pun selalu makan kat dalam Day Room tu. Sister tu komplen macamlah aku duduk satu hari suntuk kat dalam Day Room tu, padahal setengah jam jer waktu rehat tu. Aku pun terangkanlah kat supervisor aku, kata aku cuma study sekejap je. Supervisor aku kata Sister tak bagi aku study waktu kerja. Heh? Dan kalau aku nak study juga, aku kena pergi kantin. Hmmm... macamana korang study kat kantin ek? Boleh ke?

Aku ingat cerita tu habis kat situ jer, rupanya ada lagi. Supervisor petang kata, itu baru satu komplen.. rupanya sister tu ada 2 komplen, dia kata aku hilang selama sejam. Amboi! Satu jam ke mana aku menghilang ye? Mungkin kalau 20 minit tu adalah sebab aku solat Asar jama' ngan Zohor. Mungkin dia tak nampak aku sebab dia pulak jenis duduk kat nurse station sambil baca magazine.

Rakan setugas aku si budak India bagi tau aku dia pun kena komplen gak. Dari sister yang sama. Sebabnya pun kecik-kecik aje. Tak bagi jag air kat patients. Dia dah isi jag air tapi letak aje atas troli. Takkanlah bagi jag air pun misi-misi lain tak boleh buat? Entahlah. Aku kata kat si budak India ni yang sister ni sebenarnya racist. Kalau kami komplen balik dan guna faktor racism ni atas dia, memang nahas dia. Silap-silap boleh kena buang kerja. Maknanya dia komplen benda yang kecik-kecik sedangkan secara keseluruhan kerja kami memang tip top. Koridor aku memang sangat bersih sampai orang pun boleh guling-guling atasnya atau makanan jatuh pun, pasir takkan melekat. Habuk dari atas sampai bawah pun tak ada, bersih aku sapu. Cermin kilat menciutkan dan bersinar-sinar. Si budak India ni kalau mencuci toilet, memanglah bersih. Sampah clear.

Jadi tadi, aku kerja dengan penuh dedikasi sambil mata aku perhatikan saja sister ni. Aku tengok aje kerja dia. Huh! Makan entah berapa kali. Kalau rehat tu pun dari 1.30pm - 3pm masih lagi kat nurse station. Berborak. Aku perhatikan dia lepas tu aku perhatikan jam atas dia. Aku rasa dia perasan. Tapi aku buat tak peduli. Muka aku maintain serius. Tiap kali lalu depan dia aku akan tengok dia lepas tu aku tengok jam. Begitulah satu hari suntuk. Tadi aku 'hilang' lagi. Aku tak peduli. Aku solat jama' takhir Asar dan Zohor. Aku nak tengok dia komplen lagi ke tak? Kalau dia komplen hehehe.. terpaksalah aku pun bertindak, bukan?

Two can play this game, rite?!

21 comments:

Anonymous said...

Aku suka ko buek macam tu.....baru sister tu tau ko dari specis mana..silap haribulan dia pulak yang tensen ngan ko..hehehe.

Pa'chik said...

nak aku santau kakak tuh? ekekek...
kalau tak rasis, mesti nak suh ko kena buang pasal nak masukkan sedara-mara dia... ekekekek....

err... tu pun orang kat sini perasan kalau duk kat atas angin takde rasis... kepala hotak dia berjambul... ekekek...

err.. mujur dia tak repot ko tidur lam toilet pas tu buat-buat terkunci hari tu ek... ekeekeke...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

sebenarnya dia jealous tengok kau dapat makan sambil mentelaah,dia tak boleh buat macam tu,kalau nak makan kena makan je,kalau nak baca kena baca je,kalau nak cuci kena cuci je...begitu ler keadaannya sebab dia dilahirkan untuk membuat satu kerja saja dalam satu masa...aku boleh bayangkan muka stone hang tu

akirasuri said...

woah!
berani itu olang buli kekanda saya ni..
sepak sampai atlantik kang baru tau..
ha ha ha!

pssstt: cepat buli balik! he he he..

Anonymous said...

Salam

Aku naik bengang dengar cite ko..nasib baik supervisor aku ok je setakat ni.

Rasanye sister tu jealous kat kao la tu..sabar sabar..

khairyn said...

salam

dura,
haha... ya aku akan teruskan 'perjuangan' kekekekeke

pa'chik
ko terer santau tak? Aku rasa dah patut kena tu sebab badan dia dah bulat sungguh. Depa ni kadang2 lebih racist dari orang lain.
Oit! Aku tak tido la dalam toilet. Tak baik fitnah. Aku tido kat dalam stor jer hahahaha

elly
hahaha.. dia jeles sebenarnya. Sebab kitaorang ni tahap degree, masters dan PhD. Dia? takat diploma jer kot hahahaha

akira
ya ya sorang santau sorang sepak sampai atlantik. whoa! Terharu neh!
Ya ya.. kalau jumpa dia akan ku buli dia dengan sinar mataku yang cerah dan cun ini.

mak lang
aku tak kisah pun dia nak cari pasal dengan aku. Dia cari pasal tu sebab dia tak leh nak komplen pasal kerja aku. Supervisor aku tau aku kerja camana. Dia memang check dan kalau x puas hati dia cakap dan aku terus buat. so bab kerja memang sister tu tak de grounds nak komplen. Tu aku rasa dia tak puas hati sebab kaler kulit kitaorang ni yang lebih tan dari dia yang putih pucat tu

Mimiamilia said...

adakah sister ini berbadan besar yg selalu komplain kat ward B4 dulu?

sib baik la sepanjang i keje dpt sister yg best2

DeeN said...

Hoh! Nak kene neh 'budak kakak' tuh. Dia silap org la nak main buli2. Akak, apalagi, cepat "bertukar!!!"!

Mungkin itu dugaan di tempat org. Insya Allah ada hikmah di sebalik setiap dugaan. Moga akak sentiasa dipayungi rahmat dariNYA!

blackpurple @ jowopinter said...

Dah nama rehat, rehat sajalah, kan?

Isk! Macam-macam!

zwitterion said...

rekod aktiviti sister tu, nanti kalau nak komplen lak pasai dia, ada bukti nyata..hehe

indera kencana said...

Itu baru sister, belum brother lagi yang buat perangai..
Eh, ada jawatan nama Brother ke..??

IELTS baru sudah berlangsung... rasa.. rasa.. ohhh, nanti saya citer dalam email. Result tak dpt lagi. 21 hb nanti baru tau!!

indera kencana said...

Tetiba teringatkan sinetron Indon "Suster Ngesot". Hihihihihihi... dia mengilai!!!!!

zorrokantoi said...

dia orang memang macam tu. depan punyalah baik, belakang belum tentu lagi. dulu adalah sorang senior house officer (SHO) berbangsa scottish ini yang mengadu ke department chairman, mengatakan saya refuse to do surgery on friday. hakikatnya saya only took an hour off for friday prayers (itu pun on every alternate friday). bila saya tahu mamat scottish ni yang bawak mulut, i really make life difficult for him (I was his senior registrar then!). and i know, the reasons for him moving over to Queen Margaret hospital in Dumfermline was partly because of me.

Anonymous said...

Salam

Hari ni supervisor aku cuti..patutnye boleh la kami 3 orang ni bersenang lenang..ini tak, from 8.30 am to 10.15, tak berenti kami buat kerja..macam takut je ada orang report...

Aku rasa officers kat muzium tu ok sebenanye, cuma sorang Mamat Pakistan ni, sombong betul kat aku..agaknye perempuan pakistan tak perlu kerja cleaner kat sini..maklumla husband depa semuanye ada bisnes/ loyer.arkitek bla bla bla.

khairyn said...

mimi
yaaaa.. itu minah gumuk. Sisters yang lain tu ok jer. Hari Ahad tu dia tak de. Tapi memang la next time bertembung je, i will stare at her and the clock dengan wajahku yang serius ni hahahaha..

nur
ya ya kita sekeh kapla dia hahaha. Tak leh tukar jadi incredible hulk sebab uniform satu je. Kang tak masuk plak kuning biru ngan ijou hahaha
Ya insyaAllah, mohon rahmat dariNya selalu.

Purp
Entahler.. banyak songel la plak. Tengah cari akal gak ni hmmmm...

zwit
hihihi.. dah start. Tapi aku rekod aktiviti aku dulu hihihi. So if kena soal, aku ada buku kecik yang tulis apa aku buat hari tu kwang kwang kwang.

Indera
hehehe.. dia sorang je bermasalah. Rasanya mungkin supers lain dah tau kot dia tu kaki komplen hehehe.. brothers? heh ada tu.. dulu kumpulan nasyid brothers tu.. tanyalah nak pakai orang tak? hihihi

huh! cerita hantu.. best best!!

bimmer
diorang ni memang talam 2 muka. depan mulut manis bukan main tapi belakang ngutuk habis2an.
Turunkan ilmu macamana nak kenakan dorang ni????
well at least you're his superior, Im the other way around. the lowest in the caste.

Anonymous said...

sib baik staff nurse kat level aku cuma sempat tengok aku buat keja kejap je pastu derang balik, tu pun boleh tahan jugak la komplen dari nurse dia, walhal kalau appliance yang derang kena cuci sendiri tu berabuk je dalam locker room tu. Tapi ada sorang yang katanya mulut boleh tahan komplen sampai zul tak tahan dulu, last2 minta supervisor letak dia kat level lain.

Anonymous said...

Petikan dari Metro, 12 Dis 07 :

A Sri Lankan orthodontist who quit her NHS post after being bullied out of her job has been awarded more than 100000 pounds.

Sumitra Hewage said that she had suffered both sexual and racial discrimination while working at Aberdeen Royal Infirmary.

Haa, kan best kalu dpt saman org yg buli kita, macam makcik ni...

13may said...

u nak i turun sana ker???

Sastri said...

yessssss... that's the way she wants to play it, then bring it on! keskeskes... padan muka sister tu...

khairyn said...

gputeh
tu yang aku bengkek tu. Dorang pun buat kerja tahapa-hapa ada hati nak komplen kerja orang. Jalan bukan main laju tapi kerjanya alahai ciput sangat.

mak lang
aku pun ada baca artikel tu. Memang patut pun kena saman.

Maymay
yu nak turun ke?? Meh la may, sekeh kapla itu sister. kwang kwang kwang

sas
oohhh i'm game. hahahahaha.. thanks for the support :)

Anonymous said...

Inilah Harny yang aku kenal...akan retaliate dalam diam. Kau masih engkau. Bagus tu. Negara Mat Saleh belum dapat mengubah jati diri kau lagi.