Ke Ibu Kota
Perjalanan pergi mengambil masa 5 jam kerana tren hanya berhenti di empat perhentian; Glasgow-Carlisle-Preston-London Euston. Disebabkan tempat duduk aku bersebelahan tingkap yang agak kecil, mood hendak mengambil gambar juga hilang. Lagipun Glasgow dituruni salji umpama kelemumur yang berguguran sepanjang pagi. Cuaca agak mendung dan hujan di beberapa tempat. Aku habiskan masa dengan membaca dan berbual dengan pakcik di sebelah yang dalam perjalanan dari Carlisle ke Kent.
Tiba di London Euston, aku cari jalan untuk ke Bayswater kerana menginap di Hotel Berjaya Eden Park (fuh! Ibarat orang kaya!). London memang terkenal dengan sistem keretapi bawah tanah. Alhamdulillah, aku tidak ada masalah mencari jalan ke Bayswater walaupun kali terakhir aku ke London, sekitar 2001. Lagak seorang Londoner, aku bertukar-tukar laluan keretapi bawah tanah, dari blue line (piccadilly) ke green or yellow line (district or circle line) dengan berbekalkan Oyster Card (ala touch n go) dengan value added £10.
Bilik 117 menjadi tempat penginapan aku di London untuk selama empat hari. Biliknya sangat kecil, muat-muat untuk dua katil bujang. Sebuah bilik air yang sangat-sangat kecil. Tanpa makan pagi dan tanpa movie channel di TV. Apapun aku tetap bersyukur kerana dapat tinggal di bilik hotel dengan percuma. (hahaha! Adalah satu rahsia bagaimana aku dapat menginap dengan percuma di hotel ini. Maaf, ini untuk melindungi 'kroni' dari dihujani dengan pertanyaan dan permintaan bilik percuma! hehehe).
Di sebabkan terlalu letih, aku hanya keluar di daerah Bayswater untuk mencari makan malam. Sebenarnya banyak juga kedai halal di sini tapi hari itu, aku tiba-tiba saja tekak aku cerewet untuk mencari makan. Sudahnya aku beli kebab.
Hari ke 2
Sebenarnya aku ke sini untuk memperbaharui paspot antarabangsa yang bakal tamat tempoh pada 04/04/2008. Lepas bersarapan ala kadar. Aku keluar dari hotel jam 8.15am. Tengok cuaca sangat cerah, maka aku ambil keputusan untuk berjalan saja ke pejabat imigresen di Belgrave Square dengan memintas di Hyde Park. Sudah! Aku terlupa bahawa Hyde Park itu tersangatlah besarnya. Akhirnya setelah 1 jam suku, baru aku tiba ke pejabat imigresen.
Oh! Dan aku lupa, bahawa di London orang Melayunya jarang tersenyum. Dan ibarat orang kampung yang turun ke ibu kota, aku pula murah dengan senyuman. Akhirnya, aku berkawan saja dengan Cina dan India Malaysian yang sama-sama memperbaharui paspot di pejabat imigresen. Berborak dengan seorang india dari Bentong yang datang ke pejabat untuk pengesahan dokumen penting. Beliau hendak berkahwin dengan boyfriend seorang India-British. Tiada nasihat yang dapat aku beri, kecuali Good Luck! Selesai berurusan aku ke Harrods pula untuk membeli Turkish Delight kiriman Cik Mimi.
Petangnya, selesai mendapat paspot baru, aku telefon rakan-rakan beronggeng di London. Mereka sedang ber-shopping di Oxford St. Aku terus ke sana, bertemu di hadapan kedai NEXT. Expedisi diteruskan dengan mencari kedai Primark. Aduh lahai! Berjalan mengukur sepanjang Oxford St mencari kedai Primark yang sebenarnya banyak di Hull, Manchester dan Glasgow!! Bila sudah jumpa kedainya, tidak pula membeli. Fuh! Aku memang sudah capek sangat-sangat, macam nak terputus urat kaki. Rasa tumit pun dah rata mengukur Hyde Park pagi tadi bersambung pula di Oxford St.
Malam itu, sebelum pulang ke hotel, kami singgah pula di kedai makan. Kedai India menjadi pilihan. Aku dibelanja sempena harijadi. Wah wah wah! Dapat makan free lagi! Lamb Briyani menjadi pilihan aku, Ani pilih Chicken Briyani dan Marina pilih Prawn Briyani.
Oleh kerana bilik sebenarnya untuk dua orang saja, kami terpaksa menyeludup seorang lagi ke bilik hehehe.. Terpaksalah berkongsi katil ek!
Hari ke 3
Hari ini memang hari berjalan-jalan untuk satu hari suntuk. Destinasi pertama adalah ke London Eye. Cuaca agak tidak berapa baik tapi sebab tiket sudah ditempah dan dibeli, maka terpaksalah kami redah saja sambil berdoa semoga ada belas untuk benarkan kami menikmati pemandangan dari puncak tertinggi dari Feris Wheel raksasa ni.
Alhamdulillah, walaupun cuaca agak mendung, dapat juga kami lihat pemandangan London yang err... serabut sebenarnya. Turun saja dari London Eye, hujan mula turun dengan agak lebat. Angin pun kuat juga. Kami ke destinasi seterusnya - British Museum.
Aku dah lama teringin nak pergi ke British Museum ni sebenarnya. Tak perlu bayar, percuma saja. Tapi waktu kami ke sana, ada pameran Emperor dari China. Yang ini kena bayar. Aku ingat dalam hujan-hujan begini, tak ramailah pelancong ke muzium, rupanya ramai juga. Jadi feel-nya agak kurang, bagi aku. Tapi alhamdulillah, dapat juga aku jejakkan kaki ke sini.
Dari Muzium British, kami teruskan perjalanan pula ke Portabelo Market. Destinasi pertama di sana adalah Makan Cafe. Satu-satunya restoran milik Melayu yang menjual makanan Melayu (setahu aku) di Portabello. Makanannya memang mengikut citarasa orang Melayu. Kalau kau mahu pedas, bagitahu saja pada tukang abang yang ambil order. Seronok dapat makan pedas di Portabello Market. Tempat ini terkenal dengan barangan dagangan antikuiti. Memang seronok melihat barang dagangan di sini. Tapi memandangkan kami ke sini hari Jumaat, tidak banyak kedai yang menarik. Lainlah kalau datang masa hujung minggu, kawasan ini memang meriah dengan pengun jung dan pelancong asing.
note : gambar di kamera Ani. Akan diupload kemudian.
Hari ke 4
Hari aku pulang ke Glasgow. Tak ada aktiviti yang menarik hari ini, kecuali berjalan-jalan saja di sekitar Bayswater. Sarapan kami hari ini di Malaysia Hall. Makan nasi lemak. Sambal yang ter-over pedas tapi aku suka hahahaha. Oh! Ada celebrity bersama-sama makan dengan kami di sini tapi minta maaflah, aku tak berapa suka dengan celebrity. Memandangkan aku pun duduk di hotel ternama, maka aku lebih suka jadi 'riak dan takabur' saja hahahaha.
Kami berpisah di stesen Notting Hill Gate. Marina dan Ani akan terus ke Oxford St lagi kerana keretapi mereka kembali ke Hull, hanya bergerak pada jam 3.30pm, manakala aku terpaksa ke Victoria Station untuk menunggu bas ke Stanstead Airport. Aku tiba awal di sana, maka aktiviti aku hanyalah melepak di sebuah tempat membeli belah yang lengang. Jam 1.45pm aku terus naiki bas ke lapangan terbang. Di sana, aku lepak dan solat jama' takhir. Melepak dan menjamu mata di kedai-kedai sehinggalah waktu berlepas jam 6.10pm.
Tiba di bandar Glasgow, jam sudah menginjak ke pukul 8pm. Dalam sejuk dan hujan renyai aku tiba di rumah 15 minit kemudian. Alhamdulillah, segala urusan aku selesai tanpa masalah. Aku sudah menjadi PADI (Pendatang Asing Dengan Izin). Aku menjadi pemilik paspot antarabangsa yang dikeluarkan oleh High Commission of Malaysia, London sehingga tarikh 27 MAR 2013.
Maknanya sehinggalah visa aku pula tamat tempoh, terpaksalah aku bawa dua paspot sekiranya hendak keluar dari Tanah Ratu ini.
7 comments:
seronoknya berjalan... :)
Salam...
Dah balik ye... alhamdulilah semuanya selamat. Ni tengah tengok ABP, esok bila rakan2 sekerja citer tak derlah blur memanjang. Bab mengutuk tu confirm ada...
Menyeludup & kongsi katil tu biasalah kan... yg pastinya saya mesti kat tepi (kekawan suka main peluk2 sbb dia org tahu saya tak boleh, geli) & jauh dari air-con, tak tahan sejuk, kalau tidak sanggup tidur kat bawah jer...
Sufiah Yusuf tu yang pernah keluar kat tv kan. Kalau betul alangkah ruginya, anugerah Allah disia-siakan.
'mata msia' plak akan diangkut ke negeri angkat hang. kat kl rugi tak ramai nak naik .. hehehe
Dan daku...masih lagi menjadi PATI. Huhuhu...
London Eye..Hyde Park..Oxford St...Primark..Kebab..waaaaa rindu kat London!aku kalau berjalan kat Oxford St memang confirm nipis kasut aku!
Teringat dok beratur depan Primark dengan Zura & Sue sikit punya panjang sampai berkilometer,kalau kat KL jangan harap nak beratur camtu,wat malu kat orang kampung...wakakaka...pastu esok pagi2 sambung beratur lagi,Primark belum bukak kitaorang bertiga dah bertenggek kat depan kedai ngan pak guard...sah gilo!
Alahai!
Beshnya!!
Nak itut!! :((
salam
mudin
Alhamdulillah. Sebab ada urusan, kalau tak, tak de nya nak ke london. Eh buku dah terima ke belum?
neen
hehe.. menyeludup ni kena ada seninya juga. Dah ler cuma kami bertiga saja perempuan melayu yang menginap di hotel ini, masa tu. Buat-buat terer aje la.
izinni
itulah. Elok juga kalau dapat naik mata mesia tu sekali. Yang ni memang sekali seumur hidup aje la. Tak termampu aku nak naik lagi sebab tiket je dah £13.50 sorang.
Leyha
sebab aku tak mahu jadi PATI macam kau ni lah aku dah tukar status jadi PADI. Eh? Report dah dapat ke belum?
elly
fuh! Niat aku pi london cuma nak buat paspot dan pi muzium. Tapi aku tak dapat enjoy muzium sbb org terlalu ramai. Dahlah ujan lebat.
Aku kalau kome pergi shopping kat london tu, memang sah aku takkan join punya. Lama sangat membelek. Lebih baik aku pi tempat yg aku suka lalalala
ati
Jom!
Post a Comment