Thursday, November 09, 2006

Keluh Kesah

Penggantungan pada 9 Sept

Sebenarnya saya banyak perkara yang hendak diselesaikan tapi kepala ini sangat buntu. Tak boleh berfikir langsung. Entah kenapa akal di dalam organ otak yang dikurniakan Allah ini tidak berupaya berfungsi sepenuhnya sedangkan tarikh akhir untuk saya menyerahkan tugasan saya hanya tinggal tiga hari saja lagi. Mungkinkah organ di dalam kepala saya ini telah tersumbat disebabkan disumbat hingga tepu tentang masalah organ reproduksi yang hangat diperkatakan sebelum ini?
Perlukah saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana mengambil tindakan menggantung pengeluaran akhbar tabloid kerana mengambil pendekatan membincangkan isu taboo seperti ini untuk melariskan akhbar mereka? Atau adakah ini konspirasi untuk menjatuhkan maruah suratkhabar yang telah berusia lebih seratus tahun? Bukankah pepatah Inggeris ada mengatakan 'With Age Comes Wisdom' atau sebenarnya ia adalah bukti kata-kata Bahasa Melayu 'Tua nyanyuk?'.
Adakah benar soal seks dapat melariskan sesebuah akhbar? Apakah tahap seks yang mampu dibincangkan oleh sebuah akhbar umum seperti Weekend Mail? Mungkin setakat versi 'Umum' sedangkan media komunikasi lain seperti internet lebih mahir dan mampu menghidangkan 'satu talam penuh' jenis seks yang ingin dilayari. Malah ada yang berkonsepkan seks interaktif. Hanya gunakan tetikus anda.
Saya masih ingat lagi di mana Sunday Mail dulu lebih gemar membincangkan soal kemasyarakatan. Mengupas isu penting yang berlaku sepanjang minggu. Menulis rencana secara mendalam tentang isu pendidikan, kesihatan dan juga soal keselamatan dalam negeri. Malah selalu juga Sunday Mail menjadi akhbar pertama memecahkan berita (breaking news). Intergriti Sunday Mail tidak pernah menjadi persoalan besar.
Mungkin ini akibatnya menggaji bekas 'orang besar' FHM menjadi tonggak The Malay Mail/Weekend Mail. Mungkin dia lebih berpengalaman di dalam isu-isu membincangkan soal reproduksi dan seks daripada isu-isu penting yang lebih besar dari anunya. (Saya tahu ini juga lucah!)
Maafkan saya. Dan jangan tanya saya di manakah letak anunya - atas atau pun di bawah. Sekali lagi, saya mohon maaf.
Malam semakin tua dan saya masih lagi belum dapat mencapai kata putus tentang soalan tugasan man yang mahu saya selesaikan. Adakah dari J. R.R Tolkien ataupun dari John Leyerle. Masih ada bacaan lain yang harus saya selesaikan mengenai Nations and Nationalism dan satu lagi masalah psychology untuk bincangkan bagaimana kita melihat kesalahan orang lain dan adakah kita berat sebelah (bias) dengan diri kita sendiri? Apakah sebab psikologi untuk sikap ini? Inilah permasalahan yang harus saya usaikan dalam masa tiga hari yang tinggal.
Mungkin malam ini saya tidur lebih lewat dari biasa ....

3 comments:

Anonymous said...

"Bagaimana kita melihat kesalahan orang lain dan adakah kita berat sebelah (bias) dengan diri kita sendiri? Apakah sebab psikologi untuk sikap ini?"

Persoalannya pernahkah kita terfikir samada kita ni bersikap bias terhadap diri sendiri. Sebagai manusia, adalah perkara biasa untuk berfikir samada sikap kita akan affect perasaan serta sikap orang lain. diri sendiri?

i personally think we as human do biased to ourselves. we think about others i.e spouse, kids, parents, friends first before we think about ourselves. other's needs are more important than our needs. in a way, we are being biased towards ourselves. our needs are secondary. we want to see others happy but do others think about us? others don't care and we don't care about ourselves. biased isn't it?

can faham ka?

Anonymous said...

but has, no matter what, we still can't escape from being bias to ourselves la. sanggup ke tengok anak beranak, adik beradik tak cukup makan sedangkan kita sedap melantak?

sampai hati ke kalau keluarga minta belikan itu ini, tapi kita tak belikan, sampai hampa mereka mengharap?

I tak sanggup. bising2 pun mulut murai aku ni, sebaiknya aku cuba penuhi

Anonymous said...

div,

itulah keistimewaan pompuan ... bising je lebih tapi hati tak sampai nak hampakan sesapa .. itu pun ramai gak yang tak appreciate pompuan ni. ramai gak yang nak rogol la, kacau la, pukul la, ragut la ... sampai nak bom pun dah ada.