Graduasi Makan Paranormal Intuisi
Oh! CikSue dah nak balik Malaya. Januari tahun depan. Mak dia suruh dia balik. Kalau tak ada kerja, mak dia mintak dia jadi babysitter anak adik dia. Wah! Mesti anak saudara CikSue akan jadi orang cerdik pandai sebab pengasuhnya graduate masters dari Strathclyde University di Scotland.
Sempena graduasi, CikSue telah menganjurkan sessi makan-makan di Armadale Path. Maaf lah sesiapa yang tidak dijemput, sessi makan-makan tu bukan anjuran aku, jadi jemputan adalah eksklusif tetamu CikSue. Lagipun aku tak dapat nak tolong sangat sebab aku bekerja. Yelah, nak menaikkan taraf hidup akukan, terpaksalah bekerja mencuci lantai. Pekerjaan kasta bawahan, nak buat camana. Kang tak kerja tak ada duit pulak nak tanggung hidup kan kan kan
Jadi, menu malam tu adalah nasi minyak, ayam masak merah dengan sayur dalca. Tukang masaknya seperti biasa adalah cikmimi. Aku takat dapat tolong goreng ayam ajelah. Alhamdulillah makan-makan berjalan lancar walaupun hujan agak lebat juga hari tu.
Macamana golongan intelek bercerita pasal hantu? Eh golongan intelek tak sebut hantu, ia disebut paranormal. Hasilnya, perbincangan pasal paranormal pun menjadi intelektual, yang dikupas dari pelbagai sudut dan diuji untuk buktikan theoreticalnya. Maka grup responden telah memberikan jawapan pelbagai kepada impromptu research method yang telah dilakukan secara berdiri di dalam dapur dinding bercat kuning. Cerita yang sukar untuk dibuktikan secara nyata telah dikongsi bersama. Huh! Tak perlu dicerita, thesis untuk ini telah ditongsampahkan.
Suatu petang ketika suhu semakin sejuk lantas menyebabkan perut menganjurkan konsert sumbang. Waktu itu kepala sudah terisi dengna visual dan imejan tentang makanan. Aku mencari satu kelainan tetapi tetap mengekalkan bahan asas - AYAM.
Korek dalam almari dan jeng jeng jeng, perencah tomyam! Menu hari itu adalah menu gerai tepi jalan - tomyam ayam campur udang dengan sayur hijau (ala-ala kailan) goreng ikan masin.
Cikmimi balik dan terus ke dapur. Statement seterusnya "Ai baru aje teringat nak buat tomyam, wah! Boleh baca fikiran ai la!"
Cheh!
12 comments:
tahniah cik sue..
oh2 saya pun x sabar nak abissss.. lambat lagi.. huhuhu..
wahhhh cik sue kita dah tamat yea...pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu...tahniah cik sue
agak2 hari graduasi hang esok aku nak datang tengok boleh tak?rasanya dah berlaki ler kot masa tu,pastu boleh ler mintak dia belikan tiket flight...hahahaha...ehh dah kawen ke aku masa tu...yea..yea aku kawen...yuhuuuuuuu
salam...
nmpaknya akak ni macam rapat je dgn akak mimi
salam,
tahniah sue, baru semalam rasanya ko ke glasgow...baru semalam rasanya aku dok promote glasgow kat mak ko supaya membenarkan puterinya merantau ...kejap rasanya...terharu rasanya....
ohhhh ...sue dah grad. TAHNIAH! kejap je kan. aku rasa ko baru je pegi tahun lepas. rupanya dah 2 tahun.
korang ada amik gambor kat tepi pokok tak? hehehhehe
syabil pun dah grad sabtu lepas. tapi aku amik gambor dia tepi pagar.hahahhaha
salam
achik
huhuhu tak sabar kan? Tapi bila fikir pasal dissertation yang nak kena buat rasa macam nak stay jer kat Tahun 3 ni hahahahaha
elly
silalah datang. The more the merrier. Hang dah berlaki ka tak berlaki ka tadak hal punyalah mak nyah hahahahaha
Rindu kat hang tau! kekekeke
reza
hahahaha.. kami satu wavelength kot. Satu rumah, mesra, mudah berunding.
ona
ha ah sekejap kan? Rasa tak lama dulu aku jemput dia kat epot ni dah nak kena hantar dia kat epot lagi hehehehe
izinni
tu la pasal. Sekejap masa berlalu. Dah tiga autumn, tiga winter dan dua spring dan summer aku kat sini. Dok jer la sini diam-diam kan hahaha.
Err.. kenapa kena ambik gambar kat pokok. Aku ambikkan gambar dia kat sebelah iklan strathclyde hehehehe
oh tahniah untuk sabin ye
aku rasa macam baru bulan lepas cik sue g sana... cepatnya masa berlalu. maklum lah kalau dihitung2 uban kat kepala aku ni pun dah banyak. tahniah cik sue.
cepat2 la kornag balik... rindu nak jumpa
Dan pandai memanipulatif untuk kepentingan diri "mereka" sendiri?
musykil nyer dgn statement tu.kalau terpikir nak makan tomyam adakah mereka yang nak makan.abis kalau i makan depa pon makan?huahuahua..bunyi cam hantu rayaaaaaa
fid
hehehe.. rasa sekejap kan? apa risau dengan uban, inai kan ada hahahaha
Nak balik gak!!! erk! duit tak cukup huhuhu
mimi
ye spekulasi ini memerlukan fakta-fakta untuk dibidas atau disokong. Sekian terima kasih.
Hantu raya tu maknanya hantu tu keluar time raya jer ke atau memang dia jenis yang beraya saja?hahahahaha
Tahniah2 kat Kak Sue.. :D
Nanti nona manis yang tulis entri ni grad, belanja saya makan ayam ek :D
Oh! Jadi ke kita nak bercerekarama hujung tahun ni? Ke sudah cancel? Huhu..
tak nak la aku nak mendye rambut aku. kalau dah nak keluar uban nak cakap apa
cakaplah... ooo aku dah tua dah rupanya hahahahaha
Post a Comment