Baca buku
Update - 24-11-08
Oh! Minggu depan Shah Rukh Khan nak cuti-cuti Melaka. Erk... korang tak nak pi tengok dia terima datuk-ship ke?
Woah! Me friend. It's your birthday today!
Happy Birthday Zurd!
Update - 24-11-08
Posted by khairyn at Saturday, November 22, 2008
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
25 comments:
aku habiskan masa di james weir aja..ataupun st vincent terrace
tu la kau, opis setempat aje.
Aku opis merata-rata. Kat Cineworld tu pun opis aku gak hahahaha
aku....ntah...hehe hehe
aku tengah bayangkan litter bin kat malaya ... hahahahhahha .. meh la gelak sesama aku .. meh meh meh kakakakkakakka
hi adek manes ittewww.. rajin baca buku yerr..
silap silap kene buang plak buku tu
litter... hmmm i wonder.. huhuhuhuhu saya skrng kalau baca selain surat khabar ialah komik conan yg dah smpai siri 62 :D..majalah lain dah xde nafsu nak baca especially dah ada internet ni..all on our fingertips..
ops lupa..still reading novel from jemari seni..huh! dh lama x carik.. any suggestion?
ada org kata novel ayat2 cinta itu hebat..x penah baca pun tapi ye ke..our mmg dah jatuh cinta dgn hasil jemari seni cuma tidak semua toko yg ada.. KLCC pun aru ari ni merewang ngn hubby (6 bulan beb tak ronda KL.ronda KL kecik je =kuchai lama)
Aha! Vista adalah version yang tak laku.. Kekeke..
Salam ryn
Aku ok je...mana aku merajuk. Ni nak mintak jadi warga 'menonyoh' sepital pulak.
Beth.
tong sampah kn tu?
berkampung dekat lab la mcm tu..rumahku labku..:)
MayMay
Eh bukan ke kilangmu opismu? hehehe
ehbukankekaubakalmakmertua
hehehe jom gelak-gelak
sebenarnya gambar tu buat aku pikir "thrash on thrash" tapi tak aci gak sebab bukan semua buku tu buku thrash hehehe.
en me
eh encik me yang glamer ittew. Rajin adik rajin, rajin baca buku, bila besar nanti boleh er... hahaha
king
memang orang kat sini lepas baca dorang akan dispose buku. Samada buang, recycle atau jual kabut hehehe
our
tak berapa sukalah baca komik. Suka nonton "komik" aka anime. Jenih2 magazine pun tak boleh masuk kepala kotak. Rasa macam tak berbaloi jer beli kalau takat tengok gambar, baik tengok tv hahahaha
Buku2 Jemari Seni senang beli online aje. Blh dapat diskaun lagi. Check website www.jemariseni.com. Buku keluaran JS memang lain. Nak rekemen pun susah sebab setiap satu ada daya penarik dan strenght tersendiri.
ati
memang. Lepas tu lembab pulak tu. Apasal la sekarang uni nak guna vista cheh! Huhuhu teringat rumah sewa ai kat Vista Angkasa dulu doluuuu
beth
hehehe bagus.. tahan lasak.
Spital agak susah sket. Try Western Infirmary kot.
Farah
yep, tong sampah yang bersih :)
zwit
kampungku di uni tu banyak. Pepagi kat bangunan GH atau kat Library, petang kat McCance pas tu kalau malam sket lari balik kat Library hahahaha. Nomadic
jadik ke saruk tu datang... dia sibuk kot... takleh datang... hahah..
Macih....
Dapat sms ko malam tu.. tapi ngantuk sesangat takleh nak reply. Has bagitau ada gambar aku kat blog ko nih... gambar tahun bila tuh? dah dekat 9 tahun kot gambar tu. Dlm gambar tu nampak besar, rasanya sekarang aku dah kecik sikit. huhuhuhu.. By the way, macih my dear friend. Aku pun rindu kat ko gak..
Zurd.
aku nak tanya saper gambar kat sebelah ko ni zurd, takkan makcik kat glasgow nun..sekali tgk cam dia,dua kali tgk pun cam dia...hehehe...
balik ler weiii meraikan kedatangan datuk shah rukh khan ke kampung halamanmu itu...segerombolan kapal terbang ler yg datang khabarnya..biasa ler kan,kap lam ni kalau menari atas keretapi pun panggil sekampung inikan pulak benda2 camni kan,mendung gelap ler melaka minggu depan... :p
lupa lak....
HAPPY BIRTHDAY ZURD... :)
kiranya ucapan aku ni kena pusing Glasgow dulu baru sampai KL balik...kwang kwang kwang
elly,
Makcik gelasgo tu ler ... sapa lagi. tapi 'figure' tu kira kira 9 tahun dulu ya.. tengah hanimum kat negeri jelapang padi, makan kat restoran berputar alor setar, menyedut udara kat kaki gunung jerai, menikmati pemandangan sawah bendang... kan honey kan..
zurd & Elly
apa daaa zurd, ko lupa ke gambar ni ambik kat mana? Tu kan kat Frasers Hill laaa bukan kat kedah nuu... mana kita ada ambik gambar togeder geder kat kg titi akar tu hahaha. Nyway yang kat sebelah hang tu Nit laaaa.. Dah lupa la tu ish hang dah tua kakaka
Haah la aku lupa daaaa.. sah aku dah tua...
-zurd-
cet...apa daa ko zurd, camne kawan sendiri leh lupa lak nih..ayoyoo...aku rasa makcik tu kan 9 tahun dulu pun tak se'slim' tu ler...wakakaka...aku ngata ko nih makcik glasgow...:p
mmg selalu online jemari cuma yg x syoknya x suka terima parcel kat opis ni.rmai yg bz body, i ni low profile wakakakakaka
Salam kak,
Malaysia kan boleh.
Hm..
Ntah la..
Apa yg boleh..
si bibir merah?
Hehe..mungkin pakai lipstik.
tu la aku dok heran ... time bila pulak orang gelasgo dok selim semacam je. hahahhahaha .. padahal masa tu aku rasa masih dan tetap mampat dan seksis. huhuhuhu ..
Post a Comment