Thursday, July 19, 2007

Teruskan perjalanan

Hari 3.

Saya jumpa dia. Dan dia sangat comel. Saya berjaya menggomol dia! hahahahahaha (gelak syaitan aminul rasyid)



Lupa.. Hari ke Hague, kami ke International Court of Justice, Peace Palace. Err.. kes Pulau Sipadan, Batu Puteh? Ingatkan bangunan mahkamah ni moden, rupanya tidak. Macam gereja pula. Sampaikan pelancong mat salleh yang kami jumpa depan bangunan tu tanya mana international court. Laaa... diaorang pun ingat bangunan mahkamah tu modern. Oh dari sana kami ke Scheveningen. Tepian pantai yang fofular di sini. Err.. gambar pantai jer. Lepas tu pulak angin kuat. Sejuk weh!


Api yang tak pernah padam. Monumen terletak di sebelah pintu pagar ke mahkamah. (ada gambar hantu hitam kat dalam api tu oooooooooh takutnya!)


International Court of Justice, Peace Palace, 2517 KJ The Hague, The Netherlands.


Kami ke Alkmaar. Konon-kononnya nak tengok traditional cheese selling tapi almaklumlah, kepenatan. Dengan host sekali terlajak tidur. Keluar pun dah lewat. Macam biasa, perjalanan ke Alkmaar lebih senang menaiki keretapi. Hish! Rasa macam ala-ala heroin hindustan plak turun naik turun naik keretapi ni.

Pasar keju di Alkmaar ni dibuka pada hari Jumaat saja, jadi hari ni memang orang ramailah ke Alkmaar nak tengok dan beli keju. Tapi sebab dah terlewat. Nampak ni jer la... orang usung papan kosong.



Tapi, penjual-penjual cheese memang banyak kat sini. Pelbagai jenis, pelbagai saiz dan pelbagai rasa. Si penjualnya pulak berbaju tradisi orang Belanda. Memang menarik. Err... kami tak beli keju sebab tak jumpa keju vegetarian hahaha.

Tengah sibuk ambil-ambil gambar dan nak beli Dutch pancake, berborak pulak dengan seorang pakcik ni.Dia tanya kami dari mana, jadi kami jawab student Malaysia dari Glasgow. Tanya pula dia dari mana, dia kata dia orang Belanda. 75 tahun di Belanda tapi ini kali pertama ke Alkmaar. Hahahha... jadi kami tak bersalah la ye kalau dah berpuluh-puluh tahun duduk di Malaysia errr... Gua Musang tak sampai lagi hahahaha.


Nak beli ke tak nak?


Errr.... macam lapar.Tapi tak leh makan ler.



Lupa apa nama bangunan ni tapi langit cantik.



Nak pergi arah mana?



Sebenarnya dari Alkmaar, kami ke Amsterdam. Tapi macam biasalah, kota besar. Tak ada apa yang menarik kecuali yiehah! Red Light District. Tapi kan... kat sini tak leh ambik gambar err wanita dalam akuarium sebab nanti kita pulak kena terjun masuk terusan hahaha. Tapi, kami masuk museum Van Gogh. Memandangkan kami bukan peminat lukisan yang distorted bentuknya, maka kuranglah menikmati lukisan-lukisan orang psycho yang bernama Van Gogh ni (errr... dia kan bunuh diri. Tembak diri sendiri, dua hari menderita baru mati, ish!)

Lepas jalan-jalan di Amsterdam, kami pun balik. Masak lauk AYAM untuk makan malam. Sambil-sambil masak berborak pula dengan hall-mates host dari Milan dan UK. hahaha.

11 comments:

Pa'chik said...

alah, belanda yang datang sini pun ghamai jugak yang peghak aku tengok... kehkehkeh...

banggugar said...

salam,

nak pancake sekilo..

berapa ringgit?..

(",)

Anonymous said...

gambar yang bertentang mata ngan mataku disebalik lensa kamera itu udah dipindah ke komputer ribaku, bila mau diambilnya?

-gputeh

kingbinjai said...

betul. macam main monopoly

izinni said...

oitt .. kat belanda ada jual sate ek? huhuhuhuhu ...

hang kalau tak ke red light district tak sah! hahahahaha ... kalau pa'chik si-mamat-bunga-kekwa-yang-suka-minum-teh-bunga tu gi sana musti senyum sampai keras muka. hahahahahha

izinni said...

errr ... sarapan tadi aku makan ayam goreng garing yang sangat moist. huhuhuhuhu ... teringat plak kat hang. hehehehhe

khairyn said...

pa'chik,
kalau kat negara orang, tak pe buat peghak. Aku pun selalu buat macam tu.. alasan alaaa kita tourists.

bang,
takut perut hang kembong makan pankek jer

miss gputeh.
woooh! akan keluar sebenter aje lagi. tengah upload masuk thumbdrive. Sabar yak!

king
oklah.. mari kita main monopoly hehehe

izinni,
hahahaha segala macam sate ada. Sate babi yang paling fofular. Hah! itu orang yang baik macam .. tu kalau mai ke red light district akan terus jadi lebih baik hahahaha

ayam? Sapa sebut ayam nih?????? hahaha

zwitterion said...

bestnya jalan2..

kingbinjai said...

gambar pertama : wah! kaukah itu?

Anonymous said...

ho ho ho.
beshnya jejalan.
itu kuceng cumel ma :D

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Hang memang pantang jumpa dua binatang...ayam & kucing...tapi jangan lupa kat kengkawan hang cam hyppo, babun & tapir...hahaha