Menyambut kehadiran Eostremonath
Good Friday comes this month: the old woman runs
With one a penny, two a penny hot cross buns;
Whose virtue is, if you'll believe what's said,
They not grow mouldy like the common bread.
Dari hari Jumaat minggu lepas sampai hari ini (Isnin), mereka yang beragama dan mempraktiskan ajaran Kristian menyambut Easter holiday. Semua sekolah bercuti. Universiti pun bercuti. Pejabat pun ditutup untuk menyambut Easter Monday hari ini. Kami pun 'sambut' Easter juga.
Secara tradisinya bagi kepercayaan penganut Kristian, signifikasi Easter ini adalah bersempena dengan kebangkitan Jesus Christ. Segala-galanya bermula pada hari Khamis di mana Jesus Christ dan 12 orang Apostle-nya makan bersama-sama buat kali yang terakhir (The Last Supper). Hari ini juga dikenali sebagai Maundy Thursday. Hari Jumaat atau Good Friday, hari Jesus Christ di salib. Hari Sabtu dikenali pula sebagai Holy Saturday dan hari Ahad, hari kebangkitan dikenali sebagai Easter Sunday. Perkataan Easter pula berasal dari bahasa Anglo-Saxon untuk bulan April atau Eostremonath (juga bersempena dengan nama dewi Esostre). Lambang untuk Easter biasanya telur Arnab [(Easter Eggs) - Kontradiksi sebab arnab adalah binatang mamalia - mereka pening!]. Tapi Easter egg ini pula perlambangan dewi Esostre untuk kesuburan (fertility) - Ah! Aku pun pening dengan tradisi pagan yang diamalkan oleh penganut agama ini!
Err... sebenarnya kami pun buat makan-makan (makan lagi!), tapi bukan bersempena Easter. Tapi bersempena dengan hari kebangkitan eh! Kelahiran Cik Akuatik yang ke.. errr... pada err... Eh! Orang kata biar lambat jangan tak buat terus.. kan kan kan? Cik Akuatik kan? Tapi cik Akuatik kata ia juga bersempena dengan negeri kerjanya yang sudah mendapat MB baru, walaupun dari keturunan Dacing.
Kali ini kami makan di sebuah restoran Cina halal yang diberi nama Lemon Tree (ya! Siapa tahu lagu itu, silalah menyanyi). Restoran ini terletak di permulaan jalan Great Western Road. Katanyalah dipunyai oleh seorang peniaga berketurunan Tionghua (duh!) dari Malaysia. Makananya sedap tapi masih kurang pedas dan harganya err... makan sekali setahun mungkin boleh kot.
Ahli-ahli panel acara makan hari ini, dari kiri (ikut arah jam)- Cik Mimi, CikSue, Vanitha (a.k.a bini Akuatik), Akuatik (takut dia marah letak gambar, jadi tutup dengan bunge ye) dan ahli panel terbaru Cik Leyha.
P/S - Dalam hampir dua tahun aku di sini, aku rasa penghijrahan ini memberi banyak kesan bukan untuk aku saja tapi juga pada ahli keluarga aku. Perubahan yang buat aku terharu sangat-sangat, perubahan yang aku tak sangka-sangka, perubahan yang buat aku bertambah hormat dan sayang pada mereka, perubahan kepada yang lebih baik.. hehe.. ini lain kali ceritalah.
13 comments:
hoh, semua fail besdey aku, orang rumah pun terkial-kial tanya bila...
wehh send la gambar tu kat aku, aku tapis dulu :)
OOO inilah pasal ko nak ke lemon tree ari tu ek, ada acara makan2 tak jemput sama aku.
ko masih dalam fasa syahdu lagi ke? masih ada rasa2 nak nanges? eh..ada orang tu aku tengok sangat kurus dah, tu lah untungnya dok di negeri yang banyak makanannya tak halal...ko bila nak menurunkan saiz baju?
Salam...
Ramadhan thn lps (2007) ada beberapa kali berbuka puasa dgn kwn non-muslim. Dia ni mmg rajin berpuasa ikut cara agamanya. Tak sangka pula setiap kali tu dia betul2 berpuasa cara kita, siap niat lagi. Menurutnya itulah kali pertama dia x rasa lapar mahupun daharga, x mcm thn2 sebelumnya bila nak ikut kekwn muslimnya berbuka, pukul 5 ptg jer dah gigil. Dia tanya adakah sbb dia berniat mcm yg saya pesan, jwb saya 'mungkin kot, sbb dlm Islam apapun yg kita buat bermula dgn niat'. Lalu saya hadiahkan dia sebuah buku Syoknya Berpuasa, dan saya berpesan juga pada dia, jgn pandang dr suduh Islam, tp pandanglah dr sudut sains & insya Allah akan faham kenapa Islam mewajibkan itu semua termasuk perbuatan dlm solat. Dan katanya lagi, lebih mudah berpuasa cara Islam dpd caranya. Suka berbual dgnnya tentang agama & budaya (tp saya menolak undangannya utk bersama2 dgn kekwn muslimnya yg lain bg meraikan perayaan agamanya - tentunya dgn cara halus agar dia tidak terasa), dgn harapan moga di suata hari nnt hidayah menjadi miliknya jua, insya Allah.
Wuhuuu!!
Makan preee sangat besh!!
ai tunggu yu pulang ke Malaya..
ai pn nak merasa yu belanja ai..
ha ha ha!
hepi besday utk cik Akuatik.. :)
oh2, ingatkan ada la terselit gambar kak khairyn.. ;)
salam
akuatik
gambar dalam kad. Ada gambar lain juga. Nanti aku beri.
zura
err.. tak relevent hahaha
neen
yep untuk easter juga mereka ada puasa. Tak boleh makanan yg bersusu atau terlalu 'rich'.
ati
woohooo.. err kena tunggu lama lagi ler haha.
achik
ada ada... kat belakang kamera. nak tengok, achik kena pusingkan gambar tu. erk!
khairyn,
aku tak bagitau orang rumah pun gambar dia ada...cuma leyha saja aku bagitau gambar ada kat sini...sebab rasanya kalau bagitau ke tak bagitau ke sama je takde efek apa pun hahahhaha
achik,
terima kasih. dah belated sangat2 dah hahahhaha
Aduhhhh... sungguh lucu nampaknya bila dara-dara pingitan bertemu sambil makan-makan sempena menyambut Easter ehhh... sempena Hari Jadi Cik Akuatik. Selamat Hari Jadi Cik Akuatik!!!
Lucu bila Cik Akuatik ada bini... Hahahahahaha..
tah hapa-hapa la sambutan derang tuh.. hahah.... hari kotak la, hari telur lah... hari salib la... peigen sungguh... :P
dok tau nok komeng gapo ben'narnyo...
Makan-makan pun nak tunjuk. [tengah lapor nih!]Hehehe!
Kalau ada gambar tuan punya blog sekali, baru lengkap gambar ini. Hmmm...
perubahan buat aku juga sebab aku dah berjauhan dengan hang...waaa takde orang nak marah & membebel kat aku lagi...abis2 dengar hang membebel kat tipon je!!!!
meh ler balik sini aku rindu nak dengar bebelan hang sambil mengadap muka hang tu!
..'kau nak aku membebel lagi ka??? aku dah letih ni hah,nak aku membebel mcm aku suruh hang belajar autocad ngan photoshop dulu ka?...kwang..kwang...kwang
akuatik
hahahaha.. tak de masalah. Nak buat camana, bini kau. hehehe
indera
ya, kalau dengar kisah diorang kat rumah memang dah macam suami isteri hahahaha. Penat balik kerja tak hilang lagi terpaksa dengar bini membebel, ya tak akuatik hahahahha. lepas ni mesti si akuatik akan jadi seorang isteri yang sangat memahami suaminya sebab dah praktis hahahaha
pa'chik.
hahahaha.. tak pe. Dorang sambut, aku cuti lalala.
dok tau nak komeng? Ish! Sejak bila ko hilang kata-kata? hahaha
purp
itulah tujuan sebenarnya. Bagi orang lapor jer. Aku rasa aku kena tukar blog ni jadi blog makan-makan kot.
Heh? Gambar aku? Kau kena pusing terbalikkan gambar tu baru nampak muka aku. Err.. lagi pun aku tak pandai nak tutup-tutup muka macam jejaka hensem tu hahahaha
elly
hahaha... tu laa.. Aku membebel dengan orang yang aku sayang aje. Ko masuk kategori sayang tu la. Kalau orang lain, lantak situlah nak terjun longkang pun aku tak kisah.
Aku membebel pun untuk kebaikan ko kan. Kalau tak sampai sekarang tak tahu fotoshop, autocad, tak pi china tak pi dubai. Ish!
indera,
terima kasih.
bini tu hehehehe macam yg khairyn cakap tu ler...dan biasanya saya kalau kena bebel saya tengok tivi aja, terasa bunyi ala2 nyamuk, tapi tak tau apa isinya... kadang2 tu sambil saya baca news/magazine pun saya pinjamkan telinga untuk mendengar hehhehe
Post a Comment