Tuesday, January 29, 2008

My shoes (fetish)

Antara banyak-banyak kelemahan aku, yang paling ketara sekali adalah aku suka kasut. (Sas, ada masalah yang sama tak? hehe) Aku suka jamu mata dengan melihat pemandangan kasut di balik cermin kedai. Cantik. Seksih! (Macam ayam gebuss juga). Ada saja alasan aku nak beli kasut baru. Kasut nak pakai dalam musim panaslah, kasut nak pakai dalam musim sejuk, salji ke atau hujan. Sebab tak ada selipar, aku pun belilah sepasang selipar. Pakainya dua tiga kali saja sebab musim panas tahun lepas, hujan saja.

Tadi pagi aku mengorek-ngorek almari tempat aku simpan kasut-kasut aku. Sebenarnya almari tu pun penuh kasut lama. Ada yang dah koyak kat bahagian bawah tapi sayang pula nak buang... itulah aku, suka simpan koleksi barang-barang lusuh! Nantilah kalau tergerak nak buang, aku buanglah kasut tu. Sebenarnya banyak kenangan aku dengan kasut-kasut ni. Semuanya ada cerita mereka sendiri. Ingat tak cerita kanak-kanak, "Aku Sepasang Kasut"? Bila aku nak buang kasut lama ni, aku mesti ingat cerita ni... tu yang tak sampai hati nak campak dalam tong sampah. Jadi, buat sementara ni biarlah kasut-kasut ni jadi penunggu setia dalam almari. Bila oos-mate dah datang nanti, mungkin aku buang kasut tu. Nanti tak ada ruang dia nak letak kasut-kasut dia pulak kan? (Walaupun kasut dia tak sebanyak kasut aku.. hahaha).

Tapi dalam banyak-banyak kasut aku yang punya cerita mereka tersendiri ni, Kasut Unta inilah yang paling-paling aku sayang sekali. Umur dia sama dengan budak Darjah Satu. Dia jugalah kasut yang punya tanda harga paling mahal. Tak silap aku lebih RM250 kot. Tapi ada 50% diskaun, lepas tu pulak masa tu aku ada voucher Jaya Jusco, jadi aku bayarRM130 untuk kasut ni. Bagi aku kalau boleh, kasut ni patut aku bingkaikan. Banyak sungguh kenangan aku dengan kasut ni (heh! Macam orang berchenta!).

Kasut Unta ni aku beli sebab masa tu kami nak mengembara mengelilingi bahagian Barat dan Tengah Eropah. Teman mengembara aku seorang tu kaki bola dan seorang lagi kaki shopping. Jadi antara agenda pengembaraan kami adalah - masuk kedai-kedai dan juga masuk stadium bola. Ya! Itu agenda wajib. Aku? Letak aku dalam keretapi jer.. aku dah boleh gelak-gelak macam budak tak cukup skru.

Antara kenangan aku dengan kasut cap Unta ni;
  • Ingatlah di Belanda, masih ada lagi mamat-mamat dan minah-minah berambut perang dan bermata ijou yang masih lagi tahu berbahasa Melayu. Kawan aku si kaki shopping dan kaki bola sedang ber'tikam lidah' menegakkan pendirian mereka tentang lelaki mana yang kacak di dalam sebuah gerabak keretapi yang padat dengan manusia-manusia yang baru pulang dari tempat kerja dan kami pula baru selesai melawat stadium dan muzium Ajax. Aku seperti biasa, agak blur dengan jejaka pujaan hati mereka tapi aku perasan seorang lelaki berambut kerinting dan bermata ijou yang terkulum-kulum menahan senyum. Dan aku yang masih lagi blur, telah berkata dengan jujurnya bahawa lelaki di belakang aku itu juga kacak dan ahhh.. ada lagilah yang aku katakan pasal lelaki tu (tapi semuanya puji-pujian ya!). Tak lama kemudian keretapi ala-ala komuter itu berhenti di perhentian dan lelaki berambut kerinting bermata ijou menyentuh bahu aku dengan mesra sambil berkata "Tumpang lalu." Masa tu aku rasa macam nak tarik-tarik tudung!

  • Di stesen keretapi di Barcelona, waktu itu lebih kurang jam tujuh malam. Kami duduk di sebuah bangku panjang. Aku dan si kaki bola terpaksa menjadi penunggu beg kecil yang penuh dengan dokumen penting, wang, kad kredit dan juga tiket keretapi kami kepunyaan si kaki shopping yang terpaksa menqada' hajat. Sedang si kaki bola mengikat tali kasut dan aku duduk mengelamun memandang orang yang lalu lalang, aku perasan beg kecil itu melayang ke atas. Tanpa sepatah perkataan pun aku terus melompat naik atas bangku, satu kaki di atas tempat menyandar bersedia untuk 'terbang' ke arah pencopet bila si pencopet pula tiba-tiba menghulurkan kembali beg kecil tu. Aku pusing, turun dari bangku, duduk semula, peluk beg si kaki shopping, aku dan si kaki bola. Aku pandang si kaki bola, dia pandang aku. Kami diam. Sampailah seorang tua datang dan berletiaq menyuruh kami sentiasa mengawasi barang-barang penting kerana terlalu banyak pencopet di Barcelona. Si kaki shopping kembali selepas melunaskan hajat dan aku dapat se'round' lagi sebab bercita-cita nak 'terbang' macam Wonder Woman.

  • Berciut-ciut si Kasut Unta ni waktu aku buat sprint dalam Schiphol Airport sebab check-in lambat sambil dihiburkan pula dengan panggilan nama-nama kami di PA System. Tiba di dalam perut kapal, dimarahi pula dengan pramugari sebab lambat. Heh! Diamlah! Bukan sengaja. Kami jalan-jalan di Amsterdam sambil beli kincir angin kecil buat cenderahati pada kawan-kawan. Tapi, tunggu punya tunggu, kapal terbang tak jalan juga. Rupa-rupanya ada kerosakan enjin. Tu lah dah cakap, tak boleh bebel kami kerana kami ni semua keturunan raja-raja, raden dan kraton!

  • Dengan kasut Unta ni juga aku sudah memanjat tangga-tangga tinggi yang menyeramkan (sebab aku gayat) di Roman amphitheater di Amman dan di Lembah Petra Jordan. Kami telah ditipu oleh pemandu pelancong di sana, tapi tak apa.. kami suka hati. Pemandu pelancong telah meninggalkan kami bersendirian di Lembah Petra dengan alasan mau 'solat Jumaat'. Hahaha.. di mana masjid? Yang ada hanya kuil. Yang tak seronok apabila kami ditipu sekali lagi oleh penjual barang-barang cenderahati yang tahu berbahasa Melayu. Si kaki bola terus rasa tak 'best' sepanjang hari. Dengan pemandu pelancong (yang ni memang bagus) kami berkeras mahu kembali ke kedai itu dan menuntut ganti rugi. Oh! Ingatlah ye, kalau mahu ke Amman Jordan, berhati-hati dengan kata-kata manis penjual. Di sana juga mereka bekerja berorientasikan 'tips'. Err... agak mahal juga kalau di'sukat' dengan duit RM kita.

  • Berjalan-jalan di Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon juga harus berhati-hati. Harus berhati-hati waktu melintas jalan kalau tidak mahu dilanggar oleh 'mat-mat rempit' sama ada yang berenjin atau dikayuh. Memang perlu skill yang tinggi jika mahu melintas dengan selamat di bandaraya yang macet ni. Bukan setakat melintas jalan saja berbahaya, tempat pejalan kaki juga penuh dengan 'bom-bom' yang boleh menghasilkan gas methane, hasil dari kemasukan sesuatu dari mulut, diproses, masuk ke usus kecil, usus besar kemudian dikeluarkan dari rektum. Bukan itu saja, kena berhati-hati pula juga dengan penjual khinzir yang berjualan di tepi-tepi jalan. Bahkan di luar masjid besar, juga terdapat penjual khinzir. Gunakan skill anda untuk melarikan diri dari penjual-penjual air kelapa, kain baju, beg dan juga budak-budak jual buku Vietnam's Napalm.

Ada banyak lagi kenangan aku dengan si Cap Unta ni. Tiap kali aku tengok dia, aku mesti tersenyum terkenang cerita-cerita bodoh aku dengannya. Mencampak beg Timberland cap Padang Besar dari keretapi semata-mata nak mengejar satu lagi keretapi ke Zeltweg, Austria. Tidur dalam couchette sampai kena marah dengan pakcik tua. Bercakap Melayu dengan adik penjual beg sebab dia tak faham bahasa Inggeris dan kami tak tahu bahasa Itali. Kena ngurat dengan mamat-mamat Afrika Utara dan Arab. Tidur dalam computer cafe sebab tak mampu nak sewa bilik yang mahal. Kena kejar dengan penjual-penjual jalanan sebab aku cuma beli satu jer air kelapa.

Memanglah aku takkan buang kasut ni walaupun sekarang bila aku berjalan atas jalan yang licin, aku terasa macam nak masuk pertandingan 'Dancing On Ice."

22 comments:

akirasuri said...

Adeii..
sakit perot gelak :))
ada aksi terbang terbang lagi tu =))

Saya cuma ada satu jek kasut =))
Tadek kasut yang berkenan di hatilah sekarang ni :))
banyak sangat kasut kegadesan di pasaran sekarang ni ;;)

Kekanda =))
Amenda visual veri ni =))
Susahlah ai cani =))

Mimiamilia said...

oh..jgan lupa pesanan anda akan sampai tak lama lagi.
Ala..kasut yang POWER tu..hik hik hik.ada tempat lagi ka?

khairyn said...

salam

cik ati
visual verif? ish tak tau la plak. Word verification baru jer off kan. hahaha

cik mimi
huh.. tambah koleksi lagi. Terpaksa la buang juga yang lama tuh.. alahai

akirasuri said...

Hahak!
Ntah tadi tetiba jek ada visual veri tu :))
kepelikan sekejap saya..

Pa'chik said...

mana ada bizhualberi, gaki pening tuh.. ekekek...
karate tengkok gaki bagi ilang pening... ekekek..

err.. ada terpijak dak bom tuh? ekeke..

DeeN said...

Wah!! Macam citer Aladin plak HaHaHaHaHa...!! Sungguh sentimental sekali akak ku ini. Er.. tp cantek gak kasut tuh. Nak beli kasut but lah lepas nih. Asyik pakai kasut sport jek hahahaha!!

khairyn said...

cik ati
hahaha.. bengong ye encik blogger ni? Oh lupa, Barcelona memang banyak tinggal kenangan. Pernah saksi kumpulan 'Enam Jahanam' beroperasi. Kena check dengan pak pulisi sebelum pilihanraya Sepanyol dan sehari sebelum kejadian letupan di Madrid.

pa'chik
ni apa ni nak karate tengkok anak dara orang ni? Ish.. romantik sket pa'chik oi! Nak aku ajar ke cara2 mengurat dengan betul nih? hahaha
Setakat tu aku terrer gak mengelakkan diri dari memijak jerangkap samar tu hahaha

nur
memang kaseh sayang betul ngan kasut ni. Ye la kot sentimental hahaha. Kalau kat Malaya dulu asyik pakai selipar ja haha

zwitterion said...

banyak sungguh kenangan...
awat sampai nak tarik2 tudung bila mamat mata ijou sentuh bahu?...hehe

hakim dirani said...

Panjangnya,
tapi membacanya memang best. Saya juga pernah ke jordan nasib baik yang jadi pemandu pelancong tu kawan juga, jadi tak lah tertipu.

Nanti kalau-kalau nak datang ke Syria pula, saya sukarela jadi pemandu anda, bayaran FREE. tanpa tips. he he

Azhar Ahmad said...

Aduhhh jauh giler buk khairyn jaklan... Hummm Mimi dah cerita sket2 pasal buk Khairyn... Kagummmm

achik said...

hensem kasut unta tu..

dulu saya pun suka pakai kasut ala2 lelaki.. tapi skang ni pakai kasut2 'ayu' gitu.. hak hak.. ;p

Pa'chik said...

tak leh eh ngorat cam tu? alaaa... buleh lah... ekekek...

indera kencana said...

Campak beg made in Padang Besar..??
Hahahahahaha...

Ooo.. kenangan dengan kasut camel ni la yang penah Ny citer dulu pada saya. Pasal tidur kat cafe sebab nak save duit tu..

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau macam tu, kamu simpanlah kasut itu di dalam almari kaca buat kenangan. Hehehe!

Pernah juga pakai but cap 'unta' tapi lebih kacak kalau pakai but cap 'sayap merah'. Hehehe!

Anonymous said...

Oit pokcik!
Apa ni karate2..
Campak dalam perigi buta kang baru tau =))

khairyn said...

zwit
dia caucasian yang tahu berbahasa Melayu. Alaaaa!!! Termalu dengan dia sekejap hahaha

hakim
set! InsyaAllah akan ke Syria satu hari nanti. Tapi, tak tahu bila la ye. Sudah ada pemandu pelancong, ini yang bersemangat ni!

enchek azhar
ohh! Kamu berdua bergosip ye? hahaha.. tak ada apa yang perlu dikagumkan. Bila nak mai UK??

achik
hahaha.. suka tengok kasut ayu, tapi masih tak berapa pandai nak pakai. Sakit.

pa'chik
achum! Sat sat sakit tekak sat.

Gather around me eberi bodi. Lisen hier.

Gerels! (slang Scottish)
kamu semua jangan kaco-kaco pa'chik lagi ye. Dia dalam proses mengurat cik akira @ ati. Hands off eberibodi!

boys!
cik akira @ ati sekarang ni off limits! Tok sah nak mengurat. Walaupun nampak ganas cara uratan dia tapi itu rupa2nya tanda sayang tau.

*kelip kelip mata pandang ati dan pa'chik silih berganti*

khairyn said...

indera
oh beg itu saya namakan dia si 'Kura-Kura'
Yep.. banyak kisah dengan kasut cap unta ni hahahaha
errr.. kaki dah gatal nak jalan lagi laa

purp
kasut ni aku masih pakai sekarang. Sayang sangat dengan dia. Kalau aku simpan dalam almari kaca, mesti kena bebel ngan mak aku punyalah.
Tak ada but cap sayap merah la haha

cik ati
aaaaa... achum!
bersin lepas tu sakit tekak la plak
hahahahaha
errr ni kira macam scene dalam citer titanic tu ke?
yu jam ai jam??

zorrokantoi said...

banyaknya kenangan dengan kasut unta tu. kena frame kasut tu .....

izinni said...

NYyyyyyyy ....
amboiiii bercerita kisah private ya .. hahahahhaha ... apsal dengan aku tak cerita. huh! tak aci ... merajuk la macam ni ... nyampah ai!

errr indera .. kebetulan tu ... orang umah udah bersalin ke? belikan ler kasut unta satu untuk si dia .. senang nak bawak gi jenjalan bila sambung belajar nanti. ;)

Nina Suria said...

cantek kasut unta ko nisa, nak pinjam boley? kut2 boley trebang :p

kakmOn paling tak suka tengok kasut di balik kaca, sebab kita punya kaki cinderella... size kasut tak serupa org, mcm gajah daaaar hikhikhikhik :D

Anonymous said...

Salam

Terhibur aku baca entri mu kali ini..

Terer sungguh mu sampai melompat mcm Wonder woman ! Biso sungguh !

khairyn said...

bimmer
haha.. nanti orang kata gila la plak.

izinni
perkh! Jeles?
hahaha.

kak Mon
hohoho.. no way! Tu kasut sentimental value!
kat sini kaki ni ukur lilit ikut jenis kasut la.. kadang2 rasa macam comel jer kadang2 rasa macam besar gedabak.

beth
tu 7 tahun lepas, boleh terbang lagi. La ni kalau aku terbang dan landing je mesti bersepai tulang temulang aku hahaha