Thursday, November 30, 2006

Dah ada insurans?

Tiga minggu berturut-turut, saya memang tak menang tangan hendak menaip. Ada tiga esei yang harus dilunaskan. Seperti biasa, saya cuma dapat menyiapkan esei yang pertama malam terakhir sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak kayu di depan pintu Jabatan. Bak kata seorang sahabat, "We are trained to work better under pressure." Betul. Lebih hebat tekanan yang diterima, lebih hebatlah hasil yang diperolehi. *Mengeluh*. Saya harus tinggalkan kebiasaan ini. Bukankah saya bekas pengakap dan motto pengakap adalah 'Selalu Bersedia'?
Nampak gaya, saya bukanlah seorang pengakap yang baik sebab saya ... lambat bersedia.
Apa pun saya hendak bertanya kepada anda, "Sudahkah anda menginsurankan kemaluan anda?"
Ah... Saya tidak bersedia lagi untuk itu. Tapi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak perempuan, adakah ini satu langkah yang bijak untuk menetapkan harga hantaran? Satu jaminan di mana semakin tinggi harga insuran bermakna semakin tinggi nilai kemaluannya?
Dialog;
Mak Pak L: Berapakah hantaran yang ditetapkan?
Mak Pak P: RM50,000
Mak Pak L: Wah! Adakah Puan P ini hendak menjual anak? Sungguh melampau!
Mak Pak P: Tidak! Kami meletak harga berdasarkan nilai insuran kemaluan anak perempuan kami.
Mak Pak L: Adakah ia terjamin?
Mak Pak P: Sungguh! Kalau tidak percaya lihat pada iklan yang terpampang di tepi jalan. Tinggi jaminannya!
Mak Pak L: Kalau didapati kemaluan tersebut telah 'null and void', kami akan meminta ganti rugi dari pihak insurans.
Mak Pak P : Sekiranya pihak lelaki telah meng 'null and void' kan insurans tersebut, adakah kami dapat menuntut ganti rugi?
Arghhhhhh!!!!
Long, mana diaorang ambik gambar ni?


Bila tarikh matangnya?

5 comments:

INDERA KENCANA said...

Khiryn
Salam berbalas kunjung.

Hahaha... ada tarikh matang?

ZaKiN said...

Wakkakkaka.. ada tarikh matang?? ada tarikh luput?? Guna sebelum..??? hohohoho..

Anonymous said...

hoh mana datangnya billboard tu? sangat sesuatu ek

Fadh Rahman said...

sekarang nie macam2 perkara dah berlaku...sesuatu yang suatu ketika dulu kita rasakan mustahil atau tak pernah terfikir...sekarang dah jadi kenyataan...dunia di akhir zaman...klau dlm peristiwa Rasulullah isra' dan mikraj...digambarkan usia dunia seperti org tua yg bongkok tiga...agak2 sekarang dah bongkok berapa yer...!

khairyn said...

salam,

kakak kata asalnya perkataan 'kemajuan' yang hendak diiklankan bukan 'kemaluan' tapi bila disusun kembali ayatnya ; 'melindungi kemajuan anda' sebagai terjemahan terus 'insuring your progress' tetap tidak tepat.

indera
terima kasih, saya menunggu kemuncak cerita dan penutup pencarian bidadari hati anda.

maniq
macamana agaknya kalau dah terlebih tarikh matang ye? Kalau dah luput tu, innalillah ler jawabnya.

sang diva
aku tanya kak aku, dia pun tak tau mana lokasinya

akumasihdisini
rasanya bumi ini sudah terlalu uzur. Ibarat si tua dagu bertemu lutut? Mungkin juga umpama menunggu sakratul maut? Maha besar Allah, Dia yang lebih mengetahui.