SIF
Pertama-tama, kalau anda melompat-lompat blog Melayu di Glasgow mungkin ramai bercerita pasal salji yang turun. Yep, hari ni hari kedua salji nipis turun dan suhu (sekarang kat komputer aku tulis -3) di bawah paras beku. Memang sejuk sangat-sangat. Jalan pagi tadi pun memutih saja, langit pun berkabus.
Yang menarik hari aku hari ni, adalah aku kerja ohhhh... biasa aje. Tapi lepas kerja, tu yang agak luar biasa. Hari ni aku hadiri persidangan Scottish Islamic Foundation di Hampden Park. Sidangnya bermula pukul 10 pagi dan berakhir jam 7 malam, tapi sebab aku bekerja aku cuma dapat hadiri selepas pukul 4pm. Alhamdulillah, aku dapat hadiri workshop yang terakhir. Berkenaan Media dan Islam. Mulanya aku join workshop ni sebab nak buat preparation untuk final essay aku untuk kelas Journo tapi not fair kalau aku kata aku tak enjoy keseluruhan workshop tersebut. Apatah lagi salah seorang speaker adalah seorang profesor dan activist prolific Dr Tariq Ramadan.
Dr Tariq ni memang terkenal di Eropah dan USA. Pendekatannya pada Islam, ada yang kata agak moden atau sekular dan lari dari tradisi Islam. Sebab ni dia kurang disenangi di negara yang mejoritinya Muslim. Lagipun dia cucu Hassan Al-Banna (Ada peminat Hassan Al Banna di sini? :)) Bagi aku pendekatan dia pada Islam dan Muslim sangat mudah sebab tu aku pun suka dia. Dia kritik komuniti Muslim yang menurut dia suka knee jerk response, defensive, passimist and not proactive dalam menyelesaikan kemelut imej Islam dan Muslim yang sudah diburuk-burukkan di mata dunia. Dan yang paling penting sekali komuniti Muslim menurut Tariq adalah pemalas. Which I agree wholeheartedly.
Kemudian, ada pula speaker ColinMcIlroy McCallum Media Monitor yang bentangkan statistik tentang ketidakadilan pandangan media di UK dan Scotland khususnya tentang Islam dan Muslim. Dia bentang statistik tentang peratusan penggunaan perkataan terrorist dalam berita. Spekaer dari BBC, Arifa Farooq pula argue yang wartawan menyebarkan maklumat. Ada satu-satu isu itu harus diberitahu pada penonton. Masalah penonton punya tanggapan sendiri bila melihat/mendengar/membaca berita. Isu pemilihan kerjaya juga disentuh tadi. Keluarga Muslim terutama di UK ni terlalu menekan anak-anak supaya memilih kerjaya popular i.e doktor, peguam, jurutera tetapi kurang dalam memberi peluang anak-anak untuk cuba-cuba bidang lain yang berbentuk kebudayaan dan kesusateraan. Natijahnya kita tidak pandai dalam soal hubungan kemanusiaan, PR dan media untuk promosikan agama kita dan membidas anasir-anasir yang memburukkan Islam dan Muslim.
Jadi tadi, aku rasa workshop tentang media matters sudah mencapai sasaran perbincangan. Ia meliputi segala aspek, dari keagamaan, tradisi, budaya, hak asasi dan juga pandangan media sendiri. Cuma yang agak terkilan masanya sangat singkat. Lima speakers dalam masa sejam saja. Sesi soal jawab pun terlalu pendek.
Sidang Scottish Islamic Foundation di adakan setahun sekali saja, dan tahun ini tajuknya "Scottish Muslim Futures" membentangkan 14 kertas kerja merangkumi aspek, Global economic crisis, media, health, sport, enterprise, policing, families in crisis, youth, scouting, education, environment, women, the peace movement and the role of mosques.
4 comments:
aku minat hassan albana....
pendekatan dia besttttttttt
cucunya aku tak tau la..tak ikut sgt.
apapun Islam itu memang perlukan kepelbagaian bidang...kita telah di garis kan tentang fardu kifayah..setiap muslim mesti mempraktikan kebolehan memasing supaya kita tak bergantung dng alkafirun....
*** JAKIM jual agama...berapa harga logo HALAL jakim?
salam,
it has been a long time since i came to your space.
the forum sounds fun!
the snow too!!
(^_^)
salam...
akak dear, rindu la entry jiwang2 gitu dari akak:)
owh, btw baru je isu ni dibincangkan dalam kursus kerjaya adik2 lepasan spm aritu..
kita juga kekurangan profesional dlm bidang makanan...untuk meredakan kekusutan kod E..
miss u...juta2!
hi marka...
Salam Aidil Adha :)
Post a Comment