Ubat Nanges
Kes aku menangis sungguh-sungguh tu semua disebabkan hal kerja. Passionate gak aku dengan kerja aku dulu. Mula-mula si ****gam tu buat aku menangis dalam bilik air. Sebab? Dia undermine kebolehan aku dan suruh aku pi cover satu assignment bodoh kroni dia! Kat mana? Nun... kat Plaza Phoenix Cheras tu. Tempat jalan jem berdentum-dentam. Waktu nak Maghrib, hujan pulak masa tu. Huh! Tak pasal-pasal aku kena beli baju baru masa balik tu sebab belakang baju aku habis kotor kena percik lumpur. Aku bonceng motor jurugambar. Hmm... dah arwah pun si ****gam ni. Aku nangis sebab terlalu marah. Apa daaa..
Sekali lagi aku nangis pun sebab kerja jugak. Kali ni, aku dah teruk-teruk lari sana lari sini, jumpa orang itu, jumpa orang ini. Siap 'menipu' bagai sebab nak dapatkan maklumat. Bila semua dah tersedia.. kira dah boleh dapat cerita muka depan dan akan drag sampai berminggu-minggu dan boleh jatuhkan pegawai tinggi yang korup kat KL tu, tiba-tiba bos aku shot down story tu. Dia kata tak boleh pakai. Hah! Kalau tak berani toksah lah dok kat kerusi tu. Bengang sungguh sebab dalam hati aku dah berkira-kira berapa juta agaknya saman untuk aku nanti kalau cerita tu keluar (hahaha nak celen Izinni) . Sakit jiwa! Masuk bilik air belakang. Setitis air mata aku jatuh, dua titis, akhirnya bertitis-titis. Cukup masa aku keluar. Pagi tu gak aku pergi jumpa bos kecik bagitau kat dia aku nak balik rumah. No point aku kerja hari ni. Eh! Surprisingly dia benarkan. Apa lagi yapedapedu la aku. Terus pegi tengok wayang kat KLCC. Sorang-sorang.
Tapi yang paling aku tak boleh terima aku nangis sebab sorang kawan. Bodoh rasanya. Asal bosan, dia memang cari aku nak borak. Selalunya bagi missed call dan akulah yang akan telefon dia balik. Guna harta benda syarikat. Kawan ni gelarannya Joe Kipap. Ya Elly, satu-satunya lelaki yang berjaya buat aku nangis. Sungguh-sungguh. Hampes! Ni pun hal kerja. Sudahlah aku yang telefon dia, dia pulak senang hati boleh kutuk aku, kerja aku. Kata kerja aku tu haram. Ya, memanglah secara overall nya kerjaya aku tu kira haram. Bursa Saham pun tak halalkan syarikat tu, tapi aku cari makan cara halal*. Eh? Macam selebriti plak aku rasa. Aku elak dari akta-akta hasutan dan membuat fitnah. Aku cuba tolong sebarkan berita rakyat marhaen. Tu sebab 11 tahun kerja pun aku tak naik pangkat. Alih-alih Joe Kipap boleh kata duit pencarian aku haram. Hahaha.. jadi duit yang aku belanja dia makan ayam kat Chicken Hut Sunway Pyramid tu haramlah ek? Huh! Lama gak aku nak maafkan dia. Kau nasib baik Joe, kawin kau aku datang walaupun aku kerja, jauh kat Sungai Gulang-gulang dan tak dapat kad undangan. Ikut hati, mau putus kawan rasanya hahaha.
Minggu-minggu lepas.. hampir aku menangis lagi. Yalah, emosi aku kebelakangan ni sedikit terganggu, macam cuaca kat sini gak. Sekejap panas, sekejap sejuk, selalu hujan. Nak masuk musim luruhlah katakan. Laptop mat salleh aku asyik batuk-batuk jer. Darling, dah ada tanda-tanda nak sakit ke? Memang kebelakangan ni sedikit lembab, tapi ingatkan sebab banyak sangat angkut software tepek kat muka dia. Kalau dia mati, habislah aku nak kena format balik. Dahlah sekarang asyik tukar-tukar dokumen lalu emel aje. Kalau hilang semua macamana? Walaupun ada back-up thumb-drive dan CD, tapi cukup ke? Kemudian ada orang pulak tanya "ada virus ke?" Waaaaa!! Dalam hati dah meraung dah, walaupun balas 'tak' dengan tersengih-sengih.
Berhari-hari aku dok fikir. Ya aku memang susah nak buat keputusan. Apatah lagi keputusan ni memerlukan pengorbanan besar. Aku ingat balik apa orang tu kata. Wah! Bahaya ni. Tak boleh tunggu. Laptop mat salleh ni chenta hati, pengarang jantung, buah hati, cinta abadi dan teman seranjangku sekarang, kalau dia kaput amacam? Mau ada yang nangis sampai pengsan.
Akhirnya...
hahaha.. aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyaklah kat orang tu sebab jadi pemangkin aku beli ubat ni. Laptop mat salleh aku semakin efisyen! Nah kiss kiss di angin lalu kekekekeke. Berbaloi sungguh!
p/s : sebenarnya saja je nak beritahu aku dah ada anti-virus, anti spyware, anti spam, firewall etc baru. ORIGINAL tau! Aku tak suka Norton, lembab dan banyak makan ruang.
*Kaedeah fiqh menyebut; Iza ijtama'a halal wa haram qhalaba haram = bercampur halal dan haram maka ianya menjadi haram. Aku mohon hasil titik peluh aku dulu tu tidaklah haram kerana niat sentiasa untuk membantu mereka yang tertindas.
23 comments:
perghhh ori lagik...tapi avg mmg lagi efektif dari norton....dah lama aku pakai..tapi free nyer ler tak sama ngan licensed
-gputeh
sampai 4 ari lepas aku pakai avg neh.. bukan yang berlesen la, yang peri punya... tapi pasal efisyen sangat... aku takleh nak guna ares dah... jadinya, tukar pakai avast pun yang peri... pasal avast ada eksklusion fail yang nak dicek... avg.. aku carik tak jumpa...
cakap ngan kawan ko... beli kete kesh ke? beli umah kesh ke? kalau pinjam... itu semua riba lah. guna kete tu pegi kerja lagi... tinggal lam umah tu lagi... fuh!!
ha... sori ye nak tanya...
geng tukang tulis cerita [tipu.. cerita la.. bukan berita] yang sonok sangat dok angkat puja puji penyamun tu... deme lalu haiwei tak kena tol ke? minyak beli singgit seliter ke? gula singgit sekilo? kenaikan gaji orang kerajaan ari tu mereka dapat jugak ke?
err.. bulum lagi tanya hal mak bapak tok nenek deme... dapat diskaun ke beli tepung? beli bateri keter? insurans kete?
pergh... cara untuk menyampaikan berita yang tuan punya blog dah ada anti-virus, anti spyware, anti spam, firewall etc baru begitu menusuk di kalbu... :p
Salam
la nak habaq hang ada anti-virus baru ka...
he he.
Mak lang baru dapat surat kebenaran, cuti tanpa gaji selama 3 tahun..ikut pak lang study. Last day mengajar is 15 sept.
Pak lang minta saudara Rifki kat Glasgow tolong carikan rumah 1 bilik..
La ni tak tau la..dah la posa pun tak lama dah..kalu bleh pi lepaih raye syok gak..
Ceh...hampeh punya joe kipap...ye..ye aku ingat dulu hang ada bagitau aku...pandainya nak letak hukum kat keja orang. camtu keja aku pun lagi haram ler bagi dia gamaknya. biasa ler nak dapat tender sana sini.xpe ler janji niat kita suci murni.lain kali sape berani bagi hang nangis aku karate dia...hahaha...ingat lagi kenangan makan kat Chicken Hut,masa tu x nak lak tanya duit sumber halal ke haramkan...ceh lepas kawin sekor pun x tau pi mana...hampesssss sungguh.gitu ler kawan bila senang x tau hilang mana tapi kita lagi senang pada diaorg kan...bukan ka?
Buk Khairyn, tak salah menangis. Ia mencucui mata dan hati... Saya banyak menangis tau... Hahahah, ia membuat hati lembut, senang terima ajaran, mudah untuk mengerjakan suruhan Tuhan...
gputeh
aku tak sanggup tengok amazon la ni. Banyak sale hahaha. Rega biasa dekat £60 tu dia! Dapat la half price.
pa'chik
memang dah hari tu lagi guna avg free ni. memang bagus tapi yang ori ni, jumpa 6 virus yg tak detected dek norton ngan avg free. Terbuntang2 biji mata nengoknya masa dia scan tu hahahaha.. Laptop aku dah suci murni, penyaringan lebih 2 kali yeay!
takpe, kawan aku tu dah mintak maaf dan aku dah maafkan. Cuma still rasa ralat sket la. Dia kawan yg patut tahu aku macamana orgnya.
pa'chik lagi
hahaha dorang tu semua lupa daratan. Apa taknya pi opis balik opis ada drebar. Naik kompresor lagi. Minyak x yah bayar, tol apatah lagi. Boleh pi holiday free lagi atas alasan kerja. Alaa.. serba serbi kampeni bayar. Tu yang bila buat duit jer, semua abis. Kalau aku citer apa yg diciterkan kat aku dulu, ko mesti melenting lentung hahaha
salam
sas,
adeh! Punyala kuat berfikir sampai semua yg dah jadi lipatan sejarah dibongkar balik hahahaha.. ya ya! Dah ada Antivirus baru, jangan jeles hihihi
mak lang
alaaa tak rock la mai sini dah abis raya. Tak dapat merasa raya a-la perantauan. Mau sakit kaki. First time mai sini beraya setengah hari dapat 6 rumah. Tu dia baru first hari raya! Nasib baik ada kelas kalau tak mau 12 rumah satu hari. Tu pun balik sambung lagi sampai kul 11pm hahaha.
Oh Rifki tu presiden kelab umno baru. oklah kalau dah mintak tolong dia. la ni depa kat visa tu ngada-ngada sangat.
Cuti 3 tahun perkh!!!
elly
hahaha sampai bila2 aku akan ingat benda tu. Maaf buleh, lupa takkan hahaha. Kawan sket punya lama pun tak tau aku macamana. Sedey tau. Dah la kawan2 yg lain jauhkan diri sebab takut ngan kerjaya aku tu kakakaka. hampes! Ingat depa artis ke aku teringin nak korek rahsia? Tak sior! Tak de kepentingan langsung. Sekarang aku jadi tukang cuci je, nak tak kawan ngan aku neh? hahahaha
Betul, time tembolok penuh x fikir tu haram ke halal hahaha. Alaa.. hang keja je, yg penting lilahiTaala. Niat kena betul, insyaAllah rezeki halal.
enchek azhar
hahaha.. insyaAllah. Hati memang selalu tersentuh tapi ada masanya degil ya amat. Bila dah datang degil tu orang kata apa pun buat derk jer hahaha. Belum lagi datang gilanya hahahaha, kawan2 terpilih jer tahu huhuhu
amboi bagi kiss kiss di angin lalu kat ehem ehem dia...
wakakaka..
erk?
dah dapat ke balasan kiss kiss dari dia :))
oit.. aku tak maksudkan yang atas-atas.. maksud aku penulis-penulis cabuk cap ayam neh.. yang tukang baca cerita ke... mereka tu... yang dikasi ratusan ribu juta-juta tu mana nak terasa semua neh...
salam....
ingatkan nak promosi apa tadi.... muqoddimah cukup panjang...
akira-san
dah! lalalala
pa'chik
oo itu ka soklan hang? Ada 2 kategori. Org yg memang suka sebab contact bagus, lepas ni boleh dapat projek atau jadi PA menteri dan satu kategori lagi sebab terpaksa. Kalau citer politik memang banyak gatekeepers. Lepas satu, satu, kena buat penyaringan. Editor yg atas atas atas lagi atas yg bagi lulus itu cerita. Gaji tetap macam tu la. ciput.
farid
hahaha.. biasala.. tu baru sikit tu, boleh buat lagi panjang kalau nak ;)
saya juga tidak suka norton. lembap!
Wahhh sudah punya perisian yang baru nan canggih manggis.. (Pasti tidur lena dibuai mimpi indah hahahahahaha).
Nasib Joe Kipap dapat kawan baik macam Khairyn. Kalau dapat kawan "tak berapa nak baik" cam saya, pasti Joe Kipap tu dah masuk ospital.. (main-main je.. :P)
ada seorg insan yang berkata dia tak mahu kerja dengan org hatta kerajaan, nk keje sendiri nak pastikan rezeki dia halal sebab dia kata gov pun korup. bos saya kata "dia isi minyak kereta kan ada subsidi kerajaan. jadi ckp ngn budak tu pegi mana-mana naik basikal lh ye" saya senyum je....
koputer ni pun nk kena install anti virus baru...
Pergh! Panjangnya introduksi. Mengelirukan. Ha ha
Dulu saya pakai AVG yang versi gratis, sekarang pakai Karspasky. Entah! Saya agak rabun pasal komputer sebenarnya. Pakai retilah. :D
oit.. apa tak bagi tau 13 ugus ari tu hari orang kidal sedonia...
salam
king
err... lembap ke lembab?
indera
tidur pun dibuai abang chard (nama laptop sekarang yeay!). Joe memang nasib baik dapat kawan baik2 macam kami :P Huh! susah gak nak maafkan dia sebenarnya. Sebab dia kawan dari sekolah lagi.Ok kalau ada org buat saya macam tu lagi, saya mintak indera daftarkan dia masuk spital ye hahaha
our
tu yang terfikir. pemerintah kita sebenarnya zalim. dia menggalakkan kita makan riba, makan harta haram sebab kita tak diberi pilihan langsung. Kalau ada pun sistem perbankan islam, apakah ia benar2 ikut sistem Islam? Menindas adalah.
oh tadi scan lagi.. ada lagi ulat yg nak cuba panjat dinding api ku.
purp,
hoh! keliru? Best!
Bukan nak promote, tapi kalau sayang komputer dan simpan byk fail2 penting, sangat elok kalau invest untuk beli anti-virus yg ori. tak kiralah apa jenama. Saya dapat good deal untuk AVG ni. Half price kat amazon dah free upgrading for 2 years.
pa'chik
uh? err.. itu hari khas untuk orang kidal. Err.. ko kidal ke? Kalau tak, tak leh masuk book hahaha
kalau tak aku tak sebut la pasal tu.. apa ra...
tidak buleh buat entri.. kekeke...
la hang kidai ka pa'chik kekekeke.. tak pa tak pa buleh je buat entry.. belated happy left-handed day kat hang la no.
tensi aku tang sekolah dulu. asyik berlaga tangan ja ngan member sebelah. hahaha. kalau pi course susah nak tulih atas meja yg attach ngan bangku tu. at last aku tak bagi sesapa dok sebelah kiri aku sebab aku nak guna meja tu buat tulih hahaha
cerita pendek ko tu dah macam entri dah pun.
paling benci takde glof nak main bola lisut masa kat sekolah...
halloooooo,
huhuhuhuhuhu ... selamat hari kidal yang terlambat.
kes ngan mangkuk tu .. huhuhuhu ... kenapa ek si bantot tu suka buat orang marah kat dia. adehhh ... aku ingat lagi ko balik dari assignment tu basah kuyup .. hehehhe. aku pulak dia buleh marah sebab aku cuti sebulan sebab kena chicken pox. bongok. aku bukan staff lagi pun time tu, stringer lagi. sabor je la. tu la .. dah arwah dia ek.
masa ko nanges kisah kedua tu aku dah takde kan kan kan. tapi ko call tensi citer kat aku. aku pun tumpang sekuali 'puji2' bos. huhuhuhu
pasal joe kipap tu pun ko kisahkan kat aku. hahahahhaa .. lawak pun ada. adehhh .. aku pun ala2 terasa gitu. btw ... macamana si joe tu ada kipap kat belakang dia. hahahahhaa
Post a Comment