Tuesday, September 02, 2008

Tiga kali

2006

am = bangun
mamai-mamai pi dapur. Ambik air segelas bawak pi ruang tamu. Cik Mimi tengok Tyra Banks Show. Minum air. Mamai-mamai masuk bilik. Tido

am ke pm = Dalam kelas perut kruk-krak, kruk-krak. Bising.

pm = masak, makan bila azan maghrib berkumandang dari Islamic Finder free azan software.

pm ke am = buat solat terawikh sorang-sorang. Tadarus sorang-sorang.

2007

am = bangun
mamai-mamai pi dapur. Ambil air segelas. minum. Mamai-mamai masuk bilik. Tido.

am ke pm = Dalam kelas perut kruk-krak, kruk-krak. Bising lagi.

pm = berlari balik. Sempat masak ke tak sempat? Bergilir-gilir masak dengan CikSue.

pm ke am = buat solat terawikh sorang-sorang. Tadarus sorang-sorang.

2008

am = bangun
mamai-mamai masuk bilik air. Gosok gigi. Pi dapur. Duduk termenung. Tengok nasi. Ambil sesenduk. Makan.
.
am ke pm = Dok kat library. Tulis. Terlelap. Tulis lagi. Jalan-jalan pi bandarlah pulak.

pm = masak. Buka puasa. Malas nak pi Central Mosque semata-mata nak makan briyani.

pm - am = buat solat terawikh sorang-sorang. Tadarus sorang-sorang.

Nampak gaya kena sahur gak sebab waktu berbuka masih lagi selepas pukul 8pm. dan imsak pula pukul 4am.

Tak berani nak pi solat terawikh kat masjid sebab isya' lambat. Dah ada kes orang kena pukul lepas balik solat terawikh. Terus koma. Tak buat jemaah kat rumah sebab masing-masing takut nak jadi imam. Main tolak-tolak. Jadi jawapannya, buatlah sorang-sorang huhuhuhu sampailah tiba masa ada orang berani nak jadi imam.

Tadi CikSue dah berbohong. Makcik-makcik Jehovah Witness dulu tu datang balik, tapi aku kat depan so tak sempat nak angkat buzzer bila berbunyi. CikSue yang tolong jawab. Dia kata aku tak balik dari uni lagi. Dia kesian aku kang kena pulak berdiskusi dalam bulan Ramadhan ni pulak. Hahaha. Adeh!


23 comments:

izinni said...

beb,
sekurangnya hang mamai pun buleh la takat minum, makan nasi kosong ke amenda. aku ni mamai macamana pun kena masak sebab sebelum tido budak2 dah order nak makan apa. dulu masa kecik depa cekik je apa yang aku masak. sekarang takkkk ... nak itu ini. kalau tak buat nanti tak sampai hati pulak. nanti terbantut pulak semangat nak posa. nasib buka kat surau. kalau tak .. adehhhhh ...

apa pun alhamdulillah dapat aku bersama anak2 aku berpuasa. kirim salam kat sue ya. 2nd year posa kat sana. dia ikut hang balik raya ke nanti? hang jadi kan? bila?

Pa'chik said...

tahun sudah tak gosot gigi ke? ekekek...

en_me said...

belajar rajin rajin yerr..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

tiap2 tahun bangun mamai-mamai tapi tahun ni je hang bangun gosok gigi...tahun lain tu tak gosok gigi apa?..hahahhaha

ingat masa kita dok kat sentul dulu, hari2 aku pergi terawih kat masjid tu, kalau hang & sue xde pun aku tetap pergi sorang2, memang masjid tu ler paling best sekali...

Juadah berbuka pun kat sentul gak sedap! Hari2 budget RM5 pun dah cukup! beli nasi lemak kukus abang tu 3 hengget, air kaler2 sengget, kuih sengget, dah! tu ler berbuka tu gak ler bersahur...waaaaa aku miss sentullllllllll...rasa nak pindah sentul balik!

rayyan haries said...

kite sama la!
tapi lain sikit coz akak over da sea!

anyway selamat sahur-ing!

and all da best for your studies.

achik said...

salam ramadhan kak.. :D

-our- said...

Salam Ramadhan...
Tanggal berapa kepulanganmu..entah bisa atau tidak kita bersua huhuhuhuhu..

BaYu SenJa said...

takpa takpa..
orang pompuan elok sembahyang di rumah :)
hm,
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..

pesanan penaja: bayu sebab kena posa musim panas la lari balik posa di malaysia ni..huhu

IFFAH said...

Salam perkenalan,

Selamat menempuh ramadhan dengan penuh kekuatan.Ameen.

Anonymous said...

Selamat posa!

ehh.. apsal dorang pukul orang balik terawikh?

cipet je..

zwitterion said...

salam ramadhan Khairyn..

Fida Ruzki said...

nyah ko balik raya????? bila? bila? aku nak jumpa ko, winduuuuuu

khairyn said...

salam

izinni
hahaha.. dah mai balik dah perangai buruk aku. 2 ramadhan jer dan bangun sahur. OK aku akan berazam nak bangun sahur lagi hahaha
Balik raya? Aku turun KL kot (Kota London daaa)

pa'chik
eh tak gosok gigi ek? lupakah daku??

en me
baik boss!

elly
oh kau tak amalkan petua bangun pagi minum air kosong sebelum gosok gigi ek? haaa! itulah petua jaga kesihatan. Ahaks! Sebab x makan boleh la tido balik huhuhu.
Oh! Aku rindu nak terawih kat opis. Best giler! Selesa, tak ramai orang, dingin dan kul 9.30pm dah abes. Kira masa kerja dulu jarang aku tinggal solat terawih. Bagus gak NSTP tu ek?

haries
hahaha.. selamat suhoor and iftar gak buat haries.
And all the best to you too

khairyn said...

Achik
Semoga ibadah kita sama-sama bertambah dalam bulan yang penuh berkat ni ye.

Our
oh! Pulang?
Entah bila... *sigh*
Tapi, insyaAllah ketemu. Rindu geng pantun hahahaha

bayu
ya ya betul.. cuma bila solat kat rumah tu dugaannya datang dari bentuk yang lain pulak hahahaha
Oooo... lari balik mesia sebab tahan waktu panjang ngan panas ek??
Tak aci!!

khairyn said...

Iffah
salam perkenalan. Terima kasih bertandang. Terima kasih jua atas du'a. semoga sama-sama dapat menghayati bulan penuh keberkatan ini.

OJ
Selamat berpuasa
Camner nak cakap ek? Sebab dorang dapat mandat dari setan kot suruh pukul orang?
Kesian student tu, lama gak nak sembuh.

zwit
buatmu juga.

fida
huhuhu! Itu semua spekulasi semata-mata. Dont worry woman, insyaAllah kalau aku balik (yang tak tahu bila tu) aku pasti cari kau. Boleh sembang sampai tak hengat donya! kakaka

zorrokantoi said...

untung anak buah kat kampung tahun ni .... dapat duit raya in pound sterling !

Anonymous said...

Ngeee :D
Slmt Berpuasa! :)

Sy mamai-mamai bangun sahur pn kena sediakan sahur Mak jugak.. Adeii..

13may said...

kena pukul??? bahayanya....

Anonymous said...

ohh..

korang bawak lah mende yang bole jadi teman...

bawak pepper spray ke, pisau ke..

ishhh... cipet je.. memang setan bagi mandat kat doranglah tuh.. sbb setan goes on a one month holiday..

tumbuk rusuk dorang laju2 baru tau!!

Fida Ruzki said...

Harny kalau ko balik, aku ambik cuti kita sembang2. rindu kat ko

Unknown said...

selamat bangun sahur! woi bangun sahur woi!

Mimiamilia said...

sila update..
saya cadangkan update tentang baju raya yg glamerrr itu...huhuhu

khairyn said...

bimmer

huh tak untung mana kalau £ asyik jatuh aje. Ish! Bila nak naik niiii!!!!

ati
oh! Pahala besar tu. Tahniah!

MayMay
ha ah sangatlah bahayanya. Ramai orang mabuk.

OJ
ye la tu, kalau sorang tak mampu nak lawan ramai. Dorang tu bergeng hehehe

Fid
definitely! :D

ainin
bangun laaa huhuhuhuhu
Erk pukul 2pm mesia tu kira kul 7am sini la. Sahur dah abis, subuh pun dah gone tau!

mimi
dah update!
baju raya tu ehehehe malu ai!