Jalan
Sejak dua minggu lepas, aku tiba-tiba saja dapat 'migraine'. Jarang sangat dapat sakit kepala ni, tapi selama 12 hari kepala aku di bahagian kiri berdenyut-denyut. Sudahlah alah dengan 'pain killer' jadi, tahan ajelah. Cuma bila dah tak tahan sangat, aku capai juga pil kuning yang aku bawak dari Tanah Malaya.
Mungkin kombinasi makan yang tak betul dan tidur yang tak teratur kebelakangan ini jadikan aku kena 'migraine' ni. Sampaikan Rosie tegur aku sebab dia tengok muka aku macam letih sangat-sangat hahaha. Apa taknya, sudah jarang dapat tidur 6 jam sehari. Sekarang ni dapat 4 1/2 jam tidur pun rasa macam dah syukur sangat-sangat.
Aku rasa aku perlu 'exercise' untuk hilangkan 'kepenatan' ini agaknya. Aku nak mula berjalan kembali. Mungkin boleh menyegarkan badan dan minda. Penat fizikal aku masih boleh kawal selia tapi kalau mental aku letih, kawal boleh tapi nak selia mungkin ada masalah sikit sebab aku seorang yang sangat hipokrit.
I love mankind, it's people I can't stand - Charles M Schulz
The sound of the beating drums
13 comments:
Dah kena migraine pulak dah...kau jangan dok main telan pil sebarangan,ni kang ada pil kuning,hijau,merah dah nanti kang langsung langgar tiang traffic light!
Kerja kerja gak..study study gak..badan nak pakai lama lagi ni beb,selagi ada hayat...
Kan aku selalu cakap benda paling best dalam dunia ni kan...dapat duit,dpt tidur,dpt makan,dpt mandi & dpt ouk..ouk..hahahaha...sebab ada orang sikit punya susah sampai kena sembelit daaa...siap kena telan ubat entah apa2 kaler...
Ingat,time tidur tu tidur je jangan selalu dok berangan walaupun berangan tu free..
Aku doakan kamu cepat sembuh. Amin! :)
salam..
moga diberikan kesihtan yang baik untuk menghadapi hari mendatang...
Huahuahua!
migraine sudah..
cepat pat pat jom tarik napas.. hembus.. tarik napassss.. hembuss..
Hap hap!
Jangan buli badan tu sangat..
nanti dia buli balik baru tau..
he he he :D
Salam
Pil kuning tu apa ? Jaga diri baik2..kang aku takde blog nak baca dah..
Tidur 4 1/2 jam sehari? Saya dah dua bulan kak.... Waaaaaa... nak tidor
salam
elly
hahaha... throbbing kat kepala dengan mata belah kiri sampai rasa nak muntah. Semoga aku mati dalam iman haha (insyaAllah).
Aku dah tak de masa nak berangan lagi dah huwaaa... yang ada cuma berangan nak makang ikang lepas tu basuh tangang dengan kau hahahaha
tok
amiin.. dah kurang dah ni. Tapi tadi kena hujan lagi plak. Adeh!
farid
Amiin.. terima kasih. InsyaAllah semoga diberikan kekuatan fizikal dan minda.
cik ati
adeh. napas pun dah semput dah.
badan ni dah nak buli balik dah ni rasanya. Tengah lawan balik hahaha
beth
aku alah dengan pain killer especially ponstan. Kalau telan memang jantung mesti jadi berdebar-debar. Tapi minggu lepas aku popped in 2 biji ponstan 500mg sekali jalan. Kelmarin telan sebiji lagi. Hoh! Boleh jadi drug addict ni hahaha
enchik azhar
kamu tak kerja tak mengapa. Saya kerja 31jam=7 hari seminggu + study = rasa dah nak pengsan dah ni hahahaha
Akak! Jom buat Tai Chi .... ikut, ikut. Buah temikai bulat. dibelah dua, ditengahnya. Kasi ah chong separuh. kasi lingam separuh. kendian abu melangkah ke depan. ke kiri. ke kanan. 8 Lagi! HaHaHaHaHa ...!
Jaga diri bebaik kak. Ingat daku dalam jalanmu. kepenatanmu, keletihanku jua. Chewahhhh! Take care tau! ai lap yu lah!
Kawal - susah...
Selia - lagi susah...
Selenggara - laaagi susah..
Jaga diri baik-baik, ye Ny
nur
dulu ada member cina sekelas yang ajar tai-chi macam ni. satu tembikai besar, potong tengah, bagi awak, bagi awak. saya ambil hehehehe.
Thanx cik nur@deen. Tak sabar nak habeskan tahun 2 ni.Uhuih..esei silih berganti.
indera
saya terlewat nak ucapkan selamat ulang tahun buat Indera.
InsyaAllah boleh dikawal. Manusia hipokrit pandai berlakon :)
Salam…
Belajar sambil bekerja menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, apa pun kesihatan jgn diabaikan. Semoga cpt pulih, insya Allah.
Hipokrit! Baik saudara mara mahu pun rakan2, ada mengatakan, jgn ditengok dr cara saya memilih corak & warna baju (antaranyalah), nampak jer lembut, tp boleh tahan ‘keras’… hahaha...
Terima kasih neen. InsyaAllah akan dijaga. Tapi tadi kena hujan lagi..
Hidup memang perlu menjadi hipokrit untuk sejahtera. Perlu menjadi pengecut jua supaya tidak putus silaturrahim.
Itulah kita, pengecut yang hipokrit. :)
Post a Comment