Ambil masa juga untuk aku habiskan baca buku ni. Belinya sudah
lama tapi tak punya kesempatan untuk membaca (alasan!). Sebenarnya aku kalau baca buku non-fiction macam ni, aku suka ambil masa dan 'highlight' fakta-fakta yang menarik atau penting untuk rujukan aku (esei dan kerja haram). Memandangkan David Pratt ni juga editor Glasgow Sunday Herald, maka sebarang 'excerpts' dari buku ini boleh diguna pakai :)
Aku memang sarankan buku ini untuk jadi antara bacaan penting kalian. Cara penyampaian beliau kadang-kadang 'personal' dan kadang-kadang 'detached' atau lebih pada 'reportage' menjadikan buku ini memang tak jemu untuk dibaca. Dia menulis 'from the grassroots'. Kisah kehidupan orang biasa di dua 'dunia' yang berbeza. Palestine dan Israel.
ok nanti aku sambung... nak siap-siap pi kerja. Btw.. aku dah dapat tengok cerita Anak Halal. Hahaha... errr... ada yang aku suka tentang filem ni sebenarnya.. nanti aku beritahu.
sambung 21:01
Aku rasa impak yang paling besar masa baca buku ni, adalah mengingati kembali kisah Mohammad al-Durrah 12 tahun, yang terperangkap dalam keganasan askar Israel yang langsung tidak berperi kemanusiaan. Gambar ini dirakam oleh jurukamera Talal Abu Rahmah, jurukamera bebas untuk rangkaian France 2. Beberapa hari sebelum itu Mohammad memang ada minta izin ibunya hendak keluar menyaksikan mujahid menentang askar Israel tetapi ibunya melarang. Ayahnya pula, untuk mengalih permintaan anaknya telah membawa Mohammad pergi ke tempat menjual kereta terpakai di Gaza City. Pulang dari Gaza City mereka terpaksa melalui jalan persisir pantai dan melepasi pos polis Israel di Netzarim. Tiba di sana, keadaan penentang dengan askar Israel sudah menjadi tegang.
Mohammad dan ayahnya terperangkap di tengah-tengah. Mereka terpaksa berlindung di sebalik tong air konkrit untuk menyelamatkan diri dari hentaman senjata peluru hidup askar Israel yang berdiri di menara pos. Aku ulang ye... PELURU HIDUP.
"In the footage, Jamal [ayah Mohammad] is seen waving frantically as if pleading with the Israelis to stop firing, as Mohammad cowers terrified in the crook of his father's arm. But the shooting went on and Mohammad was hit first in the leg. "Don't shoot, don't shoot," Jamal shouted, his voice drowned out by the rattle of gunfire. For about five minutes after Mohammad was wounded, his father continued yelling: "MY son is dying, my son is dying."
Bassam Al-Balbisi, a 45 year-old Palestinian Red Crescent ambulance driver, bravely made his way through the hail of bullets towards the pair to try and get them out, but he was instantly shot dead. Another of his collegues, who tried to do the same was wounded, It was now around 2.30 p.m. In all the shooting lasted over 40 minutes durign which time Mohammad was seen to become quiet and the desperate clutch on his father slackened as a fourth and final bullet entered his stomach and he slumped over dead. Even then the fire continued, and still trying to protect his son Jamal was shot again and again, his body jerking convulsively as the bullets struck his legs and torso."
(p 101)
Mohammad gugur syahid. Ayahnya redha.
Towards the end of their conversation, Motro asked him what he wished for his remaining children. "My children? To grow as all children in the world," he told the writer down the telephone line from Amman, his voice shaking with emotion. "That they will be surrounded by all good things and nothing bad, nothing bad."
(p104)
Bagi aku, buku ni memang bagus untuk 'beginners' yang mahu tahu pasal kebangkitan Intifada di Palestine. Ada juga 'chronology of events' tentang sejarah Palestine yang membawa kepada kebangkitan Intifada di Palestine. Penulis buku ni
David Pratt, punya 20 tahun pengalaman sebagai seorang wartawan perang menulis berdasarkan nota harian dan artikel sepanjang beliau menjadi wartawan perang di sana. Terdapat juga kisah-kisah harian yang tidak pernah dipaparkan di media. Dalam keadaan tegang juga ada kejadian-kejadian lucu yang berlaku pada beliau. Aku pun tak tahu, nak ketawa ke nak bersedih.
Kadang-kadang paparan media elektronik tentang kesengsaraan rakyat Palestine tak berjaya hendak menarik 'empathy' aku tapi buku ini dengan mudah buat aku rasa sedih, marah dan sakit hati dengan hanya satu ayat saja. Penderitaan rakyat yang dihalau dari rumah sendiri dan tanah dirampas, lalu dipaksa tinggal di kem 'refugee' yang serba dhaif. Harga diri mereka dirobek dan diinjak-injak. Ibu yang kehilangan anak dan saudara lelaki mereka. Anak-anak yang dinafikan hak belajar dan terpaksa menjadi hamba kepada warga Israel untuk sesuap nasi. Juga ada diselitkan juga kisah perangai kepala batu si
Ariel Sharon. Semoga beliau kekal dalam koma.
... That said, I remain convinced that a great injustice continues to be perpetrated against the Palestinian people.
(p 9)
Terlalu panjang kalau aku nak ulas pasal buku ini. Terlalu sarat dengan pengajaran. Membaca buku ni buat aku reflek kembali apa tujuan hidup kita sebenarnya. Belajar apa itu perjuangan. Dan buat aku malu untuk sentiasa mengeluh dengan masalah-masalah yang sangat-sangat kecil berbanding dengan mereka.
Terima kasih David.
Ulasan ke dua - Anak Halal
Bagi aku filem ni sama standard dengan filem
Haru Biru yang aku tonton lewat Disember lepas. Tak ada pengisian. Tak ada arah. Jalan cerita masih lagi longgar (atau aku yang tak faham - entah!).
Perlu ke ada adegan berkemban? Peluk-peluk? Cium-ciuman? Menari atas bumbung????? Hindustan ke Tamil ke apa? Aduuh.. gediksnya aku tengok pelakon wanita Melayu. Hilang dah sopan santunnya. Oh ya! Tak ada satu adegan pun dalam filem tu, bila hero atau heroin atau sesiapa sajalah yang berlakon tu kembali pada agama ketika ditimpa musibah. Aku rasa satu-satunya akhlak muslim yang digunakan cuma SEBUTAN 'Assalamualaikum'. Jauh sungguhkah masyarakat kelas bawahan ni dari Tuhannya?
Tapi satu ops tiga. Ahah! Ada juga yang aku suka pasal filem ni. Penggunaan bahasa tidak terlalu terikat pada skrip. Slanga yang digunakan dapat dicerna oleh otak aku. Bahasa rock (rock kah aku???) yang boleh buat aku tersenyum. Kedua, terima kasih kepada khidmat stuntmen. Menarik juga adegan lawan-lawan tu. Macam gengster kat Hong Kong. Yang ke tiga, cinematografi dan angle kamera juga menarik dan tidak menjemukan.
Maka secara teknikal, filem ni tak adalah buat aku berkerut-kerut menyampah macam filem Haru Biru tapi secara keseluruhan aku masih kata filem ni tak ada moral values LANGSUNG. Dan aku yang lampi ni masih tak faham apa motif profesyen Hisham sebagai pengedar dadah dengan adegan dia solat.