Tuesday, February 05, 2008

Ayoyo 3!

Update : Izinni sudah selamat menjadi ibu kepada lima cahayamata.
Dari text
06-Feb-2008 07:00
Alhamdulillah. Delivered right on time as predicted. Normal. 3.15kg. 10.25am. boy. No longer a whale. Lapar dahaga gila!

update 2 : Dapat text dari Mona. Wartawan Harian Metro Nadzim Ahmad Jamaluddin telah pulang ke rahmatullah. Beliau dikatakan meninggal dunia dalam tidur. Al-Fatihah.


Tu dia! Siapa kata kami tak ada 'green thumbs'! Or 'green fingers'.

Bak kata CikSue, tak perlu hydroponic, tak perlu 'tender loving care' pun tetap boleh jadi pokok.
















hehehe... sebenarnya memang agak bengong seketika dalam minggu lepas dan minggu ni. Kadang-kadang tak tahulah apa sebab terasa bengong ni. Nak kata malankolik tak gak, nak kata risau err ada juga sikit-sikit. Tapi lepas aku baca ini, aku sedar bukan aku seorang saja yang selalu dilanda penyakit macam ni rupanya. Dan aku juga suka saranan-saranan yang diutarakan. Hmmm... dan Allah tu pun maha pengasih dan penyayang kan? Punyalah lama menunggu salji di bumi Glasgow ni, akhirnya turun juga Sabtu lepas. Sejuk sikit jiwa yang tak berapa nak sihat ni hahahaha.

Juga, satu cara ustaz Hasrizal beri untuk mencari damai adalah dengan berkelana dan tempat 'favourite' beliau adalah Turki (oh! Entah bilalah dapat jejakkan kaki ke sana!!). Jadi sebagai mengikut nasihat beliau, aku pun harus berkelana jugalah. Hmm...

Tiket keretapi - check
Tiket bas - check
Tiket kapalterbang - check
Penempatan - Tunggu 'confirmation' - confirmed!
Peta - belum print

hahahahaha

oh btw - aku dah lulus periksa
Yahuuu!

30 comments:

Pa'chik said...

tahniah

Anonymous said...

Tahniah dah lulus!

mek nok gi jale mano weh? :D

zwitterion said...

tahniah..
nak pi jalan2 kat mana tu?..nak itut..hehe

Anonymous said...

Salam...

Tahniah....

Dah boleh lah nak gi bercuti...

Esok pun org M'sia bercuti... M'sia ni kan kaya dgn cutinya...

hakim dirani said...

Tahniah, tahniah.

Saya hanya tumpang seronok.

indera kencana said...

Mula-mula nak ucap tahniah sebab dah lulus peksa.

Yang kedua, tima kasih byk2 sebab letak gambar salji yang putih tu... (saljiiiii... eh salji laaa)

Yang ketiga berupa satu pertanyaan... cadangnya nak ke mana..??

Sastri said...

tahniah sebab dah lulus...

nak p mana nih? btw, thanks for the info... ada apply course kat UK , ada pilihan in May or Nov... tu yang tanya tu... tapi tak tau laa lulus tak...

Azhar Ahmad said...

Tahniah2 and nak jalan pi mana tu?

DeeN said...

Yahuuu!! akak KHaiR LULUS peksa! *lompat2*
Nak pi skotlen ka? Nak itut, nak itut! *wink, wink*
Baik2 jalan na. Jgn lupa amik gambo banyak2 tau. Tingin nak jalan2 macam akak. Bila la agaknya? HuHuHu..!!

Mersik said...

Tahniah daun keladi krn lulus piksa. Kena kasi hadiah tu utk diri sendiri.. Gi jalan2 ka mkn angin spt yg direncanai..

Tak pun sodok2 salji kat sekitar umah ka kekekek..

Alahaii...

Mak Su said...

dah lulus peksa..? alhamdulillah

blackpurple @ jowopinter said...

Berkelana ke mana tu?

Tahniah!

khairyn said...

salam

pa'chik
terima kasih

tok
timo kasih yah!
hahaha.. dekat jer. Nak ke Selatan. Ada urusan rasmi. hahaha. Buku2 tu nanti2 ye.

zwit
Terima kasih.
nak ke Selatan. Jom!

neen
hehe.. business trip.. tapi boleh gak dicampur pleasure gak kan?
Hah! Malaysia memang kaya.. cuti pun kaya

hakim
hehe.. terima kasih
berdebar-debar sebab memang dah rasa macam tak lulus jer ngan paper ni.

indera
yang pertama, terima kasih
yang kedua, terima kasih juga.. tu la tunggu sikit punya lama, baru la salji tu turun. Ish!
yang ke tiga, nak ke bahagian bawah pulau hahahaha

khairyn said...

sas
yeay! Terima kasih
Oh nak ke UK ke? Coursenya berapa lama? Kalau dlm 4-6 bulan, I would suggest you take the november intake sebab by the time you finish, bolehlah jalan2 time spring or summer. If you select the May intake, maybe boleh jalan2 time fall or winter. Tak pe.. lama2 acclimate la body tu dengan kesejukan kat sini hahahaha
InsyaAllah lulus application tu.. hehe jom!

azhar
terima kasih
Nak ke bahagian Selatan hihihi

nur
hahaha.. terima kasih, terima kasih. Belum lagi jalan2 sekotlen. Pitih tak dak lagi ni. Ni pun nak kena pergi sebab urusan rasmi, kalau tak, memang tak nak ke sana. Meh kumpul duit datang sini hahaha..

mersik
alahai... kena pi sebab ada urusan. Kalau tak buat diselesaikan, ada orang tu terus jadi tak pendatang asing di negara sendiri hahaha.
Sodok salji? psstttt... hari ni matahari memancor mancor!

maksu
ya dah lulus.. :) Alhamdulillah juga. Lega dah sket ni

purp
tak keluar pun dari tanah ratu ni. Turun ke bawah aje. Tapi preparation tu kena buat awal sebab nak dapatkan tiket murah.
Terima kasih!

Anonymous said...

Salam….

Alhamdulilah… bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w., dan moga tergolong dlm saf-saf mujahidin yg membela & menegakkan agama Allah, insya Allah.

Teringat masa first time dpt anak sedara (lelaki), masa tu baru 5 thn 3 bulan… tah mcm mana bila ada yg bertanya apa namanya, terus jer sebut F!@#LY S*&*. Tak sangka pulak Abg Long daftar nama tu… Sebenarnya nama tu dpt dlm mimpi… ada seorg lelaki tua serba putih, baik pakaian, rambut, janggut mahupun misainya dan wajahnya yg bercahaya… dia kata panggil adik ni (anak sedara saya tulah) F!@#LY S*&*. Ianya berlaku lagi bila adiknya (lelaki gak) lahir 5 thn lps tu.. kali ni bkn nama sbb masa tu Abg Long dah dah daftar pun… tp di suruh baca 3 surah di 3 bahagian tubuhnya, lesung pipitnya yg satu tu (pipi kanan), di dadanya & di lekok kecik di pinggang kiri (yg ini mmg tak perasan kalau tidak ditengok betul2), siap diajarkan sekali caranya... tp masa tu saya cam percaya tak percaya… lps tu tak dpt lagi… Masa usianya 5 thn saya teringat balik dan saya pun beritahulah kat arwah emak & ayah… terus dia org tengok… betul ada lekok tu… Tak terkata mereka… apa pun 3 surah tu ttp dibacakan ditempat2 yg ditentukan itu…. Tak tahulah apa rahsia di sebalik tu semua… yg pasti saya mmg lbh rapat dgn mereka berdua tu yg dah saya anggap adik dpd anak2 sedara yg lain… mungkin gak masa tu saya dah sibuk dgn sekolah & lain2 hal…

Apa pun segalanya saya kembalikan kepada Nya, kerna segala yg berlaku adalah dgn izin Nya jua…

Anonymous said...

salam singgah.
tahniah anti.
jom poya2!

Anonymous said...

Salam Ryn

Tahniah..teruskan usaha, moga diberkati Allah..

Amboi, panjang langkah lagi..

Pa'chik said...

oit, sampaikan ucapan tahniah aku buat ibuk anak lima tu ya... :P

alhamdulillah...

Pa'chik said...

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un.
Allahummaghfirlahu warhamhu.

al-fatihah buat arwah, semuga ruh beliau dilindungi Allah dari segala siksaan dan fitnah...

teruja sesangat, tak nampak yang satu lagi..

Anonymous said...

Salam….

Alhamdulilah, dlm diam rupa2nya Republik Islam Iran telah berjaya melancarkan satelit pertama mereka - safir - ke angkasa lepas dari negara mereka sendiri dan menghantar roket buatan mereka sendiri. Teringat pengalaman cousin saya Ajib, sewaktu dia bertugas di sana (beberapa thn lps) di bidang telekomunikasi, jiwa & semangat rakyat Iran cukup kuat. Dan katanya lagi dia lebih suka berada di sana, lebih aman.

Baru betul dinamakan negara Islam apabila mereka meletakan Al-Quran & As-Sunnah di tempat yg teratas & keamanan terjamin di bawah Islam.

Dgn ni jugak Si Polis Dunia tu (lebih sesuai Pengganas Dunia) makin bertambah cuaklah dgn Iran. hahaha...

Anonymous said...

tahniah sbb lulus peksa..
tahniah utk kak izinni..

kingbinjai said...

tahniah!

QUDS REALCLOCKWISE said...

salam.........
tahniah beb.....alhamdullilah lu lulus periksa...soalan pereksa tu tentu susahkan tapi bole lulus...perh lu memang hebat..tapi nanti kita akan di periksa lak ngan soalan bocor...harap2 lulus la juge ya....#(ingatan utk aku gak).
selamat meraikan .........kejayaan. aku tumpang gembira.

Nina Suria said...

salam jumaat nisa, tahniah. eee skejap je dah kuar rsult. bik2 jln tu, kasut unta dah check lum?? :p

Anonymous said...

Babe, aku rasa nak nangis bila buka blog ko hari ni. Suddenly I heard my FAVOURITE song playing!!!!!!!!! I'm in love with this Arab and Aidit song!

Aku dapat tahu Abang Nadzim meninggal pagi2 tu. Murni Metro hantar SMS. Aku off so aku ngan member datang dari Putrajaya menziarah. Tapi aku tak tengok la jenazah. Aku tak boleh tengok la, sedih.

The irony, I was actually thought about him last week.

khairyn said...

neen
ilham dari mimpi? huh! dahsyat tu. hehe.

eisraa
terima kasih
Jom!

Beth
terima kasih. Haha.. kalau tak sebab ada urusan, tak moh buang duit pi sana.

pa'chik
mak budak tu rehat laaa. InsyaAllah nanti aku sampaikan. Kali ni dia banyak hilang tenaga, katanya.

Al-Fatihah jua untuk beliau.

khairyn said...

neen
Iran memang resilient. Banyak yang boleh kita belajar dari mereka. Emas hitam tu juga yang menjadi rebutan sebenarnya.

achik
terima kasih
terima kasih (bagi pihak kak Izinni hehe)

king
terima kasih

mrCucu
salam kembali
terima kasih la. Alhamdulillah dapat jawab dan lulus. Soklan bocor tu... hoooooo takut!! Ulang 10 kali sehari pun blm tentu dapat jawab dengan betul. Aku mohon belas ikhsanNya.
Meraikan? Aku pi sorang2 jer. Sedey :(

kak mon
hehe terima kasih. Ha'ah keputusan cepat sebab sapa yang tak lulus nanti kena re-sit. Bulan 5-6 exam lagi. La ni essays plak melambak2.
Oh! Sebab yang ni nak pi bandar besar, kasut Unta boleh tinggal kat rumah, bagi dia rehat hehehe

div
Yep! Tis my old time fav song. Aku suka liriknya yang puitis dan open to many interpretation. Aidit kata (huhu aku pernah ym ngan dia) its about sufism. Suara Arab memang best, unique bagi aku.

Mona yang text aku around 2am here. Aku tak familiar sgt dengan dia. Yang badan besar2 tu kan? Semoga ruh beliau diselamatkan dari siksa kubur.

Peringatan untuk kita - Allah boleh tarik nyawa kita pada bila2 masa. Tepat pada janji.

akuatik said...

eh, bukan kata derang nak naik ke glasgow, tak nak buat sekali ke

Unknown said...

congrats, dear akak.maaf, kita agak sibuk smpai xsempat nak bertandang bertemu si Nisa di monitor!
haha~ye...kalau nak berkelana, maksudnya, xlama lagi akan bertambah-tambahlah gambar-gambar menarik dalam posting akak nanti kan?
akan ku tunggu dengan penuh sabar sementara akak berkelana.ahahai~

Anonymous said...

yup badan dia besar2 and chubby. tapi masa meninggal dah susut. Ajak tengok la jenazah dia, aku tak sanggup. Ajak pun macam terkejut.