Friday, June 06, 2008

Lega...

Satu
Alhamdulillah semua sudah selesai tengahari tadi. Harapnya berjalan lancar.


Dua
Sudah harus merencanakan rancangan untuk bulan Julai memandangkan kali ini aku jadi holiday organiser bersama cik Akuatik. Susah sekarang.. boleh kita tidur sepanjang perjalanan ek akuatik. Encik Garmin kan ada untuk teman cik mimi.. huhuhu


Tiga
Oh terimakasih kawan sebab temankan aku bersembang tadi. Hahaha.. lama tak borak ye?

Empat
Sudah menghabiskan dua dari tetralogi Andrea Hirata. Macam biasa aku menongkah arus. Baca Edensor kemudian Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi baru separuh bacaan aku habiskan. Sambil-sambil menyelak buku Dari Beirut ke Jerusalam.
Aku juga jumpa kedai buku online baru Ta-Ha Publisher Ltd, dan sudah membeli buku Islam in Andalus yang aku cari-cari karya Ahmad Thomson dan Muhammad 'Ata' ur-Rahim, Muslim Heritage (Muhammad Ahsan) dan The Muslim Conquest of Spain and the legacy of Al-Andalus (Shahnaz Husain).




Untuk seorang sahabat baru yang bercita-cita hendak menjadi seperti Allahyarham Ahmad Deedat, aku hadiahkan pada beliau buku Izhar-ul-Haq tulisan M Rahmatullah Kairanvi.


















Dan yang terakhir sekali

Aku sedang mencari Encik Ilham. Semoga aku bertemu sahabat aku sebelum berakhirnya musim panas ini. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dengan beliau. Huh!



p/s - Baca kisah kenaikan petrol memang menaikkan darah aku pula. Aku baca artikel dari suratkhabar tempatan sampailah artikel yang diterbitkan di Indon. Subsidi apa nak bagi? Macamana? Mekanisme tak tentu lagi, harga petrol sudah dibaling pada open market sedangkan di sini yang dikatakan negara maju pun ada mekanisme subsidi yang tersusun. Alangkan si Gordon Brown pun pi jumpa pengeluar minyak mintak tingkatkan produksi untuk tampung keperluan dalam negeri. Yang Pak Lah tu buat apa? Dengar-dengar nak naikkan lagi harga minyak dalam bulan August. Gila ke?
Sebut nama kamu ni pun Pak Lah, sudah cukup untuk buat aku mencarut dan memaki! Jadi baik aku berhenti dulu.

update - bonda izinni pulang ke rahmatullah sebentar tadi selepas zohor (waktu Malaysia). Semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

17 comments:

indera kencana said...

Baca p/s Khairyn tu buat saya naik darah balik. Ayooooo... kenaikan sampai 41% dalam masa satu hari tuuuu. Diaorang dah singkat akal gamaknya. Dah bergantang sumpah saya pada Lah Bodwi tu...
(Bila la saya nak dapat peluang berhijrah ni?)
Dok Mesia pon menyusahkan diri sendiri je.... hehehehehe

indera kencana said...

Lupa nak ucapkan
Selamat berehat buat sementara. Senangkan dirimu.
Apa lagi...
Cuti-cuti Scotland??

indera kencana said...

Takde ke macam
"Scotland - My Second Home" program, ye???

Zuraini said...

Salam...

Alhamdulilah dah seleseai semuanya, insya Allah dipermudahkan Allah.

Tu yang kes minyak, memang menaikkan darah semua org, tah kat manalah fikiran RomPakLah tu...

Satu lagi yang menyakitkan hati - tertengok secara tak senaja - bila di Parlimen Senator Dato Jins tanya bila kerajaan boleh umumkan zero rasuah. Tah sapa nama menteri sengal tu boleh ke dia cakap 'kalau buat dlm filem boleh lah Senetor'. Nampak sangat tak yah suluh-suluh dah memang kerajaan ni penuh ngan rasuah. Kalau kerajaan bersungguh tak mustahil zero rasuah tu boleh dicapaikan.

akuatik said...

wahh nanti2 kena diskas ni program penuh percutian..tak sabar aku nak menjejak laluan bonnie prince charlie

Najmuddin Yusoff said...

Nasib baik mulut aku tak masin. Kalau tak, Malaysia dah berPMkan seekor babi.

DeeN said...

Wah! Semua dah selesai yer kak? Selamat berehat! Selamat berjalan!

Minyak o minyak!

Fida Ruzki said...

Aku masa dapat tau minyak naik tu punya terkejut sampai tak tau nak cakap apa. of course la aku tak ikut sama berbondong dan berdoyon2 ke stesne minyak mengayakan mereka sekejap, aku balik terus la. nak balik rumah pun jam tak ingat punya, sampai simpang nak masuk ke Presint 8 jam nye. nasib la ada abang polis (yang aku rasa mesti menyumpah sebab dia tak dapat isi minyak kat kete gak) yang tolong jaga. kalau tak aku rasa harus dah bergasak depan stesn shell tu. Yang paling kesian orang nak tinggal kat Flat tu la, dah kena sekat tak leh masuk jam teruk.

aku marah sampai tak leh nak marah dah. urut dada banyak kali nak buat apa lagi nasi dah jadi bubur basi. makan pun tak leh.

perasan aku? rasa macam masa dapat tau ex aku tu laki orang, bengang, sedih, marah, tensyen, lost hope, keciwa, semua ada.

semalam secara rasmi aku isi minyak kat tank minyak aku sebanyak 60 hinggit. dah isi, ia kurang 4 liter dari masa aku isi RM50 dengan harga lama. sayu je aku tengok pam minyak tu.

yang bestnya pagi 4 Jun tu aku ada isi minyak RM50 sebab nak nganto kawan aku ke LCCT. terfikir gak nak isi penuh, tapi aku ni bangsa tak suka isi banyak2. ha padan la dengan muka aku kan

nasihat aku, kalau nak pam minyak lepas ni, jangan tengok nombor tu pusing. lepas bayar, pam minyak terus jalan, tak sakit hati sgt.

13may said...

hai awak....

saya nak 'jual minyak' nih...

awak berminat tak???

hehhe hehhe

khairyn said...

indera
memang sakit hati. Apatah lagi kita ni bukan tak de minyak. Gila Pak Lah ni. Naik sampai macam tu sekali. Gila!
InsyaAllah ada rejeki boleh berhijrah. Tadi pun dah borak dengan ayahanda.. dia tak bagi balik huwaaaa!
Yep, lepas ni memang cuti2 scotland ngan akuatik and the gang hehehe
Scotland dah memang my second home hihihi

neen
kita ni semua ada. hasil bumi memang banyak, negara selamat tapi tu lah yg berangan jadi pemimpin tu semua bangang belaka! Lepas ni nak tengok paklah naik bas or pi negeri lain naik keretapi. Sanggup ke?

akuatik
ye ye... kena diskas tempat mana nak pi ngan tempat mana jadi port tido malam. Percutian akan cuba dipendekkan menjadi 7 hari saja

tok
dah memang babi pun cuma sarung jer manusia. Babi gila!

khairyn said...

nur
yep.. alhamdulillah

fid
Aku geram sangat sebab tadi masa borak ngan pak aku dia kata setiap minggu over budget. Anak buah aku pun dah kena jalan kaki pi sekolah sebab pak aku tak mampu nak bayar rega minyak. Aku plak belum mampu lagi nak bagi duit kat pak aku. Huwaaaaa...
Itu pak aku tu.. yang tak kerja dan cuma makan duit sewa rumah jer. Orang lain macamana? Ada ke Pak Lah ni sedar orang Melayu Cina ngan India ni masih ramai yang tak berkemampuan macam dia???
Bila harga minyak naik, harga makanan yang lain pun naik. Kos sara hidup meningkat. Orang bekerja dari pagi sampai malam. Yang berkeluarga tak mampu nak habiskan masa ngan anak2 sebab sibuk bekerja. Anak terbiar. Yang bujang tak mampu nak kawen hah mulalah banyak masalah sosial. Tak fikir ke semua ni?
This is just plain stupid.

MayMay
Minyak yu tu RM2.70 seliter gak ke? hihihi.
Ai tak mampulah macam tu.

Pa'chik said...

takziah buat Izi, dan alfatihah buat bundanya...

zorrokantoi said...

wah sekarang bolehlah bersenang lenang, sewa caravan & parking dekat highlands memang best tu. p/s tadi lepas solat jumaat ada demonstrasi bantah rega minyak di masjid jamik kg baru. .... and on a personal note, nampaknya kenalah kurangkan social visit ke dome & starbucks !

KAMATO said...

Sebut je minyak naik, menyirap darah ku...........

kingbinjai said...

nak itut!

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

hang pi bercuti lagi???waaa tensionnya aku...skang ni dah tak boleh nak pergi cuti2 malaysia lagi dah minyak naik melambung...walaupun company dok bayar minyak kereta aku tapi aku tetap panas hati disebabkan harga minyak naik semua barang pun ikut naik...kawan mak aku kata jering tu pun boleh naik harga!!adik aku lagi tension,semalam keluar kereta hari ni minyak naik harga...

semakin lama dok kat malaysia ni semakin tak paham aku!aritu beras naik satu hal!diaorg ni tak pernah ke pikir bebanan yg terpaksa ditanggung oleh rakyat...takkan sebab BN kalah semua menda nak naik...apa daaa!!!

Takziah untuk Izinni & family

khairyn said...

Pa'chik
Semoga Izinni tabah.

bimmer
hehehe.. ingatkan nak lama juga bercuti tapi memandankan kos yang tinggi terpaksa percutian dipendekkan.
hahaha.. kena cari alternative kedai kopi lain lah ek? hehehe

kamato
sebab kita tahu putar belit dorang tu. Kat sini pun sekurang-kurangnya bila harga minyak dunia turun, harga minyak kat pam tu pun turun juga.

king
nak itut? hohoho

elly
hahaha.. setakat ni mampu lagilah nak cuti sebab aku tak guna duit kerja banting tulang tu. Ni guna duit banting minda kreatif jer. Cuti tahunan gitu.
Oh.. inilah contoh pimpinan Islam Hadhari. Tidak membebankan pemimpin tapi menindas rakyat. Bagus tak??