Friday, November 21, 2008

Tak sabar nyeeeerrrr....

Tak sabarnya nak tunggu tahun depan. Yang lebih tepat lagi bulan 7, bulan Julai. Bukan sebab bulan tu aku memang cuti tak kerja kat kolej, ataupun bulan tu biasanya aku ambil cuti buat budget holiday. Bulan dalam musim panas yang tak memerlukan aku memakai muffler atau sarung tangan untuk memanaskan badan (gila apa panas-panas pakai muffler?). Bukan juga sebab bulan tu memang aku sedang berhuha-huha cuti sekolah. Tak.
Sebab utamanya; bulan tu partner kerja aku sambut hari jadi. Yang ke 60. Hari rasmi dia menjadi warga tua. Hari pertama dia boleh memohon kad warga tua untuk naik bas secara percuma. Permulaan hari yang dia tidak perlu datang kerja lagi. Dan aku tidak didera dengan bau-bauan tidak enak setiap kali dia merasakan dalam perutnya ada 'puting beliung' yang bertiup.
Woah! Penderaan hidung aku akan berakhir dalam masa lapan bulan. Ohhhh... cepatlah masa berlalu.
p/s - Semakin ramai warga 'Gelasgo' yang 'terjumpa', 'termasuk', 'terbaca' blog ni. Menjadikan aku 'termalu' pulak. Masih bolehkah aku bergosip lagi ni?

8 comments:

saffaa saidatul said...

wawawa!!
bahagia nmpaknye...
ni mesti psl entry pncemaran 'bau' hari tu ek..

Anonymous said...

salam

memang la ramai warga gelasgo yg terjumpa, termasuk dan terbaca blog ni...hang tau dak, gelasgo la ni dah mcm london. org melayu bersepah-sepah...

mak lang beth

zwitterion said...

ooo, baru sy ingat..gas bracun yang dibebaskan tu kalah bau ammonia..haha

mudin001 said...

Err... gosip, jangan tak gosip. Balik Mesia nanti minta kerja dengan Mangga, tak pun URTV.

khairyn said...

salam

saffa
hahahaha.. ya dia ni memang suka mendera dengan bau-bauan yang sungguh tidak enak sekali.

beth
ye ye gelasgo ni dah macam Ampang. Melayu ada di mana-mana hahaha.
Eh Aku harap kau tak merajuk ngan aku. Bukan aku tak nak balas, cuma aku tak tahu aku nak balas apa. Aku harap kau faham.

zwit
ya ya, ammonia yang sangat sengit dan boleh jadi smelling salt untuk jerk orang pengsan huhuhu. Kalau tak pengsan orang tu akan pengsan.
Erk! Anyways, Selamat Pengantin Baru.

mudin
Aku nak mintak kerja kat Tatler ler hahahaha

-our- said...

gosip itu perlu untuk mencerna minda huhuhuhu hahahaha heheheheh

akirasuri said...

Ahaks! Tahun depan puasa masa summer ke? Huhu..

ELLEMILANO7 said...

kalendar bulan 7 tahun depan tu kena masuk untuk aku gak...hikhik....aku kan sangat suka ngan no7 nih jadi kalau nak jadi 'apa2' pun bulan 7 tu gak ler...

hang kena pilih aku ke partner hang yg warga tua tu...hahahaha...