Thursday, March 13, 2008

Yang diberi dan diterima



Ini dia tiga bungkusan dan satu kad yang aku bawa ke pejabat pos tadi. (Kira-kira jam 11.30am waktu Glasgow). Untuk tuan-tuan penerima, silalah menanti penuh sabar ye. Dikatakan bungkusan akan tiba kepada penerima dalam masa lima hari hingga seminggu.

Aku sudah ambil semua langkah keselamatan untuk memastikan ianya tiba dengan selamat. Envelope bag yang tebal untuk memastikan isinya selamat. Parcel di hantar menggunakan air mail dan diinsuranskan. Sekiranya sudah tiba, silalah beritahu aku. Jika sebaliknya berlaku, beritahulah aku juga supaya senang aku buat 'claim' insurans hahaha.

Pulang saja ke rumah aku jumpa parcel putih atas lantai. Atas nama aku. Dari Caiman US. Siapa Caiman US? hehehe oh! DVD yang aku order awal bulan ni sudah tiba. Cepatlah pula.

Aku seronok menonton DVD ni -War photographer. Dari kacamata seorang jurukamera perang yang paling disegani James Nachtwey. Membaca kisah beliau membuatkan aku tertarik nak memiliki DVD ini. Juga atas saranan lecturer aku si Eamonn tu. DVD ini menceritakan kisah beliau ketika bertugas di Kosovo (ethnic cleansing), Africa (famine), Palestine (intifada), Indonesia (Suharto resignation and poverty) dan juga di tanah air beliau, New York US (brutality). Beliau memang seorang jurukamera yang sangat berkebolehan. Meticulous dalam menghasilkan gambar yang beremosi dan sangat tenang sewaktu bekerja. Menurut beliau kalau boleh dia mahu setiap manusia mengalami keadaan tegang di tempat-tempat tersebut, tetapi dia tahu itu tidak mungkin sebab itulah tugas seorang jurukamera adalah untuk berada di tempat itu dan merakamkan untuk tatapan dunia.




Visual di rakam dengan meletakkan kamera di kamera beliau supaya penonton melihat pandangan dari kacamata beliau sendiri. Gambar di atas mengenai satu keluarga di Indonesia yang duduk di antara dua landasan keretapi kerana mereka terlalu miskin dan tidak mampu hendak tinggal di rumah yang sempurna. Beribu-ribu rakyat Indonesia terpaksa tinggal di rumah kotak di tepi landasan keretapi di Jakarta kerana terlalu miskin.


Ini hasilnya. Gambar hitam putih yang keluar dalam majalah Times (maaf tak ingat tarikh). Lelaki itu kudung kaki dan tangan kiri akibat digeles keretapi 7 tahun yang lepas (pada masa dokumentari ini dibuat).
"Mereka bukan penagih dadah tetapi orang yang bekerja untuk hidup di Jakarta," James Nachtwey.



"It's more difficult to get publication to focus an issues that are more critical... it will get more difficult in years to come as society now becomes more obsessed with entertainment, celebrities and fashion," James Nachtwey.


"If your pictures aren't good enough, you're not close enough." - photojournalist, Robert Capa.

Aku tak cuba, tapi kalau nak download kat torrent pasal docu ni cubalah ke sini

9 comments:

Anonymous said...

Kau. Suruh aku sabar. Tapi aku. Debar. Haha!

khairyn said...

sorry tok aku tak mampu nak letak ole-ole untuk adam dan alya, hatta sekeping kad sekalipun. Nak jimat gram hahaha.. lain kali ye?

bisik pada anak-anakmu doakan makcik khairyn di sini :)

kingbinjai said...

saya punya tak ada?

achik said...

"society now becomes more obsessed with entertainment, celebrities and fashion"..

betul betul betul.. tang gosip artis, cepat je semua.. ;p

khairyn said...

pa'chik
:)

king
kamu ada pesan ke? Mahu apa? next batch la ye. Sudah sengkek hehehe

achik
memang begitulah keadaannya sekarang. ai bangga ai tak kenal sangat celebrities. yang ai boleh cam dengan tepat cuma michael jackson ngan siti nurhaliza je yu. tu pun sebab over-exposed :)

Anonymous said...

Salam...

agak2 dvd ni ada ke kat M'sia ni?

Gosip & artis! Saya pernah 'tersakitkan hati' sorang rakan sedept, dah dia ni fanatik sesangat dgn Si Mawi tu. Saya jawablah, "alah dia tu bknnya nabi, yg maksum dari dari segala dosa & bukannya boleh tolong pun kita nnt di 'sana'". Terus berubah muka kawan tu. Ada lagi sorg lak fanatik sesangat dgn Si Dato' Siti. Rasanya banyak lagi bebenda lain yg lebih penting nak difikir & dibincangkan dari hal2 artis yang melalaikan kita tu.

Kebetulan hari ni di dept kami ramai yg berpakaian warna hijau - tak rancang pun. Bila di tanya, jawabnya 'tanda protes pada Be End' & 'bilalah org Johor ni nak sedar?' . Tak habis lagi angin GE.

Anonymous said...

Salam...

Yes!!!!! Perlis dpt MB baru (masih puak tu gaklah, yg penting org lain), MB lama wpun mengakui dpt watikah perlantikan dpd PM tp Sultan tak setuju. Sekrg tinggal T'ganu jer lagi.

Raja Dr Nazri menunjukan ketegasannya, suka sangat. Macam ni baru betul bila raja2 bertegas dalam hal2 sebegini, baru rakyat rasa selamat.

akirasuri said...

Woah!
Saya suka gambar!!
Suka sangat sangat sangat..
Saya suka gambar si kudung tu..
Sangat berjiwa!!

pssstt.. dekat m'sia kebanyakan photojurnalist guna PS [kedaigambar] kan.. Hilang keaslian :|

Azhar Ahmad said...

Buk Khairyn, saya tengok yang orang german punya photographer.... Ada satu shot tuh, siap di pi tengok dekat-dekat... orang sembelih orang kat Ambon... Subhanallah ngeri amat... Modus operandi macam ni gak. Letak kamera video, atas kamera....