Entry Jiwang
Beberapa hari lepas warga Scots terperanjat sekejap dengan berita yang keluar dalam media. Sepasang suami isteri yang sudah berkahwin. Tanpa sedar yang mereka sebenarnya adik beradik. Kembar. Akhirnya status perkahwinan mereka dibatalkan (annulment). Rupa-rupanya mereka adik beradik yang memang sudah terpisah sejak kecil lagi. Kedua-duanya diberi pada keluarga angkat yang berasingan. Tu yang mereka tak kenal antara satu sama lain tu. Macam biasalah, perdebatan umum pun dimulakan. Anak angkat patut tahu siapa ibu bapa kandung mereka yang sebenarnya. Tapi mereka semua sepakat yang kes ini kes terpencil (isolated case).
Hailah, kahwin adik beradik ni bukan tak pernah berlaku di Malaysia. Di Johor Bahru, lebih sepuluh tahun dulu. Sampai beranak pinak. Bila dah tahu masih lagi tak nak bercerai sampai mahkamah terpaksa ceraikan dan asingkan. Sorang duduk Selatan tanah air seorang lagi di Utara tanah air. Tak tahulah apa jadi dengan mereka sekarang ni ye?
Aku tak nak sebut pasal hukum apatah lagi pasal anak angkat ni, membintikan atau membinkan nama pak mak angkat, kau orang lebih arif.
Cerita jiwang aku yang kedua ni sebenarnya dah lama aku nak cerita tapi macam tak sesuai aje. Tapi, aku rasa teringin pula nak bercerita sekarang. Mungkin sebab aku sekarang ni dalam mood jiwang kot. Heh?
Beberapa bulan lepas kawan aku Puan M dan suaminya Encik A datang bertandang ke rumah tuan punya blog. Seronok juga sebab dah lama tak jumpa dengan Puan M dan Encik A ni. Kebetulan Encik A ada kerja di wilayah utara ni jadi tinggallah tuan blog dengan Puan M bercengkerama sampai tuan blog sanggup tuang kelas semata-mata untuk berpoya-poya berdua-duaan. Selepas seronok berpoya-poya dan bercengkerama berdua dan makan ayam beramai-ramai, tibalah masanya Puan M menemani suaminya pula. Tuan blog pun sudah kekenyangan dan puas hati dapat berpoya-poya, balik rumah dan tidur lena macam ular sawa.
Pagi tu, Puan M telefon. Dia bercerita yang malam itu dia tercedera di kepala sebab tergelincir dan jatuh dalam tab mandi. Kepala berdarah. Encik A terpaksa mengejarkan Puan M ke A&E Royal Infirmary untuk rawatan kecemasan. Pulang dari A&E Encik A merasa sangat-sangat menyesal. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana menyebabkan Puan M tercedera. Dia kata, "I'm sorry, so sorry, I didn't take good care of you."
Aku kata "Huhuhu.. eh.. alahai... syahdunya."
OK OK.. aku dah kata aku sekarang ni dalam mood jiwang dan tak lama lagi kejiwangan aku akan memuncak. Aku memang sudah jatuh cinta. Jadi buat seminggu dua ni aku terpaksa melayan cinta aku. Percintaan yang dijangkakan memuncak pada 17 dan 23hb ni. Argh!!! Doakan aku ye. Semoga aku dapat jawab soalan-soalan cinta aku dengan tenang hahaha. Aku ada exam hari tu. Tapi dalam tempoh aku berkhalwat dan berhibernasi ni, kalau nampak aku online, boleh aje kalau nak tegur.
Kalau ada aku tersinggung siapa-siapa, aku minta maaf ye. Doakan aku tenang dan dapat ilham untuk jawab soalan-soalan cinta aku. Semoga dipermudahkan ye.
Arghhhhh!!!!! bila nak tambah koleksi ni, cik mimi?
41 comments:
waaa... bertuahnya Puan M... Encik A begitu 'caring' dan 'loving'... :D
suka kumpul fridge magnet ye? sama mcm my mum... now dah jangkit plak kat sas tapi still very mild laa... :D
all the very best for your exams...
aritu tgk discovery indonesia ngan zura...citer pasal org asli kat sana yg terpaksa kawin adik beradik sebab org sekeliling tak suka kat diaorg...kesian,yang kawinkan tu bapak sendiri..camne lah hari2 tgk muka sama pastu kena lak kawin ngan org yg sama!
Puan M & Encik A tu memang romantis...sama2 sweet, bila tengok diaorang rasa teringin lak nak kawin..ahaks! ooo musim mengawan datang kembali...
Selamat berkhalwat & berhibernasi...hehehe
oit.. nak sualan bocor dak? ekekekke...
kahwin adik-beradik...minta simpang..so tak happening..((:
Best of luck in your exams. Moga dpt menjawab dgn mudah...ckp mmg senang, kan.
Wo, fridge magnets, nanti I tunjuk my collection k. (:
selamat 'berjiwang2an'.. semoga berjaya!!! oh2 saya 'ramalkan' akak akan berjaya dgn cemerlang.. ;)
Yuhuuu!!
Selamat bercinta!
hahak!
Moga jawab surat cinta dengan penuh jiwang ek :D
Oh oh!
itu lelaki sungguh caring..
tersentuh hati perempuan ai tau..
Wahahahak!!
Selamat menjawab pekse :D
Berusahalah!
Wah2 wah wah... very the jiwang uols!!!! AHahAHHA,,, Exam apa sebenarnya?
Salam :-),
bila tengok org happy rasa nak gak... tp mungkin sbb dah terbiasa dikelilingi oleh kaum adam dlm family, nak cari yg cam dia org tu mcm x jumpa jer lagi ... ye ke? hahahaha...
Good luck for your exam! Moga beroleh kejayaan jua, bagi kebaikan dunia, lebih2 lagi akhirat... ilmu apa pun mmg menuju ke sana kan... insya allah(Y)
good lucks exam!
hhuhuhu nanti balik kita start kumpullagi...huhu
Salam
Itu cerite cinte ke ?
Selamat ber exam.
May the force be with you (ayat pebret anak akusetelah disogokkan dgn game Star Wars hari2.)
Semoga berjaya dalam cinta :)
Akak, semoga berjiwang dengan jayanya. Biar berjiwang2 dahulu, asal berjiwa2 kemudian. HaHaHaK, peribahasa baru tu tau!
Chaiyokkkk!!
Gambatei!
Moga berjaya. amin.
Salam ziarah dari saya.
sampai begitu sekali encik A merasa bersalah. bukan apa, cuma nak pastikan tiada foul play sahaja!, anyway best of luck in your exam (opps, lupa dah rasanya macam mana tension orang nak exam)
salam nisa, koleksi mu itu menguja, nak satu
ri tu kakmOn terkezut giler, tiba2 nike nisa di depan pintu umah kakmOn.. mau pengsan gak :p
best of luck
salam
sas,
Memang mereka sangat seswai gitu! Banyak kisah duka Puan M. Alhamdulillah sekarang sudah bahagia. Ermm.. Sas dgn ahem ahem tu bila tu? hehehe.. doa yang terbaik untuk sas dengan ahem ish batuk lagi! :)
elly
Itu orang asli tu. Yang bukan orang asli pun ramai dah yang bengong!
Encik A sikit pun tak tinggi suara kan? Lembut jer.. Aduhai! Dulu suka tanya aku 'are you ok dear?' Aku rasa macam nak nangis kat situ gak huwaaaa... at last sebelum dia tanya aku dah angkat tangan. "I'm good!!"
Wah ko dah masuk musim mengawan dah? Hehehe.. dah 4 musim gak sekarang ek - panas, hujan, jerebu ngan mengawan! hahaha
pa'chik
jawapannya tetap DVD tadak.
Ke jawapan pada soalan ma robbuka tu? hahaha
adeh
wann
hehe very de not happening. Btw, dah tengok vid budak jerit2 dlm mrt tu at your blog. Mak ai! macam tu sekali. Hilang kejelitaan dek perangai yang kejelikan.
Oh really hope boleh jawab soklan ni alahai.
Baru nak start kumpul fridge magnet. Selalu kumpul loceng jer hahaha
achik
yiehah! Semoga ramalan mu itu benar belaka. Apa kata lepas ni sumpah plak jadi kaya kan kan kan..
ati
yeay! Semoga dia cintakan ku jua. Kang bertepuk sebelah tangan kang tak jadi pulak percintaan kami hahahaha
ati, dulu masa dorang bercintan cintun ahkak jugakla yg jadi chaperon-nya. Tiap2 malam kena tidur jam 9pm tau sebb nak kena bagi chance org tu berkenal2an. Ish! Percutian yang penuh dengan tidur... bestnya! hahaha
enchek azhar
of course gitu! Jiwang sakan haha. Exam Sociology. 2 paper jer tapi banyak naa yg nak kena hafal. Social yng dah hancus hohoho
neen
Alhamdulillah jodoh dorang. Sorang manja sorang caring. Memang sangat secocok. Masing2 ada pengalaman yang pahit tapi Allah tu kan maha adil. Di beri kegembiraan akhirnya. Semoga neen dapat zauj yang baik juga. :)
Suka belajar tapi tak suka periksa hahaha
mimi
hmm.. best tu best tu.. ke mana pulak kita ni ek? Jom Bosnia!
Beth (aceh aceh aceh)
Hahaha.. cinta versi aku la tu.
Anak ko gila star wars pulak ke? Ish senang kerja ek.. sogok ngan games jer. hahaha
mudin
harap-harap begitulah. Cinta istimewa ni :)
nur
jiwang dulu kan kan kan pas tu jiwa tertekan huwaaaaaa.. la ni baca tapi tak moh masuk la plak. Apa pasai la ni? Mogok ke? atau low virtual memory hahaha
hakim
salam kembali.
terima kasih atas doa!!
bimmer
yep. Dia sangat sayang isterinya. hahaha sungguh!
tension orang nak exam ni.. alaa macam tension surgeon nak buat major operation tu. Kacang jer! hahaha
kak mon!!
hehehe.. sikit jer koleksi tu.
cam ner ek boleh tertinggak kasut merah tu kat depan rumah kak mon ni?? hmmm musykil ni! hahaha
tadi borak ngan kak yah dan bagi dia 3 bab manuskrip baru.. hahaha takat tu jer lepas tu sangkut sampai sekarang tak abis2. Block! hahaha
Harap-harap aku dan dia bukan adik-beradik. Hehehe!
Biasalah jiwang-jiwang. Barulah manusia normal namanya.
Salam ...:-)
Esok exam kan... Selamat berjuang!!!
Teringat masa di IPTA, masa musim exam mcm2 gaya kita org berlima buat masa study... mmg mcm org bercinta pun... agaknyalah… belajar tu seronok, cuma part exam tu yg letih... tunggu result keluar tu yg lagi letih... Alhamdulilah semuanya berjaya.
Cuma exam kelas khas (sekolah agama Johor) x pernah ambil, melayakan utk jadi ustazah, hahahaha… ustazah brutal … kelas dihadiri hanya utk dptkan ilmu. Dan itulah yg masih dicari lagi hingga kini… terasa sayu bila ada yg sudi berkongsi… Cuma di office ni entahlah… kerna ilmu itu milik Dia. Masa arwah emak ada itulah yg sering dikongsi, bila beliau pergi mmg terasa sesangat... kehilangan org yg paling dicintai, masa menaip ni pun terasa air mata nak menitis jer... mujur officemate dah balik.. kalau x mmg haru kiranya mereka nampak.
Selamat ye…. Moga beroleh kejayaan jua hendaknya, insya Allah!!! (Y)
-along-
salam..lama x tegur..dok baca dr jauh jer..
citer pasal fridge magnet dgn loceng...ko punyer koleksi kat umah dah bekurang dah...
almaklum..si kenit suka bebeno jual eskrem..ada dah pecah,retak and tecabut tangkai..hehehe sori on behalf yer...
Semoga kamu lulus cemerlang, gemilang, terbilang, jangan hilang sudah le.
Ahah, besar jugak tahap kejiwangan kamu yek.
~Ainin Naufal~
purp
oit! apa ni main harap2? Pastikan! hahahaha.. semoga jodoh kau dengan dia kuat ek? hehehe
neen
pada yang sudah pergi, kita hanya boleh mendoakan untuk mereka.
Musim exam yang meletihkan.. sekarang err ada 10 jam lagi sebelum menjawab soalan2 cinta.. adeh
along
adoi! Jadi penjual eskrim plak ke? Aiyak.. itu kenangan tu.. mana itu budak bak sini aku babab! wah wah wah.. tak takut ek hahaha. Yang jopun punya tu jangan aaa... mahal giler tuuuu.. Bagi yg tembaga laaa tak pun bagi yg Cambodia punya tu yang bentuk orang menari tu.. bagi dia takut sket hahaha
ainin
huh! ni baru separuh masa pertama jer jiwang. Tak tengok lagi kalau jiwang penuh.. mesti menyampah punya hehehe..
***
Jam 00.25am dok tercanguk tepi tingkap. Luar 0C. aku masih lagi mapping. 9jam 34min akan tiba masa bercinta.. hihihi.. tak sabar.
samat pekse weh... insya'Allah lulus lah tuh...
orang tu dah beranak ke?
Salam…
Doa buat yg telah pergi sentiasa dikirimkan… "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Cuma kebetulan semlm tu ada citer pasal anak2 yg sanggup mencampakan ibu mereka setelah harta diperolehi… DI MANAKAH AKAL MEREKA?
Citer pasal Puan M & Encik A pula mmg mengingatkan saya pada kemesraan arwah emak & ayah, wpun arwah tua lebih 10 thn dpd ayah, tp hubungan mereka cukup romantics… kira mcm pasangan org2 tua mat saleh, siap ada nickname lagi yg sampai skrg saya nak sebut pun mcm x sama jer bunyinya… … sepatutnya mmg camtu kan, semakin lama semakin mesra. Pantang tengok arwah kurang sihat sikit, ayah dah mula kalut semacam… Sesekali dengar juga arwah usik ayah, ‘x segan ke jln ngan org tua’. Jawapan plg kerap, ‘lagi bagus, org lain x pandang’. Romanticsnya mereka berdua, abg2 pun kalah. Sorry ye dah melalut2 lak...
Exam cam na? Ada lagi kan 23hb. ni, Insya Allah dipermudahkan Nya…
Belum la! :P kat pa'chik. kalau ya, ngapa? hang nak bayorkan bill spital aku ke? hehhehe
khairyn,
selamat ek. :)
oh, aku atas talian di changi, balik dari haikou tunggu pelayaran ke kuala esok pagi :)
oh! nak peksa rupanya...
sib baik I tak frust tadi...hahha
ps: good luck!
izi... wei... beranak kat umah je lah... ekekek... takyah bayar bil sepital... ekekek...
masih dalam mood jiwang noo?!
bayu tengah mood serabut ni!
huhu..
hmm, sama la kita dok tengah exam!!!
selamat berulang tahun lah...
salamm singgah.
harap senyum banyak2 hari ni. amboi besdei anti dekat2 dengan pakcik nampak. jeles ni. jeles. haha
selamat ulangtahun kelahiran yang ke... moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. bila nak kawin???
pa'chik
trima kasih bebanyak. Aku harap ok jer apa yg aku merapu tu. Hari Rabu ni satu lagi.. yang ni memang killer paper!
neen
haha.. sekarang orang tak tengok umur lagi. Yang penting tahu tanggungjawab masing2. Seronok kan pasangan yang macam arwah ibu dan bapa neen.
izinni
hang tak dak hari ni? Dah beranak ka? hahaha.. naper aku yang letih nunggu ko beranak ni??
akuatik
Best tak China? Aku berpuluh2 kali masuk Singapore dulu.. tak pernah sekalipun aku jejak kaki di Changi airport hahaha.
maymay
ish ish jangan frust. Yu tetap di hati ai tau! hahaha adeh..
pa'chik lagi
err.. kalau izinni beranak kat rumah kau nak jadi bidannya ke? hahaha
bayu
tak sempat nak serabut dah ni. Bersusun nota yang tunggu nak dibuat mapping ni adeh.
pa'chik lagi dan lagi
eheh besdey islamic kalender aku hari ni 9 muharram tapi sebab aku lahir lepas maghrib maknanya 10 muharram la dak? hahaha
eisraa
haha dah tak larat menyengih dah ni. Almaklumlah orang dilamun cinta mestilah happy selalu haha.
Eh eh.. jeles ek? hahaha.. ai tau ai wanita rebutan ramai jejaka :P
Oh ulangtahun yang ke 34. Sodah tua tapi jiwa tetap muda maaa... (baca:rumah kata pergi kubur kata mari) ;)
ekhem ekhem!
selamat hari lahir kak! :)
oh oh! nak yg solo tu ke?
ha ha ha..
bisa aja :))
Salam....
Selamat Ulang Tahun Yg Ke....!!!
Ceria2 selalu.... TAHNIAH!!!! :-D
bukan ke ada lagi sebulan besday hang? sambut awai ka?
ko letih, aku lagi lesu. hehhehe .. tengoklah malam ni aku ada kot. kita study sosio sesama ek.
oh oh oh bila nakbersanding?
tak jadi komen.....memang layan lagu aris ariwatan ni,,,hijrahkan lah diri iniiiiiiiiii..kita kah yg terlena walau di sedari....
saya terberkenan la dengan pelekat yang ada orang berkaki panjang tu...
hahahhahah comelnya
Salam…
Esok ada exam lagi kan? Good luck…
Esok gak ada acara memecahkan kelapa & sebagainya…. Thaipusam….
ati
ye laa mesti nak yang solo jer hahahaha
neen
hehe yang ke 34!!!! yeay! Selalu menceriakan diri sendiri.. bagussss!
izinni
aku nak sambut besdey dlm tahun hijriah dan tahun masehi lalalala
cepat laa beranak.
king
ahem.. sanding pertama hari khamis lepas .. di pihak satu lagi.. baru jer tadi selesai woohooo
MrCucu
senang nyer nak happy kan hati ko ek.. bagi lagu jer hahahaha
nett
hahaha dia memang cumel.. selalu letak dia dalam pelbagai aksi hihihi
neen
ish bertambah satu hari lagi cuti umum.. banyak betul cuti umum kat mesia la ni
buat rugi jer pecah kelapa
Post a Comment