Tuesday, November 11, 2008

Setaraf, sekufu, sedaulat

Aku masih ada banyak lagi esei yang perlu diselesaikan, tapi ada satu perbualan dengan seorang sahabat ketika berselisih di tangga bangunan sebentar tadi yang buat aku terfikir. Apa taraf aku, siapa yang sekufu dengan aku dan aku ada daulat?
Apa interpretasi kita kalau kita diberi sebaris ayat;
"Aku penat."
Dua patah perkataan di atas punya banyak interpretasi. Ia boleh dibaca dengan pelbagai intonasi. Selamba, marah, sedih dan manja antara intonasi yang boleh digunakan. Kalau dibaca dengan perasaan marah, maka intonasinya tinggi dan implikasinya pendengar akan merasa kecil hati. Sekiranya dibaca dengan perasaan sedih, intonasi menjadi rendah tapi implikasinya mungkin "two-tailed". Pendengar merasa kasihan atau merasa sinis. Begitu juga sekiranya diperdengarkan dengan perasaan manja. Ia bergantung kepada siapa ucapan itu kita ungkapkan.
Macam juga dengan diri kita. Cara kita bawa diri kita dan penampilan kita punya banyak interpretasi. Ada orang lihat kita dan kata kita baik atau sombong, kemas atau selekeh, lembut atau degil, keras hati dan keras kepala, kuat semangat atau lembik, mudah didekati atau memilih. Terlalu abstrak. Ada yang mengambil kira "first impression" ada pula yang tak percaya langsung dengan "impression". Tapi, apa pun alasan kita melabel orang atau diri sendiri, kita semua orang yang "judgemental". Kita menilai sesuatu mengikut "values" kita, cara didikan dan pendapat kita sendiri.
Walaupun blog menjadi wadah bercerita untuk aku luahkan apa saja yang aku suka, tak semua tulisan aku adalah ikhlas. Apatah lagi tulisan ini boleh dibaca oleh semua yang boleh berbahasa Melayu (tulis dan baca), pandai IT, ada "access" kepada internet dan kenal aku secara peribadi atau tidak. Aku harus pakai guna sambungan ayat "hahaha" untuk mengurangkan nada sarkastik, butang "backspace", edit dan selalu "censor" perkataan yang disusun menjadi ayat. Semua ini atas dasar mahu mengurangkan prasangka sesiapa saja yang terbaca blog ni.
Kembali kepada persoalan, apa taraf aku, siapa yang sekufu dengan aku dan aku ada daulat?
Aku ada blog, ya. Aku ada web yang lain, ya. Aku memilih kawan, ya. Tapi, aku meletakkan taraf aku rendah dari kamu, awak, anda dan kau. Kalau harta yang dijadikan ukuran darjat, aku bukan dari kalangan berada, maka kasta aku mungkin rendah. Kalau ilmu dan pendidikan yang meletakkan aku golongan "kufu" atasan, ijazah pun aku tak lepas lagi, jadi aku masih lagi dalam golongan bodoh yang harus dipandaikan. Apatah lagi daulat, langsung aku tak ada. Cuma mak aku saja yang ada daulat atas aku (jangan bantah cakap bonda ya!). Aku juga tak punya suami untuk sempurnakan jiwa (you complete me?? cliche) aku atau anak untuk harta akhirat, maka jiwa tak stabil (??) dan siapa nak doakan aku?.
Jadi, kamu, awak, anda atau kau tak perlulah rasa aku meletakkan taraf aku tinggi dari kamu, awak, anda, kau sebab sebenarnya kamu, awak, anda, kau yang punya taraf lebih tinggi dari aku. Kamu, awak anda, kau sudah punya ijazah, sudah punya harta dunia, sudah punya pekerjaan yang stabil, duti ribu riban yang ada lebih untuk disedekahkan, sudah punya keluarga untuk berbahagia dan sudah punya anak untuk harta akhirat.
Allah sudah beri rezeki yang berlipat ganda pada setiap individu, jadi sekarang terpulang pada kita nak cari jalan untuk memaksimakan rezeki itu dan menggembirakan hati kita.
Aisey lupa nak letak...
hahahahahahahaha

17 comments:

akuatik said...

erkk maqam aku lebih tinggi kan hahahha

onna said...

salam,

baru nak text mengapa lama tak menulis...bukan apa boring2 ketuk story kat opeh, buka lah blog ini nak ilangkan bohsan....nasib baik dah on semula....ok selamat berjaya dengan esei2...

akirasuri said...

Ah! Ai tau yu mesti lagi tinggi (cm) dari ai.. Huhu.. :p

Selamat mensudahkan semuanya.. :D

khairyn said...

akuatik
ya la kot ek? Kau nak buat makam tinggi mana tu? Letak menara ke? hahaha

Mona
Salam. Tiap-tiap minggu ada esei kena hantar, projek kena buat pas tu hari senin lepas ada class test. Parking kat library atau computer lab sampai malam. Sambil mengarang sambil makan biskut. Nyampah betul! Makan, makan makan jer huhuhuhu

cik ati
ai memang tinggi dari yu tapi kawan ai lagi tinggi dari ai tau. Kami ibarat Dayabumi dan Pejabat Pos Besar. Pasangan yang secocok gitu hahahahahaha

LEELOO-ELLEMILANO7 said...
This comment has been removed by the author.
LEELOO-ELLEMILANO7 said...

ngapa lak tetiba kuar isu setaraf,sekutu,sedaulat nih...mmmm

tapi biasa ler orang menilai kita dari pelbagai sudut,masing2 punya penilaian ler...tapi tak guna menilai orang kalau sendiri pun x betul ye tak...orang yg sentiasa rasa dirinya tu betul sebenarnya orang yg ego & mereng saja...

kekadang kita ni selalu ada perasaan rendah diri yg keterlaluan,cth kalau kita tgk org lebih cantik, kita akan terasa yg diri kita serba kekurangan,sama gak kalau ada orang yg lebih kaya, kita rasa betapa bahagianya hidup mereka...tapi sebenarnya yg lebih penting amalan kita yg akan dibawa ke sana bukannya ijazah, duit, rupa bagai tu ye tak...

orang kata duit menjanjikan kebahagiaan, dengan duit boleh dapat apa yg kita mahu...tapi duit tu tak mampu mengembirakan kita bila dah terbaring kat katil hospital nun...

yg penting skang amalan kita sbg bekalan kesana & keyakinan diri yg paling utama, kalau hilang keyakinan duit atau rupa ada pun sudah tak berguna lagi...

jadi yakinlah pada diri anda sendiri, tak perlu ler fikirkan persepsi orang tentang kita sbb kita tak sekubur pun dgn mereka...kan hampeh tu ayat aku..

Anonymous said...

Hahaha! Siapakah yang macam daya bumi tu.. Boleh ai mengkenal dengan beliau.. Tak apa nanti ai pakai sepatu tingg kompem ai tinggi jugak.. :))

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

wei...wei...aku pun lupa nak letak....
hahahahahahahaha....

Anonymous said...

salam saaaaaaaaaayaaaaaang dari JB:P

sila bergembira hahahhahahahha

akuatik said...

kalau buat menara tak tinggi maqamnya...sekurang-kurangnya mesti lebih tinggi dari necropolis hahahha

13may said...

aku nak tumpang hahahahahahahaha ajer...

KAMATO said...

Selamat menyelesaikan esei itu...

izinni said...

weiiii aku penat! nhahahahah

errrr memang sungguh aku penat. penat otak. penat badan. penat jiwa. haha haha haha

siapa la sodah jentik lu punya hati sampai sentap ni?
hmmm ... biasalah manusia. dalam mengatakan yang orang itu ini, sebenarnya orang itu sendiri tidak yakin dengan diri sendiri. jadi untuk membuat diri tu yakin, kenalah kata kat orang macam-macam.

tapi kan kan kan .. aku suka orang punya first impression kat aku. depa kata aku aloof ... haha haha. tapi itu la kan .. tak kenal maka tak cinta.

depa dengki depa takde blog. kalau ada blog pun depa tak popular macam hang. pastu depa takde sarang labah2 kat umah depa. pastu depa bengang sebab hang tak kawan dengan depa sebab depa tau hang best. haha haha haha ..

walaupun hang kata hang rendah diri .. hehehhe aku tau 'serendah' mana rendah diri hang tu. hehheheh ... tidak serendah mana dan tidak setinggi awek bangsar tu. sedang2 je ... boleh layannnn .. haha haha haha

apa la aku dok meraban ... ko paham? ha ha ha ha

errr pssttt ati ... kawan dia a.k.a awek bangsar tu .. hang pakai heels 10 inci pun belum tentu hang dapat capai lagi tau. hahahhahaha .. very the supermodel gitu. hehehhehe

QUDS REALCLOCKWISE said...

aku boleh tulung kau utk tinggikan darjat kau tapi kau mcm tak nak jerrr....aku ready dah niiii.

Unknown said...

kalau nak dikira dengan semua yg disebutkan itew, akulah paling pariah. tenang, tenang.

Kita sama di sisi-Nya.

hahahahaha.

khairyn said...

elly
Erk baik!! betul-betul
aku doakan orang tu bahagialah hendaknya kan kan kan

ati
lupakanlah niatmu nak pakai sepatu tinggi.. tetap tak kesampaian. Sedarlah dirimui ati. Mu pendek! Ai pun. hahahaha

elly lagi
hahahaha

cik banat
ya ya mari tersenyum. Sayangkan Allah dah bagi nikmat kat kita tapi kita tak reti nak senyum

akuatik
aku jeles ngan orang kat necropolis. Depa duduk atas bukit huhuhu.

May
hahahahaha tu boleh tumpang ke? ok lah jom hahahaha bersama-sama. yu sihat yu?

khairyn said...

kamato
terima kasih. Bulan yang menyibukkan huhuhuhu

izinni
hahaha tengkiyuu!!!
Semua orang ada penyakit hati cuma antara kronik dengan tak kronik jer. Takat dapat status pesakit luar atau kena refer kat specialist hahaha. Aku pun beringat-ingat untuk redha. Memang betul, kalau kita redha, kita happy dan bila kita happy kita akan senyum dan bila kita senyum mudah nak selesaikan masalah. So, jom senyum!
ati kena pakai stilts yang macam kat sarkas tu kalau nak lawan dengan gadis supermodel bangsar hahahaha

cucumatlela
hah? Tinggikan darjat aku? wow!
Ni offer nak tarbiyah aku lagi ke ni? tu diaaa.... hahahaha. Baik encik!!

ainin
hah! ya ka?
kasta bawahan gak ke?
Jom jom salam tangan jom. Sama level ngan aku neh hahahaha
ya.. Allah kata yang bezakan kita cuma amalan kita.. tapi kan... amalam aku pun rendah. Mimpi aku ikut tafsiran tajul muluk kata aku miskin gak huwaaaaaaaaa