Monday, September 15, 2008

Meh, sembang sat

Pergi sana pergi sini ramai yang dok sembang pasal I.S.A. Baca berita terutama kenyataan Pak Syed Hamid tu pun buat aku rasa macam nak tergelak guling-guling. Tak sangka rupanya masuk I.S.A tu sebenarnya demi keselamatan si 'banduan' bukan sebaliknya. Rupa-rupanya aku silap paham daaa... hahahahaha

Kalau aku jadi Hoon Cheng tu mesti aku nangis guling-guling mintak hantar ke Kamunting. Kesian kat dia, dahlah masa 'dibebaskan' hari tu dapat coverage penuh, mesti orang yang nak ancam nyawa dia tu dok sukahati. Senang buat kerja, Lagi baiklah dia dok kat Kamunting sana 'holiday' sakan. Yalah, dok dalam kem Kamunting, kurang-kurang selamat, ramai pak gad yang jaga dengan senjata api ke cota ke. Macam Pak Nazri pernah beritahu kat pelajar di sinilah dulu, katanya tahanan I.S.A tu macam dok 'holiday' je kat dalam tu. Makan cukup, pakai cukup, tempat pun selesa. Buat apalah nak kisah-kisah lepaskan dorang tu. Hohohoho! Aku heran plak kan, kalau dah tempat tu selamat dan selesa, awat dia tak nak bawak famili dia berkelah, camping sakan kat situ. Takyah pi jauh-jauh holiday. hahahaha. Bengong!

Izinni
, aku rasa School of Journalism kat UiTM tu kena revamplah. Tak payahlah buat kursus Kewartawan tapi join sekali dengan Secretary School. Aku rasa dorang ni semua tahap stenographer jer hahahahaha


p/s Oh buat 'mereka' yang rasa jurugambar NST Sairen Mohamed Nahfis yang deserve kena belasah masa buat liputan penamaan calon Permatang Pauh tempohari, beliau sekarang ni masih lagi MC sampai raya. Retak tulang rusuk dan compression fracture di tulang belakang. Tak boleh angkat benda-benda berat dan pergerakan jadi perlahan.

Tu yang kuat semangat parti tu, boleh gelak lagi ke??
Jangan taksub sangat sebab satu mamat yang namanya Anwar tu takkan boleh selamatkan kau dari balasan Allah.

Amaran : Hah! Jangan ada pulak yang berani tak setuju ngan aku. Tak de kena mengena dengan niat ke, promosi ke, publisiti ke, mock cheque ke, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ke. (tak paham? tak apa. Aku ngan akuatik je paham ni - hahaha)

13 comments:

Zuraini said...

Salam...

cute lah mainan tu... beli kat mana?

saya suka komen Mufti Perli dalam Harakahdaily, "Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?" jelas beliau.

Sebab depa2 ni rasa depa2 ni lebih besar dari Tuhan (dlm pada depa2 ni tak sedar mahupun sedar). Kalau tak, tak kan depa2 ni boleh sebut kalau tak kerana puak2 depa ni, negara kita tak aman dan sebagaimananya lah...

Memang betul-betul sengal...

Dah masuk laman ni ke? http://dajjal.wordpress.com/2008/01/07/misi-rahsia-yahudi-dalam-walt-disney/

Saya hampir2 bertekak dgn seorang rakan sekerja tadi kerana dia mempertahankan Mickey Mousenya. Awalnya memanglah kita tak kisah tak rasa apa2 sebab tak fikir pun ada apa disebalik tu semua, tapi bila lama kelamaan, dah sebati, nak buang dah susah.

Utk meredakan keadaan & waktu rehat yang 1/2 jam (sebab puasa) pun dah nak habis, saya balas, 'yang penting saya dah sebarkan apa yang saya dapat & saya tahu, terpulang nak terima atau pun tidak'.

Kenyataannya puak2 ni bila buat sesuatu tu bukan saja suka2 tapi memang ada tujuaannya dlm jangka panjang.

izinni said...

eerrrr aku TAK setuju dgn kau! hahaha ... aku setuju dgn syed hamid keturunan pendatang arab tu. cakap nazri lagi laaaa aku percaya. depa tak tipu. depa kan pilihan rakyat. depa kan menang pru. jadi depa semua betui. hang je tak betui sebab sakit hati tak dapat duit gomen nak bayor yuran. hahahahahaha ... :p

errr ... ada lagi ke school of journalism tu? bukan dah tukar jadi FACULTY pastu tukar bangunan ke? kalau dah tukar .. bukan sekolah aku tu .. aku budak tingkat 13 menara itm... bukan uitm. hahahaha :p

BaYu SenJa said...

huhu,
maknanya, teresa kok dan raja petra tu depa sayang lebih la nooo? nak selamatkan depa la tu..

hehe,
hat dah dalam tahanan betahun2 tu apa cerita? kerajaan sayang depa lebih dari wartawan tu kot :)

pak syed2.. kesian kat dia kena tentang dari dalam sendiri.
dulu PM jaga port folio kementerian dalam negeri, takdak sapa pun dalam umno bantah...
la ni, pak syed pegang.. nampak jelas laa.. rupanya ahli2 umno pun tak setuju dengan isa ni...

salam ramadan, selamat ketemu lailatul qadar:)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

galaknya menatang tu...hahhahha....aku nak satu ngan, tangan orang yg tekan tu leh dapat skali ke?...hik..hik..

politik kat mesia ni semakin membosankan...cuba diaorang kaji balik apa bezanya politik zaman dulu ngan sekarang nih...nak salahkan saper agaknya?

Pa'chik said...

lembu ke bebiri tuh? ko bagi kat budak kowbra tu sesuai la.. ekekeke...

err... tak setuju.. hahahha...
aku rasa, mereka cuma nak dapatkan tep atau apa-apa yang hoon cheng tu rekod masa ceramah tu kot... hahahah... takut jadik bahan bukti pasal dah banyak laporan polis dibuat atas mamat 'bukan penumpang' tuh...
dah dapat tu, lepas la...

13may said...

hi marka ;)

Anonymous said...

ish ish ishhhh.. isu politik nihhh.. dah bole kawan dengan Raja Petra.. :P


biasalah, kat Malaysia scene politik makin teruk.. kadang2 orang atas tuh taklah teruk sangat comparing to those who follow them... aku pon tak paham.. siap pukul orang ramai2.. dorang ingat itu tindakan panglima ke?


kita tengoklah nnt, kalau2 lah jadi perang kat sini, dorang2 yang konon2 pengikut setia yang kuat tuh berani ke tak nak turun padang angkat senjata..

pukul wartawan ramai2 bole lah, budak sekolah rendah pon bole buat...

eh, yang aku marah sangat nih kenapa? o.O

QUDS REALCLOCKWISE said...

zaid ibrahim tu jahat...tapi aku tabik kat dia.. pasai dia letak jawatan atas alasan bantah isa.
anwar ibrahim tu malaikat...(sebab telah di sucikan oleh ulamak pas) tapi dia tak pernah membantah ISA semasa dia ada kuasa dulu..?????
salah ke cara aku berfikir?

Zuraini said...

Salam...

RomPak Lah dah tukar kementerian suka sama suka ngan tpmnya... sembang kat ofis, ada yang sebut tadi, lagi teruklah ekonomi... & tu dia nak pertahankan apa pulak...

Unknown said...

kiut lembu tu. dari ladang mana tu ek?

Best agaknya duk dalam tu ek. Macam holiday gitewww.

khairyn said...

salam

neen
hehehe mainan tu reganya sepaun beli kat kabut Lanark.
Ada orang kata argumen pasal balasan tuhan argumen yang tak kuat. Perlu ada supporting reason kata kenapa saya kempen tak percaya saya. Undang2 dunia memang perlu tapi ISA tu pun tidak ikut undang2 dunia. Hukum tanpa bicara. Lepas ni nak kempen cuti2 Mesia kat Kamunting utk Nazri and famili la plak.
Dah tengok website tu.. ada setuju ada tak setuju. :)

Izinni
hahahaha
sarkas-tik gak ka?
Saja guna school of journ tu sebab aku rasa kalau dah naik taraf fakulti tak sepatutnya budak2 lulusannya jadi bengong macam tu

bayu
hahaha
ya ya. Depa sayang sangatlaa tu.
Apa pun kita tunggu dan lihat.
Eh! Ingat kita dah dapat PM baru.. rupanya tak dak lagi ek kekekeke

elly
hahaha tu aku suka menatang tu. Dia gelak sakan.
Err..nak tangan aku ka? ish ish ish hang kena rebut ngan zurd kekeke
Politik mesia buat aku gelak macam menatang tu gak hahahaha

Pa'chik
lembu bukan bebiri pun bukan. Hoh! Peneman aku kala bosan tu
Hahaha... tu aa kalau aku jadi Hoon Cheng baik dok dalam jer. Tak yah pi kerja. Gaji jalan hehehe. Tak pasal2 glamer hehehe

MayMay
hai you! :)

OJ
aku sangat suka dok atas pagar. Tengok sapa boleh buat kerja sapa tak boleh buat
tang pukul wartawan tu memang ler kerja pengecut. Tak kiralah warga parti alternatif ke barisan ke. Taksub yang tak bawa ke mana. Sekarang orang tu dah cedera tulang belakang, aaa sukalah si tukang pukul.

cucumatlela
antara sebab kenapa aku tak suka Anwar. Dulu kat dalam tak de buat apa pun pasal ISA ni. buat havoc kat jadual sekolah aku ada lah hahahaha. Sat2 masuk sekolah bulan satu sat2 masuk bulan 12 ish ish ish hahahahaha

neen
hehehe.. dia nak buat coup de'etat ke kalau kena guling dari jawatan? hahahaha lawak lawak.

ainin
haiyak bukan lembu daaaa... tu sebenarnya baghal hahahaha.. kaldai bodoh
Naper? Hang pun nak cuti2 Kamunting gak ka hahahahah

Fida Ruzki said...

aku rasa macam nak muntah darah tengok news. rasa mcm dibodohkan je. pastu cakap apa, itu adalah tindakan polis, menteri tak arahkan. erk bukan ISA tu kalau nak laksanakan kena atas arahan menteri ke?

sian Hoon Cheng tu. ada org kata dia wat second hand stories sedangkan she was there. aku ingat lagi masa kat Uni, dia antara favourite lecturer.

Anonymous said...

Uwaaaaaaa...fifah nak patung tuh..
jenuh nak xplain..camner nieeeee..