Monday, November 20, 2006

Melankolik?

Ada yang bertanya mengapa sejak akhir-akhir ini saya melankolik? Mengapa letak gambar-gambar berunsur sedih? Kenapa mainkan lagu yang mendayu-dayu?
Jawab saya;
Saya seorang wanita yang beremosi. Adakalanya saya merasa marah, gembira, puas dan kadang-kadang juga melankolik. Saya letak gambar titisan air kerana di sini, cuaca sedang melankolik. Angin garang sedang meniup lalu membawa titis-titis angin mengenai cermin tingkap bilik saya. Betapa Allah begitu menyayangi ciptaanNya. Tanah yang dulu kering, kini dibasahi dengan rahmatNya. Pohon-pohon akan 'ditidurkan' sementara dan kembali mewarnai bumi dengan kehijauan bila tiba masa yang dijanjikan.
Bukan setakat pohon-pohon meliuk lentuk dan menunduk dahan menahan terjahan angin, manusia-manusia yang bertebaran mencari rezeki di bumi Allah ini hampir sujud mencari paksi untuk berpijak meneruskan langkah setapak demi setapak. Bersenjatakan leher baju yang tegak menujah langit dengan tangan bersulam di dada, insan-insan di sini memberanikan diri melawan gelombang angin yang semakin menggila.
Dalam sisiran bayu dan air, kilauan sebaris warna-warna indah tiba-tiba menghiasi langit. Sesungguhnya Dialah pencipta seni yang maha agung. Bukankah kita sebagai hambaNya harus menghayati keindahan ini? Mengagungi Penciptanya? Mempelajari dan memahami maksud yang tersirat? Pelangi boleh mengkhayalkan dan khayalan itu hanya sementara. Datang rintik air, pelangi hilang didada langit. Istighfarlah akan kebesaran Allah yang maha mengetahui.
Saya melankolik lagi?
Tidak. Saya rindu sebenarnya. Sangat-sangat rindu. (Terjemahkanlah sendiri erti rindu saya. maksudnya tetap sama.) Tapi saya memang gemarkan lagu ini. Sejak saya mula mendengarnya di awal 90an. Inilah lagu kegemaran saya. Sampai bila-bila kerana liriknya (bagi saya) sangat puitis. Sangat luas ertinya, sangat banyak terjemahannya. Sukar untuk saya cari lagu-lagu sebegini sekarang kerana saya benci lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid. Terlalu mendayu-dayu seolah lelaki hilang harga diri. Apa erti menjadi seorang lelaki sekiranya tiada jati diri dan senang dibuai lagu-lagu yang kosong tanpa makna dalam kumpulan 'tangkap leleh'?
Maka saya persembahkan lagu ini.
'Bila bulan berwarna biru'
Arab dan Aidit.
(Saya beli CD ini di Tower Records Mid-Valley Shopping Centre dengan harga RM9.90)
Saya puas hati.
Melankolik lagi?
Tidak.
.... Mungkin bulan depan? Dua bulan lagi? Tiga?
Hanya Allah yang maha mengetahui.

4 comments:

Anonymous said...

takpe la . melankolik la . nanti bila mood brutal dah datang lain plak melodinya.

btw .. macam2 jadi kat mesia sekarang ni. samy vellu nak bina istana baru untuk agong ... nun kat bukit tunku. murah je dalam RM400juta. samy cakap istana negara yang ada sekarang ni kecik sangat especially time nak buat official function. 2009 siap ler istana baru kita tu.

pastu kan ... samy dah bagi projek ni kat satu company. untung company tu kan dapat projek senang sangat. tak payah susah2 go through open tender macam nak dapat tender kantin kerajaan. baik betui samy sebab tak nyusahkan orang.

nama company tu Maya Maju Sdn Bhd. semoga maju jaya dalam alam maya. eh! sedap nama company ni kan. macam nama company yang buat program myteam tu .. maya team sdn bhd ... gitula gamaknya bunyi nama company tuh.

meriah betul negara kita sekarang kan. BANGGA aku jadi rakyat mesia. errrrr ... ada keje kosong tak kat sana? hehehehe

Anonymous said...

opppsss lupa nak canang ... semalam 29 Syawal. besday Islam aku laaa .. aku dah 35! huhuhuhu

cepat nyanyi "Allah selamatkan kamu"! hehehhe

khairyn said...

Aisey nak kena nyanyi ke?

okay 3,4

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan tuan eh puan haji eh bukan, bakhil, ye ke?
Allah selamatkan kamu

jeng jeng jeng... hahaha

Aku pun nak istana gak. Pernah baca satu article pasal istana negara ni. Asalnya org putih and then orang cina beli and then jadi istana huhuhu... buatlah interpretation sendiri. Aku sukah!

Anonymous said...

semalam aku gi ROC check company maya nih. heheheh .. interesting