Wednesday, July 25, 2007

jalan pulang

Hari 5

Saya jumpa dia, berdiri di luar. Hendak masuk rumah. Saya ngurat dia, dia balas. Dia ngurat saya pula. Walaupun berbeza bahasa, kami bahagia. Sementara. Dia benarkan saya pegang tubuhnya. Dia kucup tangan saya. Sungguh romantis sekali. Walaupun itu pertemuan pertama kami. Saya jatuh cinta pandang pertama. Saya pasti kembali. Tunggu ya! hu hu hu


Dah dah sudah... aku nak masuk rumah heh heh heh



Oh awas! Ada kucing garang dalam rumah ni!

Hari ni kami bercadang ke Brussels pula. Pagi-pagi lagi sudah keluar rumah. Kononnya hendak kejar keretapi pukul 7.45am tapi seperti biasa mesti tertinggal tren punyalah. Tunggu sejam lagi untuk ambil tren ke Den Haag HS dan terus international train ke Brussel. Sambil menunggu tu sempat juga datang idea untuk project terbaru. Puas jugalah brain-storming dengan rakan seperjalanan. Ha ha ha. Seronok. Memang rasa macam heroin hindustan dok melepak kat stesyen keretapi.



Akhirnya keretapi yang ditunggu-tunggu pun tiba. Puas jugalah melepak ke sana ke sini dalam stesyen ni. Ingatkan international tren ni gahlah macam TGV kat Paris tu ke. Rupanya ala-ala Renfe di Sepanyol. Sedey tengok keretapinya. Nampak begitu kurang moden sekali. Cantik lagi keretapi ke Alkmaar.

Tapi macam biasalah, bila tiba musim panas ni, ramailah mat-mat dan minah-minah salleh berduyun-duyun pergi back-packing ke Eropah. Masing-masing bawak beg besar. Sebab keretapi ni sempit sikit, semua beg-beg besar yang boleh dipikul sampaikan stroller baby pun letak kat tempat letak beg atas kepala. Jadi, bergantung-gantunglah tali beg sepanjang overhead compartment dalam keretapi ni.



Begs galore!

Tiba di Brussel, cuaca agak panas. Nak pergi mana ek? Kat depan stesyen keretapi ni ramai tour bus operators yang dok bagi flyers nak ajak pelancong-pelancong naik bas dia jalan-jalan keliling Brussels. Tapi kitaorang rasa macam tak best pulak nak naik bas pelancong tak de atap ni. Bukan apa, kat negara sendiri (wah! Glasgow dah jadi tanah air nampaknya) pun kami tak naik tour bus ni. Cuma kat Dublin saja saya pernah merasa naik bas merah double decker tak de bumbung tuh. Akhirnya saya nampak ada satu kumpulan mat salleh, ketuanya orang tua beruban. Nampak macam confident aje seberang jalan. Terus saran kat rakan seperjuangan, apa kata kita ikut diorang, untung-untung jumpa tempat yang menarik.


Stesyen keretapi ni tengah dalam proses pengubahsuaian. Jadi keadaan kat dalamnya agak kelam kabut.



Sungguh pun. Ikut jer kumpulan tadi, kami tiba di sini. Entah apa namanya tak ingat. Tapi ok gaklah sebab kami sampai ke Grand'Place di Grote Markt. Macam biasalah, snap sana snap sini. Masa tu kat depan Gran'Place ni ada orang main bola. Op! Bukan bola sepak. Ni bola baling pakai tangan. Ha toksah lah nak tanya bola baling ke bola apa sebab memang tak tau apa jenis permainan yang dorang main masa tu.




Brussels ni memang terkenal dengan coklat. Aiskrim coklat, waffle coklat dan satu lagi handmade lace made in Brussels memang terkenal kat sini. Ingat nak beli gak la buat souvenir tapi kenang-kenang kalau bagi bonda, nanti orang kata ni lace buatan China ke? Alahai.. bohsan sungguh. Jadi walaupun harganya agak berpatutan (yang kitaorang berkenan tu harganya cuma €7.50 jer, tak jadi gak lah nak beli).


Macam-macam jenis manusia ada

Dari situ, kitaorang menyusur ke jalan batu-batuan mengikut rentak kaki. Bila dah agak-agak sesat barulah kitaorang masuk satu kedai souvenir orang India beli peta. Dia tanya kitaorang ni orang Malaysia ke? Jawab ya lah. Dia tanya lagi, tak nak beli souvenir ke? Dia boleh bagi good price untuk orang Malaysia. Heh heh heh.. dia tak tau ke ni orang Malaysia yang suka jalan je, tak suka bershopping. Sorrylah ane, kami nak beli map je.


Adeh! Ramai sungguh pelancong.

Dalam setiap kedai souvenir yang kitaorang jumpa, mesti dioarang ada jual poskad ke apa benda sekali pun yang bergambar budak lelaki hitam tengah 'memancut'. Huduh sunguh! Dah la huduh! Tak senonoh pula tu. Jadi lepas dok jalan-jalan ambik gambar, kami ni buat misi sendiri, meh cari budak lelaki hitam huduh tengah kencing berdiri. Nama tempat budak kencing ni, Manneken Pis. Manneken tu mungkin mannequin, pis tu biasala kot... kencing. Jadi nya di alih bahasa - Patung kencing. Begitulah adanya.



Tu lah... budak kencing. Overrated betul lah. Pi sana snap-snap dah. Jadi orang tau ler kami ni di Brussel. Nak tau lebih lanjut, pi sini.

Oh oh... sebelum pi ke Manneken Pis tu, saya jumpa makcik ni. Nak mintak duit sikitla. Dia ni baik hati. Dalam purse dia memang ada duit tapi asyik tak lepas-lepas je nak keluarkan duit tu dari purse dia nih ish!

Makcik, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? kan?

Penat sungguh jalan-jalan. Dah satu kon dengan 2 scoop aiskrim habis, sebotol air pun dah abis dah ni. Apasal la letih sangat. Tak tahan sungguh. Jalan sekejap duduk, jalan lagi terus cari tempat berteduh. Akhirnya perut pun dah nyanyi-nyanyi buat duet, trio and quartet. Tak boleh jadi ni. Kena pi cari makan.

Tengah duduk tunggu makanan datang, terpandanglah tanda ni kat luar...


Oooooh! Dah pukul 3pm, patutlah perut dah buat koir. Cuma di isi dengan aiskrim dengan air jer dari tadi.

Lepas tu pulak, electronic board ni bertukar tulisan...



Perkh! Patutlah berpeluh-peluh. 31C. Boleh kena heatwave macam ni!!! Kat tanah air angkat, tak pernah pun lepas 20C musim panas ni. Aduh! Panasnya. Terbakar kulit weh!! Bertambah tan ler kulit.

Memang pun, cuaca yang sangat panas ni betul-betul hilangkan mood nak jalan-jalan lagi. Tak larat dah ni. Ingat kitaorang cuma nak jalan sikit jer lagi lepas tu terus balik naik tren. Tak sangguplah nak berlama-lama di Brussels dalam cuaca panas ni. Dalam lambat-lambat tu, kami akhirnya tiba juga ke stesyen keretapi, tapi sayang sepatutnya kami boleh naik keretapi pukul 5.30pm tapi, kali ni keretapi pula delayed. Terpaksa tunggu hampir satu jam untuk keretapi seterusnya tiba.


Hari 6

Tata Leiden. Tata Holland. Memang best kat sini. Host pun baik, tempat pun cantik. Kira saya memang enjoy cuti di sini. Kira-kira duit pun tak berapa banyak habis. Kami cuma belanja untuk makan dan keretapi je. Itupun ada dua kali host belanja makan. Moga dia murah rejeki.

Kami terus ke Eindhoven untuk penerbangan balik ke London. Tengah-tengah queue untuk check-in, kami ditegur oleh satu pakcik ni.

"Kedinginan ya?"

Heh? Cuaca kat luar boleh sangat kalau mat salleh dan minah salleh bertelanjang. "Eh tak, saja je sebab malam nanti nak tidur di airport." (Ya Elly, tempat tidur faveret aku memanglah di airport. cheh!)

"Dari mana?"

"Malaysia, tapi belajar di Glasgow, Scotland"

"Oh, adik ipar saya dan suaminya mahu ke sana juga"

Borak dan terus borak. Pakcik @ Om suka Malaysia, pernah ke Kuala Lumpur. Kata, KL tersusun dan teratur. Tak seperti di Jakarta yang saya jawab 'macet' sungguh. Om sudah 40lebih tahun tinggal di Belanda tapi tanter sudah 58 tahun merantau. (Ya, tanter bila berbahasa Melayu ada sedikit pelat). Om cerita dia terpaksa melangkah-langkah manusia yang padat waktu hendak ke bilik air untuk berwuduk solat subuh di Jakarta, tanternya... hmmm....

"Oh di Malaysia toilettennya enggak disebut begitu ya.. Apa sebutannya? Iya.. tan...?"

"Tandas, Om!"

"Iya, lain sekali ya. Tandas!" Ketawa.

"Om tak ikut ke Scotland"

"Tidak, itu adik ipar saya, (mat salleh dari US) sukanya melihat rumah lama-lama (castle), penuh setan itu."

"Jangan kesetanan sudahlah ye Om!"

"Iya, iya!" Ketawa berdekah-dekah.

Adik ipar Om dan adik tanter sudah check in. Om dan tanter pun beransur, berjalan beriringan dengan keluarga mereka. Giliran saya pula dengan rakan seperjuangan. Selesai urusan, kami terus masuk ke balai berlepas. Lepak tunggu pintu imigresen dibuka untuk paspot dicop keluar dan seterusnya tunggu kapalterbang Easyjet tiba.

Macam biasa, apabila pintu dibuka, semua orang beratur macam nak pecah pintu kaca. Saya tak tolak orang, tapi orang tolak saya. Geramnya. Saya tolak balik orang tu. Apa ingat saya orang Asia tak reti beratur ke??

Dah macam kambing keluar kandang, semua berpusu-pusu berlarian ke kapal terbang. Saya pun tak nak lah mengalah. Dah la rakan seperjuangan pun ala-ala biarkan saya terlepas sendirian. Oh tak pe. Yang penting mesti dapat tempat duduk punya!

Macam biasa, naik saja kenderaan, mata saya terus tutup. Tak sedar bila kapal terbang bergerak dan bila bukak mata saja kapal terbang dah nak mendarat. Huish! Sedapnya tidur! Sekarang ni ada masalah pula. Macamana nak habiskan masa di London. Sudahlah kami tiba jam 7pm, penerbangan ke Glasgow cuma bertolak esok pagi jam 8am. Kami ada lebih 12 jam menunggu.

Bincang punya bincang, akhirnya sepakat untuk ke ibukota London. Terus hubungi kawan di London tanya samada boleh menumpang semalam untuk solat dan merehatkan badan. Terus beli tiket bas ke London. £14 pergi balik. Tak apalah. Daripada duduk mati kutu di airport, dan tersengguk-sengguk menahan ngantuk, lebih baik ke London walaupun sekejap. Tunggu punya tunggu... inilah rupanya bas kami.


Macam kancil di tengah-tengah sekandang kuda.

Terima kasihlah sebab benarkan kami tinggal sebentar di London. Dapatlah lepak sambil berborak, sambil makan Baklava yang dibeli di Leiden.

Jam 4am, kami sudah siap-siap nak keluar. Akan naik bas yang sama ke Stansted Airport. Perjalanan mengambil masa 1jam setengah. Seperti biasa, naik aje kenderaan, saya sudah patah balik ke London. Buka mata je, dah nampak bangunan airport.

Jam 6.20am, kami sudah beratur untuk check-in penerbangan ke Glasgow. Selesai check-in kami duduk-duduk dulu sebelum masuk ke balai berlepas. Rasanya keadaan di Stansted seperti di Heathrow. Security sangat ketat. Beg yang tidak dicheck-in tidak boleh lebih dari 7kg. Saiz tidak boleh terlalu besar. Liquid atau krim yang dibawa tidak boleh lebih dari 100ml setiap botol dan mesti dimasukkan ke dalam bekas plastik. Selepas melepasi x-ray untuk beg, kita kena melepasi metal detactor (standard procedure). Kalau nasib tak baik, beg yang dah di x-ray tu akan di check sekali lagi secara manual pula. Jalan ke depan lagi, kasut pula dibuka dan di x-ray. Fuh! Sapa-sapa yang tunggu di sini akan dihidangkan dengan pelbagai aroma kaki.

Jalan-jalan dalam airport ni.. tetiba nampak pula tulisan mencarut lagi. Buat sakit hati je. Mana-mana pergi mesti banyak yang mencarut. Apa ingat kitaorang ni jahat sangat ke? Suka-suka hati jer nak mencarut. Alaaa.. yang guna 4 huruf tu. Yang start dengan huruf 'S' tu. Jahat kan diorang?! Mat salleh memang dengki, tengok 2 orang wanita pakai tudung.




Tapi, kantoi gak. 2 orang wanita pakai tudung ni termakan juga dengan kata-kata carutan mat salleh ni.
Boleh lah beli ni sebab ada S.A.L.E. (40% !babe - saya punya yang warna pink tu!!)

Tiba di Glasgow, terus ambik bas pi city centre. Hujan lebat pulak tu hahaha Welcome to Glasgow! Home Sweet Home. Sampai rumah mandi, relax, tengok tv. Pukul 2pm pengsan sampai 5pm. Bangun solat zohor tunggu asar, pengsan lagi. Kira bangun untuk solat jer lah.

TAMAT

22 comments:

kingbinjai said...

saya suka meow

Pa'chik said...

lho.. apa tak naik bas tu... mana tau jumpa yang macam Vince Vaughn dalam de brekap... kekekek...

khairyn said...

king
hahaha.. binatang ke2 kegemaran saya selepas ayam hahaha

pa'chik
aku tau la hang tak suka baca panjang2. Meh aku betulkan. Memangla aku naik bas tu. Bayar £14 pegi balik chrett! Vince Vaughn Jarman ka? hahaha

13may said...

nenong nenong nenong!!!!
datang selamatkan org pengsan :D

DeeN said...

Alamak panjang plak entri. Pasal pi jalan2 lagi la tuh. Owh! Nak ikut, nak ikut ... alamak, ada keja la plak.. *plop*

blackpurple @ jowopinter said...

Semput membacanya...

Kenapa wajah penulis blog ini langsung tiada dalam gambar ekk..

Pergh! Terpesona betul dengan arkitektur bangunan di Brussel itu.

Anonymous said...

aku kata bas yang takde bumbung..

Unknown said...

huish! teruja sungguh baca entri neh. rasa nak packing barang malam ni jugak. he he he

BaYu SenJa said...

apa pasal orang-orang putih tu bawa beg beso2 hah? padahal depa pakai baju memang jenis kecik.. seluar pendek.. skirt pun pendek.. baju jarang-jarang pakai....

hehehe....

Anonymous said...

bestnye berjalan... kat malaysia lbh krg sama juga temperature. 32 degrees. keluar saja dari arrival hall KLIA, rasa mcm nk tanggal baju. terkejut benar dgn kepanasan malaysia masa blk hari tu. nowadays alhamdulillah hujan.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku rasa manneken pis tu dulu masa kecik2 suka kencing merata2, pastu mak dia marah dia terus sumpah jadi patung hitam...pastu mak dia pun terkena sumpahan jadi patung cam dia gak mintak sedekah kat situ...

indera kencana said...

Hahahahaha...
Satu perjalanan yang panjang dan menarik. Hmmm... Kisah wanita Melayu berkelana di Benua Eropah. Siapa kata wanita Melayu cuma tahu bersimpuh malu sambil menarik tudung?

Saya kira Khairyn boleh kembangkan cerita perjalanan Khairyn untuk dibukukan.

izinni said...

manneken pis tu la faktor penyebab perang dunia pertama kan? aku ingat2 lupa :D

nak kain laceeee ..hahahahaha

akirasuri said...

woah!
semput baca.
ha ha ha.
JELESSSSS!!! yang amat ni.
wargh!!!!

Kemat said...

saya diura2kan oleh pihak pengurusan atasan akan dihantar ke benua eropah untuk seketika tak lama lagi..maka saya semakin gila membaca catatatan perjalanan di tanah orang ini

Achik_Sufi said...

berminatlah achik tengok gambar2 yg khiryn paprkan tue...bilela achik ade rezeki utk menjejakkan kaki ke sane erk....

p/s: penuhkn cuti dengan keje yang berfaedah...

Iman Mawaddah said...

Syoknya jalan2..saya bila la nak sampai sana

Pa'chik said...

khair ko buleh ganti lagu eni drim wil du tu ngan lagu neh...
sini! sini!!

izinni said...

pa'chik ... ko panggil khairyn tu khair .. tersedak pak dia kat ayer keroh. hahahahaha ...

Pa'chik said...

haha... abeh khairyn jamaludin? buleh?

khairyn said...

may
neenong neenong chak!!

nur
hahaha... semput gak nak abiskan.

purp.
ya ya semput. tuu gambar penulis tuuu.

pa'chik
malas

cik kema
silalah packing. First time datang Europe pun masa backpacking 2001.

bayu.
hmmm... betul gak tu ek.

ainee
tu yang dok buat joke dia.. macamana la ni kalau kita kena balik mesia nanti hahaha

khairyn said...

elly
ko ke mak dia hahaha.

indera
hahaha.. tulisan saya tak semenarik tulisan indera. Banyak cerita minah blur sesat barat jer nanti. hahaha

izinni
ya la kot. Ada 2 patung sama kat sana. aku pun tak beli lace kat mak aku waaaaaa!

akira
hahaha silalah jeles!

kemat
silakan ke Europe. Mehla singgah Glasgow hahaha. erk! pergi bawak cikgu tak?

achik
pergilah jalan2 middle eastern tu. Saya teringin nak ke palestine.

iman
bila nak datang sini, silalah beritahu hehehe

pa'chik
aku tak suka lagu sini! sini!!. tak suka tak suka.

izinni/pa'chik
sukahati korang laaaa