Tuesday, March 25, 2008

Haiyak!

Sedihke?

Ha'ah


Nak nangeske?


Ha'ah


Kenapa?


Hehehe... tak ada yang serius sebenarnya. Cuma emak tak bagi balik saja.


Heh?


Lawak? Memang. Aku telefon bonda beberapa minggu lepas. Saja untuk mohon izin balik dalam bulan tujuh atau lapan. Ya, ya dah tua-tua begini pun kena mohon izin nak buat apa-apa sebab aku kan masih lagi dibawah tanggungjawab ibu bapa (kahkahkah!). Lagipun bonda aku memang terkenal dengan 'daulatnya'. Bantahlah katanya, mesti aku akan dapat padah. Banyak kali dah berlaku. Lawak lagi? Memang!

Aku tak adalah sedih sangat bila dia tak bagi balik tu, bukan tak biasa berjauhan. Cuma cara dia menyampaikan maksud tu yang menjadikan aku sayu. Arahannya "Tak payah balik. Semua orang sihat!"

Adus! Kiranya aku hanya boleh balik kalau ada orang tak sihat agaknya? Kemudian kata beliau lagi, "Kalau ada apa-apa nanti atau bila mak kata balik, barulah balik." Ha? Ada apa, apa? Nak suruh balik macamana? Bukan boleh sampai dua tiga jam. Sekurang-kurangnya dua tiga minggu. Nak murah kenalah dua tiga bulan. Aduhailah, bonda! Dulu siapa yang berat hati nak lepaskan anak dia ke sini? Sampai ugut, "Kalau mak mati, *toot* tak sempat nak tengok." Dan aku pun akan ugut balik, "Sama juga, kalau *toot* mati pun mak tak sempat nak tengok juga." Tapi jawapannya, "Mak tak kisah pun *toot* mati kat mana pun." Aik?! Boleh double standard gitu?

Bonda aku memang seorang yang tough cookie. Kuat semangat, keras hati, keras kepala dan sangat-sangat tabah. Jadi, kami adik beradik memang sudah dilatih untuk jadi kuat semangat, keras hati, keras kepala dan err... belajar jadi tabah. Kami juga sudah diajar kalau mahukan sesuatu, usaha sampai dapat, jangan tahu nak mengomel saja tapi usaha tak ada. Dan pada yang sama, kami sudah dilatih untuk tidak ambil hati kalau ada kata-kata beliau yang buat kami terguris. Alah, dia bonda. Dia yang melahirkan dan membesarkan kita, walaupun masa jaman remaja dulu, kami sering juga jadi pemberontak. Tapi, anak-anak mak sekarang dah besar, dah matang dan rasanya tahap degil itu pun dah berkurangan.

Pasal isu nak balik ni pula, Cik Akuatik ada bagi cadangan untuk aku aci redah aje balik. Tiba kat rumah bagi salam saja. Hahahaha... memang rancangan tu dah ada dalam kepala kotak aku, tapi memikirkan 'daulat' bonda tu, aku batalkan Plan B. Nanti kalau tak dapat masuk balik ke UK, amacam? Jenuh juga nanti. Better safe than sorry-lah cik Akuatik.

Lagipun aku dah jenuh buat benda-benda bodoh macam ni. Aku rasa bonda aku takkan terperanjat pun kalau aku terjongol kat depan pintu rumah. Dulu, aku pernah mintak izin nak backpacking ke Timur Eropah dari balai berlepas KLIA, 10 menet sebelum boarding. Memanglah dia tak marah, tapi bila dah balik tu, tahan telinga ajelah. Untung juga aku belikan dia souvenirs banyak-banyak. Senyum meleret jugalah hahahaha. Itu pun aku tak cerita 'daulat' dia yang aku terima masa di sana. Hish! Diam-diam sajalah hahahaha.

Beberapa hari lepas pula aku telefon kekanda aku. Sajalah, sebab dah lama tak berborak-borak dengan dia. Update pasal perkembangan anak-anak buah aku. Dari sang teruna sehinggalah yang 'baby' pelat dan mengada-ngada tu. Bercerita pasal anak-anak kekanda aku ni pun dah buat aku sebak. Dalam hampir dua tahun ini, banyak sungguh perubahan mereka. Yang sulung memang sudah jadi anak teruna yang ahem! handsome. Berfikiran ke hadapan dan yang paling best sudah pandai jadi sarkastik.

Kekanda aku saja buka topik pasal rokok dan ingatkan dia supaya tidak merokok. Dia jawab "Afiq tak merokok." Abahnya pula bila dengar jawapan anak teruna tu terus suruh diam. Nasihatnya, "Kalau orang kata jangan merokok, Afiq jangan jawab. Diam saja. Mana tahu akan datang Afiq merokok. Kita tak tahu masa depan kita." Dua tiga kali Afiq jawab, dia takkan merokok dan begitulah nasihat dari abahnya. Akhirnya Afiq diam. Lama. Tiba-tiba dia kata, "Agaknya kalau duit rokok tu simpan dari dulu, dah dapat beli rumah banglokan?" Adeh! Sakit perut aku gelak dengar cerita kekandaku. Dia mengenakan abahnya. Bagus! Pemikiran yang kreatif!

Itu cerita anak sulung kekanda aku. Cerita anak keduanya yang buatkan aku nak nanges. Aqil dari kecil memang nakal. Dia memang lain sikit. Mungkin Middle Child Syndrome. Berbanding dengan abangnya, dia agak kurang sikit dari segi pelajaran. Tapi dia mudah disuruh buat kerja. Rajin. Kira memang agak challenging juga untuk mendidik dia. Nakal dan degil. Banyak kali aku beristighfar dengan dia. Sampaikan kekanda aku surrender juga dengan si Aqil ni. Atas nasihat bonda,Aqil disekolahkan di Melaka. Alhamdulillah ada perubahan. Perlahan-lahan mencapai 180 darjah.

Perubahan bukan dari segi pelajaran, walaupun ada peningkatan tapi dari segi sikap. Aqil hatinya lembut dan dia punya rasa rendah diri yang tinggi. Kalau dengan dia, janganlah berkasar. Tapi dia bukan pendendam. Kalau kita marah dia, dia dulu yang akan tegur kita kemudiannya. Memang dia ni unique sangat. Kekanda aku kata, keputusan peperiksaan dia tidaklah terlalu bagus sangat, dan dia pun kata kalau ada peluang masuk asrama macam abang Afiq pun dia tak nak. Bukan apa, nanti tak ada siapa nak tengok-tengokkan abah yaie (tok dia) dan nyaie (nenek) kat rumah. Sebabkan dia suka sangat makan ikan keli, bonda aku selalulah beli ikan keli di pasar dan ayahanda aku jadi tukang siang. Tapi sebab yang nak makan tu Aqil, ayahanda aku sudah ajar dia cara-cara siang ikan keli. Sekarang ini, dia pula jadi tukang siang ikan di rumah tu. Dia pun sudah semakin rapat dengan ayahanda aku. Masa dihantar bercuti ke rumah kekanda di KL, sebelum balik dia peluk atoknya kuat-kuat. Entah apa yang atoknya bisik di telinga Aqil, kekanda aku pun tak tahu. Cerita inilah yang buat aku sebak sangat.

Kami dua beradik saja. Itulah teman bergaduh, itulah teman rapat. Aku sajalah makcik mereka (lagipun ipar kekanda aku semuanya lelaki). Ayahanda aku pun sudah pesan, mereka (anak-anak kekanda aku) sudah ada emak sudah ada abah. Mereka sudah ada nenek dan sudah ada datuk. Kalau mereka kena marah dengan kami semua, pada siapa mereka nak mengadu? Kamu jadilah tempat mengadu dan tempat meminta mereka. Atas nasihat ini juga, aku lebih senang dipanggil tanpa ada gelaran 'Mak' di hadapan. Antara aku dengan mereka satu taraf saja walau berbeza pangkat. Rasa hormat aku pada mereka juga makin bertambah. Semoga mereka jadi anak-anak yang berguna dan boleh berbakti pada ibu bapa mereka.

Jadi, macamana aku tak sedey? Tak rasa nak nanges?


27 comments:

Anonymous said...

salam ryn

jangan risau, aku pun tak balik, nak kumpul duit pound dulu.

isy, sedih tau, mana tak sedih, kawan2 kat glasgow ni la pengubat rindu..hisk..hisk..

Pa'chik said...

ko balik la ujung bulan semilan... satu oktober dah raya... heheh...

Anonymous said...

salam singgah.
anti, jom nangis sama2.
baru 2 tahun. saya ni nak masuk 4 tahun. dari uk call malaya free (hari ahad saja kan?)boleh sembang sampai baring2-tidur2. bila call, anak saudara angkat; "... siapa ni? siapa kanda kechik?" huwaaaaa...

13may said...

alolololo...manjanyerrrr :D

indera kencana said...

Dari cerita-cerita yang Ny penah bagitau saya, memang saya dapat rasakan bonda Ny seorang yang tabah, kuat semangat dan penuh dengan sifat keibuannya.

Tapi Ny, dalam kekuatannya itu tetap ada kelenturannya. Saya dapat rasakan, sekiranya dia membenarkan Ny balik kali ini, dia harus bersedia untuk menghadapi perpisahan buat kali yang kedua. Perpisahan itulah yang meretakkan hatinya (berdasarkan entri Ny sewaktu di KLIA masa Ny nak terbang ke Glasgow dulu). Pada dia, adalah lebih baik kalau Ny balik Mesia tanpa perlu ada perpisahan lagi. Bonda Ny pasti sangat merindui awak tetapi ada perkara yang kita tak nampak menjadikan sesuatu itu nampak rumit. Cuma satu sahaja yang perlu. Perlukan pengertian yang mendalam.

Afiq sudah teruna remaja. Jadikah hasratnya nak mengikut Ny ke sana?

Saya juga bagaikan ingin melompat apabila mendapat tahu Ny akan pulang. Teringin bertemu dengan orang yang banyak memberi semangat pada saya ni... Tetapi senyuman tu lenyap bila awak membatalkan hasrat itu pula... Huuuurrmmm... mungkin ada rezeki, panjang umur, dapatlah kita berjumpa...

Jangan sedih-sedih... Kuatkan hati, ye!!.

kingbinjai said...

ada yg nak masuk minang la tu hehehe

achik said...

homesick.. huhuhu..
saya dulu asrama kat kg pandan pun slalu homesick.. padahal mak slalu je dtg melawat.. ehehe.. ;p

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku selalu cakap aku suka ngan mak hang!sebab dia cam x kisah nak buat apa ikut suka hati hang!biasa ler kekadang mak ni dia tak nak tunjuk sangat yang dia terlalu ambil berat,walhal mak mana yang x sayang anak...

kang dapat yang macam mak aku lagi letih,siang malam pagi petang soalan yang sama..masuk minggu depan soalan yang sama lagi...adoilaaa mak tukar la soalan lain pulak...

apa pun mak hang mak aku gak,mak aku mak hang gak..ingat tu..aku tgh plan ngan zura nak pergi melawat mak hang kat melaka,sebelum pergi aku akan siapkan kapas dalam telinga sebab memang pasti kitaorg kena tembak berdas2 lepas nih..hahhahaa

khairyn said...

salam

Beth
hehehe. Baru cakap plan nak balik, mak aku dah tembak. Adeh.. tapi aku ok dah.

pa'chik
ye ta ye gak ek? Tapi 1 Oct tu aku ada kelas, camno?

eisraa
hahaha.. Dalam setahun mesti ada satu hari yang sangat-sangat homesicknya. Itu lah harinya. Lepas tu dah ok dah. Eh? Bukan ke Eis dah balik dah hari tu??

MayMay
ha lah manja! Yu pun dah lama mai sini! Ai pun dah rindu (Adeh!)

indera
dan dia jarang tunjuk hehehe. Kami faham dan sayang dia, tapi sebab sudah 'diajar' kurang expressive. Dan saya faham kata-kata indera tu.
Hehe. InsyaAllah ada rejeki saya balik. Alahai...

king
erk! eh.. amiin. hahahaha

achik
tu lah, dalam setahun tu mesti ada hari yang sangat-sangat rindu. Hari yang kena hantar essay, stress exam yang macam nak tarik2 rambut hahahaha

elly
hah! Kome bertiga siap-siap la. Hari tu mak dah tanya, elly, zura dengan zurd bila nak datang sini? Jeng jeng jeng. Dulu sapa suruh janji? lalalala.

haha, aku baru buka intro nak balik jer dia sudah sergah tok sah balik. Adeh mak ajar aku jadi brutal, jadi blur dan kalau marah, diam saja.

sebenarnya pun tiket mahal time tu. baik aku guna duit tu pi tempat lain kan kan kan elly kan kan? hahaha

TATA - 5.36am

Anonymous said...

ala cakap la ko rindu kat anak2 buah, mesti cair hati mak ko

zorrokantoi said...

you tak usah balik tapi minta you mum menziarah you di glasgow. datang masa raya lagi meriah !

Anonymous said...

Salam...

Ada masa2nya mmg rasa rindu sangat ngan arwah, hanya Al Faftihah & doa yg dpt dikirimkan.

First time berpisah ngan family, masa form 4 tinggal kat asrama, masuk hari ke 3 dah demam. Bukannya jauh pun dari rumah dalam 20 minit jer berkereta. Setiap hujung minggu family dtg, time keluar bandar pun sempat balik rmh. Kali ke 2 masa di IPTA di Perak, sama juga hari ke 3 lps naik cuti mid semesta. Puas kena kutuk dgn kekwn (kebetulan thn tu ramai pelajar sekolah kami dpt tempat yg sama di sana) dasar anak manja. Tapi dua2 kali tu x beritahu pun dgn family, x nak mereka risau terlebih lagi arwah emak. Kali ke 3 semasa bertugas di daerah, juga hari ke 3, sedangkan masa tu semua abg2 & keluarga mereka hantar. Berjauhan dgn family lebih membuatkan kita menghargai mereka.

Azhar Ahmad said...

Mula2 nak nages, Pastu nampak kuceng senyum kat atas tu, tak jadi plak... hahahahhaha...

Anonymous said...

Huhu!
Ini entri sedih versi humor ek..
Hahak! :p
Mula-mula rasa sayu jek..
Pastu tergelak-gelak plak baca..
Adeii..

Macho la bonda kak khair..
Kem salam dekat dia ek kalau call malaya nanti :D

QUDS REALCLOCKWISE said...

nangis la sekuat mana ..
nangis la sebanyak mana...
nangis la ...nangis
kalau itu boleh buat lu rasa tenang
bukan nya berdosa menangis.
tapi kalau engkar kata mak lu ..lu pilhlah pintu neraka mana yg lu suka????????????

Pa'chik said...

kelas saje? bukan test?



tuang je.. ekekke....

Achik_Sufi said...

salam...
moga c hat selalu...buku yg khiryn pos tu dah sampai...cume achik x ambik kat pejabat pos je lagi. syukran bebanyak...

p/s:Achik masih belum pernah balik ke Malaysia sejak awal 2005 hinggalah sekarang...

Anonymous said...

Salam...

Sedang holiday ke? Semoga happy & sihat selalu... insya Allah.

Nina Suria said...

salam nisa, akk tahu lah bila bonda ko nak suwuh ko balik cepat hikhikhik

pssttt benda yg ko insurankan tuh dah dpt minggu lepas.. trimakasih atas ingat yg manis *big hug*

izinni said...

sms: semenjak dua ni asyik teringat kat mak je. Rasanya mak ingat tak kat saya dengan anak-anak

sms balas: Ingat. Dua2 takde kemampuan. Mak mana tak ingat anak dan cucu.

aku ... mendung, melankolik balik. apsal ... timing mendung kita selalu nak sama je ek. hehhehehe

hang ... call la mak hari-hari kalau boleh. bior dia tau yang ko memang dah mengong kerinduan. hehehhehe

izinni said...

oiittt ... check this out http://www.drkhir.blogspot.com/

hahahaha

khairyn said...

div
errr... dah cakap. Tak lut gak. Hahahahaha

bimmer
hehehe... err.. dia tak mau. Belanja mahal hehehe.. tapi sebenarnya memang dah ada plan nak buat cam tu pun.

neen
kami dah biasa berjauhan sebenarnya dan sebab my bonda tu tegas, tak sempat nak rasa rindu pun. Cuma kali ni jauh sangat dan tak dapat nak balik sesuka hati.

enchek azhar
eh eh.. jangan nangis. Kamu pun rindu nak tengok bulan dengan mak kamu kan? Nanti kamu ke sini, barulah kamu rasa hahahaha. Kucheng tu memang sentiasa tersenyum.

akira
hehe! Mula nak sedey gak tapi pd masa yg sama nak gelak gak. Ish! Bonda memang macho and brutal. InsyaAllah, salam akan dikirimkan

khairyn said...

cucumatlela
Heh? Aku kena tarbiyah lagi ke ni?
Entahla, kot sebenarnya kalau bonda tak maafkan, keengkaran aku pd dia selama ini telah melayakkan aku masuk ke neraka tanpa perlu melalui pintu - fast track VIP lane. :(

pa'chik
pssttt.. tak best la cuti seminggu, kurang2 nak la sebulan. So camno lagi ni?

achik_sufi
alhamdulillah dah sampai. Hutang dah selesai ye achik, walaupun mengambil masa yang lama.
Hehe... tak lama lagi ikut jejak achik ler.. tak balik sampai maybe 2 tahun lagi??

neen
hehe.. merangkap membuat urusan. Alhamdulillah selesai.

Kak Mon
huwaaaaa! Bila tu?
InsyaAllah nanti kalau dapat bercuti-cuti ke melaya, teringin juga nak singgah ke Brunei jumpa Kak Mon dan makan kek cantik :) Alhamdulillah dah sampai bingkisannya :)

izinni
adeh.. tak pe... lepas ni ko drive jer ke rumah mak kau. Tak jauh mana pun.
Aku nak call mak aku hari? Nak kena fire???? Tapi best gak kan kena fire dengan mak hari2?

Yep aku dah pi tengok blog dia. Wah wah wah.. dah jadi beruk yang tak bizi la sekarang ni hahahaha.

Welcome to the beruk's world hihihi

Anonymous said...

makcik, betul ke apa yang aku baca kat blog rocky tu yang si sufiah yusuf tu dah jadi hooker? check mai sat nak tau sahih tak sahih ni.

Anonymous said...

makcik, betul ke apa yang aku baca kat blog rocky tu yang si sufiah yusuf tu dah jadi hooker? check mai sat nak tau sahih tak sahih ni.

khairyn said...

aku pun baca benda yang sama.. tapi tak dapat upload.

nanti kalau ada mood nak keluar bandar, aku cari papernya ye

Unknown said...

:'( sedihnye entri nak...sabala...kak khairyn
yups....mak kite punya perangai macam lebih kurang aje kak