Monday, March 31, 2008

Fitna

Lepas satu.. satu pula yang jadi.

Satu lagi propaganda nak memburuk-burukkan Islam. Musuh Islam semakin bersaing hendak menjatuhkan agama suci ini. Dari secara halus hingga ke cara yang paling kurang ajar. Filem pendek Fitna kali yang kedua dibuat oleh karyawan dari Belanda. Sebelum ini filem pendek ini juga dilahirkan di Belanda. Di terbitkan oleh seorang wanita yang sudah murtad. Seperti yang itu, video yang ini juga atas idea seorang Ahli Parlimen yang memang benci dan cemburu pada Islam dan Muslims. Sebabnya? Semakin ramai orang Islam berada di Belanda dan di bumi Eropah. Si Geert Wilders ini bimbang di Eropah Western Civilisation hilang dan diganti dengan Islamic Civilisation pula. Dia lupa tamaddun Eropah itu asalnya dari mana? Kalau tidak ada Islam, entah-entah mereka masih lagi berperang sesama sendiri, tidak tahu mandi dan buang air merata-rata!

Kamu, kalau tak dapat menonton video ini di sini, terus saja ke web ini.






Sunday, March 30, 2008

Betul ke?

Aku tak tahu sama ada berita ini benar atau tidak. Rasanya dah ramai bloggers yang letak berita ini di blog masing-masing, termasuklah Rocky. Juga ada dalam forum Cari.

Pagi-pagi tadi aku dah dapat emel dari kawan pasal berita ini, tapi aku biarkan saja, sebab aku tak percaya sangat dengan suratkhabar News Of The World ni. Suratkhabar ini kira tahap suratkhabar nyamuk saja. Lagipun ia sister paper untuk Suratkhabar The Sun. Kredibiliti kedua-dua suratkhabar ini diragui. Tapi, demi memuaskan hati aku, akuatik, mimi dan CikSue, aku keluar juga cari suratkhabar ini tadi. Diva juga ada bertanyakan soalan yang sama. Sukar untuk aku percaya, tapi bila ditenung-tenung, mungkin ada benarnya.

Buatlah penilaian kamu sendiri. (Maaf aku tak sensor gambar)


More on Sufiah

Ke Ibu Kota

Oleh kerana bonda tak benarkan aku balik ke Malaysia, aku pun apa lagi... pergilah ke mana saja yang aku suka. Aku ke ibu negara Tanah Ratu selama empat hari. Seperti biasa, keretapi menjadi pengangkutan awam pilihan aku. Tapi memandangkan tiket pergi baliknya sangat mahal, aku terpaksa menggunakan perkhidmatan penerbangan murah sebagai mode transportation untuk pulang ke kampung di Glasgow. Aku cuba telefon bonda tapi line tak elok. Sudahnya aku pergi tanpa berpamitan dan hanya meninggalkan pesan pada kekanda.

Perjalanan pergi mengambil masa 5 jam kerana tren hanya berhenti di empat perhentian; Glasgow-Carlisle-Preston-London Euston. Disebabkan tempat duduk aku bersebelahan tingkap yang agak kecil, mood hendak mengambil gambar juga hilang. Lagipun Glasgow dituruni salji umpama kelemumur yang berguguran sepanjang pagi. Cuaca agak mendung dan hujan di beberapa tempat. Aku habiskan masa dengan membaca dan berbual dengan pakcik di sebelah yang dalam perjalanan dari Carlisle ke Kent.



Tiba di London Euston, aku cari jalan untuk ke Bayswater kerana menginap di Hotel Berjaya Eden Park (fuh! Ibarat orang kaya!). London memang terkenal dengan sistem keretapi bawah tanah. Alhamdulillah, aku tidak ada masalah mencari jalan ke Bayswater walaupun kali terakhir aku ke London, sekitar 2001. Lagak seorang Londoner, aku bertukar-tukar laluan keretapi bawah tanah, dari blue line (piccadilly) ke green or yellow line (district or circle line) dengan berbekalkan Oyster Card (ala touch n go) dengan value added £10.

Bilik 117 menjadi tempat penginapan aku di London untuk selama empat hari. Biliknya sangat kecil, muat-muat untuk dua katil bujang. Sebuah bilik air yang sangat-sangat kecil. Tanpa makan pagi dan tanpa movie channel di TV. Apapun aku tetap bersyukur kerana dapat tinggal di bilik hotel dengan percuma. (hahaha! Adalah satu rahsia bagaimana aku dapat menginap dengan percuma di hotel ini. Maaf, ini untuk melindungi 'kroni' dari dihujani dengan pertanyaan dan permintaan bilik percuma! hehehe).

Di sebabkan terlalu letih, aku hanya keluar di daerah Bayswater untuk mencari makan malam. Sebenarnya banyak juga kedai halal di sini tapi hari itu, aku tiba-tiba saja tekak aku cerewet untuk mencari makan. Sudahnya aku beli kebab.


Hari ke 2

Sebenarnya aku ke sini untuk memperbaharui paspot antarabangsa yang bakal tamat tempoh pada 04/04/2008. Lepas bersarapan ala kadar. Aku keluar dari hotel jam 8.15am. Tengok cuaca sangat cerah, maka aku ambil keputusan untuk berjalan saja ke pejabat imigresen di Belgrave Square dengan memintas di Hyde Park. Sudah! Aku terlupa bahawa Hyde Park itu tersangatlah besarnya. Akhirnya setelah 1 jam suku, baru aku tiba ke pejabat imigresen.

Oh! Dan aku lupa, bahawa di London orang Melayunya jarang tersenyum. Dan ibarat orang kampung yang turun ke ibu kota, aku pula murah dengan senyuman. Akhirnya, aku berkawan saja dengan Cina dan India Malaysian yang sama-sama memperbaharui paspot di pejabat imigresen. Berborak dengan seorang india dari Bentong yang datang ke pejabat untuk pengesahan dokumen penting. Beliau hendak berkahwin dengan boyfriend seorang India-British. Tiada nasihat yang dapat aku beri, kecuali Good Luck! Selesai berurusan aku ke Harrods pula untuk membeli Turkish Delight kiriman Cik Mimi.

Petangnya, selesai mendapat paspot baru, aku telefon rakan-rakan beronggeng di London. Mereka sedang ber-shopping di Oxford St. Aku terus ke sana, bertemu di hadapan kedai NEXT. Expedisi diteruskan dengan mencari kedai Primark. Aduh lahai! Berjalan mengukur sepanjang Oxford St mencari kedai Primark yang sebenarnya banyak di Hull, Manchester dan Glasgow!! Bila sudah jumpa kedainya, tidak pula membeli. Fuh! Aku memang sudah capek sangat-sangat, macam nak terputus urat kaki. Rasa tumit pun dah rata mengukur Hyde Park pagi tadi bersambung pula di Oxford St.



Malam itu, sebelum pulang ke hotel, kami singgah pula di kedai makan. Kedai India menjadi pilihan. Aku dibelanja sempena harijadi. Wah wah wah! Dapat makan free lagi! Lamb Briyani menjadi pilihan aku, Ani pilih Chicken Briyani dan Marina pilih Prawn Briyani.



Oleh kerana bilik sebenarnya untuk dua orang saja, kami terpaksa menyeludup seorang lagi ke bilik hehehe.. Terpaksalah berkongsi katil ek!

Hari ke 3

Hari ini memang hari berjalan-jalan untuk satu hari suntuk. Destinasi pertama adalah ke London Eye. Cuaca agak tidak berapa baik tapi sebab tiket sudah ditempah dan dibeli, maka terpaksalah kami redah saja sambil berdoa semoga ada belas untuk benarkan kami menikmati pemandangan dari puncak tertinggi dari Feris Wheel raksasa ni.



Alhamdulillah, walaupun cuaca agak mendung, dapat juga kami lihat pemandangan London yang err... serabut sebenarnya. Turun saja dari London Eye, hujan mula turun dengan agak lebat. Angin pun kuat juga. Kami ke destinasi seterusnya - British Museum.

Aku dah lama teringin nak pergi ke British Museum ni sebenarnya. Tak perlu bayar, percuma saja. Tapi waktu kami ke sana, ada pameran Emperor dari China. Yang ini kena bayar. Aku ingat dalam hujan-hujan begini, tak ramailah pelancong ke muzium, rupanya ramai juga. Jadi feel-nya agak kurang, bagi aku. Tapi alhamdulillah, dapat juga aku jejakkan kaki ke sini.



Dari Muzium British, kami teruskan perjalanan pula ke Portabelo Market. Destinasi pertama di sana adalah Makan Cafe. Satu-satunya restoran milik Melayu yang menjual makanan Melayu (setahu aku) di Portabello. Makanannya memang mengikut citarasa orang Melayu. Kalau kau mahu pedas, bagitahu saja pada tukang abang yang ambil order. Seronok dapat makan pedas di Portabello Market. Tempat ini terkenal dengan barangan dagangan antikuiti. Memang seronok melihat barang dagangan di sini. Tapi memandangkan kami ke sini hari Jumaat, tidak banyak kedai yang menarik. Lainlah kalau datang masa hujung minggu, kawasan ini memang meriah dengan pengun jung dan pelancong asing.

note : gambar di kamera Ani. Akan diupload kemudian.

Hari ke 4

Hari aku pulang ke Glasgow. Tak ada aktiviti yang menarik hari ini, kecuali berjalan-jalan saja di sekitar Bayswater. Sarapan kami hari ini di Malaysia Hall. Makan nasi lemak. Sambal yang ter-over pedas tapi aku suka hahahaha. Oh! Ada celebrity bersama-sama makan dengan kami di sini tapi minta maaflah, aku tak berapa suka dengan celebrity. Memandangkan aku pun duduk di hotel ternama, maka aku lebih suka jadi 'riak dan takabur' saja hahahaha.



Kami berpisah di stesen Notting Hill Gate. Marina dan Ani akan terus ke Oxford St lagi kerana keretapi mereka kembali ke Hull, hanya bergerak pada jam 3.30pm, manakala aku terpaksa ke Victoria Station untuk menunggu bas ke Stanstead Airport. Aku tiba awal di sana, maka aktiviti aku hanyalah melepak di sebuah tempat membeli belah yang lengang. Jam 1.45pm aku terus naiki bas ke lapangan terbang. Di sana, aku lepak dan solat jama' takhir. Melepak dan menjamu mata di kedai-kedai sehinggalah waktu berlepas jam 6.10pm.

Tiba di bandar Glasgow, jam sudah menginjak ke pukul 8pm. Dalam sejuk dan hujan renyai aku tiba di rumah 15 minit kemudian. Alhamdulillah, segala urusan aku selesai tanpa masalah. Aku sudah menjadi PADI (Pendatang Asing Dengan Izin). Aku menjadi pemilik paspot antarabangsa yang dikeluarkan oleh High Commission of Malaysia, London sehingga tarikh 27 MAR 2013.

Maknanya sehinggalah visa aku pula tamat tempoh, terpaksalah aku bawa dua paspot sekiranya hendak keluar dari Tanah Ratu ini.


Tuesday, March 25, 2008

Haiyak!

Sedihke?

Ha'ah


Nak nangeske?


Ha'ah


Kenapa?


Hehehe... tak ada yang serius sebenarnya. Cuma emak tak bagi balik saja.


Heh?


Lawak? Memang. Aku telefon bonda beberapa minggu lepas. Saja untuk mohon izin balik dalam bulan tujuh atau lapan. Ya, ya dah tua-tua begini pun kena mohon izin nak buat apa-apa sebab aku kan masih lagi dibawah tanggungjawab ibu bapa (kahkahkah!). Lagipun bonda aku memang terkenal dengan 'daulatnya'. Bantahlah katanya, mesti aku akan dapat padah. Banyak kali dah berlaku. Lawak lagi? Memang!

Aku tak adalah sedih sangat bila dia tak bagi balik tu, bukan tak biasa berjauhan. Cuma cara dia menyampaikan maksud tu yang menjadikan aku sayu. Arahannya "Tak payah balik. Semua orang sihat!"

Adus! Kiranya aku hanya boleh balik kalau ada orang tak sihat agaknya? Kemudian kata beliau lagi, "Kalau ada apa-apa nanti atau bila mak kata balik, barulah balik." Ha? Ada apa, apa? Nak suruh balik macamana? Bukan boleh sampai dua tiga jam. Sekurang-kurangnya dua tiga minggu. Nak murah kenalah dua tiga bulan. Aduhailah, bonda! Dulu siapa yang berat hati nak lepaskan anak dia ke sini? Sampai ugut, "Kalau mak mati, *toot* tak sempat nak tengok." Dan aku pun akan ugut balik, "Sama juga, kalau *toot* mati pun mak tak sempat nak tengok juga." Tapi jawapannya, "Mak tak kisah pun *toot* mati kat mana pun." Aik?! Boleh double standard gitu?

Bonda aku memang seorang yang tough cookie. Kuat semangat, keras hati, keras kepala dan sangat-sangat tabah. Jadi, kami adik beradik memang sudah dilatih untuk jadi kuat semangat, keras hati, keras kepala dan err... belajar jadi tabah. Kami juga sudah diajar kalau mahukan sesuatu, usaha sampai dapat, jangan tahu nak mengomel saja tapi usaha tak ada. Dan pada yang sama, kami sudah dilatih untuk tidak ambil hati kalau ada kata-kata beliau yang buat kami terguris. Alah, dia bonda. Dia yang melahirkan dan membesarkan kita, walaupun masa jaman remaja dulu, kami sering juga jadi pemberontak. Tapi, anak-anak mak sekarang dah besar, dah matang dan rasanya tahap degil itu pun dah berkurangan.

Pasal isu nak balik ni pula, Cik Akuatik ada bagi cadangan untuk aku aci redah aje balik. Tiba kat rumah bagi salam saja. Hahahaha... memang rancangan tu dah ada dalam kepala kotak aku, tapi memikirkan 'daulat' bonda tu, aku batalkan Plan B. Nanti kalau tak dapat masuk balik ke UK, amacam? Jenuh juga nanti. Better safe than sorry-lah cik Akuatik.

Lagipun aku dah jenuh buat benda-benda bodoh macam ni. Aku rasa bonda aku takkan terperanjat pun kalau aku terjongol kat depan pintu rumah. Dulu, aku pernah mintak izin nak backpacking ke Timur Eropah dari balai berlepas KLIA, 10 menet sebelum boarding. Memanglah dia tak marah, tapi bila dah balik tu, tahan telinga ajelah. Untung juga aku belikan dia souvenirs banyak-banyak. Senyum meleret jugalah hahahaha. Itu pun aku tak cerita 'daulat' dia yang aku terima masa di sana. Hish! Diam-diam sajalah hahahaha.

Beberapa hari lepas pula aku telefon kekanda aku. Sajalah, sebab dah lama tak berborak-borak dengan dia. Update pasal perkembangan anak-anak buah aku. Dari sang teruna sehinggalah yang 'baby' pelat dan mengada-ngada tu. Bercerita pasal anak-anak kekanda aku ni pun dah buat aku sebak. Dalam hampir dua tahun ini, banyak sungguh perubahan mereka. Yang sulung memang sudah jadi anak teruna yang ahem! handsome. Berfikiran ke hadapan dan yang paling best sudah pandai jadi sarkastik.

Kekanda aku saja buka topik pasal rokok dan ingatkan dia supaya tidak merokok. Dia jawab "Afiq tak merokok." Abahnya pula bila dengar jawapan anak teruna tu terus suruh diam. Nasihatnya, "Kalau orang kata jangan merokok, Afiq jangan jawab. Diam saja. Mana tahu akan datang Afiq merokok. Kita tak tahu masa depan kita." Dua tiga kali Afiq jawab, dia takkan merokok dan begitulah nasihat dari abahnya. Akhirnya Afiq diam. Lama. Tiba-tiba dia kata, "Agaknya kalau duit rokok tu simpan dari dulu, dah dapat beli rumah banglokan?" Adeh! Sakit perut aku gelak dengar cerita kekandaku. Dia mengenakan abahnya. Bagus! Pemikiran yang kreatif!

Itu cerita anak sulung kekanda aku. Cerita anak keduanya yang buatkan aku nak nanges. Aqil dari kecil memang nakal. Dia memang lain sikit. Mungkin Middle Child Syndrome. Berbanding dengan abangnya, dia agak kurang sikit dari segi pelajaran. Tapi dia mudah disuruh buat kerja. Rajin. Kira memang agak challenging juga untuk mendidik dia. Nakal dan degil. Banyak kali aku beristighfar dengan dia. Sampaikan kekanda aku surrender juga dengan si Aqil ni. Atas nasihat bonda,Aqil disekolahkan di Melaka. Alhamdulillah ada perubahan. Perlahan-lahan mencapai 180 darjah.

Perubahan bukan dari segi pelajaran, walaupun ada peningkatan tapi dari segi sikap. Aqil hatinya lembut dan dia punya rasa rendah diri yang tinggi. Kalau dengan dia, janganlah berkasar. Tapi dia bukan pendendam. Kalau kita marah dia, dia dulu yang akan tegur kita kemudiannya. Memang dia ni unique sangat. Kekanda aku kata, keputusan peperiksaan dia tidaklah terlalu bagus sangat, dan dia pun kata kalau ada peluang masuk asrama macam abang Afiq pun dia tak nak. Bukan apa, nanti tak ada siapa nak tengok-tengokkan abah yaie (tok dia) dan nyaie (nenek) kat rumah. Sebabkan dia suka sangat makan ikan keli, bonda aku selalulah beli ikan keli di pasar dan ayahanda aku jadi tukang siang. Tapi sebab yang nak makan tu Aqil, ayahanda aku sudah ajar dia cara-cara siang ikan keli. Sekarang ini, dia pula jadi tukang siang ikan di rumah tu. Dia pun sudah semakin rapat dengan ayahanda aku. Masa dihantar bercuti ke rumah kekanda di KL, sebelum balik dia peluk atoknya kuat-kuat. Entah apa yang atoknya bisik di telinga Aqil, kekanda aku pun tak tahu. Cerita inilah yang buat aku sebak sangat.

Kami dua beradik saja. Itulah teman bergaduh, itulah teman rapat. Aku sajalah makcik mereka (lagipun ipar kekanda aku semuanya lelaki). Ayahanda aku pun sudah pesan, mereka (anak-anak kekanda aku) sudah ada emak sudah ada abah. Mereka sudah ada nenek dan sudah ada datuk. Kalau mereka kena marah dengan kami semua, pada siapa mereka nak mengadu? Kamu jadilah tempat mengadu dan tempat meminta mereka. Atas nasihat ini juga, aku lebih senang dipanggil tanpa ada gelaran 'Mak' di hadapan. Antara aku dengan mereka satu taraf saja walau berbeza pangkat. Rasa hormat aku pada mereka juga makin bertambah. Semoga mereka jadi anak-anak yang berguna dan boleh berbakti pada ibu bapa mereka.

Jadi, macamana aku tak sedey? Tak rasa nak nanges?


Monday, March 24, 2008

Menyambut kehadiran Eostremonath

Good Friday comes this month: the old woman runs
With one a penny, two a penny hot cross buns;
Whose virtue is, if you'll believe what's said,
They not grow mouldy like the common bread.


Dari hari Jumaat minggu lepas sampai hari ini (Isnin), mereka yang beragama dan mempraktiskan ajaran Kristian menyambut Easter holiday. Semua sekolah bercuti. Universiti pun bercuti. Pejabat pun ditutup untuk menyambut Easter Monday hari ini. Kami pun 'sambut' Easter juga.

Secara tradisinya bagi kepercayaan penganut Kristian, signifikasi Easter ini adalah bersempena dengan kebangkitan Jesus Christ. Segala-galanya bermula pada hari Khamis di mana Jesus Christ dan 12 orang Apostle-nya makan bersama-sama buat kali yang terakhir (The Last Supper). Hari ini juga dikenali sebagai Maundy Thursday. Hari Jumaat atau Good Friday, hari Jesus Christ di salib. Hari Sabtu dikenali pula sebagai Holy Saturday dan hari Ahad, hari kebangkitan dikenali sebagai Easter Sunday. Perkataan Easter pula berasal dari bahasa Anglo-Saxon untuk bulan April atau Eostremonath (juga bersempena dengan nama dewi Esostre). Lambang untuk Easter biasanya telur Arnab [(Easter Eggs) - Kontradiksi sebab arnab adalah binatang mamalia - mereka pening!]. Tapi Easter egg ini pula perlambangan dewi Esostre untuk kesuburan (fertility) - Ah! Aku pun pening dengan tradisi pagan yang diamalkan oleh penganut agama ini!

Err... sebenarnya kami pun buat makan-makan (makan lagi!), tapi bukan bersempena Easter. Tapi bersempena dengan hari kebangkitan eh! Kelahiran Cik Akuatik yang ke.. errr... pada err... Eh! Orang kata biar lambat jangan tak buat terus.. kan kan kan? Cik Akuatik kan? Tapi cik Akuatik kata ia juga bersempena dengan negeri kerjanya yang sudah mendapat MB baru, walaupun dari keturunan Dacing.

Kali ini kami makan di sebuah restoran Cina halal yang diberi nama Lemon Tree (ya! Siapa tahu lagu itu, silalah menyanyi). Restoran ini terletak di permulaan jalan Great Western Road. Katanyalah dipunyai oleh seorang peniaga berketurunan Tionghua (duh!) dari Malaysia. Makananya sedap tapi masih kurang pedas dan harganya err... makan sekali setahun mungkin boleh kot.



Ahli-ahli panel acara makan hari ini, dari kiri (ikut arah jam)- Cik Mimi, CikSue, Vanitha (a.k.a bini Akuatik), Akuatik (takut dia marah letak gambar, jadi tutup dengan bunge ye) dan ahli panel terbaru Cik Leyha.

P/S - Dalam hampir dua tahun aku di sini, aku rasa penghijrahan ini memberi banyak kesan bukan untuk aku saja tapi juga pada ahli keluarga aku. Perubahan yang buat aku terharu sangat-sangat, perubahan yang aku tak sangka-sangka, perubahan yang buat aku bertambah hormat dan sayang pada mereka, perubahan kepada yang lebih baik.. hehe.. ini lain kali ceritalah.

Friday, March 21, 2008

Meh tengok video

Jom!





Malam ni masa aku dihabiskan di youtube dan tengok DVD...

haaaaa... nyamannya!

Tuesday, March 18, 2008

Alahai

Dear Mr Eamonn O'Neill

Thank you for the interesting closing lecture this morning. I've enjoyed every minute of it, albeit had to write notes in the dark and used my handphone light to see what I was writing because you want the lights to be off so we could see the slides more clearly (very thoughtful of you). It was enjoyable, nonetheless.

I agree with you that a good journalist have no opinion. As you said, this does not mean that the journalists are stupid or non-opinionated, but because why should we write something intelligent without getting paid? Thus, my blog (as you know I've linked mine to yours ONCE), have no (not entirely true) professional opinions about current issues. Yes, I am like thousands maybe million other bloggers in the 'blogger sphere' (Brian McNair favourite word - quoting you) use this avenue just for my personal rantings and thoughts. Blog is one way to hone creative thinking and writing. And of course not forgetting a source for ideas for the never ending essays.

Writing a blog when you're far away from home is like a therapy to help cure homesickness. As a former reporter, I was trained to always be curious. Wanting to know what's happening or people thoughts and what made them tick became an addiction maybe no obession, thus blogging helps me 'kill' some of these curiosities. (My mantra is - Curiosity kills a cat but satisfaction brings it back to life). Anyway, I would always remember your words of wisdom and thought provoking lectures about journalism. Your old-school style and practical way in approaching the subjects and hands-on advices are very much appreciated.

I will continue to be non-partisan, non opinionated and blur. Blogging would be an activity that I participate regularly. But, if anybody would like to pay me to write a comment, then I would gladly do so (hahaha!).

"Bloggers are 'yougurt journalism'. They churn ready information and give their opinion. They did not go out to get the stories and do news breaking." - Eamonn O'Neill on bloggers.

"Even if looks like a piece of a news article, smell like one or sound like one it is not a news article because it does not follow the process of producing a news article such as verifying, double checking the sources and editing." - Eamonn O'Neill on blogging.

Err.. the above quote remind me of VK Lingam's response in court
Correct Correct Correct (sir!)

To Mr O'Neill's mother-in-law who was said to have read this blog too.. err a big thank you for taking the trouble translating the 'caca marba' Bahasa Melayu to English for your son-in-law. Let's drink cendol if both of us happen to be back in the muddy confluence of 'tanah air terchenta'. ahaks!

Actually...
I know I should be studying now. Yet, here I am blogging (hahahaha! Cis!).

The reason is I was sooo chuffed. My essays were back and I've got very good marks along with interesting comments. (Cayalah! Masa untuk meninggi diri). And I've spent three hours watching the 'Battle for Haditha' and the follow-up documentary on tele just now.

Remember! Remember! 20th March.
It's been five years and the Iraqis are still suffering.

Saturday, March 15, 2008

Aktiviti satu hari

Bingham's Pond

Kolam ini letaknya tak jauh dari hospital aku bekerja. Memang jadi tempat lepak burung yang migrasi dan juga dari spesis yang jadi penghuni tetap di sini. Adalah sekawan 'swan' (angsa?) yang jadi daya penarik di sini. Kolam ni biasanya sunyi saja tapi bila masuk musim bunga dan musim panas, ramailah orang datang sini sambil bawa anjing jalan-jalan.

Aku pun jarang berjalan sekitar kolam ni sebab waktu musim sejuk ni sunyi dan matahari turun awal. Lebih-lebih lagi tanah Scotland ni memang berkat, selalu saja hujan. Bahaya nak jalan-jalan di kolam waktu petang seorang diri. Tapi, yang seronoknya, bila kita melihat gelagat haiwan (burung dan angsa [swan]) hati rasa tenang dan kelakar pun ada. Tu yang sekor tu kembangkan kepak dia dari sejak aku tiba sampailah aku nak balik. Entah dia marah entah dia nak mengurat hehehe.

Aku ke hospital sebenarnya nak buat kad ID yang baru tapi pakcik yang bertugas buat kad tak adalah pulak, terpaksalah patah balik. Tapi sudah beritahu pakcik 'guard' kat Beatson, dia kata tak apa, nanti dia simpankan 'spare temporary ID' khas untuk aku. Hehehe.. baik pakcik ni. Boleh buat kawan. Dari hospital, aku dan CikSue terus ke 'city centre' sebab CikSue teringin nak makan ikan trout dan salmon (dia memang suka sangat dengan Salmon).


Aku beli kasut ni malam kelmarin untuk ayahanda aku. Dah molek rasanya pilihan aku ni. Harga pun tak adalah mahal sangat (erk! Sebenarnya mahal! - syyyy... Along kau jangan beritahu mak ngan abah hahahaha). Tapi, rasanya berbaloilah beli. Yang aku suka sebab ia ada lobang-lobang untuk angin hehehe. Aku tengok pun macam selesa sangat. Belek sana-belek sini memang macam ok jer.





Sampai rumah cik Mimi pula belek.

"Ish kak, macam kulit babs jer ni."

Aku belek pula.

"Cis! Tak perasan!"

Jadi semalam, aku pergi ke kedai kasut tu lagi dan pulangkan. Cari bentuk yang lain pula. Kali ni aku bawak betul-betul bawah lampu putih dan perhatikan betul-betul.

Moral of the story - Jangan beli kasut waktu malam dan pi lah 'check your eyes sight' - Yep semalam juga aku pi buat 'test' mata. Eyesight tak terlalu bermasalah tapi astigmatism aku agak teruk juga rupanya.

Yang bestnya - aku sudah dapat dua pasang kasut dengan harga sepasang. 'Buy one get one free'. Hahahaha. Ya ya.. aku sudah belek betul-betul dari luar sampai dalam dan pastikan tak ada kulit babsi yang digunakan. So dapatlah ayahanda sepasang kasut dan dua anak buah aku pun bakal terima kasut mereka hehehe.

Petang semalam aku sudah menghantar kasut-kasut tu ke rumah sahabat aku yang dah nak pulang bulan depan. Seronok juga dapat berbual dengan sahabat ni, dan rupanya kami memang banyak persamaan. Dari soal remeh temeh hingga soal yang agak berat. Tak sangka sungguh! Dan malam tadi juga aku sudah berjalan kaki pulang dari rumah beliau.

Sampai rumah - pengsan!





Update : 2 contoh rupanya kulit babi yang biasa diguna pakai untuk jaket (kulit) dan kasut. Biasanya kulit babi digunakan sebab ia lebih lembut dan murah. Jadi, hati-hati ketika membeli kasut yang selesa dan agak murah harganya. Tiga titik seragam kedudukannya. Titik segitiga atau 'triangle dots'.

Thursday, March 13, 2008

Yang diberi dan diterima



Ini dia tiga bungkusan dan satu kad yang aku bawa ke pejabat pos tadi. (Kira-kira jam 11.30am waktu Glasgow). Untuk tuan-tuan penerima, silalah menanti penuh sabar ye. Dikatakan bungkusan akan tiba kepada penerima dalam masa lima hari hingga seminggu.

Aku sudah ambil semua langkah keselamatan untuk memastikan ianya tiba dengan selamat. Envelope bag yang tebal untuk memastikan isinya selamat. Parcel di hantar menggunakan air mail dan diinsuranskan. Sekiranya sudah tiba, silalah beritahu aku. Jika sebaliknya berlaku, beritahulah aku juga supaya senang aku buat 'claim' insurans hahaha.

Pulang saja ke rumah aku jumpa parcel putih atas lantai. Atas nama aku. Dari Caiman US. Siapa Caiman US? hehehe oh! DVD yang aku order awal bulan ni sudah tiba. Cepatlah pula.

Aku seronok menonton DVD ni -War photographer. Dari kacamata seorang jurukamera perang yang paling disegani James Nachtwey. Membaca kisah beliau membuatkan aku tertarik nak memiliki DVD ini. Juga atas saranan lecturer aku si Eamonn tu. DVD ini menceritakan kisah beliau ketika bertugas di Kosovo (ethnic cleansing), Africa (famine), Palestine (intifada), Indonesia (Suharto resignation and poverty) dan juga di tanah air beliau, New York US (brutality). Beliau memang seorang jurukamera yang sangat berkebolehan. Meticulous dalam menghasilkan gambar yang beremosi dan sangat tenang sewaktu bekerja. Menurut beliau kalau boleh dia mahu setiap manusia mengalami keadaan tegang di tempat-tempat tersebut, tetapi dia tahu itu tidak mungkin sebab itulah tugas seorang jurukamera adalah untuk berada di tempat itu dan merakamkan untuk tatapan dunia.




Visual di rakam dengan meletakkan kamera di kamera beliau supaya penonton melihat pandangan dari kacamata beliau sendiri. Gambar di atas mengenai satu keluarga di Indonesia yang duduk di antara dua landasan keretapi kerana mereka terlalu miskin dan tidak mampu hendak tinggal di rumah yang sempurna. Beribu-ribu rakyat Indonesia terpaksa tinggal di rumah kotak di tepi landasan keretapi di Jakarta kerana terlalu miskin.


Ini hasilnya. Gambar hitam putih yang keluar dalam majalah Times (maaf tak ingat tarikh). Lelaki itu kudung kaki dan tangan kiri akibat digeles keretapi 7 tahun yang lepas (pada masa dokumentari ini dibuat).
"Mereka bukan penagih dadah tetapi orang yang bekerja untuk hidup di Jakarta," James Nachtwey.



"It's more difficult to get publication to focus an issues that are more critical... it will get more difficult in years to come as society now becomes more obsessed with entertainment, celebrities and fashion," James Nachtwey.


"If your pictures aren't good enough, you're not close enough." - photojournalist, Robert Capa.

Aku tak cuba, tapi kalau nak download kat torrent pasal docu ni cubalah ke sini

Wednesday, March 12, 2008

Jalan

Malam tadi aku mula berjalan kembali. Mungkin satu tindakan yang kurang bijak sebab jam sudah melepasi 8pm dan kenderaan di jalanraya tidak sibuk memandangkan cuaca juga agak buruk kebelakangan ini. Perjalanan dari Uni ke rumah ambil masa lebih kurang 40 minit. Bertambah kurang bijak lagi bila aku sumbat telinga dengan 'earphone' dan naikkan 'volume' hingga menenggelamkan bunyi disekeliling.

Sejak dua minggu lepas, aku tiba-tiba saja dapat 'migraine'. Jarang sangat dapat sakit kepala ni, tapi selama 12 hari kepala aku di bahagian kiri berdenyut-denyut. Sudahlah alah dengan 'pain killer' jadi, tahan ajelah. Cuma bila dah tak tahan sangat, aku capai juga pil kuning yang aku bawak dari Tanah Malaya.

Mungkin kombinasi makan yang tak betul dan tidur yang tak teratur kebelakangan ini jadikan aku kena 'migraine' ni. Sampaikan Rosie tegur aku sebab dia tengok muka aku macam letih sangat-sangat hahaha. Apa taknya, sudah jarang dapat tidur 6 jam sehari. Sekarang ni dapat 4 1/2 jam tidur pun rasa macam dah syukur sangat-sangat.

Aku rasa aku perlu 'exercise' untuk hilangkan 'kepenatan' ini agaknya. Aku nak mula berjalan kembali. Mungkin boleh menyegarkan badan dan minda. Penat fizikal aku masih boleh kawal selia tapi kalau mental aku letih, kawal boleh tapi nak selia mungkin ada masalah sikit sebab aku seorang yang sangat hipokrit.

I love mankind, it's people I can't stand - Charles M Schulz




The sound of the beating drums
whisper over the rolling hills
the black clouds gather
rolling.. rolling over the stormy skies
they're coming... they're coming
She sits still
a serene face tilting to the sun
smiling to those who pass her by
nobody knows... nobody knows...
the dark clouds rolling inside
the small army she gather
to kill the monstrous beast...

Saturday, March 08, 2008

Hari yang indah...



Hoovering. Dari satu hujung ke hujung yang lain. Ambil batang mop, hayun selaju yang boleh. Handphone dalam poket. Standby.

14.49 - Shahrizat kalah! mesti sbb kurang 2 undi kami - Elly-Milano.

Balas

15:18 - Kalau kami pergi pun kami undi nurul izzah.. yeah.. yeay mmg hantu - Elly-Milano

balas... alah lambat, terus telefon. Borak dalam 'regeneration kitchen' . "Oit! Samy Vellu kalah, Shahrizat kalah, sorang lagi tak tau sapa kalah. Khairy menang. Cis!" Borak-borak dan dapat tahu PAS menang besar di Kelantan dan DAP di Penang. Kedah juga dalam genggaman BA.

hantar pada CikSue, bagitau Khairy menang dengan undi pos. (Aku musykil macamana ada undi pos yang begitu banyak sekali untuk P131 Rembau ni? Ramai sungguh ke anak Rembau kat luar negara?)

15:28 Cis!Baru nk celebrate dia kalah. Huh! Memg bdh ler sapa2 yg undi dia. Mukhriz? - CikSue

Balas - tak tau.

16:01 Sorang lg zainuddin maidin. koh tsu koon pun kalah... dap menang kat penang - Elly-Milano

Itulah antara SMS yang aku dengan 'orang yang tak keluar mengundi' di Malaysia tapi keluar bershopping merangkap pemberita tak bertauliah. Sebenarnya mana boleh bawak hp masuk hospital tapi hari ni aku beri kebenaran untuk diri sendiri. PRU punya pasal. Malangnya pemberita aku terus senyap lepas tu... tidor kot. Kepenatan bershopping hahaha.

SMS - Selangor siapa pegang?

16.25 Blom lagi - Demonstrator Tegar.

Aku tanya pasal Mukhriz

16.44 Mukriz kalah (oit! Hang silaplah!)

10 minit nak ke pukul 6pm aku dah standby depan jam nak 'clock out'. 5.55pm aku terus 'punch card' lari naik ke 'changing room' dan berjalan laju pergi ke 'bus stop'.

6.40pm aku dah tiba rumah. Rumah penuh sebab CikSue buat makan-makan (nasi minyak you!) dan jemput kawan-kawan dia. Baru bukak kasut bertembung dengan Abang Nordin yang tengah bercakap di telefon. Aku terus sengih dan jerit slow jer... "Yes! Yes! BA menang!" (Saja je sebab Abang Nordin ni orang BN Kelantan hahaha) Tiba-tiba si Akuatik keluar dari bilik Mimi.

"Woohoo! Lima negeri dalam BA!"

Wah lima? Mana lagi.

"Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan Selangor!" Akuatik. Yang ni tak keluar bilik sebab sibuk monitor keputusan dan reaksi di forum. Huk aloh Akuatik, pemerhati politik tegar sungguh!

Lepas beramas mesra dengan tetamu, aku join Akuatik tengok 'result' dan baca reaksi di forum sambil gelak-gelak. Menarik. Negeri yang paling berkesan di hati, sudah tentulah Selangor. Bertahun aku bertenggek depan MB dulu. Dengar dia mengarut dan melalut. Jadi pemerhati di mesyuarat DUN hahahaha.. naik muak.

Izinni, aku rasa teringin pulak nak jadi pemerhati untuk DUN meeting akan datang. Nak lah tengok macamana si Teng Cheng Kim (Sungai Pinang) yang dulu pernah kena buang DUN meeting beberapa kali sampai kena 'escort' dengan polis lagi, nak balas dendam dengan bekas MB Selangor yang dah putih melepak tu. Aku pun teringin nak tengok si Ng Swee Lim (Sekinchan) cakap jawa dalam dewan.

HAHAHAHAHA aku teringin nak tengok macamana si Khir Toyo pulak jadi ketua pembangkang.

Teringinnya!!

pssttt Diva, aku nak ikut kau cover meeting DUN Selangor, boleh tak?


Wednesday, March 05, 2008

Borak borak

Update:
Terlupa nak beritahu;
Pada sesiapa yang punya kewangan yang agak ketat tetapi gemar mencari berita alternatif, bolehlah ambil peluang membaca Malaysiakini.com. Web dibuka secara percuma mulai 4hb lepas sehingga 9hb. Web akan dikunci kembali pada 10hb.


Borak 1 - via YM

"Oit! Amacam? Hehe.. Assalamualaikum."

"Hehe.. Alaikumsalam wbt. Okey, macam selalu. Hidup sehari lagi, alhamdulillah. Amacam? Seronok 'cover' PRU?"

"Hmm.... macam itulah. Kena tendang sana sini. Sekejap di bahagian ini, sekejap di bahagian tu. Bosan juga."

"Kenapa? Tak 'best' sebab tak ada teman nak beronggeng?"

"Hahaha.. tu-lah, siapa suruh kau berhenti kerja, pas tu pi jauh-jauh belajar. Hehe ada 'team', tapi satu pun tak boleh pakai. Datang cuma nak cari duit saja."

"Biasa dapat berapa?"

"Beratus jugaklah masuk poket."

"Kau tak ambik?"

"Gila ke? Sejak bila kita ambik duit ni?"

"Hahaha... kita yang gila ke atau bodoh?"

"Lebih rela jadi bodoh dari kena menjawab soalan kat sana."

"Faham." Sebab tu aku agak kecewa bila kes macam ni terjadi dulu.

Itulah kebiasaannya. Kalau demam PRU, ramai juga yang demam nak cari duit poket lebih. Perkara biasa kalau orang bercerita pasal politik wang, cuma 'feel-nya' mungkin berbeza antara bercerita dengan mengalami. Bercerita pasal politik wang tu memang buat sakit hati tapi mengalami senario tu lebih 'best' sebenarnya.

Siapa tak seronok terima duit, ya tak? Antara halal dengan haram tu cerita ke dua. Yang penting dapat bersusun duit dalam sampul. Fuh! Kalau sebulan kempen, dah boleh buat bayaran duit 'installment' kereta dengan rumah. Itu tahap ikan-ikan bilis-lah. Tahap cacing halus untuk umpan pemberita beri ruang sekurang-kurangnya sepertiga muka di helaian akhbar. Senario biasa bukan setakat musim kempen PRU, tapi juga mana-mana 'coverage' untuk ADUN atau MP Kerajaan, waktu konon-kononnya membantu rakyat jelata atau waktu beri makan anak-anak yatim di bulan puasa atau raya.

Aku miss PRU 1999. Dapat tanah jajahan Tan Kok Wai. Parti Roket. Kerja tak kira waktu. Tak ada kekangan dari 'gatekeeper' dan artikel keluar tanpa dicincang lumat. Tak dapat duit poket, setakat dapat air coke setin dari kedai makan cina hahaha.

Terkenang semasa dulu...

"Laa.. kau pun ada kat sini? Ramainya datang nak cover majlis hari raya dengan anak-anak yatim ni? Desk dah tak ada 'assignments' lagi ke nak bagi?"

"Tak.. saja je. Kata YB nak bagi duit raya, tu yang aku mai ni. Hahahaha... kutip duit raya juga."

"Err... biasanya berapa dia bagi? Aku dah lama tak 'cover' dia."

"Adalah. Kadang-kadang RM100 kadang-kadang dapatlah RM200. Bergantung pada ekonomi."

"Oh! Hmmm..."

"Tak apa.. dia dah kaya raya. Setakat RM1,000 tu dah macam belanja makan tengahari jer."

Tak lama lepas tu...

"Adik dah bukak sampul? Dapat berapa ringgit tu?"

Anak gadis umurnya dalam enam tahun ersenyum malu. "Dah, dapat RM10."

"Nak buat apa dengan duit ni?"

"Masuk tabung."

Bagi sampul. "Bagi kat cikgu ye."

Rasanya walaupun terima didikan sekular sekular seumur hidup aku ditambah juga dengan didikan pendeta Kristian waktu berumur 4 tahun, rasanya iman masih lagi kuat.

Borak 2 - via GoogleTalk

"Oit oit! Apa ni cerita Gaza tak habis-habis. Orang sibuk pilihanraya lah!"

"Haha aku tak campur sangat dengan komuniti kat sini jadi aku tak tahu apa sentimen dorang pasal PRU kali ni."

"Tak ambil tahu perkembangan tanah air langsung!"

"Hahaha... pasal apa nak tahu? Pasal BN dah jadi macam politicians di India. Angkut segala anak, menantu, anak buah bertanding? Pak Lah letak menantu si beruk hitam tu, Abang Zek letak menantu perempuan, PakCik Mokhtar letak anak sedara? Ke pasal Rasyid yang kalau ikut aku, mandikan aje dengan dakwat hitam tu.. biar sama-sama jadi Hindraf?"

"Hahaha, Pak Lah nak angkut satu kontena hantu ke utara, tau cerita kan?"

"Ya ya... jangan terbalik tengah jalan sudahlah. Tapi kan, kalau hantu, awat tak terbang jer? Hahaha."

"Hahaha ye ye menyusahkan polis jer nanti. Dah lah 'boleh' mengundi dua kali. Polis, askar pun dah jadi hantu la ni."

"Hahaha... Memanglah Melayu tak tahu berpolitik."

"Hmm... cina control ekonomi, Melayu control politiklah."

"Tipu. Melayu tak reti politik. Dah terang-terang nampak macam tu pun masih sokong lagi. Buta kot."

"Kami setia pada parti - oh ini ayat sarcastic tau!"

"Macam anjing. Setia pada tuan. Baik jadi kucing setia pada makanan."

"Hahaha.. kau anjing ke kucing?"

"Aku hantu hahahaha"


Ada ke orang makan onion bagel dengan cili sos?
Rasanya macam makan cikodok bawang plak.

Sunday, March 02, 2008

Thank You Gaza

Buat pertama kali, kami hadiri Gaza Dinner yang dianjurkan oleh Islamic Relief di Central Mosque Glasgow. Kami beli satu meja. Sebenarnya Akuatik yang beli satu meja, kami beli satu kerusi sorang (hehehe) dan bersedekah apa yang ada untuk kebajikan. Semoga bertambah murah rejeki Akuatik. InsyaAllah.

Acara makan malam ini dianjurkan untuk mengutip derma bagi aktiviti Islamic Relief di Palestine dan juga untuk mengajak warga Glasgow sama-sama turun padang pada March 15 ini untuk perhimpunan memprotes perang dunia atau dalam Bahasa Inggerisnya - World Against War. Acara malam tadi dimulakan dengan persembahan nasyeed dari kumpulan Sham. Aku terlewat sedikit sampai sebab waktu kerja habis pukul 6pm. Terus saja bergegas ke Central Mosque. Alhamdulillah sambutan makan malam agak menggalakkan walaupun di luar hujan lebat.

Menarik juga aktiviti ini kerana dihadiri oleh deputy first minister Nicola Sturgeon yang datang mewakili first minister Alex Salmon. Juga hadir, MP Glasgow Muslim yang agak terkenal Mohammad Sarwar yang sering tersalah sebut antara Palestine dengan Pakistan. (hmmm..). Antara banyak-banyak ucapan yang diberikan malam tadi, aku tertarik dengan ucapan pengerusi NGO untuk Palestine-Glasgow (maaf aku tak ingat apa pangkat sebenar beliau atau nama penuh beliau). Aku cuba rakam ucapan beliau tapi kualiti kurang elok. Cik Mimi pun cuba rakam, hasilnya hampir serupa. Mungkin kedudukan meja kami agak kurang baik, rakaman suara beliau agak berdengung.

Tapi, apa yang ingin disampaikan ialah, serangan ke atas Gaza merupakan satu 'ethnic cleansing' secara terperinci yang dilakukan oleh Israel. Beliau telah beberapa kali cuba untuk memasuki Gaza tetapi dihalang oleh tentera Israel, sehinggalah dinding pagar batu dipecahkan oleh rakyat Palestine, barulah mereka 'agak bebas' untuk keluar masuk.

The people of Gaza are hungry, they're misrable. That is the plan for people of Gaza, for them to be hungry.

I know of three girls who were afraid to go to sleep at night because they have been told that the the wall coming down. They didn't sleep for days because they're afraid they will be left behind.

Gaza is a killing zone. Hundreds were killed and for the past few days, 28 of them were women and 17 children.

When I was there, the people thanked me. For what? It is not me or us that they need to thank instead we should thank them. Because they endured the ethnic cleansing. Because the people of Gaza refused to give in. This (dinner) is to say thank you to them because they resist. Thank you people of gaza on behalf of all of us.

The worst thing for people of Gaza is not the killing or the murders or the hunger but to know that they are alone, they're pleading for help and nobody answer them. They are not asking for charity, they are asking for solidarity.


Alhamdulillah, waktu majlis hampir selesai, lebih kurang £75,000 jumlah terkumpul untuk dana Islamic Relief dari warga Glasgow sahaja. Selepas di Glasgow, mereka mungkin akan ke Edinburgh pula untuk acara yang serupa. Semoga usaha murni mereka mendapat sambutan lebih menggalakkan dari warga Edinburgh yang memang terkenal dengan warga kaya-rayanya.

Pada 15hb pula akan diadakan protes anti-perang di Glasgow. Sesiapa yang berada di Glasgow dan punya masa senggang waktu itu, dijemput beramai-ramai bersama-sama memprotes perang ke atas dunia Timur Tengah. Masa berkumpul adalah pada 12 tengahari di Blythswood Sq, Glasgow. Inilah masanya untuk anda menunjukkan yang anda tidak bersetuju dengan polisi UK yang mengikut telunjuk US. Paksa pula Gordon Brown ubah polisi ini. Err... undi SNP (Scottish National Party) untuk merdekakan Scotland dari England.

Troops out of Iraq and Afghanistan. Don't attack Iran. End the seige of Gaza!


Err... anda yang berada di Malaysia, aku ucapkan selamat membuat pilihan pada 8 March ini ye. Kita perlukan perubahan. Hijrah kan bagus.. :)

update : Salji tiba-tiba turun di awal pagi. Nampaknya suhu menjunam lagi. Adakah kami bakal terima salji lebat di musim bunga lagi?