Hari yang indah...
Hoovering. Dari satu hujung ke hujung yang lain. Ambil batang mop, hayun selaju yang boleh. Handphone dalam poket. Standby.
14.49 - Shahrizat kalah! mesti sbb kurang 2 undi kami - Elly-Milano.
Balas
15:18 - Kalau kami pergi pun kami undi nurul izzah.. yeah.. yeay mmg hantu - Elly-Milano
balas... alah lambat, terus telefon. Borak dalam 'regeneration kitchen' . "Oit! Samy Vellu kalah, Shahrizat kalah, sorang lagi tak tau sapa kalah. Khairy menang. Cis!" Borak-borak dan dapat tahu PAS menang besar di Kelantan dan DAP di Penang. Kedah juga dalam genggaman BA.
hantar pada CikSue, bagitau Khairy menang dengan undi pos. (Aku musykil macamana ada undi pos yang begitu banyak sekali untuk P131 Rembau ni? Ramai sungguh ke anak Rembau kat luar negara?)
15:28 Cis!Baru nk celebrate dia kalah. Huh! Memg bdh ler sapa2 yg undi dia. Mukhriz? - CikSue
Balas - tak tau.
16:01 Sorang lg zainuddin maidin. koh tsu koon pun kalah... dap menang kat penang - Elly-Milano
Itulah antara SMS yang aku dengan 'orang yang tak keluar mengundi' di Malaysia tapi keluar bershopping merangkap pemberita tak bertauliah. Sebenarnya mana boleh bawak hp masuk hospital tapi hari ni aku beri kebenaran untuk diri sendiri. PRU punya pasal. Malangnya pemberita aku terus senyap lepas tu... tidor kot. Kepenatan bershopping hahaha.
SMS - Selangor siapa pegang?
16.25 Blom lagi - Demonstrator Tegar.
Aku tanya pasal Mukhriz
16.44 Mukriz kalah (oit! Hang silaplah!)
10 minit nak ke pukul 6pm aku dah standby depan jam nak 'clock out'. 5.55pm aku terus 'punch card' lari naik ke 'changing room' dan berjalan laju pergi ke 'bus stop'.
6.40pm aku dah tiba rumah. Rumah penuh sebab CikSue buat makan-makan (nasi minyak you!) dan jemput kawan-kawan dia. Baru bukak kasut bertembung dengan Abang Nordin yang tengah bercakap di telefon. Aku terus sengih dan jerit slow jer... "Yes! Yes! BA menang!" (Saja je sebab Abang Nordin ni orang BN Kelantan hahaha) Tiba-tiba si Akuatik keluar dari bilik Mimi.
"Woohoo! Lima negeri dalam BA!"
Wah lima? Mana lagi.
"Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan Selangor!" Akuatik. Yang ni tak keluar bilik sebab sibuk monitor keputusan dan reaksi di forum. Huk aloh Akuatik, pemerhati politik tegar sungguh!
Lepas beramas mesra dengan tetamu, aku join Akuatik tengok 'result' dan baca reaksi di forum sambil gelak-gelak. Menarik. Negeri yang paling berkesan di hati, sudah tentulah Selangor. Bertahun aku bertenggek depan MB dulu. Dengar dia mengarut dan melalut. Jadi pemerhati di mesyuarat DUN hahahaha.. naik muak.
Izinni, aku rasa teringin pulak nak jadi pemerhati untuk DUN meeting akan datang. Nak lah tengok macamana si Teng Cheng Kim (Sungai Pinang) yang dulu pernah kena buang DUN meeting beberapa kali sampai kena 'escort' dengan polis lagi, nak balas dendam dengan bekas MB Selangor yang dah putih melepak tu. Aku pun teringin nak tengok si Ng Swee Lim (Sekinchan) cakap jawa dalam dewan.
HAHAHAHAHA aku teringin nak tengok macamana si Khir Toyo pulak jadi ketua pembangkang.
Teringinnya!!
pssttt Diva, aku nak ikut kau cover meeting DUN Selangor, boleh tak?
30 comments:
tahniah, mereka gagal perolehi 2/3 kerusi.
ye King! Tahniah!
Sukanya aku hehehe
kunun yakin nak rampas kelantan, skali hilang 3 negeri.. hahaha.. ;p
Ha ha ha..
Petang semalam, abang saya tanya apa prediction saya untuk GE tahun ni..
Saya jawab BN akan menang majoriti tipis dan akan ada beberapa negeri bn kalah teruk..
kwang kwang kwang..
sekali prediction saya betul daa..
berdejavu kah saya ni =))
Salam…
Alhamdulilah, BN dinafikan hak 2/3 di Parlimen, Sabah & Sarawak penyumbang terbesar. Camna lah Si KJ tu boleh menang? Ramai gak ye hantu dia. Tu lah dok sibuk nak rampas Kelantan, sekali negeri lain pula yang jatuh ke tangan BA, paling best bila BA menang banyak di Selangor. Jam 2.49 pagi dapat SMS dari Azam, BA menang di Kedah. Kira tak sia-sialah dia & rakan-rakannya pulang malam tu. Dan kira berbaloi gaklah saya berjaga sepanjang malam hingga ke pagi nak tahu keputusan sepenuhnya.
Rakyat Kelantan memang bijak, mereka lebih sayangkan Tuan Guru mereka daripada janji-janji manis yang ditaburkan oleh Be End. Maka terselamatlah emas hitam milik mereka daripada di romPAK oleh puak2 tu. Yes, TAHNIAH buat rakyat Kelantan.
Walaupun negeri saya ni Be End masih menguasai DUN mahupun Parlimen, dengan kehadiran 6 wakil BA (DUN) & 1 di Parlimen, kira ada kemajuan. Sempat juga semalam saya ucapkan tahniah kepada orang kuat ketua puteri umno M’sia di atas kejayaan bossnya tu. Yang pasti wakil Parlimen tempat saya mendapat majority terbanyak di seluruh negeri. Memang dah boleh agak, ciri2 yang dimiliki Dato’ cukup kuat untuk pengundi terus memilihnya. Tapi adakah dia akan di lantik menjadi salah seorang menteri?
Apa tindakan Pak Lah (& KJ) selepas ini?
Ng Swee Lim punya Jawa memang dahsyat!
Hehehe
ko gi london bila ni, aku nak ajak mengayam kat nando's meraikan embee baru aku :)
tentatifnya masa easter la, bini aku pun cuti jumaat/isnin tu
Bekas MB yang putih melepak tu tak nampak muka dah. Terkojut ya amat la tu bila orang yang celik akal mengundi.
rasa nak buat kenduri bila dengar makcik jat kalah dengan budak yg macam 'anak dia' tu. nak lompat sampai langit dengar uncle sammy kolep jugak. terharu sungguh tian chua menang kat tempat aku nih. hak hak hak. alahai wak khir, ko menang kt ceruk kampung jek. alahai... wu wu wu...
erk, ko ke yg terjemahkan Terowong tu? nape aku tatau???
achik
apa kata orang? yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran hehehe
ati
wah wah dah boleh jadi pemerhati politik berpengalaman hehehehe.
neen
ye sekarang ni dah tak sabar nak tengok new line-up for cabinet ministers pulak. Beruk hitam pegang portfolio apa agaknya ye? Menteri hidupan liar lagi? hehehe
purp
memang suka dengar ng speaking jawa. Memang kalau borak dengan dia selalu gak dia tersasul bahasa Jawa hahahaha. Anak didik Teng tu. Memang tak sabar nak tengok aksi dorang dalam DUN meeting.
auatik
aku bengong sat.Hang ni Kedah ka Perlis ni lalalala.
OK boleh jer kalau nak mengkayam hari tu. Aku pi the last week of March hehehe. tapi sebelum tu aku ingat nak interview abang salim ler.
iman
aih! lama tak dengar berita ye?
MB muka pucat tu dah lupa diri sebab lama sangat dok atas takhta. Sekarang ni nak tengok dia jadi ketua 'pembangkang' plak. Agak2 boleh kena halau keluar dewan tak? hehehe
ainin
jom kita selebret. hahaha. Samy dapat hadiah harijadi yang paling best. Kak Jat tu alahai.. tak tahulah buat apa sebenarnya kat Lembah Pantai. Yang dia tolong cina bangsar jer hahaha. Wak khir hmm.. lepas ni makan tempe lagi tak? hahahah
Ha ah. aku yang translate terowong tu. Best la plak, ala-ala Dr Who pun ada. Erk.. aku kena beritahu ko ke? hahahaha.. aisey sorry bos!
weih... kalau orang bongkar skandel hapa-hapa... tak jadi ketua pembangkang dia... hahaha...
Salam
Eh macamana Abg Nordin boleh masuk blog hang nie ?
Apapun, tahniah...
Aku tengok Awang Adek nampak makin tua..Pak Lah apatah lagi..sian depa..
memang terkejut dengan keputusan PRU kali ni... but the person who's supposed to step down still didn't get the message, it seems...
juga tak sabar nak tengok Ng Swee Lin cakap jawa... :D
beb waktu tu sapa tanya aku ...aku terus jer cakap calon BN kalah ...tak kira sapa...itu doa aku beb..........tapi dolah badawi aku ckp 50-50 la bagi realistik skit..mak aku tanya, aku cakap kita akan perintah Malaya...ari ni aku kena dogeng ngan mak aku ..aku cakap itu doa aku...
Ya... rasa macam tak percaya pula. Selamat menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang buat Khir Toyo. Kami memerhati :)
Takbir!!!
HaHaHa ... siapLah diorang nanti, lunyai ler kena taram ngan BA dlm dewan. Kalo saya jg Ng, saya suruh siputeh tu berdiri ataih meja sampai abih perhimpunan wargh! wargh! wargh! Padan muko!!
TAHNI'AH!!
kalau aku ngan zura pergi mengundi pun tetap tak dapat menyelamatkan kerusi shahrizat tu...jadi yang senangnya aku keluar bershopping rasanya lebih seronok mengundi dikaunter2 pembayaran kat parkson klcc nun..hehehehe
sorry ler lepas tu kedua2 pemberita tak bertauliah ni sampai naik kelabu mata menunggu keputusan yg tak tau habis pukul baper...
apa pun paling best tak payah tengok samy vellu cakap belit2 berputaq2 kat tv pasal tol atau jalanraya yg x sudah2 lagi tu..agak2 tol Ipoh tu nak angkut buang ke tak?hehehe...bestnya kalau x payah bayar tol lagi..mmm mimpi apa!
Salam...
Dari pagi tadi tak sudah2 isu GE dibincangkan, kat dept kami ni (semuanya) mmg terang2 sokong BA. Siap ada yg dok mengajukkan gaya wakil Be End yang kalah. Pada yang mmg sokong Be End (selain drp dept kami), kenalah tahan dgn gelagat kami ni. Saya apa lagi, maklum kat rumah mmg tak leh sentuh pun pasal kekalahan Be End.
Be End dok kata barisan BA tak sepakat. Pelik kan. Kalau tak sepakat camna lak depa tu boleh letak calon satu lawan satu ngan Be End. Lah ni Be End tengah dok memujuk wakil2 BA supaya join puak depa untuk kekalkan 2/3, tak ke kelakar namanya. Nampak sangat tak dpt terima hakikat.
Yg tak pernah2 beli akhbar kerajaan pun boleh beli hari ni, nak tengok berita GE, ada gambar Khir Toyo. Tengok gaya mmg frust habislah, tangan kat atas kepala, cam kalah judi pun ada kot. Tu lum gambar2 yang lain.
Ada berita sebut yang KJ beli pengundi Rembau, antara RM300 - RM500. Betul ke?
first time mengundi walaupun dah daftar in 1988. really undecided whom to pangkah. tak ada option, an academically sound middle age lady versus a not so impressive looking retired datuk ... so there goes my first pangkah to dr. lo lo. nampaknya kenalah loyal kepada kerajaan semasa !
pa'chik
tak jadi pun tak apa. Aku nak tengok reaksi dia jer. Ish! Sungguh aku teringin sangat ni. Nak baliikkkkk!!! hahahha
Beth
CikSue ajak kawan2 dia mai makan. Kak Ina wife Abang Nordin tu bekas teman sekerja dia. Fajar pun mai ngan famili. Sorry ler tak ajak hang, sebab bukan majelis aku hehehehe.
Sian awang adek abang angah hahaha
sas
Cara politik Mesia ni memang unik sungguh. Kalau boleh nak pertahankan kedudukan. Tak kira apa berlaku. Can't wait to see his new cabinet line-up. Should be very interesting to see which stupidos he will select.
cucumatlela
tapi maybe menarik juga tengok tarik tali politik antara Khairy dengan Mukhriz dalam Umno. Cuma aku risau kita dok kecoh antara dua orang ni, ada puak lain pulak yang akan ambil kesempatan. Harap PAS concentrate realisasikan manifesto. Lantak sama itu bien.
tok
Apa kata kau turun jadi pemerhati kat bangunan SAAAS tu. Aku rasa orang awam boleh duduk kat ruang legar sebab ada a few skrin besar untuk pemerhati bebas.
Nur
Si Puteh dengan speaker DUN Onn Ismail (sekarang dia lagi ke?) yang suka buang Teng keluar dewan. Tinggallah Ng terkontang kanting sorang2 masa tu. Dahler 'green' lagi masa tu hahaha
elly
awat hang nak selamatkan kerusi kak Jat ish hang ni? Tu Tajol Rosli hang pun dah bungkus hahahha.
Apa pun terima kasih ler sudi update aku hehehe. Ko memang tak suka cakap dia tapi mesti ko akan rindu dengan rambut hitam lebat dia hahahahaha
neen
Kat sini sentimen satu rumah ni tetap sama. Antara BA yang kami sokong cuma PAS sebab PKR tu macam lalang, DAP ada agenda sendiri. Jadi kita tunggu dan lihat.
Khir tu jadi macam tu sebab dia tak puas makan projek kat Selangor. Elok sangat dia jatuh takhta. Tanah yang dah tinggal sipi2 tu pun dia nak juga. Dah berapa ribu hektar tanah simpanan jadi perumahan sebab dia tak kiralah letaknya di cerun bukit yang boleh sebabkan tanah runtuh. Bekas kerajaan Selangor memang korup!
Bimmer
hahaha. congrats! You ave sound mind. You're rite. What choices do we have? Sekarang kita tunggu dan lihat. Nak bersihkan kerajaan yang dah berdaki dengan corruption ni tak mudah. Hopefully there will be positive improvement.
ko taknak balik melawat jenazah dato zek ke? tanam kat negeri angkat ko lah..
ha.. baru on hp. dpt sms izinni
innalillai wa inna ilahi roji'un
Salamz Khairyn - Biasa la hidup ini..pasti akan berubah, cuma lambat dan cepat saja.. hik hik
(Penyokong kuat DUN Parit Sangap)
Hik hik
Salam Khairyn
Ala takpa, lepaih ni aku ajak hang mkn nasi umah aku pulak. Kita kan student, paham2 la budget mcmana...
Ahahahahha, Buk Khairyn teruja sungguh!
hoh aku register undi kat kedah, beli umah kat kedah, perlis tu masa pejabat saja...tu pun aku sokong kem satu lagi
sorry le makcik oi, aku dah seminggu pilihan raya baru boleh nak membalas email, menjengok blog kengkawan.
memandangkan dalam dewan undnagan negeri tu ada pakai jammer, so aku tak leh nak bagi life feed kat ko, so ko kena start simpan duit la buat beli tiket kapal terbang balik ke tanah malaya ni. hehehe
babe, aku dengar dari sumber boleh percaya punya, Teng tak dapat masuk dalam barisan exco. what a waste. halnya sebab tak sebulu dengan pemimpin dalam DAP selangor. Ronnie tak nak kasik kot Teng masuk jadi Exco, moron! Teng is capable and good. A person yang walk his talk. Plus experience dia sebagai wakil rakyat sejak dari Bukit Gasing tak boleh dinafikan.
DAP pun ada friction samalah macam amno dan emceeay dan emaisee
Dengar cerita dari sumber juga boleh percaya KT tak kan jadi ketua pembangkang, tapi geng sepermainan golf kat Hulu tu akan diamanahkan memegang kerusi panas. tapi tak tau lah. kita tengok la keadaannya nanti.
sorry le makcik oi, aku dah seminggu pilihan raya baru boleh nak membalas email, menjengok blog kengkawan.
memandangkan dalam dewan undnagan negeri tu ada pakai jammer, so aku tak leh nak bagi life feed kat ko, so ko kena start simpan duit la buat beli tiket kapal terbang balik ke tanah malaya ni. hehehe
babe, aku dengar dari sumber boleh percaya punya, Teng tak dapat masuk dalam barisan exco. what a waste. halnya sebab tak sebulu dengan pemimpin dalam DAP selangor. Ronnie tak nak kasik kot Teng masuk jadi Exco, moron! Teng is capable and good. A person yang walk his talk. Plus experience dia sebagai wakil rakyat sejak dari Bukit Gasing tak boleh dinafikan.
DAP pun ada friction samalah macam amno dan emceeay dan emaisee
Dengar cerita dari sumber juga boleh percaya KT tak kan jadi ketua pembangkang, tapi geng sepermainan golf kat Hulu tu akan diamanahkan memegang kerusi panas. tapi tak tau lah. kita tengok la keadaannya nanti.
sorry le makcik oi, aku dah seminggu pilihan raya baru boleh nak membalas email, menjengok blog kengkawan.
memandangkan dalam dewan undnagan negeri tu ada pakai jammer, so aku tak leh nak bagi life feed kat ko, so ko kena start simpan duit la buat beli tiket kapal terbang balik ke tanah malaya ni. hehehe
babe, aku dengar dari sumber boleh percaya punya, Teng tak dapat masuk dalam barisan exco. what a waste. halnya sebab tak sebulu dengan pemimpin dalam DAP selangor. Ronnie tak nak kasik kot Teng masuk jadi Exco, moron! Teng is capable and good. A person yang walk his talk. Plus experience dia sebagai wakil rakyat sejak dari Bukit Gasing tak boleh dinafikan.
DAP pun ada friction samalah macam amno dan emceeay dan emaisee
Dengar cerita dari sumber juga boleh percaya KT tak kan jadi ketua pembangkang, tapi geng sepermainan golf kat Hulu tu akan diamanahkan memegang kerusi panas. tapi tak tau lah. kita tengok la keadaannya nanti.
Post a Comment