Thursday, August 18, 2005

sebeban duit syilingku..

Aku off today.

Aku bawa sebeban duit syiling dalam beg plastik. Semua duit 50sen yang aku simpan dari tahun lepas. Aku tak nak lah bawak dalam tabung tong surat merah aku tu, nanti malu pulak nak letak kat atas kaunter.

Mula-mula aku pergi ke BC kat Setiawangsa.

"Bang, boleh masukkan duit syiling kat sini tak?"

"Boleh, nanti cek kat kaunter." Abang security guard pun tolong tanyakan kat cik adik di kaunter. Bisik-bisik, datang balik kat aku.

"Sorrylah kak.." (aku panggil dia abang, dia panggil aku kakak - ralat: kami bukan adik beradik)

"Mesin mengira kat sini rosak. Paling dekat akak pergi kat Melawati ataupun Ampang Point," kata security guard tu lagi. Aku tengok dia.. hm layak jadi pak aku plak.

Aku senyum jer kat dia dan tolak pintu kaca keluar. Bahu aku dah rasa berat sebabkan bungkusan duit syiling dalam beg.

Aku menapak pula ke bank yang ada ATM yang mengaku Kawan Aku yang sebenarnya sahabat kala ada duit dan sombong sungguh kalau balance cuma RM4.50.

Aku terus pergi kaunter, tanya cik yang comel pakai tudung dan baju kaler pink sedondon.

"Dik, boleh terima duit syiling tak?"

"Maaf kak, kami tak terima duit syiling hari ni," dia senyum kat aku. Bertambah manis.

Aku ucap terima kasih dan tolak lagi pintu kaca. Kat luar panas, tapi aku tak rasa panas sebab hati aku lebih terbakar dari kepanasan di luar yang bagi aku cuma suam-suam kuku.
Last bet aku ke KLCC. Aku dok pikir nak bawa keta ke nak naik LRT. Dok fikir orang tengah kerja mesti LRT kosong. Aku biar keta kat Setiawangsa dan terus menapak ke LRT station. Bahu aku rasa nak rebeh dek duit syiling aku nih.

Dalam LRT aku dok fikir sebab apalah aku collect duit syiling 50sen ini. Orang lain simpan duit singgit, aku simpan syiling 50sen je. Tapi bangga jugak lah sebab aku berjaya simpan duit syiling ni. Adalah RM200 lebih setahun aku simpan. Lagipun arwah Tok Ripin Felda Bershia yang buatkan ibu duit aku dari seketul duit syiling 50sen.

Aku terus ke BC. Aku approach lagi satu pakcik security guard. Aku tanya baik-baik..

"Encik, boleh simpan duit syiling kat sini?"

Senyum pakcik tu kat aku. "Boleh. Boleh. Adik ambik nombor ni, tunggu dia panggil ye." Lembut suara dia. Aku angguk. Terus duduk mengadap mesin yang display nombor kat atas.

Nombor aku dipanggil. Aku bangun. Aku angkat beg plastik. Bergerincing duit syiling aku bertabur atas lantai. Alahai! Beg plastik aku koyak. Aku nampak ada orang pandang aku sambil senyum. Kesian kot tengok aku yang terbongkok bongkok kutip duit syiling tu. Muka aku panas, tapi aku dari kelompok coloured people. Jadi hue tu tak lah menyerlang sangat ronanya (waduh! Bahasa apa yang aku pakai ni?)

Ada budak nak tolong. Aku cakap tak apa. Aku dah kutip semuanya masuk dalam beg plastik yang koyak pemegangnya. Aku hantar ke kaunter. Aku tengok adik kaunter tu berubah muka. Masam. Sebab kena kira duit syiling agaknya. Dia suruh aku duduk balik.

Sepuluh minit berlalu, dia panggil. Bagi slip customer kat aku. Dan aku ucap terima kasih.

Aku berlenggang keluar. Bahu aku tak rebeh lagi. Aku jeling kat slip. Tertera RM310.00.

Banyak juga duit aku ek?

Anyway for Along - Happy Birthday to you. Aku dah pokai. Kita kira lain kali lah ye?

1 comment:

Brian Hunter said...

Good, helpful page. Keep on going.
It's possible that you may find my interactive lead generation site useful.
It is fully interactive lead generation related and covers quite a variety approaches. Best wishes.