Betul ke?
Pagi-pagi tadi aku dah dapat emel dari kawan pasal berita ini, tapi aku biarkan saja, sebab aku tak percaya sangat dengan suratkhabar News Of The World ni. Suratkhabar ini kira tahap suratkhabar nyamuk saja. Lagipun ia sister paper untuk Suratkhabar The Sun. Kredibiliti kedua-dua suratkhabar ini diragui. Tapi, demi memuaskan hati aku, akuatik, mimi dan CikSue, aku keluar juga cari suratkhabar ini tadi. Diva juga ada bertanyakan soalan yang sama. Sukar untuk aku percaya, tapi bila ditenung-tenung, mungkin ada benarnya.
Buatlah penilaian kamu sendiri. (Maaf aku tak sensor gambar)
21 comments:
ke betul?
cuma 1 je dlm fikiran aku klu betul berita ni ... mak dia ...
aku tak penah kenal dia in person, masa kenal famili dia dulu dia tengah melarikan diri. sekarang ni aku tgh cuba contact balik member aku yg kenal ngan budak ni. tak tau ler dia ni masih dok berhubungan lagi ke tak ngan famili ni
hmmmm...tak terkomen aku...
terbaca diblog rokibru semalam... malaih nak kumen... huhuhu...
baca tak artikel tu, katanya bapak dia dijatuhkan hukuman sebab sexual abuse anak murid dia. kalau betul benda tu, aku suspek dia jadi mcm tu pun mungkin sebab bapak dia.
tapi sedih la babe. sayang sebijak itu manusia, tapi bila tiba masa jadi begini.
kalau dia free sex ke tukar2 pasangan ke, itu terpulang la kepada moral masing2.
tapi kalau dah sampai menjual diri ni, hmmm takkan la kat uk yang serba moden tu dah tak de lagi kerja yang lebih elok untuk dibuat?
tapi nak kena tau jugak, kot propaganda ke atau pelanduk tiga empat serupa ke atau ada masalah lain ke.
Haish!!
Tatau nak kata..
Sian kat dia.. ni kesudahannya..
Harap2nya bukan dia tapi macam dia..
Haish!!
last yang aku tau sufiah ni dah kawin dengan classmate dia ke saper ntah kalau tak silap aku ler...kawin pun ikut kristian.
tak tau nak salahkan saper...ada akal yg bijak pun tapi tak tau nak pikir,sebab dah terlajak pandai itu pasal jadi camni...
salam
izinni
aku tak tau nak komen apa. Tunggu sajalah, kalau bukan dia mesti akan ada statement sama ada dari dia atau keluarga dia. Kalau tak ada PC atau press release, maknanya berita ini berkemungkinan benar.
Pasal mak dia tu, pun aku tak tahu nak komen. Menurut satu sumber yang boleh disahkan kesahihannya, mak dia ni dulu putuskan hubungan dengan Malaysia. Bila nak dapatkan scholarship utk si Sufiah ni, barulah dia baik2 sikit dengan org mesia. Kira kategori kachang tak mahu kulit la ni.
akuatik
silalah jalankan penyiasatan. Aku tak mahu percaya berita macam ni, tapi anything can happen. Kan ramai students jadi call girl @ prostitute semata-mata nak dapatkan duit biaya study dan lifestyle org kaya. I hope it's not her.
May
Aku pun. Aku tunggu kalau ada sesiapa yg akan nafikan kes ini.
pa'chik
hmm...
diva
yep, aku pun termusykil gak dengan perangai bapa dia ni. Nak kata dia jadi macam tu sebab bapak dia pun aku tak reti nak komen. Sebab, dia dah besar dah 23 tahun, takkanlah tak tahu berfikir. Kalau benar itu dia, aku salahkan mak bapak dia in terms of didikan agama. Mana foundation dia??
Dia pernah kahwin dan dengar khabarnya laki dia mat salleh tapi ex-hubby dia tu pulak yang lebih baik dari dia. Dia pakai tudung sekejap atas permintaan hubby dia.
so, kalau ada perkara yang terjadi dlm hidup dia sekarang, tak boleh lah nak kata dia jadi begitu sebab bapa dia, sedangkan Allah dah kurniakan dia akal yang sangat bijak untuk berfikir.
Aku pun harap, ini hanya pelanduk dua tiga empat serupa jer
ati
entah, tak kasihan juga. Sebab kalau itu dia, maknannya dia gagal gunakan akal yg Allah beri untuk hidup.
elly,
memang ex-hubby dia tu kristian tapi dah masuk islam. Nikah betul, tapi biasalah kena register juga.
Tu yang cikgu fizik aku kata dulu, orang genius bezanya hanya 0.01mm dari orang gila.
salam kak khairyn,
lama tak menjenguk kesini :)
sedih. tekanan hidup mungkin.
Sslsm...
Susahkan nak ckp bila timbul isu2 camni... tak tahu nak ckp apa? Tu lum lagi citer yg murtad.
tengok penyakit gak cik, takut la kot masa kecik dulu pernah kena sexual abuse jugak (nauzubillah) so dah tua2 ni rasa sex is the solution, kira macam penyakit jiwa lah gak.
orang yang kena abuse ni, cara fikir dan tindakan dia selalunya tak sama dengan orang yang hidup dikelilingan support system macam kita ni ha.
different people, different way of reacting to situations. ada sesetengah kita lagi hidup susah, lagi nak usaha dapat kebaikan dan tak nak jadi orang jahat atau tidak bermoral, ada orang succumb to temptations.
tapi macam aku cakap la, dah tak de keje lain lagi baik ke nak buat. kerja cuci ke, kerja jadi tempt kat office mana2 ke, jadi research assistant ke. kan ke dia tu bijak pandai. kalau kita la yang Allah bagi otak dan akal sebijak dan sepandai dia, mesti dah banyak benda boleh buat.
masalahnya, ada sesetengah orang ni ingat dia je yang ada masalah, orang lain tak de itu lah yang jadi gila tu.
Salam
tak tahu nak komen apa. Kesian kat maknye, aku ingat lagi gambar mak dia pakai skaf dulu...
Mungkin ayah dia pernah abuse dia masa kecik ?
Ada sebut 'malaysia' tak dlm berita tu ? aiseh..malu ah...
kema
apa khabar? dah tak blh access blog kema ek?
tekanan hidup? Kalau itu dia.. daku tak rasa itu sebab tekanan hidup.
neen
pilihan ditangan dia.
diva
Aku sangat setuju dengan kau tapi at the same time aku berpegang pada prinsip kalau kau dah tahu ada penyakit, kenapa nak tambah penyakit?
She chooses the life she leads. Whatever happened before was just an excuse. There's other ways to solve her problems be it financial or sakit jiwa.
Yang beza kita dengan kaffir adalah agama. And don't tell me she lost her way to the mosque. Kat Manchester berlambak2 orang Islam tak kiralah Melayu atau bukan.
Yes different people different way of reacting to situations, but blaming fate for what happened to her and succumbed to this type of lifestyle deserves no sympathy from me. Aku hanya doakan dia pulang ke pangkal jalan. Semoga pintu taubat masih terbuka untuk dia dan aku.
Beth
Aku tak mahu komen sangat pasal mak dia. Kita doakan saja untuk mereka dan jadikan kisah mereka sebagai iktibar kan?
harapnya begitulah. Menurut correspondent NSTP Group dan Media Prima (Kak Zaharah la sapa lagi) the mother has been avoiding calls from reporters.
Tak salahkan dia la, siapa yang nak jadi macam tu.
Tu la, aku pun harap pintu taubat tu masih terbuka untuk semua termasuk aku dan ko dan dia.
Cuma terkilan, sebab ada orang yang masih sanggup ambil jalan mudah untuk mencari 'rezeki'.
aku masih tak puas hati nak komen pasal ni. jadi aku komen pd entri yg betul.
adakah genius, pandai, masuk U boleh menjamin manusia berada dilandasan yg betul? Boleh kukuh iman? teguh aqidah? bijak mengemudi haluan hidup?
desas desus murtad pun dh lama kedengaran(na'uzubillah) dan sekarang ini pula. Moga apa yg aku dengar dan baca hanya sekadar khabar angin. Semoga Allah lindungi dia, dan seandainya benar, masih luas ruang taubat untuknya.
aku selalu fikir, apa akan jadi pd anak cucu cicit aku 20-30 thn akn dtg.
sebak tiba-tiba....
diva
aku pun doakan yang serupa. Aku harap ada penjelasan dari pihak mereka. Semoga Allah beri kita jalan.
ainin
Dan apakah mendapat 17A hingga 21A dalam SPM juga dapat membantu anak2 kita berada di jalan Allah?
Pasal murtad tu pun dah lama sebabnya dia berkahwin dengan lelaki mat salleh yang asalnya kristian. Tapi, apa yang aku dengar pula, lelaki itu lebih baik dan ikut ajaran Islam dari lelaki lain yang dilahirkan Islam.
Aku juga doakan semoga Allah beri hidayah pada dia dan aku. Semoga ada sahabat beliau yang dapat bimbing beliau kembali pada agama.
salam ryn
nasib baik aku, kau, tidak termasuk golongn prodigy kan...rela sapu lantai dari buat kerja lagu tu..
macam mana caranya dapat kita kembalikan Sufiah yang sebenarnya...
kalau benar dia Sufiah seperti yg diceritakan akhbar, kita tak perlu hanya tunduk malu membisu..kita perlu bantu dia..kembali semula
Salam...
Hari ni kita org berciter lagi pasal Sufiah puncanya - Kempen 'Selamatkan Sufiah'. Tak slh nak tlg dia kembali semula, tp bila timbul isu sampai nak tanggung pembelajarannya & klu blh nak bawa balik ke M'sia ni tu apa hal. Adakah hanya kerana dia genius? Sedangkan dia bukannya warganegara M'sia pun. Kat M'sia ni pun ramai student kita (budak sekolah pun ada) yang buat kerja mcm dia tu knp tak nak tlg? Yg bijak & nak sambung belajar tp tak mampu pun ramai. Tu lah org kata kera di hutan disusukan anak di rmh mati kelaparan. Yg bestnya Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yg diamanahkan utk kempen ni, mmg sesuailah tu. Dan ini sms jwpan dr org kuat timbalan menteri - 'sbb kerajaan dah taja dia belajar dulu, dia Islam, dah jadi tanggungjawab kita bawa dia ke pangkal jalan, kalau boleh nak bawa dia balik sini, gunakan bakat yang ada pada dia'. Teman ni tak tahu pun yg kami berlawan arah, sungguh hipokrit saya ni kan. Bukannya apa saja nak juga dengar hujah dr mereka yg rapat dgn pihak pemerentah ni.
Dengar citer lak Amalina sekrg ni dah buka tudung.
Saya - dia panas tu, x leh nak fikir tu yg buka tudung.
Rakan A - duduk tempat sejuk pun panas ke?.
Rakan B - banyak fikir, rambut gugur.
Nampak mcm kita org main2, tp dlm kepala masing2 dok fikir tak kanlah nak maju sampai sanggup langgar hukum Allah. Tp harap citer ni tidak benar.
Post a Comment