Friday, September 26, 2008

salam

update update : Ish Glasgow ni, baru jer dipuji-puji, rupanya tetap 'buat perangai'. Yang raya esok cuma kariah untuk satu masjid saja, yang lain pakat raya Hari Rabu. Central Mosque ni ketegaq sungguh. London raya esok lah weh! - di tulis pada 22.22 29 September 2008. Oh! Kami tetap nak raya esok hwahahahaha

update : Buat pertama kalinya Glasgow tak 'buat perangai'. Kami raya esok hari Selasa 30 September 2008. Serentak dengan London. Sekian dimaklumkan.

Selamat Hari Lebaran semua!

Tiap-tiap tahun perkara yang sama berlaku di komuniti Islam di Glasgow. Penetapan Hari Raya Eidul Fitril dan Eidul Adha tak pernahnya sepakat. Masing-masing nak tunjuk lagak, nak tunjuk keras kepala. Sedang masyarakat Muslim yang lain di pulau Great Britain ini sambut Hari Raya pada hari yang ditetapkan, ahli 'lembaga tukang arah' di Glasgow Central Mosque akan buat penetapan anak bulan sendiri, akan beraya satu hari lebih lewat. Selalunya desas desus yang didengar alasan diberi nak sama-sama sambut Hari Raya dengan rakyat di negara Pakistan.

Macam aku katakan, kalau hal-hal sebegini pun tidak muafakat, masih lagi bersemangat negara kau kau, aku aku, macamanalah nak selesaikan masalah yang lain? Jadi tak hairanlah negara mereka dan negara aku pernah dijajah oleh bangsa asing.

21 comments:

Zuraini said...

Salam...

Saya juga mohon kemaafan di atas segala salah silap sepanjang bersama di alam maya ini. Moga Ramadhan yang akan meninggalkan kita ini & Syawal yang bakal menjelang membawa keinsafan buat kita semua, insya Allah.

Zuraini said...
This comment has been removed by the author.
akuatik said...

macam ku kenal aja gambar ni...

khairyn said...

salam

neen
InsyaAllah, semoga gembira merayakan Eidul Fitri

Akuatik
nak buat macamana, CD gambar aku sudah dikebas orang.

izinni said...

elok gak jauh ni kan ... tak banyak dosa percakapan aku kat ko ... errr rasanya la kan kan kan.

apa pun selamat semuanya. kali ni gelasgo raya bila? tak sama jugak ke? ekekekke

rayyan haries said...

salam akak,

happy eid mubarak!

semoga bahagia selalu.

btw,your picture dah kuar kat salam perantauan.

faridmw said...

salam.. selamat hari raya maaf zahir batin.. senyum selalu dihari leberan ini... ;)

Unknown said...

Harny...waaaaa
sedey baca cerita ko...
aku tak tau..tu pasal ko tak leh balik yea..
Mmmm...ada rezeki aku datang jenguk ko...aku akan doakan ko jadi lagi degil dan lagi kuat semangat. Aku tau ko kuat. Ko badang di kalangan kawan2pempuan aku.
Dan lagi satu, Allah menduga dengan berbagai cara- bahagia, duka , sengsara dan ada juga yang kelakar...
Hang in there! HE has something in store for you, after all, HE brought you there kan...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Selamat Hari Raya....eh dah raya ke? ni cam entry sampai habis raya je...aku nak cakap satu je tapi aku mintak ampun dulu....ko nangissssssssssssss!!!!!!!! susah nak tgk kuar air dari mata ko tu yea...ya ampun sekali lagi....

zorrokantoi said...

salam eidul fitri & maaf dipohon atas segala kesalahan.semoga anda tabah menghadapi segala dugaannya.

13may said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Kemat said...

maaf zahir batin. salam aidilfitri.

Pa'chik said...

samat ari raya la weh... maap semuasemua...

khairyn said...

izinni
selamat hari raya
macam biasa gelasgo ketegaq

haries
salam
selamat hari raya
hehehe glamer gitu

farid
salam
selamat hari lebaran
semoga gembira selalu

zura
selamat hari raya
when you fall flat on your face, the only thing to do is get get up.
I'm up! Selamat Hari Raya.

elly
nak tengok aku nangis ka?
Jom tengok citer Bambi ke, Dinasour ka, Lion King ka, garenti aku nangis hahahaha
Selamat Hari Raya

khairyn said...

bimmer
selamat hari raya
Thanks for the du'a

MayMay
Selamat Hari Raya
jangan dok beraya sakan nooo

Kemat
Salam eidul fitri
semoga bahagia bersama awek che'gu :)

pa'chik
haaa ko ada buat salah ngan aku ek? hahaha
selamat menyambut Eidul Fitri

akuatik said...

aku pun nak apdet jugak, satu kariah yg announce nak raya esok dah tarik balik announcement, so semua di glasgow raya hari rabu...tapi mmg byk tempat raya hari rabu sebab ikut carta astronomi katanya anak bulan cuma kelihatan mlm esok huhuhuhu..ana suddha fenin la

Anonymous said...

Salam aidilfitri

Selamatmenyambut hari raya di perantauan :) maaf zahir batin ( rasa semalam dah wish isk isk ) :)

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, khairyn
maaf zahir batin

hakim dirani said...

Setuju, kalau benda kecik pon dah tak leh nak sepakat macam mana yang besarkan?

Selamat hari raya dari saya maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesalahan.

Anonymous said...

Harny,
Selamat hari raya aidil fitri..maaf zahir & batin..tersilap terkasar tercakap..dan sebarang yang ter ter ter..kira 0-0 lah yer..

Ko jangan lah sedih sangat pasal benda tu nyah..There is significance in every event of our lives.From the most joyful and empowering to the inexplicable or seemingly unjust.Lots of things happen to us that challenge our sense that everything happens for a reason. Aku tahu ko kuat nyah.. Lebih kuat dari badang..Take care !!

Fida Ruzki said...

selamat hari raya harny, maaf zahir batin. aku minta maaf kalau ada kata2 aku menyinggung perasaan, maklum la aku ni semakin tua semakin mulut tak jaga, kot ada makan minum sepanjang kita berkawan aku termakan terminum tu, aku minta halal ye