Sunday, March 02, 2008

Thank You Gaza

Buat pertama kali, kami hadiri Gaza Dinner yang dianjurkan oleh Islamic Relief di Central Mosque Glasgow. Kami beli satu meja. Sebenarnya Akuatik yang beli satu meja, kami beli satu kerusi sorang (hehehe) dan bersedekah apa yang ada untuk kebajikan. Semoga bertambah murah rejeki Akuatik. InsyaAllah.

Acara makan malam ini dianjurkan untuk mengutip derma bagi aktiviti Islamic Relief di Palestine dan juga untuk mengajak warga Glasgow sama-sama turun padang pada March 15 ini untuk perhimpunan memprotes perang dunia atau dalam Bahasa Inggerisnya - World Against War. Acara malam tadi dimulakan dengan persembahan nasyeed dari kumpulan Sham. Aku terlewat sedikit sampai sebab waktu kerja habis pukul 6pm. Terus saja bergegas ke Central Mosque. Alhamdulillah sambutan makan malam agak menggalakkan walaupun di luar hujan lebat.

Menarik juga aktiviti ini kerana dihadiri oleh deputy first minister Nicola Sturgeon yang datang mewakili first minister Alex Salmon. Juga hadir, MP Glasgow Muslim yang agak terkenal Mohammad Sarwar yang sering tersalah sebut antara Palestine dengan Pakistan. (hmmm..). Antara banyak-banyak ucapan yang diberikan malam tadi, aku tertarik dengan ucapan pengerusi NGO untuk Palestine-Glasgow (maaf aku tak ingat apa pangkat sebenar beliau atau nama penuh beliau). Aku cuba rakam ucapan beliau tapi kualiti kurang elok. Cik Mimi pun cuba rakam, hasilnya hampir serupa. Mungkin kedudukan meja kami agak kurang baik, rakaman suara beliau agak berdengung.

Tapi, apa yang ingin disampaikan ialah, serangan ke atas Gaza merupakan satu 'ethnic cleansing' secara terperinci yang dilakukan oleh Israel. Beliau telah beberapa kali cuba untuk memasuki Gaza tetapi dihalang oleh tentera Israel, sehinggalah dinding pagar batu dipecahkan oleh rakyat Palestine, barulah mereka 'agak bebas' untuk keluar masuk.

The people of Gaza are hungry, they're misrable. That is the plan for people of Gaza, for them to be hungry.

I know of three girls who were afraid to go to sleep at night because they have been told that the the wall coming down. They didn't sleep for days because they're afraid they will be left behind.

Gaza is a killing zone. Hundreds were killed and for the past few days, 28 of them were women and 17 children.

When I was there, the people thanked me. For what? It is not me or us that they need to thank instead we should thank them. Because they endured the ethnic cleansing. Because the people of Gaza refused to give in. This (dinner) is to say thank you to them because they resist. Thank you people of gaza on behalf of all of us.

The worst thing for people of Gaza is not the killing or the murders or the hunger but to know that they are alone, they're pleading for help and nobody answer them. They are not asking for charity, they are asking for solidarity.


Alhamdulillah, waktu majlis hampir selesai, lebih kurang £75,000 jumlah terkumpul untuk dana Islamic Relief dari warga Glasgow sahaja. Selepas di Glasgow, mereka mungkin akan ke Edinburgh pula untuk acara yang serupa. Semoga usaha murni mereka mendapat sambutan lebih menggalakkan dari warga Edinburgh yang memang terkenal dengan warga kaya-rayanya.

Pada 15hb pula akan diadakan protes anti-perang di Glasgow. Sesiapa yang berada di Glasgow dan punya masa senggang waktu itu, dijemput beramai-ramai bersama-sama memprotes perang ke atas dunia Timur Tengah. Masa berkumpul adalah pada 12 tengahari di Blythswood Sq, Glasgow. Inilah masanya untuk anda menunjukkan yang anda tidak bersetuju dengan polisi UK yang mengikut telunjuk US. Paksa pula Gordon Brown ubah polisi ini. Err... undi SNP (Scottish National Party) untuk merdekakan Scotland dari England.

Troops out of Iraq and Afghanistan. Don't attack Iran. End the seige of Gaza!


Err... anda yang berada di Malaysia, aku ucapkan selamat membuat pilihan pada 8 March ini ye. Kita perlukan perubahan. Hijrah kan bagus.. :)

update : Salji tiba-tiba turun di awal pagi. Nampaknya suhu menjunam lagi. Adakah kami bakal terima salji lebat di musim bunga lagi?

9 comments:

indera kencana said...

Membaca berita dari Gaza sering membuatkan saya terkenang sebuah puisi yang lama tidak saya ketemui yang bertajuk "Surat dari saudaraku di penjara Syria".

akirasuri said...

Salam darling :D

Rindulah ai dekat yu :D
Oh oh!

Sebelum saya tutup kotak komeng ni, 'ISRAEL JAHAT!!'

Azhar Ahmad said...

Kat Malaysia susah kita nak buat camni, hanya datuk2, dan pakcik-pakcik kaya yang akan hadir...

Anonymous said...

Tak ambil gambar salji ke ?

khairyn said...

salam

indera
menarik tajuk puisinya :)

ati
salam sweetheart hehehe.. semoga cepat sembuh..

enchek azhar
ni pun pertama kali hadiri majlis macamni. Menarik.

pa'chik
ketandusan idea??

beth
ada.. tapi malas nak tepek. hehe

Anonymous said...

Salam…

Alangkah bagus kiranya semua puak2 kabilah di Timur Tengah tu seperti Iran & pemimpinnya. Suka baca kisah President Mahmoud Ahmadinejad.

Apa yg OIC buat? Dah Pengerusinya :|‘Oh I See’ (tidur jer) nak buat cam na kan…

Insya Allah, umat Islam akan menang juga suatu hari nnt. Amin…

Musim sekarang dah tak menentu… angkara perbuatan tangan2 manusia juga.

akuatik said...

ameen, kalau murah rezeki berayam la kita lagi :)

aku turun 15 Mac tu, poster dia dah lama ada kat sumsa sekali ngan kempen air bersih tu...cuma wiken ni tak sure nak gi ke dak dinner alkhair foundation tu

blackpurple @ jowopinter said...

O, 15 mac ek. Tak sempatlah n ak ke sana hari itu...

Tak memangkah ke nanti? :D

Anonymous said...

Salam...

SPR main wayang lagi.... mmg sah nak beri Be End menang .... mungkin dia terlupa kuasa Yang Maha Agong...