Tuesday, August 16, 2005

bosan...

Biarlah kali ini entry di dalam bahasa ibundaku...

Sudahlah tak ada kerja diberi, buat-buat telefon pun, orang yang dicari tak ada. Bosan sungguh. Akhirnya aku dok melawat blog orang lain. Entah apa kebetulannya hari ini, hampir semua blog yang aku singgah, diaorang cerita pasal berhenti kerja. Is it a sign?

Tapi, aku memang dah berhenti kerja, cuma aku di tempat kerja untuk menghabiskan hari-hari sebelum aku go on leave. Yang tinggal 10 hari cuti. Bosan lagi. Hati memang dah tak sabar-sabar nak berhenti. Tapi macam biasalah tak de plan yang sungguh-sungguh. Gila aku nih.

Aku check balance account, ada RM10 ribu lebih. Alhamdulillah. Tapi aku rasa tahan beberapa minggu je kot. Ya lah, mana nak bayar hutang kredit kad, hutang rumah yang bertepek-tepek kat bank. Jangan bank ambik tindakan undang-undang kat aku sudahlah. Duit lagi tuh!

Tang kereta aku tak risau sangat, sebab kakak aku kata hubby dia maybe boleh sambung bayar. Yang lain tu lantaklah. Pandai-pandailah diaorang nak hidup. Aku? Pandai-pandailah aku nak hidup juga.

***

Jerebu dah kurang. Alhamdulillah.

Hari tu member aku ada cerita, bekas big big bos aku pernah ditanya untuk buat ramalan bila pilihanraya (2004). Dengan bangganya big big bos aku cakap..

"Well, its difficult to say. It can be any time. Depends on PM. Maybe next fall or winter."

Aku gelak besar bila dia cerita. Dia pun gelak besar sama. Tak sangka kat negara garisan Khatulistiwa ini ada musim luruh dengan musim sejuk. Kenapa aku tak pernah rasa musim sejuk?

"Susah apa Ny, kau nak rasa, kau duduk dalam freezer."

Aku gelak besar lagi.

La ni, bila aku tengok cuaca mungkin betul jugak kata bekas big big bos aku dulu, kita duduk dalam negara yang bermusim. Cuma satu musim dia tak sebut- Musim Jerebu.

Kita salahkan Indon sebab bakar hutan untuk pertanian, tapi kita tak tahu entah-entah mereka gelakkan kita juga. Sebab? Dengar khabar, tanah-tanah itu semua kepunyaan syarikat-syarikat dari Malaysia. Jadinya kita bakar dan kitalah yang tanggung asapnya. Iya ke?

Tapi, memang sesak gak nafas aku minggu lepas. Tiga kali pergi Shah Alam, akhirnya jumaat lepas aku surrender bila balik dari PJ. Aku semput. Nafas aku pendek-pendek dan kepala aku yang selalu tak cukup oksigen bertambah lapar dengan O2. Akhirnya aku rasa macam hallucinating? Takut aku plak jadi the next casualty dari opis aku nih.

Seronok aku bila Allah anugerahkan hujan yang sangat lebat hari Ahad lepas. Habis bilik aku basah sebab aku lupa tutup tingkap, tapi tak apa. Yang basah boleh di mop, macam Allah mopkan udara yang penuh dengan habuk dan partikel-partikel yang dibawa terbang angin dari tanah yang terbakar di Sumatera. Aku memang suka hujan, dulu kini dan selamanya. Lagi lebat hujan lagi aku suka. Memang aku rasa aku dah tak berapa nak betul.

Walaupun hujan sangat lebat, aku teruskan gak plan keluar ngan Zurd. Dia datang rumah naik kereta, parkir kat tempat aku pas tu naik kereta aku plak. Kami ke Taman TUN. Sebab? Aku nak bayar hutang kredit kad. Nampak pulak Pizza Hut. Hmm.. nampaknya disitulah lunch dan dinner aku. Keluar dari Taman TUN, cuaca aku tengok segar sangat. Akhirnya aku gantung dust mask aku kat rear view mirror. Jadi hiasan. Jadi peringatan. Jerebu mungkin datang balik.

Bosan sungguh...

ingat, ni.. maybe kena pakai balik

1 comment:

Rush Murad said...

tumpang lalu..............