Tuesday, December 29, 2009

Jujur


sumber : http://i1.trekearth.com/photos/21533/sco_112.jpg

Aku ada satu azam utama untuk tahun baru... Untuk dua-dua tahun baru Islam (1431) dan juga tahun Gregorian 2010. Semoga hati ini tidak dibolak-balikkan.

Bukankah perubahan untuk sesuatu yang baik itu sangat penting?

Doakan aku ye.

Monday, December 21, 2009

... dan salji pun turun ....

Selamat berada di tahun baru Hijriah 1431.

Rata-rata blog dari UK mesti bercerita pasal cuaca. Yep! Sekarang ni UK sedang dilanda salji, termasuklah di Glasgow. Ini yang buat ramai Melayu kat sini teruja sebab Glasgow jarang sangat salji lebat, apatah lagi dekat-dekat nak Krismas ni. Selalunya kami akan terima salji bila dah dekat-dekat nak masuk musim bunga. Aku selalu andaikan salji kat tempat ni macam kahak keras (hahahahaha). Selalu batuk, tapi tak keluar kahak. Dan selagi tak keluar 'kahak' ni selagi itulah batuk. Selagi tak turun salji walaupun sikit, selagi itulah cuaca sangat sejuk. Begitulah kiranya!

Tahun ni, ramai juga kaki judi betting kami akan terima salji pada Hari Natal atau tidak. Berkemungkinan akan terima, berkemungkinan juga tak. Kita tengok ajelah nanti. Kalau lebat, dan tebal, nanti berbondong-bondonglah yang turun ke padang main sledge. Seronok tu. Aku suka tengok orang main salji ni tapi aku tak berapa nak minat nak bermain sama sebab dog lovers kat sini tak senonoh. Anjing depa dibiarkan melepaskan kumbuhan di merata-rata tempat dan tuan tak de pun nak scoop their dog poo dan buang di tempat sepatutnya. Eeeek.. geli. Najis mughalazah huhuhu.



Sabtu - Itik-itik masih lagi gembira berenang-renang kat kolam Binghan ni.


Sabtu - Kesian depa, tak dapat berenang-renang sebab air kolam dah beku


Sabtu - Ingatkan dia ni dah stuck, tapi sebenarnya tengah chillax!


Ahad - Tinggal tempat kecil ni aje yang masih tak beku. Thanks to the swan who chipped the ice with her/his beak.


Kalau salji turun lagi dan cuaca di bawah paras beku, kolam ni boleh jadi tempat ice skating kot. Tapi, la ni penuh dengan burung-burung ajelah huhuhu


Ahad - Kolam yang sudah beku.


SALE
Kedai buku Borders kat UK ni dah nak tutup jadi sejak beberapa minggu lepas depa dah buat jualan murah. Potongan harga sampai 60%. Naik juling biji-biji mataku. Untuk beberapa hari ni memang aku ulang alik ke Borders ajelah. Esok hari terakhir depa buat jualan murah. Sejak dari hari Sabtu hari tu semua buku dah turun sampai 80% hahahaha... Seronok tak terkata. Macam biasalah aku akan cari buku-buku mahal yang dulu aku tak mampu nak beli. Paling mahal aku beli buku dengan harga £29.99. Bayar? hihihihi tak sampai £6. Seronok? Sangat-sangat seronok.


Buku-buku yang dibeli sepanjang SALE

list -
  1. American Idol After IRaq: Competing for Hearts and Minds in the Global Media Age. Nathan Gardels and Mike Medavoy. Wiley-Blackwell, UK (2009)
  2. The Quest for Radovan Karadzic. Nick Hawton. Hutchinson, London (2009)
  3. More Dangerous Ground: The Inside Story of Britain's Best Known Investigative Journalist. Roger Cook. HarperCollins, UK (2007)
  4. The Historical Atlas of World Railways - 400 Maps and photographs chart. The networks dan span the world. John Westwood. Cartographica Press Book, London (2009)
  5. Government: Policy and Management in Local Authorities 3rd Edition. Howard Elcock.Routledge, London (1994)
  6. Shooting the Messenger: The Political Impact of War Reporting. Paul L. Moorcraft and Philip M Taylor. Potomac Books, Virginia U.S (2008)
  7. Islam's War Against The Crusaders. W.B Bartlett. The History Press, UK (2008)
  8. The Secret Life of War: Journeys Through Modern Conflict. Peter Beaumont Harvill Secker (2009)
  9. Reflections on the Revolution in Europe: Can Europe Be The Same With Different People In It? Immigration, Islam and the West. Christopher Caldwell. Allen Lane, UK (2009)
  10. Soldiers of Salamis. Javier Cercas (translated from the Spanish by Anne McLean). Bloomsbury Publishing, UK (2003)
  11. Atomic Bazaar: Dispatches From The Underground World Of Nuclear Trafficking. William Langewiesche. Panguin Books, UK (2007)
Yang tak de dalam gambar:
The Peoiple on the Street: A writer's view of Israel. Linda Grant. Virago Press, UK (2006)




KAHWIN
Akhirnya kawan baik aku sejak dari sekolah tingkatan 2 dah selamat menikah. Selamat Pengantin Baru Zurd dan Leman. Semoga jodoh kalian kekal hingga akhir hayat. Semoga tenang dan gembira hidup berumah-tangga. Aku doakan yang baik-baik untuk dia.


Mummy with her daughter love struck
Gambar - ikhsan Izinni

Sedih juga tak ada bersama meraikan hari bahagia dia. Tak dapat nak peluk-peluk dia. Nak gosip on her last day of being single. Tapi, aku tetap gembira. My mummy dah tolong pelukkan and kiss kiss anak angkat dia batting eyelashes

Friday, December 11, 2009

What did I learn this past year?


A lot.
Perubahan kepada untuk menjadi lebih baik. Proses yang perlahan tetapi tetap positif. InsyaAllah.

Tak sampai beberapa minggu lagi kita dah nak masuk tahun baru. Bulan depan. Ulangtahun (boleh ke dikatakan ulangtahun?) setahun ayahanda pulang ke rahmatullah. Rasa sekejap sangat dah nak masuk setahun. Rindu? Sangat!

Tahun depan juga aku masuk semester 2 untuk tahun penghabisan. Sekejap aje dah nak dekat empat tahun aku belajar. Tak sangka. Masuk semester 2, hidup aku akan lebih tunggang langgang tapi harapnya tetap selesa. Jangan lupa untuk selalu muhasabah diri.

Jadi apa yang aku belajar sepanjang tahun ni?
  • Aku sudah kurang prejudis tapi aku masih lagi sinikal.
  • Masa depan aku masih kabur tapi aku enjoy hidup dalam keadaan sekarang.
  • Agama terjaga apabila aku berada di kalangan kelompok orang yang tidak beragama.
  • Aku sangat bangga dengan diri sendiri tapi aku tak boleh riak atau takkabur.
  • Aku rasa rendah diri sangat-sangat tapi aku tak boleh diinjak kepala.
  • Minum air kosong dengan banyaknya (baik untuk kesihatan diri)
  • Minum susu segar tiap hari (baik untuk otak)
  • Minum air oren - separa segar (baik untuk tambahan VitaminC)
  • Berjalan kaki (baik untuk kesihatan dan baik untuk alam sekitar)

Dan pelajaran yang paling penting

Kurang komplen.
Suhu sejuk baik untuk mengurangkan emosi marah aku hahaha!

Rezeki itu kurniaan Allah yang melimpah ruah. Aku kena berusaha. Setakat mana usaha aku, setakat itulah rezeki yang aku dapat. Bila dah dapat rezeki tu, jangan lupa pula berterimakasih padaNya. (Peringatan untuk diri sendiri)

Aku selalu bayangkan, menikmati rezeki Allah itu ibarat menimba air di laut. Kalau gayung kita besar, banyaklah air yang kita tampung, kalau kecil gayungnya, sikitlah kita dapat. Itu belum lagi kalau gayung kita tak kira besar atau kecil tiba-tiba aje banyak lubangnya.. hah! Sendiri mau ingatlah kan.

Perubahan?
Aku rasa memang banyak perubahan yang positif yang aku lalui sekarang walaupun prosesnya agak perlahan. Lebih tenang, lebih gembira rasanya. Apa taknya dalam ciput-ciput duit yang ada, err... masih lagi boleh tersenyum makan ayam hahaha

Katakanlah (Muhammad) 'Jika kau mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah maha pengampun, Maha Penyayang. (Surah Al-Imran: 31)

Aku mungkin bukan orang yang tinggi ilmu agama dan aku tergolong dalam orang yang sangat malas pergi usrah (dari zaman sekolah menengah sampailah sekarang). Semalam pun dah ponteng kelas Fiqh huhuhu. Aku pelajar pendidikan sekular hahaha.. Jadi aku mencari kebesaran Allah melalui Sains. Aku suka siri David Attenborough - Life.
Hanya Allah yang tahu, bukan?

Wednesday, December 02, 2009

Perihal nama

Kawan aku si Frenchie tak jadi dok buat teka nama anak kat blog dia. Anak lelaki dia lahir pada 10 Zulhijjah bersamaan dengan Hari Raya Eidul Adha. Alhamdulillah ibu dan anak sihat-sihat aje. Memandangkan lahir pada hari kebesaran ni, aku teka anak dia nama Aidil Adha tak pun Qurbani. Nampak gaya tekaan aku tak mengena. Sesiapa yang nak teka nama anak dia, silalah ke blog dia ye.

Citer pasal nama ni, tadi ada sesi suai kenal dengan 'orang-orang' baru dan lama di Sumsa. Saja jer majlis untuk sisters kat sini. Sambil-sambil mengeratkan silaturrahim dan memperkenalkan Sumsa dan aktiviti-aktiviti untuk muslimah. Biasalah mesti ada sesi suai kenal err... taaruf gitu hahahaha.

Aku bab-bab nak mengenalkan nama dengan geng-geng Arab ni memang lemah sungguh. Bukan apa, tiap kali kita perkenalkan diri mesti depa akan fikir apa maksud nama kita. Kalau nama orang tu Nur.. oh depa akan kata light, cahaya la tu. Fatimah, wah nama isteri Rasulullah s.a.w Aisyah pun nama isteri Rasulullah s.a.w.. kira semua tu nama yang baik baik kan? Terpegun aku.

Tapi, bila tiba masa aku pulak kenalkan diri, masing-masing mesti tercengang.

What does it mean?

It doesn't mean anything.

Nothing?

Not even in Malay language?


Nothing.

There must be something interesting that made your parents gave you that name.


As far as I know, it carries no meaning.


Sedih...

Yep, nama aku tak de maksud apa-apa dalam Bahasa Arab mahupun dalam bahasa Melayu. Udahlah ejaan pun bukan ejaan bahasa Melayu baku, tapi itulah nama aku. Lima abjad je. Kalau buat name tag tu memang rugi ajelah. Ciput, dok kat tengah-tengah. Tapi lebih satu abjad la dari nama kawan aku sorang ni. Nama dia JURA huhuhu. Tapi, biasalah kan, orang Melayu. Dalam dah pendek-pendek tu, tetap dipendekkan lagi. Dari dua suku kata, panggilan aku jadi satu suku kata jer. Tapi, tak pe. Satu suku kata tu reserve untuk kawan-kawan rapat aku kan kan kan?

Tapi err... siapa kata nama aku tak de maksud. Tak de sejarahnya. Yang paling best aku jumpa takat ni, nama aku ada kaitan dengan pokok yang tumbuh melata kat tempat /lokasi Hanuman atas perintah Dewa Rama mengalahkan hantu (demon) jahat. Pokok-pokok yang tumbuh melata tu namanya Arni (yang berkemungkinan menjadi asal usul nama tempat Harni di Gujarat). Dan sekarang ni ada sebuah kuil yang terkenal kat situ. Cayalah!


Jadi kira nama aku bersempena pokok Arni ni lah. Perkh! Merimbun you!

Well, apa pun Allah knows every language he creates and Your name is the first gift your parents ever gave to you. So cherish it!

P/s - oh tadi pi tengok wayang Paranormal Activity. Best gak.

Sunday, November 29, 2009

Cerita Babi dan Kasut


Oh oh ternampak sesuatu ketika selesai solat Eidul Adha hari Jumaat lepas.

Babi

Bukan binatangnya, tapi kulitnya selepas diproses. Yang dibuat alas kasut. Yang ada tiga dot macam piramid tu.

Waktu aku sedang nak menyarung kasut Umbro-ku yang dah capuk-capuk tu aku terpandang sepasang kasut kulit warna hitam bertumit yang diletak di sebelah rak kasut. Bahagian dalam kasut tu menarik perhatian. Tiga dot berbentuk piramid. Sah! Kulit babi.

Haish! Aku tunggu punya tunggu, tuan kasut tak muncul-muncul. Jam dah menginjak hampir ke 10.40am dan aku ada kelas pukul 11am. Macamana ni? Tanya sisters, kenal tak kasut siapa tu, mereka pulak tak faham bahasa Inggeris. Haish!

Hendak tak hendak aku keluar ajelah dari Masjid. Semoga Allah ampunkan dosa aku.

Mari kita sentuh satu isu di sini. Tanggungjawab.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun.

Maka, sudah menjadi tanggungjawab mereka yang ada pengetahuan berkongsi pengetahuan itu dengan yang tidak tahu. Kita semua sudah sedia maklum. Juga menjadi tanggungjawab mereka yang tidak tahu untuk belajar supaya lebih tahu dan berpengetahuan. Sayangnya aku tak dapat nak berkongsi pengetahuan dengan si empunya kasut, sebab tuannya tak muncul-muncul dan waktu yang mengekang.

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Qs. Ali-Imraan [3]: 104).

Ingat ye adik-adik. Hati-hati kalau mahu memilih pakaian atau aksesori. Kadang-kadang kita terlepas pandang atau ambil enteng bahan-bahan yang digunakan. hanya sebab barang-barang tu cantik dan menarik, hip dan up to date. Jangan suka buat derk atau tak mahu ambil tahu, nanti kita yang rugi. Pergi solat sunat Eidul Fitri atau Eidul Adha yang datangnya setahun sekali untuk rebut amal ibadah tapi pakaian yang kita gunakan tu pulak mempunyai najis mughalazah. Haish!

Ohkek, kami nak pi beraya. Tata!

Thursday, November 26, 2009

Salam Idul Adha

Salam Idul Adha untuk semua.

Sunat berpuasa hari ni 9 Zulhijjah tapi jangan pulak puasa esok pas tu sambung plak puasa lagi huhuhuhu.. Kang ada plak yang terlebih rajin terlajak puasa sampai hari Tasyrik huhuhu. Bahaya tu.
Ada yang kerjakan ibadah korban ke tahun ni? Semoga ibadah korban mendapat barakah dari Allah.
Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”.(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim

Highland Coo





Tuesday, November 24, 2009

Cerita Porno

Wow!
Dah selesai 2 esei dan selamat dihantar semalam. Biasalah budak sekolah, esok nak hantar malam tu baru nak buat jadinya tidur pun 2 jam jer la kan. Dah tu malam tadi pun macam malas nak tidur awal - pakat dok tengok DVD huhuhu. Tapi, idaklah aku tengok cerita porno. Hahahaha! Buat apa nak beli DVD porno kalau boleh dapat free kat TV (jap.. jap aku bayar servis TV kabel jadi tu pun bukan totally free kan?). Eh! Bukan aku tengok cerita porno kat TV, err... aku belajar pasal pornography. Tapi kan... kan... bukan aku belajar nak berlakon cerita porno mahupun buat filem porno (gue boleh kaya kalau jadi penerbit porno ek? Lepas tu buat strategi pemasaran, branding, merchandising plak. Step aside Mr Hugh Hefner! huhuhu.. boleh jadi peniaga berjaya gittew!)
Anyway!
Aku memang belajar pasal Porno huhuhu. Lecturer untuk kelas Sosiologi Media aku tu suka sangat atau dah obsesi agaknya dengan topik porno ni sampai buat 3 kelas khas untuk porno dalam budaya popular. Bayangkan ler enam jam belajar pasal porno aje. Nasib baik dia tak ajar pasal sudut kamera ke, nak cari pelakon ke, strategi pemasaran ke, nak kira untung ke huhuhuhu... Ni dok tayang gambar pas tu kita bincang ye, yang tu porno ke tak. Yang ni art ke tak? Dah tu citer plak peranan porno tu dalam media. Jenis-jenis porno; yang tu gambar, yang ni cerita. Yang mana literature yang mana tak. Siapakah orang akademik yang bincang pasal porno ni. Adeh!
Dalam kelas tu udahlah ada macam-macam peringkat umur. Dari yang muda sampailah yang dah terlebih matang. Kawan aku yang paling muda bisik kat telinga 'it's like watching porno with your dad' (Dad tu dia refer kat kawan aku yang sorang lagi - si John). Aku? Dah disua kat depan mata tu.. tengok aje la. (Alasan-demi sebuah perjuangan pendidikan!) Tapi tak adil la kalau aku kata aku tengok porno in the truest sense. Tidak ada aksi-aksi lucah yang ditayangkan. Percayalah! (hahahaha)

Memang la tiap kali dia masuk jer semua orang dah macam merungut. Nak kena belajar porno lagi ke hari ni? huhuhu. Udahlah tahun pertama dok tengok Louis Theroux Weird Weekends. Pasal Porno jugak - Industri Porno. Adeh. Lecturer yang ini lah yang lecturer sorang lagi dok gosip masa kami habis sidang kat Scottish Parliament Khamis lepas. Isu hari tu 'tang mana akademiknya pasal porno ni?' Jadi sesi kutuk mengutuk diteruskan dengan jayanya bersama-sama secawan kapucino.

Kutuk-kutuk pun, lecturer yang obsesi dengan porno ni lah yang jadi supervisor untuk dissertation aku. Antara dia ngan aku, dia lagi cool jer. Kata kat aku yang aku masih punya banyak waktu untuk menulis masa kami sembang, borak macamana nak approach tajuk dissertation aku pasal tanggungjawab media di Malaysia huhuhuhu.. Aku rasa aku salah ambik topik kot. Patutnya aku pilih pasal porno dan media kan? Dah tentu dia akan lebih teruja dan aku mesti dapat markah tertinggi kwang kwang kwang

Anyways lagi sekali. Hari ni...

Happy Birthday Zurd!

Friday, November 20, 2009

Ya Ampun

Minta maaf banyak-banyak sebab lama dah tak berkongsi cerita. Ada 2 esei yang kena hantar Isnin ni dan masing-masing 3,500 perkataan. Lepas tu nak kena sediakan pelan untuk dissertation dan borak-borak lagi dengan lecturer/supervisor (ohhh.. semalam sudah bergosip pasal lecturer ni - nanti cerita)
Hari ni kita cerita sedikit pasal pronounciation atau sebutan.
Tomb Raider - bunyinya adalah tumb reider ye adik-adik
Sambil buat kerja tadi sambil dengar Sinar.fm lalui web. Dengar berita yang disampaikan oleh Iswan (Izwan?) Samad. Konsentrasi mendengar dalam 30 peratus, tapi ada satu yang menarik perhatian.
Berita mengenai seorang banduan rakyat Malaysia di Australia yang ditolak permohonan parol (parole) [sistem di mana banduan boleh memohon untuk dibebaskan awal tetapi pergerakan mereka diawasi oleh pegawai parol]
Dalam Bahasa Inggeris sebutan parole adalah pê-rol
Ejaan dalam Bahasa Melayu mengikut Kamus Dewan Bahasa adalah Parol maka:
sebutannya sepatutnya adalah pa-rol
Kalau nak ikut sebutan bahasa Inggeris pun boleh tapi sebutlah pê-rol. Bukan pei-rol.. tu dah jadi macam payroll, tu dah jadi gaji dah tu, huhuhu. Erk, Tak semestinya huruf A dalam American-English itu berbunyi a-ei ye. Adeh!
Oh! Hari ni dapat gaji. Yahuu!
Oh maafkanlah daku yang sudah mengong, tiba-tiba nak membetulkan sebutan orang pulak huhuhuhu

Friday, November 06, 2009

Sejuk macam mentos... ye ke?

Cik Som yang sama-sama Fall-ing. Lahai, Cik Som, 4 musim gak kamu ye?


Stress level?
Sudah berada di bawah paras bahaya.
Yep aku dah cool sikit. Dah mula organise kerja. Walaupun dalam hati macam nak sangat-sangat berhenti kerja kat spital tu... (minah baju biru tu yang buatkan aku rasa stress kerja kat situ). Tapi kena cekalkan hati. Kena buat derk aje dengan dia. Kata-kata semangat hari ni - don't let her ruin your day! Turun... turunkan stress level.. *sigh*
Tadi pi jumpa dua orang head of department - English Department dengan Sociology Department. Akhirnya atas auta dan sikap positif yang aku persembahkan di hadapan lelaki-lelaki penting tadi, keputusannya - aku dibenarkan terus belajar hahaha... Tapi tak ada extension untuk assignments cuma kata mereka we understand and will put into consideration of your present situation. Dalam kata lainnya - aku bakal dapat markah kasihan. Okaylah tu. Yabedabedoo!
Anyway, semalam adalah hari yang penuh aktiviti. Pagi kerja, lewat pagi pi kelas sampai pukul 1 tengahari. Pas tu pi solat zohor, pas tu pulak pi shopping kasut. Huhuhu... kasut untuk winter aku dah berlubang sana berlubang sini. Kalau hujan stokin aku basah dan kaki aku kesejukan.. Pathetic! Awal pagi semalam aku terlepas bas sebab mencari boots aku la.. Sayang pulak nak lenjan boots merah tu.. jadi memang kena beli kasut sukan yang baru. Yang tak basah kalau kena hujan dan yang murah.
Aku nyampah pi shopping sebenarnya sebab aku susah nak buat keputusan. Kalau pi beli buku tu aku sukalah sebab aku memang tahu apa yang aku nak. Tapi kalau shopping benda-benda lain ni aku seriau. Sebab apa? Sebab sebenarnya aku high taste kekekeke.. Nak pi beli kasut sukan pi tengok jenama Nike, Adidas, Reebok sampai ke Rockport pun aku belek gak. Jenama Karrimor pun aku suka tapi tu lah harganya semua melebihi £20 huhuhu... Tak nak plak tengok jenama Lonsdale hahaha. Tapi cuci-cuci mata tak salah kan?
Ok.. jauhkan diri anda dari jenama-jenama besar ni huhuhu.. Tengok ada satu kasut ala Karrimor namanya Campri. Kaler coklat, harga dalam £14 ok la kot. Tapi, jenis materialnya macam boleh membasahkan jari-jari kaki di kala hujan.. huhuhu.. letak baliklah...
Akhirnya aku pilih yang ini. Eh gambar mana? Sat lagi la kot
Tempat ni je yang selalu ada jualan murah huhu

Macam ni pun £15. Kita tengok tahan berapa lama aku lenjan nanti.

Jenama Umbro. Hitam, bolehlah bawak pi kerja kat spital (malas, malas, malas - *sigh*). Harga? £15. Bolehlah. Huhu.. kalau kat Malaysia aku beli kasut Power tak sampai RM50. Tapi, nak buat camner, nak angkut balik pun tak lepas... beg penuh daa...
ops sambung nanti - kelas dah nak setat!

ops sambung, lepas balik keja nanti...

Tuesday, November 03, 2009

Melepasi bumbung

Hari ni sebenarnya stress level dah memang melompat through the rooftop. Tapi, macam biasalah orang hipokrit macam kami ni mana nak tunjuk yang kitaorang ni sebenarnya tengah stress gila. Nampak aje sengih sana sengih sini, tapi dalam hati ya Allah! Macam nak terkopak dah jiwa raga ni. Tambah lagi dah rasa rindu sesangat nak solat, nak mengadu (okay, okay, fitrah seorang perempuan ya!)

Bekal nasi hari ni (yang dah bercampul gaul tertonggeng sana tertonggeng sini)
Nasi putih, tumisan sayur campur, janggut sambal dan kicap. Yum! (chef cik mimi)

Macam biasalah masalah aku, masalah belajar aje. Cuma sekarang ni status aku sebagai pelajar macam kabur lagi. Tang Journalism Department tu aku dah settle kan dah, sekarang ni Sociology masih tak tentu arah lagi. Aku dah emel head of department tapi sampai sekarang tak dapat jawapan. Kang tak boleh sit for exam kang aku gak yang susah... adoi!

Yang kedua of course lah masalah assignments aku. Ada dua yang aku dapat extension date. Tadi aku dah rasa macam nak tarik-tarik rambut sebab aku tak tahu nak buat macamana. Mungkin sebab resah sangat sampai aku tak nampak the obvious solution. Soalannya :
Using digital sources (i.e blogs, discussion groups, twitter etc) identify a potential fresh NEWS STORY which has caught your attention. Write a report of between 500-750 words explaining: What the story is? How reliable your digital sources are? How you would then research it further?

- Jenuh aku dok menggodam blog sana blog sini, tengok discussion groups kat Glasgow, pas tu dok garu-garu kepala. Camner ni? Aku nak buat news apa? Dua hari mencari tak dapat jawapan. Kes apa nak buat ni? Tetiba tadi baru ilham mai... adoi....
Ilham - nasib baik ada orang mati minggu lepas. Boleh la buat story pasal dia. (Dah kering balik dah kot hati aku ni)

Soalan ke 2:
Listen to a radio documentary or watch a television documentary (of at leat 30 mins duration) and then write a report in form of BLOG about it: What the programme was about? What the main revelations and arguments were? Whether it 'delivered' solid journalism or not? Your report should include links to relevant sites connected to the issue and should be approximately 500 words in length.

- Blog, tak de hal. Aku selalu tulis blogkan? Boleh je. Issue plak? Perkh nasib baik hari tu aku ada tengok documentary pasal racism. Memang boleh buat pasal ni lah. Masalahnya 500 words jer. Macamana nak concise kan benda ni? Adeh! Kena ada sites connected dengan issue ni plak. Perkh.

Kerja plak
Kan aku dah beritahu pasal supervisor aku yang gila spera tu. Minggu lepas dia tak bagi aku kerja pas tu plak dia siap kata kat member aku sorang lagi manager mungkin tak nak bagi aku kerja lagi kat situ sebab aku ponteng 2 minggu. Hahahaha... Dia ni dah boleh masuk dalam soalan assignment aku no 2. RACIST. Memang dia ni tak berapa suka pendatang kerja kat situ, kalau boleh nak orang dia aje kerja. Aku faham. Kat Mesia pun macam tu gak tapi tu la dalam faham-faham tu pun aku tetap sakit hati.
Mimi dah dok usha aku soh berenti kerja weekend. Dah dua tahun lebih aku asyik kerja weekend jer, mehlah rehat kat rumah time weekend. Hahahaha... jawapannya kalau aku berhenti kerja weekend ni dia akan membantu meningkatkan masalah yang seterusnya...

Masalah kewangan.
Sekarang ni aku cuma ada kurang dari £50 dalam bank dan keadaan ini akan berterusan sehingga Jumaat depan. Tapi tak pe, ada lagi cash kat tangan.

Percaya tak?

Silalah percaya.

Stress level aku sekarang? Bak kata kawan aku tadi yang sama-sama stress dan tiba-tiba mahu mengajak aku bershopping mengurangkan stressnya - " Stress aku dah nak cecah alang rumah."

Monday, November 02, 2009

Perihal solat

Nak tau kenapa aku suka balik Glasgow?
Sebab mudah nak solat.
Jawapan yang hampeh kan? Walaupun hampeh tapi benar.
Bukan apa, adalah satu kejadian ni semasa aku kat tanah air yang menyebabkan aku rasa (budaya) kita telah 'melecehkan' sesuatu yang wajib tu. Begini...
Pada suatu hari, sewaktu aku berjalan-jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur hendak menyelesaikan isu visa aku tu, tibalah waktu zohor. Aku ada dua pilihan waktu tu, nak solat jama' takdim atau takhir. Aku berkeputusan selesai urusan kat visa centre tu aku nak jalan-jalan kat KLCC dan solat terus di sana.
Dipendekkan cerita, aku dengan gembira suka ria masuk ke surau KLCC tu. Bekal solat aku cuma stokin hitam dalam beg aje. Memang kalau dulu, mana-mana aku pi mesti ada beg telekung dalam beg sandang aku, la ni aku cuma bawak stokin aje. Selesai berwudu' aku terus sarung stokin dan bergumbiralah berdiri dan hendak bertakbirratul ihram. Tetiba ada satu makcik ni dok cuit bahu aku, dengan suara yang aku kira agak kuat gaklah suh aku ambik telekung.
Alaa... makcik ni.. aku pun menolak dengan baik. Tak pe makcik, baju ni pun dah menutup aurat dah. Oh! Tidak, makcik tidak mahu mendengar alasan aku. Sebijik macam cikgu HEM sekolah menengah aku dulu. Tegas, tak nak dengar alasan. Ceh! Ye ye.. makcik tu membuatkan aku terkenang masa aku kena marah dengan cikgu HEM masa zaman sekolah menengah. Ceh! Apa cerita agaknya cikgu HEM aku dulu tu ye? Masih membela kucing-kucing lagi ke tak? huhuhu
Anyways, dipendekkan cerita yang tiba-tiba ni jadi panjang, aku terpaksalah mengalah dan mengambil telekung wakaf yang diletakkan kat situ. Eeeiii!!! Kenapa kuning dah? Bau pun tidak menyelerakan. Rasa macam nak menitik air mata ni tau!
Aku tak tahu apa salah aku. Sedangkan aku pakai baju lengan panjang (over panjang pun lengan tu), seluar pun warna cerah. Kalau kotor tu memang sah-sah akan nampak. Mana ada kotor pun, pakaian aku baru dibasuh dan baru dipakai paginya. Baju tu saiz XXL bukan S, seluar pun bukan ikut batang kaki, longgar, berangin. Aku pun bukan jalan kaki, naik kereta, naik lrt. Setokin aku pun mangi jer.. bau sabun. Tudung aku cukup panjang gak. Jadi tang mana yang menyebabkan aku perlu gak memakai telekung yang dah warna kuning kat dagu dan bau kurang menyenangkan tu?
Ni yang menyebabkan aku rasa kenapa kita nak susahkan sesuatu yang mudah tu?
Kat sini kalau dah keadaan terdesak, aku cari aje sudut yang tak ada orang, bentang jaket jadi sejadah dan bertakbirratul-ihram dengan jayanya. Cubalah kalau aku buat kat tepi pokok kat KLCC tu, mesti kena halau masuk masjid atau musollah.
Tapi kang mesti ada orang kata, dah ada masjid ngan musollah tu pi lah solat kat sana. Buat pa nak solat tepi pokok. Perkh! Katanya negara Islam tapi kenapa kena ada tempat-tempat tertentu nak solat? Asalkan bersih, boleh aje, kan?
Pernah tak korang solat kat tempat terbuka? Feeling dia lain tau. Rasa dekat sangat dengan alam sesangat. Sayu...
Aktiviti pagi tadi
Pukul 5.30am dalam keadaan yang gelap dan berangin kuat. Aku ngan cik Mimi sudah melakukan projek membuang tilam yang telah menyemakkan setor besar. Aktiviti dibuat sesenyap mungkin untuk mengelak diketahui orang akan siapakah yang telah membuang tilam sepering kotak-kotak biru bersaiz Ratu.
Berjaya!

Wednesday, October 28, 2009

Cerita Balik Kampung

Harap hari ni tak lah jetlag lagi, tapi tahap kemalasan sudah maksimum. Nak kemas bilik pun malas. Nak tido lagilah malas, sebab kang sakit kepala. Ada satu bakul penuh baju cuma aku tak tau tu baju bersih ke baju kotor sebabnya yang kat atas timbunan tu baju-baju akuatik..ya sila jawab ye cik akuatik, tu baju yang kena dimesin atau tidak? huhuhu.

Cik mimi pulak, hari tu dok tanya-tanya bilalah osmet dia nak balik, bila osmet dah balik dia tinggalkan osmet dia sengsorang kat rumah dua malam berturut-turut.. amacam tu? Sila jawab juga ye cik mimi, hehehe

Tadi dah contact kawan-kawan satu kelas, depa pun dok tak sabar nak tau cerita pasal apa aku lambat balik hahahaha.. Nanti ada mood aku ceritalah pasal apa aku lambat balik ke Glasgow. Sebabkan tu jugak aku tak boleh ambil kelas tangan pendek hehe (shorthand) sebab kelas tu kelas intensif dan sekarang dorang semua dah kat modul 14, memang tak terkejar la.. tapi tak pe sebenarnya memang aku in two minds tak nak ambik ke nak ambik. Sebab dah macam ni memang tak leh ambik la jawabnya hehehe. Kena ambil kemudian atau secara persendirianlah jawabnya nanti.

Glasgow sekarang ni macam selalu gak, langit mendung dan dingin. Hehehe... aku tak komplen tapi alhamdulillah tak hujan, kering. Alu tengok orang dah mula pakai jaket tebal dah. Aisey, hari tu balik lupa pulak nak beli kasut sukan sebab kat sini mahal sikit. Kasut sukan yang ada pun dah berlubang-lubang hehehe... kena beli kasut ke ni? Ohkek, esok boleh tengok kat kedai, cari yang murah.
Hari tu balik sini pun dah extra 3kg sebenarnya. Nasib baik mangga mak tak boleh bawak balik, kalau tidak entah berkilo-kilo aku angkut. Yang berat bukan bawak apa sangat cuma buku-buku.. tu jer lah kerjanya. Hantar buku, angkut buku. Huk aloh baru teringat, buku Shamsiah Fakeh ada kat Izinni.. Weh! Aisey tu ada orang nak bacalah plak. But it is a very good book, highly recommended untuk sesiapa yang nak tahu cerita sebenar tentang perjuangan untuk memerdekakan negara juga perjuangan seorang wanita.
Memang lega sesangat dah dapat balik ke Glasgow. Bukan apa, fikirkan ada satu tahun lagi aje nak habis, sayanglah kalau tak dapat kejar belajar ni. Benda ni yang buat nak holiday kat negara sendiri jadi tak berapa nak best. Walau apapun seronok dapat jumpa mak dan kawan-kawan sehati sejiwa ni hehehe.
Jadi apa aktiviti kat Tanah Malaya?
Tak de apa sangat sebab asyik melayan mak aje. Dari hantar dia pi pasar pagi, pi buat paspot dia, pi book untuk umrah dia, pi antar dia untuk aktiviti dia yang lebih padat dari aku hahaha... Nak online jangan haraplah. Super duper slow walaupun aku beli broadband Celcom dan tempat aku ni kira dekat gaklah dengan universiti. Rasa macam nak tarik-tarik rambut jer tunggu loading. Tu yang aku tak dak update blog ka cek emel selalu. Sedey sebab dah biasa dengan internet connection yang laju ni hehehe.Aktiviti tetap pagi Jumaat, kami pi ziarah kubur arwah abah. Perkh yang ni memang tak ada ponteng. Panas ke hujan ke memang wajib pergi. Cuma aku kalau kat sana tak boleh nak nangis la, kesian kat mak. Tapi bila dah balik sini asyik teringat teringat dan mesti sedey woo...
Dapatlah tengok wayang cerita tahapa-hapa dari Singapore 'Where Got Ghost' (laugh until you scared, scared until you laugh) huhuhu seronok gak walaupun cuma aku ngan Elly jer Melayu kat dalam panggung tu. Tapi memang betul tagline dia, dalam ketawa-ketawa tu ada gak yang menyeramkan kami berdua hehehe. Dah lambat balik ni sempat lah tengok citer Papadom Afdlin Shauki. Oklah jugak cerita dia, terutama dialog-dialog spontan yang aku suka. Cuma cerita tu guna resipi Hollywood untuk teen movies. Ada rugby ganti football dan ada cheerleader squad plak huhuhu. Tapi, yang paling penting ada Harun Salim Bachik hahahaha.. Beliau adalah sangat kelakar gittew!

Tapi yang sangat best mestilah acara makan-makan. Permintaan untuk mak masak ikan aje. Ayam aku tolak ke tepi buat seketika ahaks! Dapatlah makan puas-puas ikan keli goreng berlada, ikan terubuk bakar, ikan parang masak asam pedas - antara ikan yang aku suka. Beli gak perut ngan paru lembu. Perkh! Sangat sedap bila dilemakkan dan di goreng makan dengan nasi lemak kekekeke. Ya, ya... itu makanan yang kurang menyihatkan huhuhu.
Acara makan-makan diteruskan dengan penuh iltizam dan semangat juang yang sangat tinggi hahaha. Viatnamese beef noodle telah diperkenalkan kat aku masa aku pi Saigon dulu, jadi bila balik mesia memang aku suka makan makanan ni. Masa tu yang ada kat Ampang Point jer, tapi sekarang ni dah ada kat Secret Recipe cuma versi Secret Recipe ni terlebih masinla plak.. tapi apa pun tetap habis.#
MyCikguMas plak belanja aku makan steamboat kat Johnnys Alamanda hehehehe... gambor dia ada tapi kang aku tepek kat sini kang kena marah, jadi tepek makanan aje lah ye hahaha. Biasalah aku ni, dah lama tak memandu kat Malaya, asyik sesat barat aje. Jadi untuk mengelakkan tersesat sana sini, aku dok tanya Elly. Sudahnya tetap sesat masa nak balik umah kakakaka. Apa pun best dapat makan steamboat dan akhirnya dapat jumpa Cikgu Mas ni. Boleh masuk kepala. Lawak orangnya. Cik Elly nak ngurat adik kawan cikgu tu, boleh ke? Boleh? hahahaha
Sesi borak kat kedai makan diteruskan. Kali ni kat KL Sentral plak. Dari sarapan sampai nak masuk makan tengahari sampai tokey kedai pun resah tengok kami dok hogging meja tak nak bangun-bangun. Manalah nak laku kedai macam ni kalau ada orang jenis dok lepak yang tak nak bangun-bangun macam kami ni. Nasib baik tak kena halau hahaha.. tu pun dah bagi hint tapi kami ni jenis ketegaq tak paham bahasa hahahaha.

Cuti-cuti tu sempat gak lah pi kenduri tunang orang kat Ipoh nuu...

Cik Khairatul Hanim Khairuddin - nak naik pelamin 10-10-2010 tu diaaa...

Pelamin tunangnya

gambar hantaran 1

gambar hantaran 2

gambar hantaran 3


Mak yang khusyuk mendengar adat Perak+Melaka huhu

Sebenarnya memang tak banyak sangat aktiviti dengan kawan-kawan tapi banyak melayan mak aje. Ni yang sebenarnya fikir gak, lepas habis belajar ni nak balik ke tidak. Tak balik kesian kat mak tak de siapa nak layan dia, tapi dia kata hari tu tok sah balik lah, cari kerja kat sana aje tak pun suh cari kerja kat Brunei (dia dah seronok dengar KakSue dan Juli yang kerja kat Brunei).

Haish! Siapa kata jadi anak bungsu ni senang?


Tuesday, October 27, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah dah tiba di Glasgow tengahari tadi. Alhamdulillah gak tak ada masalah nak melepasi imigresen huhuhu...

sekarang tengah jetlag. Mata kuyu jer ni tapi cuba tahan-tahankan gak. Rasanya tak lama ni mesti surrender la ni.. kang pukul 3am ke 4am terkebil-kebil dan lapar huhuhuhu

huwargh!!! Ngantuk..

Esoklah sambung citer, nak bungkus dah dalam duvet. Yes! Aku cintakan duvet tebalku.

Best!

Cik Elly - Glasgow sejuk dan kau dah tak dengar lagi aku komplen pasal panas huhuhuhu

Wednesday, October 21, 2009

Mari berdoa berjemaah

Dear Allah
Aku masih lagi stuck kat tanah malaya sebab visa tak siap lagi. Dah mati kutu dah kat sini tak buat amenda hahahaha
Mari kita analisa kenapa aku tak dapat visa lagi
1 - atas sebab-sebab yang kalut dan gila spera dan nyampah yang berbakul-bakul, borang visa sudah lambat dihantar ke agen UK Visa
2 - sebab niat memang nak berlama-lamaan sebenarnya sudah tertanam dalam hati. Jadi Allah Taala telah mengkabulkan doa dalam hati itu (yiehah!!) Dan serbab nak makan berbakul-bakul banyaknya maka Allah Taala pun menunaikan hajat yang terpendam selama ini.. Huwaa... sudah ada kesempitan di pakaian-pakaian daku!!!
3 - sebab mak kah? Adakah mak yang nak aku berlama-lamaan di sini supaya senang dan memudahkan urusan beliou? (Oh emak.... redhakanlah anakmu ini terbang kembali ke tanah beku ... sikiiiit jer lagi nak abis ni)
Pekerjaan yang dilangsaikan
1- Jumpa kengkawan
2- makan bukan-bukan
3 -lepak hari-hari sampai jemu
4 - makan macam-macam
5 - beli buku banyak-banyak (errr... cik Akuatik, Chin Peng tak dak dan Abdullah CD ada 3 buku dan setiap satu tu dlm RM30 ke atas huhuhuhu)
6- Beli broadband lalalalala
duit semakin menyusut dan aku semakin mengembang dan otak semakin sempit... Please Allah... berkatilah aku supaya dapat balik Glasgow.
Yang mengharap
Hamba yang hina dan selalu lupa bersyukur

Sunday, September 20, 2009


Salam Eidulfitri. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan. Semoga bergembira di hari lebaran.

kullu am wa antum bikhair

Eid Mubarak!

Glasgow
1 Syawal 1430

Thursday, September 17, 2009

Bandaraya Glasgow

...... yang akan ditinggalkan buat sementara.

Tadi, balik kerja jer terus turun ke bandar sekejap siapkan urusan sebelum terbang balik bercuti.. ahaks! Seronoknya! Tak sabar nak balik.

Bangunan Glasgow City Council. Bangunan ni menghadap George Square. Dataran di tengah bandar yang menjadi tempat lepak waktu makan tengahari atau tempat permainan musim sejuk.


Monumen untuk pejuang-pejuang Scottish yang gugur di medan perang dari Perang Dunia Pertama sampailah perang Iraq dan di Afghanistan.

George Square. Kalau cuaca baik, tempat ni memang sesak dengan manusia yang duduk-duduk, baring-baring sun baking. Dalam akhir bulan November hingga January, kawasan ni jadi tempat permainan musim sejuk. Biasanya ada ice skating ring kat tengah-tengah dataran ni. Ada carousel berkuda dan macam-macam permainan seisi keluarga.
Goma atau Gallery of Modern Arts. Ada juga beberapa kali aku masuk galeri nak tengok pameran seni kat situ. Tapi, biasanya kalau aku ke sini, aku lebih senang ke perpustakaan awam yang letaknya di bahagian basement. Ada juga cafe kecil kat perpustakaan tu. Sambil membaca sambil minum kopi. Tapi, aku biasanya cuma cari buku ajelah.

Ini patung Duke of Wellington dan selama aku kat sini, jarang aku tengok patung ini tanpa kon jalan kat atas kepala dia. Dah memang semacam tradisi untuk pastikan patung ni pakai kon trafik kuning tu. Tak tahulah macamana depa panjat statue berkuda ni semata-mata nak letak kon trafik kuning tu atas kepala dia.. Haish!

Buchanan Street. Ini kawasan membeli belah terkenal di Glasgow. Banyak kedai-kedai berjenama terkenal macam Monsoon, Zara, kedai buku Borders yang aku selalu pergi pun kat sini.
Awal pagi jadi kawasan ni tak berapa ramai orang. Tapi bila makan tengahari jer, tempat ni memang sesaklah dengan orang membeli belah. Kadang-kadang hairan gak tengok orang kat sini, dalam ekonomi yang merudum ni pun aku tengok larat lagi bawak beg kertas yang sarat tu. Berjenama lagi.. perkh!


Pemandangan menghadap ke Selatan bandar Glasgow dari tingkap tingkat 3, bangunan kolej tempat aku kerja tiap-tiap pagi dari 6am-9am, 5 hari seminggu. Daun-daun pokok dah ada yang berubah warna menandakan dah masuk musim luruh.

Beg yang dah siap dikemas. Tinggal beberapa benda lagi nak settle kan. Rasanya nanti bila hari nak balik pun ada benda yang kena settle last minute huhuhu..

Monday, September 14, 2009

Gembira Suka Hati

Aku sangat-sangat gembira suka hati hari ini.

Sebab?
Aku dah habis bayar yuran uni untuk sesi lepas hahahaha... Settle dah installment payment untuk yuran £9,000 setahun tadi. Alhamdulillah. Sekarang ni aku papa kedana. Duit cukup-cukup untuk bayar bil elektrik, pemanas, tv, telefon dan talian internet untuk bulan ni. Lega!
Sat lagi bolehlah pi finance counter ambik surat yang mengatakan aku dah selesaikan semua pembayaran dan bawak pi bilik international student plak untuk dapatkan surat scholarship untuk sesi 2009/2010.
Yay! Selepas tiga tahun kerja tunggang terbalik nak bayar yuran, lepas ni aku boleh kerja senang hati untuk simpan duit pulak. Yahuu!
Thank you Allah for giving me the strength both mentally and physically to come thru. And for the best friends that you have bestowed upon me. I am truly blessed! Thank You! Syukur.. phew!

Friday, September 11, 2009

Wednesday, September 09, 2009

10 malam terakhir

Bila dah hampir ke penghujung Ramadhan ni, aku jadi kembali sayu. Teringatkan arwah abah. Masuk saja 10 malam terakhir, arwah abah akan mengimarahkan masjid untuk beriktikaf. Selalunya arwah abah akan tinggalkan rumah sekitar tengah malam dan beribadah di masjid sehinggalah waktu bersahur. Semenjak berpindah di Melaka, masjid pilihan abah mestilah Masjid Kampung Ulu. Selalunya abah memang pergi sendiri. Masa orang lain sedang enak tidur, abah akan hidupkan enjin kereta dan memandu seorang diri ke Masjid.
Biasanya sebelum keluar, dia akan solat tahajud dulu. Kemudian dia akan kejutkan mak dan beritahu dia dulu.
"Ti, abah pergi masjid."
Dan emak akan bertanya, "Abah balik sahur tak?"
"Balik."
Arwah abah memang suka bersahur dengan keluarga sebenarnya. Kita cari pahala lebih di bulan puasa, pesannya selalu pada aku yang selalu malas nak bangun sahur. Memang aku ni jenis yang sayang tidur dari bangun sahur. Sejak dari zaman sekolah hinggalah ke zaman kerja. Sekarang ni bila dah kembali ke zaman sekolah, barulah pesan arwah abah ini aku ikut. Aku bangun sahur.
"Alah, abah.. dah terlepas waktu imsak!"
Dengan tenang abah kata, "Memanglah lebih baik melambat-lambatkan sahur, tapi imsak tu sebagai peringatan. Nak bagi nasi turun nak bagi orang sempat bersugi. Tapi kalau dah terlambat sangat tu nak buat macamana? Selagi belum azan, makanlah, minumlah."
Kadang-kadang abah bawak bekal air kopi setiap kali dia pergi beriktikaf. Buat penambah tenaga tatkala mengalunkan ayat-ayat suci kalam Allah, ataupun ketika penat bersolat sunat tengah malam, hajat atau solat taubat. Seingat aku cuma sekali saja abah balik awal dari selalu. Emak pun terperanjat bila dengar enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Selalunya kalau tak pukul 4am abah tak balik lagi. Ini baru pukul 2am, abah dah memulas tombol pintu rumah.
Bila ditanya kenapa balik awal, abah cuma senyum aje. Dia kata badan tak sedap. Emak akan rasa badan dan dahi abah. Dingin. Tak pulak rasa panas.
"Abah sakit kepala ke?"
Abah memang ada migraine. Malah, abah masuk kelab Migraine di Melaka. Selalunya kalau migraine abah datang, dia akan duduk diam-diam di kerusi di ruang tamu atau tidur terus.
"Tak," jawab abah ringkas.
Bila dengar jawapan abah, emak langsung tidak puas hati. "Mesti ada sebab kenapa abah balik awal," terjah emak. Dia berdiri dan tenung dalam mata abah. Sudah hampir 40 tahun berkongsi kasih, sudah pasti emak dapat baca perangai abah.
"Di tegur tadi, kat masjid," jawab abah ringkas. Dia terus masuk bilik, tukar pakaian dan baring. Emak pula akan terus ke bilik air untuk ambil wuduk dan buat solat tahajjud. Kadang-kadang disambung terus dengan solat hajat dan taubat. Selesai, mak akan duduk di kerusi di ruang tamu dan sambung bertadarus seorang diri.
Bila sudah tiba masa untuk bersahur, emak terus ke dapur menanak nasi. Memang sikap emak tak suka hidang nasi semalam. Dia juga suka masak lauk baru. Memang jarang kami bersahur lauk lebihan berbuka. Selalunya emak akan goreng sayur dengan goreng ikan atau ayam. Ringkas.
"Siapa yang tegur abah?" Tanya emak, bila teringat cerita abah yang tidak habis, tadi.
Abah senyum saja. "Tengah sedap mengaji kat masjid, tiba-tiba ada suara bagi salam. Abah ingat ada orang nak beriktikaf sama..."
"Abah seorang je ke kat masjid tu atau ada orang lain?"
"Seorang."
"Lepas tu?" tanya emak lagi. Air dalam cerek elektrik sudah menggelegak. Punatnya terjentik otomatis. Emak angkat cerek elektrik dan air dicurah ke dalam teko berisi teh dan gula. Emak godak air teh dengan perlahan. Wap panas nipis berputar-putar naik.
"Abah toleh belakang, tengok tak ada orang. Abah teruskan mengaji. Elok aje, dengar lagi suara orang bagi salam lagi."
Abah senyum lagi. "Apa lagi, abah terus angkat kakilah. Dalam hati abah kata ni bukan orang ni. Tak mahulah kena usik macam ni."
Emak ketawa aje dengar cerita abah. "Habis tu, malam esok nak pergi lagi tak?"
"Bagi relaks satu dua malam dulu kot. Lepas tu baru pergi balik," jawab abah.
Abah berseloroh saja, sebab esoknya abah keluar malam lagi. Tapi, kali ini dia kata dia nak pergi ke masjid lain pula. Sayang pula kalau masjid kosong di bulan-bulan mulia macam ni. Datangnya sebulan setahun dan untuk memburu Lailatul-Qadr pun hanya sepuluh malam terakhir. Apa salahnya kita imarahkan masjid.
"Dik, memang perempuan tidak diberatkan untuk beriktikaf di masjid, tapi kalau boleh buatlah solat-solat sunat di rumah," pesannya tiap kali masuk bulan Ramadhan.
"Kalau tak sempat nak berterawih di masjid, buat seorang diri kat rumah pun tak apa. 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Kalau ada masa tu buat sekali solat hajat dan tahajjud. Buat sekali solat sunat taubat. Baca Quran tu jangan lupa. Lancarkan bacaan yang tergagap-gagap."
"Inilah masa kita kumpul pahala sebanyak mungkin. Sentiasa mohon sesuatu dari Allah sebab Dia suka kalau hambaNya memohon dan meminta dariNya. Kalau bercuti pun bukan bermakna kita tak boleh kumpul pahala. Selalu berwirid, berdoa, pahalanya berganda bila dibuat di bulan Ramadhan," pesannya melalui telefon, lewat Ramadhan tahun lepas.
Abah tahu anaknya ini selalu alpa jadi dia selalu mengingatkan. Insya-Allah aku akan cuba buat yang terbaik terutama 10 malam yang terakhir ini untuk memburu Lailatul-Qadr.

Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (HR Muslim )
Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf di dalam masjid pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan. (HR Muslim )
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata, "Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapat mu jika aku tahu bila akan berlaku malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii". ("Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”) (HR Tirmidzi)

Monday, September 07, 2009

Innalillahi wa inna illahi roji'un

Antara politik dan agama.

Antara kasih sayang dan benci




Al-Fatihah dan semoga rohnya Mariam Johari mendapat belas dari Allah swt.

Hanya Allah yang maha mengetahui derita dan siksa yang dia tanggung. Ya Allah lapangkanlah kuburnya, jauhkan dia dari siksa kuburMu, jauhkan dia dari azab api nerakaMu. Hanya kau yang maha Mengetahui.

Sabda Rasululullah:
Apabila seseorang itu mati, terputus segala amal solehnya kecuali tiga perkara
sedekah jariah
ilmu yang dimenfaatkan
doa anak yang soleh.

Semoga anak-anaknya tetap mendoakan kesejahteran ibu mereka.

link
Mariam Meninggal - Berita Harian
Tua - http://ohmegosh.blogspot.com/2007/06/tua.html

Saturday, September 05, 2009

Beras

Tadi masa dalam perjalanan balik dok citer pasal makanan ngan Effa. Huhuhu.. ini memang topik semasa dan err... nak citer apa lagi kan? Takkanlah nak ngumpat dalam bulan-bulan posa ni hahahaha
Kali ni topik makanan berkisar pasal beras aje. Bandingkan kualiti beras kat Malaysia dengan beras basmati yang kami makan hari-hari kat sini. Aku ingat dulu masa mula-mula dok kat UK ni, aku rasa macam orang kaya jer hari-hari makan beras jenis basmati. Panjang, peroi dan kalau digoreng memang cantiklah nasi tu. Nak tanak nasi dari jenis beras basmati ni pun senang, tak berkanji sangat. Masa mula-mula dok sini, beras tu dalam 60p sekilo kat Tesco tapi sejak krisis makanan dan cuaca yang tak menentu kat sub-continent tu, harga beras basmati dah melambung dalam £1.40 sekilo. Cuba tukar ke beras long grain tapi aduhai... rasanya tak sesedap basmati.

Masa aku balik Malaysia awal tahun hari tu, dan kembali makan nasi dari beras yang biasa mak gunakan, memanglah rasa payah nak lalu kat tekak. Bukan sombong. Cuma aku terasa sangat yang orang Malaysia disogokkan dengan beras yang berkualiti rendah. Nak beli beras kualiti tinggi, harganya pulak melambung-lambung. Aku rasa macam rakyat marhain di Tanah Melaya ni ditindas sangat-sangat la pulak.

Bila dah dibiasakan dengan beras basmati ni, aku jadi sayu tengok nasi yang berketul-ketul yang mak makan hari-hari. Nasi tu aku tengok macam layak dibuat nasi himpit jer, bukan nasi untuk makanan biasa. Berketul-ketul dan berkanji jauh bezanya dengan basmati yang aku makan hari-hari, peroi dan tak berkanji sangat, walaupun itu jenis basmati low grade yang aku beli kat Tesco aje. Bayangkanlah kalau aku beli yang high grade atau second high grade. Beras tahap orang millionaire kat Mesia kot.

Effa kata nampak gaya kita kena bayar zakat fitrah lebih sikit sebab kita makan beras lebih baik dari kat Malaysia. Hmm... mungkin juga. Tapi kat sini zakat fitrahnya £3 err... campur tolak kali bahagi lebih kurang RM18. OK ke?

Dokumentari

Hari tu aku tengok dokumentari tajuk Future of Food yang berkisar tentang masalah krisis makanan dunia. Dijangkakan masalah ini akan meruncing sekitar tahun 2050.dan akan berlaku femine satu dunia sebab bekalan makanan yang tak mencukupi. Pertengahan kurun ini, jumlah penduduk dunia akan mencecah 9 billion. Macamana nak bagi makan?

Negara-negara kaya dah mula nak beli tanah kat negara-negara miskin macam kat Afrika untuk menampung bekalan makanan untuk penduduk mereka. Contohnya Qatar nak beli tanah kat Nigeria. Kalau kerajaan Nigeria benarkan, apa kes dengan penduduk mereka sendiri?

Lain cerita kat Havana Cuba. Sekarang ni depa berjaya produce 90% daripada sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan sendiri. Cuma 10% yang diimpot. Macamana berjaya? Mereka gunakan setiap tanah yang kosong untuk bercucuk tanam. Hebatkan?

Kita? Simpanan bekalan makanan pun tak ada. Rasanya 90% bekalan makanan, kita impot dari negara jiran. Dari beras, sayur-sayuran sampailah makanan laut.. hampir semua kita impot dari Thailand atau Indonesia. Heck! Even Singapore!

Aku nak ucapkan tahniahlah pada Mahathir dengan mentornya si Margaret Tatcher yang atas idea bernas yang nak propel negara masing-masing ke arah kekayaan dengan menukar tanah-tanah agriculture ni jadi tanah industri. Dulu sawah yang saujana memandang dengan padi yang menguning sekarang ni dah bertukar jadi deretan rumah yang pelbagai warna. Takpun jadi bangunan kilang yang tak habis-habis pollute setiap elemen alam.

Tahniahlah! Sebab walaupun dah berpuluh-puluh tahun cuba nak jadi negara industri, sampai sekarang masih tak berjaya lagi. Korea yang belakang dari kita pun sekarang ni dah maju, cuma kita saja kat takuk tu.. Betul-betullah macam kisah Pak Kadok. Akhirnya dua-dua tak dapat. Industri tak berkembang maju, tanah terlelong macam tu aje. Nampak gaya lepas ni makan batu ngan simen aje la kan sebab tanah tak de nak buat agriculture.

Memang Betullah janji Allah. Kita sekarang ni hidup kat akhir zaman. Planet kita dah melarat sangat. Tapi, tu lah kata mat salleh;

This planet is for our children and generation.

Takkanlah kita tak nak tinggalkan 'wasiat' untuk dorang kan? Kan?

p/s
Hos rancangan ni George Alagiah (pix). Tak tahulah orang kat Mesia boleh tengok dokumentari ni. Tapi ini linknya.

Wednesday, September 02, 2009

Bosan

Hari-hari makan nasi briyani pun bosan gak kan?


Hari-hari makan nasi hidang pun boleh rasa bosan gak kan?

Hari-hari makan ayam, boleh tak raya bosan?

Tak kut... hahahaha

Dah beberapa hari aku tak ke Sumsa untuk iftaar. Bukan apa, asyik hujan aje petang-petang.. sejuk pula nak keluar. Nak lepak library saja pun tak boleh sebab sementara sekolah belum buka ni, library tutup pukul 5pm. Jadi, nak tak nak, tengahari aku balik rumahlah. Tu yang nak keluar balik petang-petang dekat waktu Maghrib tu agaklah lemah sikit, terutama bila hujan kat luar huhuhu.

Memandangkan kemalasan tu dan berseorangan berbuka, aku masak ajelah makanan yang aku teringin nak makan. Ahad lepas berbuka kat rumah akuatik sebab dia teringin nak makan nasi dagang. Percubaan pertama buat nasi dagang guna ketuhar gelombang mikro. Jadi juga. Cuma kurang masin sebab si akuatik guna garam bukit kasar. Gulainya pula guna ikan mackeral. OK jer masuk tekak aku.

Isnin plak sebab sorang je kat rumah, aku pulun buat nasi lemak je. Sambal ikan bilis, goreng ayam dan telur. Sahur plak? huhu.. aku makan jagung manis dalam tin hahaha..

Semalam, akuatik bawa tetamu dia datang rumah. Aku pun berkira-kira nak masak apa agaknya. Hari tu aku ada beli tiga tin jagung manis, jadi aku ingat nak buat apam balik jer. Dan oleh kerana ada kebosanan dengan nasi, aku tukar menu. Buat meehoon goreng je. Campak sayur campak udang. Kayuh!

Jadi pagi tadi pun aku taklah makan jagung manis dalam tin, aku habiskan meehoon jer hahaha.

Apam balik
2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
1 camca teh soda bicarbonate
1 camca teh baking powder
1 1/2 cawan air
taburan - gula, kacang (kisar kasar) dan jagung

Cara
1 - pukul telur dengan gula sampai kembang
2 - masukkan soda bicarbonate dan baking powder
3 - masukkan air
4 - masukkan tepung
Adunan siap.

Lebih senang kalau gunakan non stick pan. Sapukan minyak sikit dan masukkan adunan ikut suka ketebalannya.

Satu adunan boleh dapat lebih kurang 5 apam (guna pan sederhana kecil)