Sunday, September 21, 2008

My Love.. gone

Aku suka duit. Duit best walaupun bukan best sangat-sangat, tapi duit tetap best. Bukan setakat duit saja, aku pun suka keluarga monarchy. Kalau kat Malaysia dulu aku sayang Agung, kat sini aku sayang Ratu. Eh! Kan ke muka diorang ada ter-cap kat matawang masing-masing? Oh! Aku sayang duit, rupanya.

Orang yang kata duit tak boleh buat kita sukahati adalah orang yang tak pernah ada duit banyak hahahaha. Sebab bagi aku, duit boleh buat aku senyum dan sengih. Kadang-kadang duit boleh buat aku gembira hahaha.

Dasar mata duitan? Nak buat macamana, aku memang diasuh untuk jadi materialistik. Bonda aku pun pesan 'duit memang tak boleh beli kebahagiaan tapi duit boleh beli keselesaan'. Hahaha.. Sungguh!


Macam gambar kat sebelah ni... macam best je kan? Hasil terkumpul selama hampir sembilan bulan. Cayalah! Dengan gaji yang tak seberapa tu, dalam sembilan bulan aku boleh kumpul macam ni punya banyak. (Eh! Campur dgn belas ihsan seseorang). Agaknya kalau kat tanah Malaya aku boleh ke kumpul banyak ni kalau gaji aku cuma dalam RM800 sebulan? Rasanya tak boleh kot. Entah-entah RM80 pun belum dapat.

Tapi kan, semua tu dah tak ada. Licin dah. Dengan satu klik tetikus, semua tu dah hilang. Meluncur masuk ke universiti aku. La ni tinggal £7 lebih je dalam akaun. Eh! Esok mungkin tinggal £4 aje kot. Kena tolak lagi £3 untuk zakat fitrah tahun ini.

Huhuhu... lusa nak cari tempurung kelapalah, duduk kat Sauchiehall Street sambil nyanyi lagu raya. Agak-agaknya boleh dapat berapa ye?

12 comments:

13may said...

takpe...raya dah dekat...

nanti gi raya, bleh dapat duit raya :)

Salam AidilFitri !

rayyan haries said...

salam,

takpa2...nanti kumpul duit raya banyak2 tau

hehehe....

dah dapat kad raya?

indera kencana said...

Hahahahaha... aduh lar. Sakit perut ketawa..

Jadi ke balik raya tahun ni..??

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Aku pun suka duit...betul...betul...duit tidak boleh beli kebahagiaan tapi boleh beli keselesaan...aku suka ngan mak hang!

Kalau kat Mesia ngan duit banyak tu macam2 boleh beli tu kan...banyak tu!

Ngapa nak bawak tempurung kelapa, kecik sangat tu...baik bawak periuk belanga boleh gak ketuk2 wat gendang sambil nyanyi lagu kat situ....mesti banyak boleh dapat...mmmm ada ke tempurung kelapa kat belakang umah korang?...hikhik...

khairyn said...

Salam

MayMay
Yu nak bagi ai duit raya tak? Ai nak yang warna ungu banyak-banyak boleh tak?
Salam idul-fitr!

Haries
Hehehe.. nak bagi duit raya ke?
Yep dah terima dah kad raya tu hehehe Terima kasih banyak-banyak. Terharu tau!
Rock Kapak lagi tu hahaha

indera
hehehe.. janganlah gelak.. orang dah nak nangis dah ni tak de duit hehehe
Tak dapat balik la sebab duitnya dah abissss.. Mimi aje lah yang balik raya huhuhu jeles!

Elly
alaah... makku kan makmu jua. Makmu makku jua. Eh mak tak moh hantar kuih tart nenas gulung kat anak dia yang jauh di perantauan ni ke? London bridge almond ke? Semprit ke? Oh! Aku sangat suka semprit!!

Hahha kau rasa kalau convert RM aku boleh buat downpayment Kangoo tak? Ish tak per la aku nak Golof la sekarang ni hehehe

Hish tempurung kelapa la exotic. Kat sini dorang mintak sedekah guna cawan kertas jer. Kira aku lain dari yang lain la letak tempurung kelapa sambil melalak lagu raya Awie hihihihi. Boleh ke?

akirasuri said...

Alaaaaa!! Baru je nak mintak duit raya! Hehe! :D

zorrokantoi said...

instead of duduk kat sauchiehall street tu apa kata duduk bersila depan central mosque waktu solat jumaat (macam kat masjid negara ni). jangan lupa pakai sunglass hitam sekali. btw, salam eidul fitril

Unknown said...

aku pun wanita yang mencintai duit.

takpe, lepas ni pi kumpul duit raya.

selamat hari raya, maaf zahir dan batin (kalau ada. err ... ada ke?) hahaha.

pssst, kuih raya apa yang hang teringin nak makan?

rizal hashim said...

salam cakap dengan suryani saya tengok gambar dia kat paper dan ada sorang lagi yang saya kenal

izinni said...

isyy .. berbunga mata hati aku nengok angka tu. aku sukaaaaaa ... anak2 aku pun sangatttt sukaaaa ibu ada duittttt. hahahahhaha ...

weiii ... masuk paper tak bagitau. nasib muhriz dok canang. tapi canang tak bagitau paper mana. BH ka? hehhehe

Aku tak nak ucap selamat raya lagi kat hang ngan sue. hehhehe ... selamat melangsaikan ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ni. rindu balik kat dia nanti kan kan kan ...

rizal hashim said...

izinni, dia kan anonymous takkan nak canang paper mana

rizal hashim said...

salam, benar, senyum sentiasa. bila balik? no akaun ada?