Friday, November 28, 2008

Pissed off

Bukan aku, budak-budak kelas aku.

Semuanya sebab kelas 'tangan pendek' atau shorthand yang telah dinyahkan dari silibus kursus kami. Aku pun bengang jugalah sebab tak dapat belajar tulis cacing gemuk cacing kurus cacing baring, tegak terlungkup dan terlompat. Masa aku daftar dulu, ada dalam buku brochure universiti, la ni dorang kansel pulak. Er... sebab dah kurang subjek agak-agak dorang akan kurangkan yuran tahunan aku ke? Ohhhhh.... tidakkkk!

Kursus aku di bawah jabatan Bahasa Inggeris, dan ketua jabatan ketika mesyuarat dengan wakil kelas bagitau, dorang terpaksa tutup subjek shorthand sebab kelas tu tak dapat sambutan dari pelajar. Lagi satu, pelajar (dulu) kata terlalu membebankan sebab terpaksa buat banyak latih tubi. Kemudian pensyarah aku yang mengajar sosiologi kewartawanan pun kata sekarang skill shorthand tidak diperlukan lagi. Orang dah guna teknologi macam tape/digital recorder.

Ada betulnya juga. Sebab masa aku kerja dulu pun tak ada guna shorthand ni. Tak belajar pun Pitman Shorthand, semua guna longhand atau shorthand ciptaan sendiri dan kekuatan daya ingatan. Lagi pun masa tu aku ada tape recorder (hadiah dari ayahanda aku walaupun dia tak 100% setuju aku pilih bidang ni).

Yang buat kawan-kawan aku bertambah bengang, dua-dua lelaki ni (ketua jabatan dan pensyarah) bukan pernah bekerja sebagai wartawan. Dorang tak tahu nitty gritty sebagai seorang wartawan. Tak pernah pergi assignment. Yang seorang tu pensyarah Bahasa Inggeris dan yang seorang tu tak habis-habis dengan blogsphere nya. Dia selalu jadi column writer, tapi bak kata Eamonn pun, column is not news, it's smoothy. Eamonn dengan seorang lagi wartawan yang mengajar kami, Jean kata shorthand is an important skill for journalist.

Lebih elok kalau kita ada skil shorthand ni. Macam budak kelas aku cakaplah, pita rakaman dia rosak waktu dia tengah buat interview. Terpaksa guna longhand. Tapi, dia malu jugalah sebab orang yang dia interview tanya dia kenapa dia tak tahu shorthand. Betul juga tu, kemahiran ni boleh kita jadikan back-up apatah lagi kita tak boleh bergantung seratus peratus pada teknologi. Dibuatnya rosak atau habis bateri, kita terpaksa juga ambil nota. Masalahnya, kita selalu tak dapat baca apa yang kita tulis sebab tulisan lebih teruk dari cakar ayam bila kita cuba ambil nota dengan laju.

Untuk quote kata kawan aku si Emma

This is like one episode in Friends where Phoebe was trying to teach Joey to play the guitar. She doesn't allow him to touch the guitar but they can talk about it.

How true!

6 comments:

kingbinjai said...

cacing??? calculus ke? ha ha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

huh ingat masa kita form 6 dulu,aku kan tulis paling laju skali,habis lunyai buku aku budak2 pinjam,elok2 kasi ada kulit sampai kat aku ngan kulit2 skali tercabut...haram betul....kalau satu kelas yg pinjam takpe gak ni samapi kelas sebelah pun dok ngambik buku aku...ceh

pastu cikgu nita yg ajar ekonomi tu pun dok pinjam buku aku gak,dia kata 'bak mai buku sat,senang sikit nak ajaq,kadang lupa la dok habaq apa semalam...cet!'

tp aku tak kerja wartawan mcm hang kan,camne lak aku pi terjun bidang melukis ni hah...dulu masa sekolah lukis kucing pun jadi kambing...wakakakaka

izinni said...

ya ya .. shorthand skill sangat penting .. walaupun aku sendiri takde skill tu. macam ko cakap la buat shorthand sendiri dan guna daya ingatan.

itu la susahnya bila nak reasons dengan orang yang tak tau dan tak amal ;)

Geek @ Kedai.TV said...

aku nya longhand lagi terok dari shorthand.

la nih...mana ader short hand pon...recorder rosak...guner handphone record.... senang....

azrin @ www.azrin.net

khairyn said...

king
alaaa cacing buat 'umpan' 'mancing' hahahaha

elly
dulu.. tulisan aku lebih creative dari tulisan doktor. Cuma aku jer yang paham. Sekarang, tulisan aku masih lebih creative dari tulisan doktor dan aku sendiri pun tak paham hahahahah
OK apa cacing jadi kambing. Tu sebab kau jadi designer. Kalau aku cacing tahap jadi dragon jer.. imaginasi tinggi kakakaka

izinni
kadang2 dalam satu situasi tu kau tak boleh guna teknologi atau pun tanpa teknologi i.e menulis. Jadi terpaksa rely on daya ingatan jer la.. especially time buat court reporting. Betapa tensionnya kalau salinan laporan/peruduhan/defense bla bla bla

Geek
betul betul.
Tapi most of the time aku depend a lot on memory dan longhand aku sebab aku malas nak rewind play rewind play.
another thing, if you're doing court reporting any device are not permitted. Terpaksa la menulis cakar ayam. Kalau kat mesia tak pe la prosecuter and defence blh tolong tapi buat yg ketegaq tak nak bagi salinan, teruk laaa nak compare notes dgn fellow journos. Dah la journo seats jauh kat satu sudut, nak dengar pun susah.. tensi tensi

Fida Ruzki said...

uik penting tu shorthand ni. bukan apa, shorthand merapu baban aku tu kadang aku sendiri tak paham menda hahahaha.

la ni bila dah beli hp canggih sikit, aku record ngan hp je. tapi masih dok wat shorthand pelik aku tu la.

sepanjang aku kerja, dah dua tape recorder jumpa bakul sampah. hehehe

anyway, kadang geli hati gak bila tengok some busybodies sibuk2 nak baca apa yang aku tulis. hahaha cuba la baca cacing kerawit aku tu. aku pun tak paham kadang hehehehe