Tuesday, November 25, 2008
Hari ni 25 November, harijadi bonda yang ke 67.
Semoga hati mak gembira dan tenang selalu. Semoga Allah kurniakan mak kesihatan minda dan tubuh badan yang baik supaya mak dapat beribadah dengan selesa. Maafkan saya atas semua perbuatan dan kata-kata yang pernah lukakan hati mak. Maafkan saya juga kerana selalu buat mak rasa kecil hati. Mohon mak ampunkan dosa saya. Saya juga doa semoga Allah ampunkan segala dosa mak. Semoga Allah cucuri rahmatNya pada mak dan juga memberi rezeki yang melimpah ruah kepada mak.
Al-Fatihah untuk hajjah Mak.
Mak, kalau saya nak balik tahun depan, kosnya lebih £313 untuk penerbangan. Tapi perjalanannya mungkin lebih dari 13 jam. Saya terpaksa menaiki bas atau keretapi ke London dahulu. Kalau bas pilihan saya, perjalanan mungkin mengambil masa 9 jam. Sembilan. Songo atau sangang jam kata orang jawa. Itupun hanya ke kota London. KL kata saya. Saya terpaksa ke lapangan terbang yang letaknya lebih kurang sejam lagi perjalanan dari KL. Kalau keretapi menjadi pilihan mod kenderaan saya, mungkin ia hanya mengambil empat ke lima jam. patang/limang jam (perhatikan pertukaran 'ang' dalam tatabahasa jawa). Kemudian sejam lagi untuk ke lapangan terbang.
Kemudian saya akan menghabiskan masa selama 13 jam di dalam perut kapal terbang. Mak pernah bagi cadangan untuk saya bawa bekal mangkuk tingkat isi nasi dengan lauk AYAM kalau saya naik kapal terbang syarikat itu, tapi saya tahu cadangan mak tak boleh diguna pakai sebab tiba saja di lapangan terbang mungkin mangkuk tingkat saya akan dicampakkan ke dalam tong sampah. Ataupun makanan dalam mangkuk tingkat itu akan licin sebelum saya tiba ke lapangan terbang lagi. Mak kan tahu binatang kegemaran saya adalah AYAM.
Mak, perjalanan 13 jam itu sangat memenatkan. Kalau saya ambil saiz kerusi ikut badan saya, tambangnya juga akan bertambah selari dengan saiz badan saya itu. Saya rasa di setiap kerusinya ada diletakkan timbang kati untuk mengukur beban orang yang duduk di atasnya. Saya pun tak tahu saiz yang dimaksudkan itu mengikut ukuran Eropah ataupun Asia. Kalau Eropah mungkin agak selesa tapi kalau Asia, saya perlu meletak tambahan X lagi di hadapan XL untuk lebih 'extra-extra-longgar'. Kalau ekonomi pilihan saya, saya harap jiran di kerusi sebelah saya kecil dan comel orangnya. Tidaklah saya mahu berjirankan seorang 'gajah' berbaju 'kancil', pasti saya akan lebih tersiksa.
Sebenarnya mak, saya tak kisah pun dengan kesusahan atau kepayahan yang perlu saya tanggung untuk pulang menemui mak dan keluarga tercinta, cuma.... cuma... saya tahu mak akan kata;
"Tak payah balik, membazir duit aje. Mak sihat, abah pun sihat."
Adeh!
p/s - korang, apa lagi. Ambik la peluang naik kapalterbang ni. Tengah ada promosi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
aku akan amik XL, jadi lebih baik la aku amik yang sedia ada sekarang je
kenapa aku baca ceritamu ini sampai senak perutku...ingatkan nak keluar airmata sedih tapi akhirnya keluar airmata kerana aku ketawa apabila terbayangkan dirimu bersama2 mangkuk tingkat yg berisi binatang kegemaranmu itu...wakakaka...bagaimana ye rupanya menjinjing mangkuk tingkat selama 13 jam...waduh! sekali dibuka tingkat2 itu mau senget kapal terbangnya...yg disebelahmu itu dpt amik baunya saja..
aku juga ingin berpesan pada bonda,sesungguhnya mangkuk tingkat itu akan licin segalanya dek aku juga sbb tentunya aku juga salah seorg dr mereka yg menghantarmu ke lapangan terbang...hahaha...(aku tau dalam mangkuk tingkat itu mesti ada karipap gak!)
saper ler sanggup naik air asia 13 jam sampai London,cet mau keras buntot...nak pergi yg domestic pun dok pikir banyak kali,inikan pulak pergi jauh2..x sanggup aku..
tapi seperti kata ibumu itu....
"Tak payah balik, membazir duit aje. Mak sihat, abah pun sihat."
ooohh selamat harijadi bonda...harus ler aku kena tembak ni sebab x tipon dia...'ko jangan ada mempelam baru nak call mak'...hahahaha...waduh..!
jadi balik tak ni?..:)
Selamat hari kelahiran Bonda, moga sehat selalu dan dilimpahi rahmat hendaknya.. :)
Oh oh! Nak balik tak mau deting dengan ai ke? Ke dah habis semua saat/minit/jam/hari/minggu dah dibooking orang.. Haha! :p
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Bondamu yang laser tapi aku suka. ehehehhee ...
salam
aku baru je bukak website tu mlm tadi, dok cari2 tarikh yg sesuai...baru cari je tiket abis, baru cari je tiket abis...so how...
er...elok la duduk kat glasgow jer, tengok negara org puas2 dulu...
beth.
akuatik
tu laaa kalau ada xxxl ngan harga s aku boleh balik kekekeke
elly
hahahaha.. kau memang! mangkuk tingkat tu exclusive aku punya tau. kekekeke
Haaa.... nak mempelam baru nak balik melaka! kekekekeke
zwit
jadi.. tapi bukan sekarang hahahaha
ati
hehehe bonda pun terlupa harijadi dia
Ai nak deting ngan yu, tapi yu terpaksalah menahan rindu lebih lama lagi sebab ai tak balik tahun depan kekekeke
izinni
hanya permata mengenal manikam. eh terbalik kakakakak
beth
tak yah balik aaa... ko jalan puas2 kat sini dulu. Bila lagi? :)
ops aku terpaksa disable lagi komen public. Aku kena spam lagi dgn si ruyom tu
Post a Comment